Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

17 February 2012

Rasa Ku Telah Mati

Terdiam aku dengan kesungguhan nadamu
bahwa aku bukan jalan hidupmu,..
Kau minta ku tetap di sini,.. dan ku masih di sini
setia menjadi diari hidupmu,..
Ku gembira di bahagiamu,..
Ku menangis di sedihmu,..


Aku berharap masih punya simpati untukku,..
Berharap masih punya kesempatan untuk bahagia,..
Lama-lama aku jadi tau,..
Semakin ku inginkanmu,..
semakin ku harus melupakanmu..
Tak mungkin ku menunggu sampai kau mahu,..
kerna yang ku mahu kau tak mahu..
Maaf, ku tak sanggup lagi menatapmu
dengan kebohongan mataku,..


Ku tak sanggup menyentuh hangat bahasamu
dengan senyum sakitku,..
Dan aku tak mungkin dapat bertahan,..
Kau pasti tinggalkan aku saat kau temukan bahagiamu,..
Pastilah kau tinggalkan aku untuk indah hidupmu,..


Mohon jangan kau kenang aku saat kau sedang setia,..
Mohon jangan kau abadikan kisah tanpa status ini,..
Aku tak ingin jadi bahagian dalam sejarah hayatmu,..
Aku biarlah begini,.. tanpa cinta..
Aku tetaplah begini,.. tanpa cinta yang lain..
Cinta takkan lagi tumbuh dihatiku,..
Rasaku telah mati bersama cinta yang kalah....!

13 February 2012

Aku Malu Pada Mu Ya Allah



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


YA ALLAH.. aku malu padamu..
aku malu sekali ingin memohon kemaafan darimu YA ALLAH..
terasa dosa yang aku pikul selama ini besarnya x terkira..
terasa seperti tidak layak untuk aku memohon kemaafan darimu..
kerana..
selama aku merasa nikmat dunia ini, jarang sekali aku terfikir akan dirimu..
namun saat kau datangkan dugaan dan cubaan, aku meratap kesedihan..
saat itu baru aku terfikir akan dirimu YA ALLAH..


YA ALLAH.. aku sering tertanya..
sering tertanya kenapa kau menguji aku sebegini..
sungguh berat ujian mu YA ALLAH..
kadang-kala hatiku membentak, 
"kau tidak adil YA ALLAH.."
kau sungguh tidak adil terhadapku..
mereka yang lain juga hambamu.. meraka juga seperti aku..
mereka juga melakukan dosa dan maksiat..
tetapi kenapa aku yang engkau pilih untuk terima semua ini..
kenapa..!!


tetapi kini..


YA ALLAH.. terima kasih atas segalanya..
terima kasih kerana kau memberikan dugaan dan ujian ini pada aku..
terima kasih kerana masih mengingati hambamu ini..
mungkin dulu aku menangis kerana mendapat ujian darimu..
tetapi hari ini aku turut menangis apabila mendapat ujianmu..
namun tangisan aku berbeza..
aku menangis gembira.. aku menangis bersyukur..
kerana dengan ujian dan dugaan mu itu, aku akan lebih kuat..
aku akan lebig tabah menuju redahmu..


YA ALLAH.. berikan aku kekuatan..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan mu..
semoga aku tabah menghadapi segala apa yang akan aku tempuhi..
dan kau redhakan lah aku dengan segala ketentuanmu YA ALLAH..
kerana mungkin aku tidak kuat..
mungkin hatiku masih lemah dan tidak berdaya..
untuk menghadapi ujian dan dugaan mu sekali lagi..

YA ALLAH.. aku ingin kau tahu..
aku cemburu pada mereka..
aku cemburu pada mereka yang mendapat kesenanganmu..
kenapa tidak aku yang engkau pilih untuk menerima kesenanganmu YA ALLAH..
malah engkau biarkan aku terus sesat dalam keindahan dunia..
kau biarkan aku hanyut bersama mereka yang engkau benci..
kenapa YA ALLAH.. kenapa..


YA ALLAH.. yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aku memohon kepada mu YA ALLAH.. 
aku memohon kepadamu untuk merasai hidayahmu..
biarpun hanya sesaat kau memberi, namun indahnya menerima hidayahmu..
melihat mereka yang mendahuluiku dalam larian ini, aku cemburu..
mereka begitu mencintaimu dengan penuh rasa cinta yang abadi..
sedangkan aku masih lagi tercari-cari akan sinarmu..
dan aku sedar, mencari hidayahmu bukan lah mudah..
mendapat hidayahmu bukanlah mainan..
aku pasrah.. :)
aku akan tetap berusaha mencari hidayahmu, 
agar aku akan lebih dekat kepadamu..
agar hidup ini akan lebih bermakna dengan rahmatmu..



amin..amin..ya robbalalamin..~

Ku terima dugaan Mu Ya Allah..

