Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

24 October 2012

seorang hamba Allah yang masih menuntut ilmu-Nya yg Maha Luas, namun masih tercari2 sinar hidayah dan petunjuk Allah tatkala diri terkulai dgn keasyikan dunia..semoga dgn setiap coretan di sini dpt mengingatkn diri yg lalai agar sntiasa mengingati Sang Pencipta yakni Allah swt.."aku hadir dari air yang lemah, aku hadir dari tanah yang kotor dan hina, tanpa Allah siapalah aku..."

Mungkin Telah Sampai Masanya.....

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah... masih diberi sedikit masa dengan sedikit kudrat yang ada serta nikmat bernafas sekalipun sakit yg menimpa diri.. bukan kerana Allah S.W.T menzalimi hamba-hambaNYA tetapi kita sendiri sbg hambaNYA yg menzalimi diri sendiri..
sedikit perkongsian sekalipun terasa seolah-olah tdk berapa lama lagi kudrat yg ada ini bakal menemui penghujungnya..mungkin sudah cukup kata Allah, engkau menumpang di muka BumiKU ini kini tiba masanya engkau datang kepadaKU membawa apa yg telah engkau laksanakan sepanjang keberadaan engkau di Bumi.. Allah.. 


Firman Allah yang bermaksud:

“Dansungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah beritagembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

"Aku bertaubat dengan sebenar2 taubat Ya Allah.. KAU saksikanlah agar aku dapat kembali kepadaMU dalam keadaan ENGKAU Redha Ya Allah.."

idaman setiap insan...

mungkin ini post yang terakhir kalinya.. maaf dipinta kepada sesiapa yang mengenali secara langsung, mengenali secara dekat, kenal scr jauh, kenal scr tdk langsung dan sbgainya hrp dapat memaafkan sgala kesilapan, kesalahan dan sbgainya.. blog ini mungkin akan diambil alih oleh seseorang suatu saat yang pasti nanti.. Hanya Allah dan sabar menemani diri saat menanggung hiba dan sakit sendiri agar mudah2an berolah ganjaran di akhirat nanti...

Terima Kasih Pada KAWAN2 yang pernah saya kenali semasa 
"KURSUS KEJURULATIHAN BELIA (TOT) ZON TIMUR BIL 1/2012"
walau dalam masa yang singkat saya dapat mengenali KAWAN2 yang ikhlas....
Moga bertemu lagi,kalau bukan di bumi ALLAH,InsyAllah Di Akhirat nt.....


Bukan 
hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga 
dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud:
“Apabila
meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya:
Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah
berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia
memuji-Mu dan mengucapkan istirja’. Allah berfirman: Binalah untuk
hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama ‘Rumah Pujian’.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Wassalam...

.. Luahan hati...

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama tak tulis kat blog ni.. tp sebenarnya ada beban dalam diri ini yang rasanya tak dapat nak simpan lagi.. jadi kan blog ini untuk luahkan apa yang terpendam.. this is my second posting for this year after 1 month tak update blog..

kenapa ya?.. manusia ini sentiasa rasa serong kepada insan lain sedangkan orang yang dipandang serong tu tak pernah pun mengganggu ketenteraman hidup dia.. inikan pulak merampas hak orang lain.. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang ALLAH S.W.T beri.. tidak salah kalu kita menggunakan kelebihan yang ada pada kita untuk tugas atau kehidupan seharian kita.. itukan boleh menjadi pendorong kepada kejayaan.

Tiada manusia yang tidak suka dipuji tapi pujian itu bukanlah satu yang patut dibanggakan.. kerana didalam kelebihan masih banyak kekurangan yang patut diperbaiki.. janganlah menjadi kan ianya sebagai bahan umpatan atau untuk menunjukkan sifat dengki sesama sendiri.. lihatlah diri sendiri dan perbaharui lah kelemahan diri itu sendiri dan jadikan kejayaan seseorang itu sebagai pendorong untuk kita maju.. usaha lah dahulu barulah paham kenapa kita perlu sentiasa bersifat menerima dan memberi..

Perlukah kita sesama manusia bersifat dengki sesama sendiri.. kan lebih baik kita bersatu untuk memantapkan lagi apa yang kita usahakan.. janganlah memandang serong atau curiga terhadap orang lain hanya kerana sifat ketidakpuasan yang ada dalam diri.. jangan biarkan hidup kita berprasangka kat orang lain.. think positive...

Hidup ni sementara, dan sementara ini lah yang patut kita penuhi dengan perkara2 yang mendatangkan faedah, pahala dan juga keredhaan dr ALLAH S.W.T.. Fikir lah demi kebaikan diri sendiri, jangan fikirkan keburukan orang hanya kerana orang tu cuba buat yang terbaik dalam hidup dia.. dan tolong jangan mereka cerita yang boleh mendatangkan fitnah.. dosa nya sama dengan membunuh.. mahu ke anda menjadi pembunuh kepada teman seislam anda??.. fikirlah...
..wassalam..

