Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

23 May 2011

MAAFKAN AKU SAYANG....

Malam ni aku masih memikirkan si dia......
aku tak terniat untuk sakiti dia... Aku mohon maaf....
tu semua cuma salah faham, aku perlukan dia.....
Ya Allah,berikanlah hidayah pada hamba-Mu ini....
kenapa sampai sekarang aku tidak boleh melupakan dia..?
aku sayangkan dia Ya Allah.. Aku masih jaga batas aku untuk kembali
ke jalan Nur-Mu Ya Allah.... Aku tidak pernah leka, tapi aku memerlukan
dia,untuk mengisi kekosongan hati ini...Ya Allah, Aku tidak mahu bersedih
kerna nya,tapi aku tidak sanggup kehilangannya... Aku mengharap Rehda-Mu Ya Allah..
Engkau mengetahui apa yang baik untuk hamba-Mu ini.. selama aku berada di samping nya
aku tidak pernah leka menjalankan  tanggungjawab ku sebagai hamba-Mu Ya Allah...


kenapa aku gelisah..?
kenapa aku takut....?
kenapa aku menangis..?
kenapa aku memikirkan nya...?


Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu 
berikanlah pertunjuk kepada hamba-Mu ini Ya Allah
Bukakanlah hati si dia untuk menerima ku Ya Allah
kepada-Mu aku berserah Ya Allah Ya Rabbul Izzati....


Hati ini masih bercelaru,hati ini dalam ketakutan pada kegelapan malam...
bagaimana lagi cara untuk aku membuktikan kejujuran pada si dia...?
tidak kah ku mengerti..? apa yg aku perjuangkan selama ini...?
aku tidak terniat untuk menyakiti hati mu..... aku terlalu menyayangi mu.....
aku tidak mahu kehilangan mu.... mengertilah wahai teman....
sekarang baru aku rasakan kekosongan ... tp al-quran masih berada disisi aku....
andai kau tahu ape rasa hatiku,mungkin kau tidak akan berpaling dari ku.....


MAAFKAN AKU........
AKU AKAN BERADA DI SISI MU...
USAH KAU USIR AKU PERGI JAUH
KERANA AKU TETAP BERADA DI SISI MU DAN DI HATI MU....

INSYALLAH......

22 May 2011

PeLaNgI iNdAh...?

Hari Ini

KAK DIANA : yup ler...emmm tul btul..tp kdg2 kita kena pikir diri kita gok..bukan pikir org lain jer....satu jer kak nak ingtkan...apa y blaku dlm hdup kita..ada sbbnya...allah dah rancang sebaik2nya...ada pelangi indah tuk adik nanti

POK MIE : tp pelangi 2 masih kabur dari pandangan....
cahaya hanya besinar seketika e kn...
seperti mana orang yg kita nantikan..

KAK DIANA : tak semestinya org y kita nanti tu,,,y tbaik tuk kita,,,n tk semestinya  pelangi y kabur tu akn kabr selamanya..

POK MIE : erm tahla kak...
skg pon adik tgk org di sekeliling adik perlukan adik time diorg susah... dan selalu mengambil kesempatan....

KAK DIANA : sbb adik tlalu vbaik ngat...kdg2 org just guna kita time mereka ada masalah jer...zaman skrg kita tk leh baik ngat..mksd kak kita kena pandailah..

POK MIE : entah la..
skg badk tgh susah.... xde org nk dekat...
nk mintak tlg pon susah...
adik xnk nyusahkn anak buah lagi,,,'
erm..

KAK DIANA : sabarlah tu satu ujian..setiap masalah ada jalan n cara nk selesaikan...bila kita dah usaha utk selesaikan masalah tu tak daapt gok...adik kena redha n bdoa...allah pasti tlg..pcayalah...
masalah tu akqn selesai dgn sdiri

POK MIE : erm....tahla..

KAK DIANA : apa pun adik kena kuat...org laki kena kuat semangt..sbb diakan jdi ketua satu ari nanti..