Baru balik dari hospital... Dok dalam kete nangis sorang2...

Keputusan urine test still teruk, malah bertambah2 bintangnya.. Urine aku masih pekat, masih teruk sampaikan aku dibekalkan botol besar untuk letak urine aku untuk tempoh 24 jam kat dalam botol tu.. Start from 8 am tomorrow until 8 am a day after. Semata-mata nak tahu aku ni memang kurang minum air or, aku yang bermasalah, means buah pinggang aku yang bermasalah sampai tak dapat nak serap protein dalam badan.

Hari ni gak la aku kena minum air gula. Tak penah2 aku lebih dari paras normal tentiba hari ni.. 9.8.. Ya Allah, mengalir airmata aku. Kalau lebih dia tu kurang dari 8 takpe la, ni sampai hampir 10. Tak tau sebab aku makan gula2 dalam minggu ni banyak sangat or sebab aku kena hemo dari pukul 10 pagi tadi so aku kurang minum sebelum tempoh tu, aku tak tau.. Yang pasti masa tu aku harap sangat keluarga ada kat sisi sama-sama tanggung perit yang aku rasa.. Tapi keluarga aku tak macam orang lain.. diaorg memang tak pedulikan aku..

Sedih jugak, dah 8 bulan, tapi still pegi hospital untuk check up sendiri.. ada tak orang hospital yang bace sini??? Boleh tak beri kelonggaran kat aku untuk aku buat check up. Korang leh tak bayangkan klu aku tentiba pengsan ke sakit ke masa dalam kete on the way pegi ke on the way balik dari hospital ke.. Sedih ok, tapi aku sorok tangisan aku, aku masuk toilet, lepas sume tekanan then baru kuar.

Hari Khamis ni still aku kena jalani ujian BSP.. kena amik darah 3 kali. Patutnya 4 kali, tapi sebab migrain so doktor cakap takpe, just amik darah 2 jam lepas makan, sejam sebelum makan dan 2 jam lepas makan. Dan sumer tu aku kena buat sendiri.. again.. keluarga memamg xpedulikan aku.. Sedih kan??? Nasib ada anak buah dan seseorang kawan aku tu boleh temankan aku, hiburkan duka hati aku.

Ntah la, aku rase sakit kali ni.. Allah beri aku dugaan yang sangat besar.. rase tak tertanggung pun ada.. Bahaya kan bila disyaki lelah even masa jalani Hemo, sebab risiko aku nak dapat lelah tua nanti adalah tinggi. Aku tak tau.. aku rase aku tak kuat. Esok aku akan tuang pose lagi sebab nak kena buat ujian urine 24 jam tu. Klu hemo mesti result aku teruk, then Khamis hemo, sebab nak buat ujian BSP nak tau aku punya tahap lelah..

Ya Allah, dugaan Mu aku terima Ya Allah.. tapi aku mohon, jangan la ada apa2 berlaku pada insan2 yang aku sayang Ya Allah. Berikanlah segala kesakitan kepada aku, aku redha, tapi bukan pada orang2 yang dekat pada ku...



Ok la, dah bercucuran airmata aku taip ni. Sedih, sebab kalau ada penyakit tu, nurse cakap boleh effect mana2 organ dalaman .. Aku tak nak orang yang aku sayang sakit, biarla orang terdekat aku normal macam orang lain. Berila semua sakit tu pada aku, takpe, aku dah cukup besar untuk tanggung semua sakit, tapi bukan pada orang yang selalu ada untukku…..

Kengkawan, please, doakan yang terbaik untuk aku.. Hanya Allah boleh balas jasa korang semua yang doakan keselamatan aku ni.. Thanks friend..