Ujian Hidup

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

"Bila susah ingat Allah, bila senang lupa Allah.." perkataan yang selalu sangat ustaz2 cakapkan...

"Bila susah hati cari masjid, bila gembira tak pulak ke masjid..nak mencari ketenangan katanya.." (itulah ana) kerana bg ana duduk di masjid seolah2:
1) berada jauh dari ramai orang kebanyakan
2) lupa seketika segala hal2 dunia
3) dapat beruzlah seolah2 dekat dengan Allah..
4) segala perbuatan dan perlakuan terjaga
5) dan banyak lagi..tak dapat digambarkan indahnya berada di dalam masjid..

(sekarang pun sedang meng'update' blog kat dlaam masjid..) suka betul dengan masjid ni rasa macam taknak balik2 dah... teringat juga masa ana bekerja kat masjid dulu, selama setahun rasa banyak sgt ilmu dan manfaat bila kerja kat masjid ni..sekarang dah lain...
jauh dari masjid bahkan ana berada di tengah2 kelompok manusiawi.. T_T
inilah ujian hidup, semakin kita diuji semakin tinggi darjat di sisi Allah...
tapi ana manusia kerdil yang hina, yang diberi amanah yang besar oleh Allah untuk digalas..Ya Allah, jika gunung uhud pun x sanggup pikul amanah yang Allah berikan apalagi kita manusia kedil ni(terfikir sejenak...)

inilah ujian hidup buat ana..."apakah manusia itu mengira bahawa Kami akan membiarkan saja mereka mengatakan 'kami telah beriman' sedang mereka belum lagi diuji.. " (A-Ankabut: 2-3)

ketika ana beruzlah bermuhasabah diri di dalam masjid, ayat ini yang selalu bermain di dalam fikiran.. Ya, apakah ana fikir ana senang2 ja hebat bercakap kat orang lain bahawa ana ni orang yg ikut perintah Allah (beriman la senang ckp), pegi ke masjid, pegi majlis ilmu, berpakaian ala-ala ustaz sedangkan dalam hati RIAK, SOMBONG, BONGKAK, ANGKUH, MERASA HEBAT dan macam2 lagi la perasaan yang mazmumah..Na'uzubillah ya Allah....T_T

Makanya, Allah timpakan ujian kpd ana untuk ana sedar kembali...mujur Allah berikan ujian kerana ujian Allah menandakan bahawa ana masih lgi dipandang Allah... Allah sekali2 tidak membiarkan ana terus lalai dgn perasaan RIAK dan lain2 tersebut..tapi terus sja Allah timpkan ujian agar sedar..kalau tak, pasti ana telah jauh dan terus jauh dari pengampunan Allah...

MINGGU UJIAN....~
Ya Allah, minggu ni dn bulan ni mmg segalanya ujian hidup buat ana..
ujian yang Allah nak uji sabar tak sabar dan bagaimana ana nk laksanakan kerja yang bertmbun2 dalam masa 24jam...Ya Allah, cukup sakit Ya Allah..baru ana tau macam mana susahnya hidup bila Allah tarik keberkatan masa... (tak perlulah ana tuliskan senarai ujian2 tersebut..yang psti cukup banyak.....tapi bagaimana sifat sabar dan bagaimana kita mengambil ujian tersebut sbg BALA atau RAHMAT dari Allah, kita yang tentukan..tak mmpu dan tak snggup dituliskan takut2 timbul perasaan RIAK..Na'uzubillah.. T_T)
semoga aku TABAH ya Allah...agar aku berada dlm golongan MUQARRABIN dan bersamaku MUQARRABIN...~

Monolog Aku

Ya Allah,
Bantulah aku untuk memadam seraut wajah itu. Bukan aku mahu membuang cinta ini, cuma aku ingin mengubah hatiku. Jika benar Engkau memberikan aku cinta ini sebagai satu anugerah, jadikanlah ia satu anugerah yang paling berharga dan mahal dalam kehidupanku. Akan kubiarkan cinta itu terus menguasai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi.

Tetapi bantulah daku untuk membunuh harapan kepadanya. Harapan dan impian yang selalu menyeksakan hisupku. Walau selama ini hatiku selalu membiarkan bayangnya menguasai hatiku seadanya. Biarlah kutinggalkan dalam hati ini. Kini baru kutahu bila aku diuji, aku tidak pernah menyintainya dengan harapan kosong. Baru kusedar bahawa aku juga berharap untuk memilikinya.