POK MIE : tp ada yg xkuat... mcm adik ni...

KAK DIANA : ayoyo..ada kuta ler..sbb seblum ni apa pun masaloah adik dapat harungi...skrg adik perlukan semangat ajer...klh kak nk pi kerja dah,,suami kak dah tunggu..ingt pesan kak ..semangat tu pnting...pelangi indah akan muncul nanti
Allah S.W.T berfirman ( hadis kudsi) :
           
            ‘Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku,Aku juga bersamanya jika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku di dalam dirinya maka aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam satu kelompok maka Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih dari itu. Jika hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku mendekatinya dengan jarak yang lebih luas lagi, jika hamba-Ku mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan belari.” (Riwayat al-Bukhari )

Hadis ini menggambarkan secara umumnya tentang sangkaan. Juga menceritakan perihal keprihatinan Allah SWT kepada hamba-hambanya dalam keadaan dan tingkatan zikir dan taqarrub ( mendekatkan diri kepada Allah). Allah SWT sentiasa berada di sisi sangkaan hamba-Nya.

Beginikah Kita

Beginikah kita
Insan lalai dan leka
Mudah terpedaya dan percaya
Pada hasutan syaitan durjana
Untuk mengisi kekosongan neraka

Beginikah kita
Ingat Allah hanya seketika masa
Bila miskin bila derita
Bila susah tiada upaya
Bila duka datang nestapa

Beginikah kita
Insan bergelar khalifah di bumi
Ada masa ketika menghadap Illahi
 Ada masa kelupaan menghiasi diri
Tak sedikit pun ambil peduli
Merasakan diri pasti belum mati

Beginikah kita
Impian besar mendiami syurga
Nafsu syaitan masih didamba
Mudah leka keasyikan dunia
Segala kewajipan hanya sekadar tika
Umpama lepas batuk di tangga
Yang menanti, yang terbuka
Bakaran api kepanasan neraka
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba


Tika Mencari KeteNangan


Selama 2 hari semalam di house boat,dengan keadaan yg menyenangkan tanpa ada gangguan bunyian handhpone aku seolah2 tenang dengan keadaan itu.. hard 2 say but im happy…. Huhuhu  dalam keseronokan teringat jugak kat anak buah aku ni. Dila,apa lah yang dia buat bila xdapat msj dgn aku dalam masa 2 hari ni…  semasa smpai di pengkalan gawi dan menaiki house boat excited gila kami…. Mula2 tu rasa kebosanan plak bila pemandu boat 2 cakap mgkin 2jam atau 3jam masa perjalanan akan di ambil… mcm org xbetul la dlm boat 2…. Xtau nak buat ape… last kali tolong ka kana masak dan kacau lynn…. Nasib baik lynn ade leh gak wat teman klu x mmg tidur la aku jawaB nya…., tepat jam 1.30 tghari kami tiba di Tembat keadaan sekeliling cantik sngat2.. house boat kami parking betul2 berhadapn air terjun, bila sampai 2 makanan dah pun  siap jadi kami makan tengahari dulu.. selepas 2 aku dgn pemandu p cari umpan untuk memancing,semasa mencari umpan perasaan takut 2 tiba2 datang sebab aku ternampak kesan tapak binatang… perghhh besar  mcm gajah tp pemandu 2 ckap, itu tapak kaki mahkluk,aku ingatkan pak belang tapi rupanya tapei,,hahaha3… tempat akhir mencari umpan terjupa la tok penghulu hutan iaitu gajah liar.. pemandu boat 2 dekatkan lagi boat dgn gajah,,, perghhh bangga gila leh duk dekat dgn gajah liar…. First time kot…. Selesai sudah kisah mencari umpan… selepas 2 kami balik ke house boat untuk mula memancing… yang perempuan semua p mandi airterjun tembat.. yang lelaki tengah syok memancing…. Jam menunjukkan tepat 7.30malam aku berhenti sekejap memancing dan pergi mandikan diri untuk rehat… semasa di house boat ada la gak masa yg di luangkan untuk lynn,tapi byk masa usik dia je,haks4… jam 8.45malam aku mula memancing lagi smbil lynn duduk di sebelah aku, duk melayan lynn joran aku xpandang dh sbb ikan sebelah dah ada.. perghhh xleh g ayat… 12.00 tgahmalam perempuan semua dh tidur tggal aku,sudin dan usop je memancing lagi… last2 tggl aku sorg sampai ke jam 4pagi aku masih memancing lagi sorg diri yang lain smua dh masuk tidur… keadaan sunyi betul smpai gajah tepi house boat pun aku xnampak…  pg 2 gajah 2 ekor berkeliaran di tepi tebing dekat house boat yang aku naiki,takut jugak aku ni tapi masih bekeras nk mincing lagi… last2 masuk tidur sedar2 pagi tadi jam 9pagi boat dh nk bergerak balik ke pengkalan gawi tapi singgah di Airterjun SAOK lak… bermandi manda la kami… time kat saok lebih byk masa untuk lynn…. Semua nmpak seronok….. Hope they enjoying this holiday…….. .. Insyallah, kalau diberikan keizinan lagi aku nak buat lagi tapi kali nak buat 3hari 2malam….. rasa dh tenang pikiran aku tp bila balik ke k.brg nanti mesti bertambah sakit kepala ni dengan keadaan sekeliling…. Kerja la ape la macam2 lagi…… jam 3.30 petang smpai di pengkalan gawi kami masih duk lepak2 dekat wakaf,yang usop dgn sudin lak duk sian ikan daril hasil memancing kami….. aku lak duk lepak2 dgn lynn,kak ana,idin,ja dan 3 orang lagi anak sedara kak na..
4ptg semua dh siap dan kami mulakan perjalanan balik ke Kuala Berang…. Hurei3 bleh balik dh…..

Semasa disana byk aku mempelajari satu benda…..
Byk idea yg datang dikepala aku… byk yg boleh
Aku luahkan… byk yg buat aku rasa di hargai….
Nt aku postkan buat kamu semua…..



16 May 2011

PeRNaHkaH aNDa MeNaNgiS????


PERNAHKAH anda menangis?Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:



·
 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
· Menangis kerana rasa takut.
· Menangis kerana cinta.
· Menangis kerana gembira.
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah.
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:


·
 Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
· Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
· Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

· Apabila dahinya berpeluh.
· Air matanya berlinang.
· Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.



Matlamat Hidup Seorang Muslim


Pernahkah terlintas di fikiran kita untuk merenung semula apakah matlamat hidup ini? Adakah semata-mata mengikut setiap kata-kata hati kita tanpa berfikir sehingga menghubungkan kehidupan dengan syariat? Atau mengikut peredaran zaman dan katanya orang ramai “up to date”. Sehingga kita dapat lihat pelbagai masalah yang timbul kerana tidak mempedulikan batas-batas agama. Kalau macam inilah pegangan kita, hidup kita itu ibarat lalang.. mengikut setiap arah gerakan angin.. Pabila ditiup ke kanan kita ke kanan, apabila ditiup ke kiri kita ke kiri..

Sedangkan perjalan sebuah kenderaan di jalan raya pun ada peraturan dan undang-undangnya. Jikalau lampu isyarat tidak dipatuhi maka bertembunglah pelbagai kenderaan. Ramai yang akan menjadi mangsa nahas jalan raya. Inikan pula manusia. Untuk mencapai kepada destinasi yang semua kita tujui, ada landasan dan syariat dan telah ditetapkan oleh pencipta kita, Rabbul ‘Izzati.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan jika kita mempunyai cita-cita. Kebiasaannya, apabila ditanya apakah yang anda mahukan dalam hidup ini? Jawapan yang semestinya kebanyakan orang akan jawab:

1)      Saya mahukan kerja yang dapat gaji yang lumayan. (kekayaan)
2)      Nak beli kereta mahal dan rumah yang mewah.
3)      Lepas itu, nak kahwin… nak isteri yang cantik/suami yang hensem.  (kecantikan)
4)      Lagi??  Tak adalah kot..