Copy From Diari.... Ahaks.... AMC


1. AMC selagi awak tidak melulu
2. AMC selagi awak menutup malu
3. AMC selagi awak memelihara adab
4. AMC selagi awak menjaga aurat
5. AMC selagi awak menjaga batas
6. AMC selagi awak waras berhias
7. AMC selagi awak bersifat fitrah
8. AMC selagi awak pantang menyerah
9. AMC selagi awak terus bersolat
10. AMC selagi awak jujur berilmu
11. AMC selagi awak saya tak jemu
12. AMC selagi awak membaca al-Quran
13. AMC selagi awak beradab sopan
14. AMC selagi awak kasih ibu bapa
15. AMC selagi awak mendidik keluarga
16. AMC selagi awak pandai memasak
17. AMC selagi awak sabar dan tenang
18. AMC selagi awak tegakkan Islam
19. AMC selagi awak mencegah kemungkaran
20. AMC selagi awak berkebajikan
21. AMC selagi awak berniatkan Tuhan
22. AMC selagi awak seindah Islam
23. AMC selagi awak pandai mengambi hati
24. AMC selagi awak pandai mengingati

Akhir kata, AMC selagi awak reda menerima Islam sebagai satu-satunya cara
hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.
Oleh itu, katakanlah kepada dirimu sendiri bahawa “AMC selagi awak nampak
cantik dalam bingkai cermin berbunga dari kamar bernama iman”.

7 February 2012

Doaku


Allah Tuhan ku
Tiada Tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Pada Mu ya Allah
Sebenar-benar hamba Mu ini memohon
Sebenar-benar hamba Mu ini merayu.

Mohon jauhi segala kepayahan di dunia dan di akhirat
Merayu perkenan segala kemudahan di dunia dan di akhirat
Moga kami di jauhi dari neraka
Moga kami menjadi ahli syurga
Untuk diriku
Untuk keluargaku
Untuk sahabat-sahabatku
Untuk seluruh umat Islam
Yang masih hidup dan yang telah meninggal.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah
Moga hidup dan mati ku kerana Mu ya Allah.

Tanpa Mu Siapalah Aku,,,,,



Suatu Ketika Di Masjid Terapung
Inginku berada di dada pantaimu
Merasai tiupan bayu petang
Melihat burung2 laut terbang
Detik demi detik
Inginku saksikan keindahan warna keemasan langit
Tika suria kian menghilang
Akan ku lihat kejujuran lukisan awan
Ingin ku sentuhi bayang2 tanganmu yang ayu
Ingin hatiku memeluk kejujuran budi
Moga suasana menjadi indah dan murni
Bila malam menjelma
Moga aku bermalam bersama ketulusan hati
Terjalinlah kasih di kamar rinduku
Bayang2 itu menjadi realiti
Menjadi mahligai cinta yang ku cari2

Suatu ketika di Masjid Terapung
Bilakah saat itu
Aku rindu untuk lena di pantaimu.
.

Pendam Rasa


aku telah cinta pada mu
Di saat petang yg hampir kehabisan waktu
aku mulai mengenali dirimu
di ketika matahari hampir terbenam
ada cinta di hatiku padamu
di waktu aku ingin melafaskan cintaku pada mu
aku terpaksa kehilanganmu dalam arus malam
andai masih ada sisa2 nafasku
aku hanya bermimpi bertemumu ......
insan biasa
26.1.2012
( buat seorang wanita,
apakahkau seorang gadis,
apakah kau seorang janda,
apakah kau seorang suri, ) ?
aku telah cinta padamu .....

6 February 2012

Bicara Cinta

Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .

Sabar menunggu saat bersama ...

3 February 2012

Maafkan Ku Andai Ku tiada Untuk MU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

✿~ Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah TEMAN yang baik..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
✿~ Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
✿~ Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
✿~ Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
✿~ Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..

Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah temanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..

>>> Lidahku kelu..langkahku terpaku.. fikiranku bercelaru, hatiku sedu… masih lagi ku MENCARI-CARI hatiku dan IKHLAS lillahi Ta’ala untuk menjadi PELENGKAP buatnya.. tunjukkanlah jalannya ya Allah…wallahua'lam.. ♥♥♥

Putus Harapan....

~✿ Mahu pun luka itu berdarah deras,
pasti darah itu akan terhenti jua...

Mahu pun luka itu meningalkan calar,
pasti calar itu akan pudar jua..

Mahu pun luka itu sakit ,
pasti ada insan lain akan sapu kan ubat bagi menghentikan kesakitan..

Pasti kita trauma dengan setiap kejadiaan
tapi yakin lah itu adalah pengajaran... ✿~

Damn life......!!!!!! just die..... just die...!!!!
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

~✿..Aku belajar menjadi insan REDHA.. dalam mengharungi UJIAN yang TIBA, aku cuba menjadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA kerana aku tahu ada CINTANYA.. bersama ujian yang sedang ku RASA..✿~

>>> DIA MENGAJAR kita dengan caraNYA.. wallahua'lam.

.

♥ Duhai Mata yang sedang Menangis ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sungguh bertuah aku masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanku.
Benar, tangisanku itu tak mampu mengembalikan masa laluku.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanku.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangku untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,

“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah...
(Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)