Wahai hati,
Sabar & redhalah dengan ujian ini. Tiada faedah dan manfaat mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Mohonlah kepada Allah sahaja, moga diberi hidayah dan perlindungan agar matiku nanti dalam Iman dan Islam. Kerana itu, terlalu banyak ketabahan dan kesengsaraan yang perlu aku lakukan di sini.

Biarlah Engkau terus menguji hati ini, menuntut bukti di atas cinta ini. Engkau mahu menguji adakah benar-benar aku mengasihi-Mu atau lebih menginginkan makhluk yang lemah sepertiku juga. Dan kini, aku perlu buktikan biarpun cinta itu ada atau tidak mahu pergi, aku tetap perlu sujud dan redha dengan rela hati. Aku perlu sujud dengan ikhlas meskipun yang aku inginkan dan harapkan kini terbukti bukan milikku takdirnya. Aku perlu yakini itu!

Kembalilah wahai hatiku!
Kembalilah kepada fitrahmu yang suci murni. Kembalilah dikau ke singgahsana iman yang hakiki. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu mendambakan untuk bersatu dalam bahagia dengan makhluk-Nya. Tidak akan berlaku demikian wahai hatiku! Bukalah lembaran fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdirinya engkau tanpa-Nya. Tidak akan mulia engkau kiranya masih berdiam di sisi makhluk dengan harapan untuk berbahagia di sampingnya. Kerana memang ditentukan, memang tiada kebahagiaan hakiki selain kebahagiaan mencintai-Nya yang tidak pernah lupa memberi, tidak pernah lupa melindungi...

Ya Rahim,
Bersyukurku kepada-Mu, limpah rahmat dan nikmat-Mu. Kau pancarkan nur Iman, Kau pancarkan nur Islam, menerangiku daripada kegelapan. Itulah kurniaan utama, hadirnya dengan hidayah-Mu. Bukan seperti nikmat dunia yang boleh diusahakan untuk mendapatkannya. Kadangkala aku keliru, bersyukur apabila hajat tercapai dan resah serta gelisah bila yang diimpikan tidak terbukti. Bersabarlah hati dengan rintangan mendatang. Mungkin itulah ujian daripada-Mu, imbangilah diriku dengan zikrullah, kenangilah segera dengan kurniaan Ilahi. Moga diriku menjadi golongan yang bersyukur..


Ya Rabbul Jalil,
Kekalkan semua ini kiranya dengan begini aku lebih dekat dan menyedari kewujudan-Mu. Bahawa tidak akan jauh Engkau daripadaku walau sesaat. Mengingati manusia lain, belum tentu mereka akan menyedari dan merasainya. Mereka tidak akan menyedarinya walaupun kucintai mereka dengan setulus hati kecilku ini. Mereka juga tidak akan mampu memahaminya walaupun aku menderita sebegini. Hanya Engkau satu-satunya yang mampu membalas cintaku. Bimbinglah aku untuk terus memberikan cinta ini hanya kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah teman yang tak akan pergi pada saat gembira dan dukaku..

Penuhilah masaku untuk mengenal-Mu serta mencari hidayah-Mu hingga aku benar-benar menyinyai-Mu tanpa hijab. Bukalah perantara hati ini.. Bukalah hijab hatiku yang bertabir gelap lantaran cinta kepada manusia yang akan musnah! Bukalah tabir hati ini..

Segala puji bagi-Mu Ya Allah Tuhan Semesta Alam. Dengan Asma'-Mu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon sebagai hamba-Mu yang miskin lagi hina. AKu memohon sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya..

Ya Ilahi,
Tempat berlindung dan memohon pertolongan! Lukaku tak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasih-Mu. Kesulitanku tak akan terlerai kecuali dengan rahmat-Mu. Kedukaanku tak akan reda kecuali dengan anugerah-Mu. Kerinduanku tak akan hilang kecuali bertemu dengan-Mu. Wahai akhir pengharapan para pengharap, wahai puncak pencarian para perindu.. Sayangilah daku yang berlidah lemah, beramal kurang. Lindungilah daku di bawah naungan-Mu yang teduh dengan ketenteraman yang panjang. Kepada-Mu aku berserah dan bergantung harap. Ampunilah dosa-dosaku selama ini...

mana kek aku?



'happy birthday.. dan beberapa potong ayat... " yes! Ibu org pertama yg wish... aku melihat handphoneku.. erk? org pertama? xjuga.. tgk di fb? org pertama? xjuga.. kalau sms, dia org ketiga..klu kt fb pun org ketiga.. haha.. apalah ibu ni..tp dialah org PERTAMA yg wish smpai 3 kali..haha.. "the sweetest time of the moment is when u pray after solah because u r talking to the ONE who loves u most.." =) salah satu sms yg ku terima dari seseorang.. Alhamdulillah. 21 tahun.. semakin besar,matang dan dekat dengan kematian! xsuka dgr? pedulikan kerana itu memang hakikat...