Itulah skema jawapan yang biasa kita temui.. semua jawapan lebih menjurus kepada dunia semata-mata. Fail to plan, plan to fail”. Itulah pepatah Inggeris. Tetapi sebagus mana pun perancangan kita, jika ianya hanya menjurus kepada dunia semata-mata, kita tidak akan dapat apa-apa di akhirat kelak melainkan tergolong dalam golongan yang rugi. Ayuhlah semua, marilah kita sedar, jangan dikaburi dengan dunia semata-mata. Kembali semula kepada prinsip hidup kita sebagai seorang muslim.

 Firman Allah ta’ala: 
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku semata-mata.
(
Adz Dzaariyat : 56)

Kita sebagai insan di dunia ini sering lalai dan alpa terhadap matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya sebagai muslim, kita amat mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita tidak menyedari.


“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.” [Al-An'am: 162]



Sedarkah kita, ayat di atas kita telah ulang sebanyak 5 kali sehari dalam solat kita. Namun, pernahkah kita ambil iktibar dan menghayati ayat tersebut. Bahawasanya kehidupan kita ini adalah semata-mata kepada Allah.Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah.

Namun masih berlaku kekeliruan dalam konsep ibadah. Ramai yang memisahkan ibadah dengan kehidupan harian. Golongan ini menganggap bahawa ibadah hanya kepada spiritual sahaja. Sedangkan ibadah ini mencakupi setiap perbuatan seseorang muslim setiap hari jika diniatkan kepada perkara yang betul.


Dalam buku “Apa erti saya menganut Islam” telah menerangkan pembahagian manusia di dunia menurut pandangan islam:


1)      Golongan manusia yang hidupnya hanya untuk dunia.
2)      Golongan yang  tercari-cari antara dunia dan akhirat.
3)      Golongan yang menganggap bahawa dunia sebagai ladang akhirat.

Akhir kata, muhasabahlah diri kita, di golongan manakah kita berada sekarang ini?? Adakah kita sedang berada pada matlamat seorang muslim??

HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT
“ Tiadalah hidup di dunia ini melainkan permainan dan pergurauan. 
Sesungguhnya kampung akhirat, lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa.  Apa tidakkah kamu memikirkan ?”             
                                                      (Al An’am 6 : 32 )

14 May 2011

"Al haya' minal iman..."


Salamu alaikum... ana ingin berkongsi dengan antum tentang Al-Haya'(Malu)

"Al haya' minal iman..."
Malu itu sebahagian daripada cabang2 iman..

malu yang dimaksudkan disini terlalu banyak... malu dengan Allah swt, malu dengan manusia, malu dengan makhluk, dan lain-lain...
ada juga para Nabi yang malu seperti wanita, kalau tak salah ana... tp ana tidak ingat Nabi yang mne satu... yang ana dengar 'malu Nabi itu sama seperti malunya anak dara yang berada di dapur'... macam mana tu?? ada antum jumpa lelaki yang malunya sama seperti anak dara di dapur.. susah.... ana pun tidaklah sampai tahap macam tu.... lihat pada zaman sekarang wanita mahupun laki-laki sudah hilang rasa malu,sehingga boleh melakukan maksiat, bergaduh dan sebagainya,malu pada Allah swt itu sudah hilang kerna cinta pada duniawi dan sebagainya, maaf klu antum terasa...

dan ada juga para malaikat yang malu dihadapan Allah swt... malu kerana kekurangan atas sebab tidak dapat menyembah Allah swt dengan sebaik-baik penyembahan.. dan malaikat Israfil a.s malu utk mengenakan sayapnya kerana malunya pada Allah swt... atas sebab keagungan Allah... MasyaAllah... macam mana kita hendak mendapat rasa malu sama seperti para nabi, para sahabat, dan para malaikat... susah rasanya.. tapi insyaAllah, kalau kita benar-benar untuk memilikinya.. iaitu malu pada Allah swt, satu sahaja caranya... malulah kepada Allah swt atas khilaf, kesalahan,dosa serta maksiat yang kita lakukan....

ana mintak maaf cgt2 klu ada yang ana ucap, antum terasa... ini realiti bukan rekaan semata2... mohon maaf atas khilaf ana
yang baik datang dari Allah swt, yang buruk datang dari kelemahan dan khilaf ana...
[kalau ada penambahan sila-lah komen dan sama-sama kita kongsikan...]

Ya Allah... Janganlah Kau Jauhi Aku...




Allah tidak akan ujian hambaNya diluar kemampuan hambaNya...
yakinlah dengan apa yang kita lakukan..
kerana setiap apa yang kita lakukan ada hikmahnya...
setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya hijabnya...
adakalanya kita sedih, adakalanya kita gembira, adakalanya kita suka, adakalanya kita duka, adakalanya hati kita yang menangis dengan apa yang kita lalui..


yang mampu kita lakukan hanya mengadu pada Allah swt atas segala yang kita alami....


Ya Allah janganlah Kau jauh daripada ku... aku rindu padaMu..
Ya Allah janganlah Kau jauh daripada ku... aku cinta padaMu..
Ya Allah janganlah Kau jauh daripada ku... aku perlukan Mu..

Hati cinta pada Ilahi.. Alhamdulillah ^_^



Sakitnya menjaga hati..
Yang terlalu manja ini..

Jika pilu mahu meraung...
Jika merindu mahu bertemu...

Jika sudah mencinta ..
Aduhhh...
Mahu sahaja meluah rasa..

Jelas hati sangat manja sekali sifatnya!

Berhati-hati bila hati sudah jatuh hati!! ~ jatuh hati kepada siapa??

Jatuh hati pada makhluk akibatnya memakan diri ~

Jatuh hati pada harta akibatnya sengsara badan ~

Jatuh hati pada Pencipta tenang selamanya ~

Tenanglah wahai hati..tenanglah..

Cintamu pada Ilahi -

usah bimbang kiranya mahu cemburu -

usah bimbang jika mahu bertemu -

usah khuatir mahu merindu-rinduan-

DIA tidak akan menghampakan hati si hamba -

LeLaKi...

untuk entry seterusnya aku nak kongsikan satu puisi yang sangat puitis yang diberi oleh seorang adik ni..mari sama-sama kita renungkan..especially buat kaum adam...

dulu,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah
lelaki kami asadullah,saifullah
tokoh ramai tak terkira
kini
bila di sebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini
bila di sebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari
lelaki khianat,perogol bersiri
dulu
bila seorang wanita teraniaya
sepasukan kuda putih membela
al mu’tasim kebanggan wanita
kini
ribuan wanita suci di penjara
Fatimah di perkosa minta di bela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani mengoda
Kini
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya di biar bebas,binasa
Dulu
Lelaki mengadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al farouq,zunurain mati terbunuh,
Kini
Lelaki memperjuangkan dirinya dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu untuk menghadapi musuh
Angkatanya kuat dan teguh
Kini lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasul

BiaRKaN aiR MaTa iTu MeNgaLiR...


بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan ke aku dah nekad yang aku tak boleh menangis dengan keputusan yang telah aku buat.. tapi kenapa hati ni susah betul nak terima.. wahai kelembutan putera petunjuk Allah please to be strong. don't be like that. 





Ku tak kan hentikannya..
Biarkan ia menyembuh luka
Hilangkan segala duka
Tidak termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan biarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya..
Melainkan taubat nasuha
Moga kau diterima..
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya