Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

29 November 2011

~Jangan Berhenti Berharap~



Ketika budimu tidak dihargai janganlah kau bersedih,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketulusan hati.
Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau sering dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketengguhan.
Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurah-hati.

Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar

Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan
Ingat...

Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan.

Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
Kemudahan
Kesenangan dan ketenangan

Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran
Tentangan dan…air mata


Maka ketika engkau mengalami sesuatu yang sangat berat dan merasa ditinggalkan sendiri dalam hidup ini :
Angkatlah tangan dan berdoalah…tataplah masa depanmu… Dan ketahuilah…
Tuhan sedang mempersiapkanmu untuk menjadi…
Orang yang luar biasa untuk menjadi seorang…

PEMENANG SEGULUNG IJAZAH
PADA  UNIVERSITI KEHIDUPAN

24 November 2011

~Hentikanlah Air Matamu~

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”
Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua  itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang  SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.

~Nilai Sebuah Sayang~



Nilai sebuah SAYANG bukan hanya sekadar memiliki JASAD nya,
tetapi nilai SAYANG itu akan lebih berharga andai dapat memenangai HATI nya dengan penuh KEIKHLASAN,setiap percintaan juga jangan dicemari dengan DENDAM yang berpanjangan,
meskipun tanpa lafaz CINTA dan SAYANG,dirimu akan tetap bersemadi dilipatan HATI nya....

SEDALAM mana kita SAYANG kan seseorang itu,
kita tidak boleh BERHARAP yang orang itu akan menjadi MILIK kita,

biar kita sahaja yang tahu,
KASIH SAYANG kita terhadap si dia,
yang penting kita tahu bahawa kita SAYANG kan dia,
satu hari nanti bila dia telah KEHILANGAN kita,
dia akan ingati segala PENGORBANAN yang telah kita lakukan,
saat itu barulah dia sedar akan KEHILANGAN kita,
biarlah dia menolak KASIH & CINTA kita,
kerana lebih PERIT jika di MILIKI tapi tidak di HARGAI...


"SABAR ITU INDAH"

"Tidak akan rasa kekosongan dan dipinggirkan selagi ada nya DiriMu"

22 November 2011

Andai Yang Akan Mati Itu Aku

Kematian. Satu benda yang kita tidak mampu untuk melihat akan keberadaannya. Tetapi, hampir semua manusia yakin akan kehadirannya. Ada yang takut. Ada yang berani menghadapinya. Bahkan ada yang mengejar akan ia. Apa itu kematian? 

Kematian itu satu pengakhiran. Kematian itu juga satu permulaan. 

Pengakhiran terhadap tempoh masa hidup di dunia. 

Permulaan untuk menempuh alam yang seterusnya. 

Kenapa saya kata, 

“Andai yang akan mati itu aku?”

Sedangkan, memanglah kita semua akan mati. Kita bukannya Allah SWT yang hidup selamanya. 


Kerana, cuba tanyakan dalam diri kita balik.. 

“Bila kali terakhir kita ingat akan kematian yang menanti kita?” 

Jika selalu kita ingat tentang itu. 

Maka tanyakan lagi, 

“Adakah amal-amal yang kita ada sekarang cukup untuk menjadi bekal dalam menempuh alam selepas kematian itu?” 




Terima kasih kepada Allah kerana telah menemukan aku dengan dengan seseorang yang sekarang ini sedang bertarung nyawanya dalam nak menghadapi kematian. Walaupun dia berkata dia akan tetap berusaha untuk mengahadapinya untuk terus hidup. 

Dia membuka mata aku akan erti kematian itu sendiri. Walaupun aku tidak pernah lupa bahwa, Allah-lah tangan disebalik itu semua.

Pada aku, dia sangat beruntung kerana dia sudah tahu bahawa dirinya sekarang ini sangat dekat dengan kematian. Walaupun belum pasti. 

Tapi aku macam mana? 

Aku tak nampak itu semua. Aku cuma yakin bahawa aku akan mati. Tapi, aku kadang-kadang tidak berbuat seperti orang yang meyakini akan adanya kematian. Kerana mungkin aku tak tahu bila aku akan mati. 

Maksiat, dosa, lalai..

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Adakah aku sudah bersedia?

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Masihkah air mata itu terlalu mahal untuk mengalir? 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Apakah taubat itu hanya sekadar cukup syarat atau ianya disertakan keikhlasan.. 

“Andai yang akan mati itu aku..” 

Bila tarikh yang aku mahukan? 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.” 
[QS ‘Ali Imran, 3:102] 


“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” 
[QS Al-‘Araf, 7:34] 


Bunyinya mungkin macam orang bodoh.

"Apahal lah kau ni ingat tentang mati. Ajal maut kan di tangan tuhan. Jangan fikir benda bukan-bukan."

Tapi tidak mengapa, aku memang suka menjadi orang bodoh pada mata masyarakat. Tetapi, Ibnu Umar RA berkata,

“Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ 
[HR Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy. Syaikh Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah 2/419 berkata: hadits hasan]

Dan aku tak nak jadi seperti,
“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang adzab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Rabb kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa?” 
[QS Ibrahim, 14 :44]


“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “Wahai Rabb-ku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.” 
[QS Al-Mu’minun, 23:99-100]

....
"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih lagi mampu tertawa dengan kemaksiatan?

"Andai yang akan mati itu aku?"

Adakah aku masih akan berkira-kira dalam nak mendekatkan diri dengan Allah dengan khusyuk?

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

"mencari hati"

ANDAI AKU MATI.....

assalamualaikum w.b.t....

tetiba aku nak buat entry pasal "andai AKU MATI"....

adakah yang akan sedekah kan Al-Fatihah tuk aku.....

adakah yang akan rindu aku....

adakah yang akan merintih atas pemergianku....

yang pasti AKU tetap akan MATI...

pergi menghadap ILAHI.......

tapi...........

adakah aku cukup bersedia......

adakah iman ku cukup kuat.......

adakah amalan ku akan membimbing ku......

adakah semua nya cukup untuk aku di-SANA.......

untuk menghadapi perhitungan di PADANG MAHSYAR....

MENGUNGKAP SAYANG

Usah malu melafaz kasih..
Usah segan mengungkap sayang..
Usah simpan bicara rindu..

Kerna sampai tikanya..tika kita sudah tidak sempat melafazkannya krn kelewatan kita yang hanya seminit cuma..ia pergi..tanpa tahu bahawa kita menyayanginya..

Ungkapkan kasih..lafazkan sayang..bicarakan rindu..agar dia tahu..kita menyayanginya..kita merinduinya..

MENGUNGKAP SAYANG SESAMA MANUSIA

Bila kita cakap tentang mengungkap sayang,rindu,cinta atau yang seumpama dengannya..ia lebih sinonim dengan kaum Hawa..masakan tidak..bukankah Allah jadikan kaum Hawa itu punya 9nafsu..kaum yang begitu gemar bermain dengan hati dan persaan berbanding lelaki yang mungkin agar sukar untuk kita dengar mereka mengungkap kata-kata sayang tersebut..tapi,tak bermakna mereka tidak tahu mengungkap sayang..cuma cara mereka mengungkapnya yang berbeza..

Berbicara tentang mengungkap sayang ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..kisah yang berlaku di zaman Rasulallah SAW..

Tersebut alkisah dimana pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu kepada Rasulallah SAW akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain..Rasulallah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya..sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian..Lantas Rasulallah pun berkata..”Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya”
Saudara-saudaraku,

Kisah di atas Aku kira sudah cukup untuk kalian memahami akan perlunya untuk kita mengungkap sayang pada orang yang kita sayangi..Tapi ingat saudara-saudaraku..kata-kata sayang yang dimaksudkan ini bukanlah kata-kata sayang antara pria dan gadis yang hangat bercinta..tetapi kata-kata sayang yang halal untuk diungkapkan..antara sahbat dengan sahbat...iaitu lelaki dengan lelaki..atau perempuan dengan perempuan..kata-kata2 sayang kepada mak atau ayah mahupun ahli keluarga..atau kata-kata sayang dan cinta antara suami isteri..

Setiap orang punya caranya yang tersendiri dalam mengungkap sayang...ada yang mengungkapkannya menggunakan lidah..dengan kata-kata yang indah..ada yangmenzahirkanya dengan tindak tanduk atau tingkah laku..dan ada juga yang mengungkapkan sayang melalui doa yang tidak putus..tanpa pengetahuan orang yang dia doakan..cukup hanya Allah yang tahu..demikianlah antara cara manusia mengungkap sayang..

MENGUNGKAP SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH

Bagaimanakah cara untuk mengungkapkan rasa cinta pada Rasuallah??Bukankah baginda sudah wafat??
Ya!Baginda telah lama wafat..tapi,belum wafat dalam hati orang-orang yang beriman..perjuangan baginda dan para sahabat masih dirasai hingga ke hari ini..ya!nikmat Islam yang dirasai hampir kebanyakan penduduk dunia..krn ketabahan baginda dan para sahabat dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam inilah kita bisa merasai nikmatnya kini..nikmat menjadi seorang muslim..

Tanpa melihat wajah..mungkinkah sayang atau cinta itu ada??Mungkinkah ada rindu??

Ya!rindu itu ada bagi mereka yang punya iman dalam hatinya..sekalipun baginda telah wafat..tetapi banyak cara yang boleh kita lakukan dalam mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada baginda iaitu dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda mahupun dengan mengikuti sunnahnya..

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:”Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku,melebihi cintanya kepada anaknya,kepada bapanya dan kepada manusia semuanya

Di dalam syarah An-Nawawi,I :219 ada menerangkan bahawa cinta atau kasih sayang(mahabbah) itu boleh dikategorikan kepada 3macam iaitu

1- Cinta kerana hormat dan mengagungkan seperti cinta anak kepada ibu bapanya
2- Cinta kerana kasih sayang seperti cinta ibu bapa kepada anak-anaknya
3- Cinta kerana kesedaran bahawa cinta itu sesuatu yang baik(istihsan)
Maka cinta kepada Nabi SAW meliputi ketiga-tiganya bahkan lebih mendalam darinya....
........................................................................................................
Demikianlah yang dapat AKu kongsi dalam membicarakan soalMENGUNGKAP SAYANG’..
Sebagai penutupnya,janganlah kita menjadi seseorang yang terlalu kedekut dalam mengungkap sayang..dan janganlah pula kita mentafsir ungkapan sayang itu hanya sekadar dengan kata-kata..kerna sayang itu juga bisa diungkap dengan tingkah laku..dan sayang itu tetap sayang sekalipun tidak diungkapkan..

21 November 2011

Dekatkan Aku Dengan-Mu ya Allah..



Lame rasenye hamba Allah ini tidak menulis..bukan tiada ape2 yang hendak diperkatakan..tapi,kadang2 tertangguh2 untuk berbicara tentang sesuatu..perasaan tika ini..mahu semakin dekat dengan Allah..persaan tika ini..merasa takut andai jauh dengan Allah..ya Allah..aku mahu semakin dengan Engkau..maka dekatlah aku dengan-Mu ya Allah..sesungguhnya tiada tempat untuk aku meluah rasa..mengadu segala..memohon semuanya..melainkan hanya pada-Mu kerana hanya Engkau yang kudamba..

aku perlukan Engkau dalam hidupku ya Allah..aku perlukan nikmat iman dan Islam ini dalam aku meneruskan hidupku di dunia yang tidak kekal ini..untuk akhirat yang abadi..aku perlukan solat dan mengerjakan ibadah lain untuk kekuatanku..benar!Allah tidak akan rugi..tidak akan terkesan bilamana kita lalai pdanya..bilamana kita engkar melaksanakan perintahnya..tapi,kitalah yang rugi..dan kita jugalah yang merasa kekurangan..

Anugerahkan aku hati yang sentiasa berzikir mengingatimu ya Allah..hati yang ingat pada Mu setiap denyut nafasku.. Ubati lah hati ku yang tengah sakit ini Ya Allah.....

zikir itu akan tetap ade..dan akan sebati dalam hati..geraknya pada hujung lidah sebelah kanan..saat itu..telinga,mata dan semuanya takkan hanya melihat dan mendengar yang luar..tetapi juga yang di dalam..Subhanaallah..walhamdulillah..walaailahaillallah..allahuakhbar..

MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??



…………..apa rasa jika dipermainkan dan memainkan perasaan orang lain…

mesej yang ringkas pertanyaannya tapi mendalam maksudnya..pertanyaan dari aku untuk seseorg yang aku anggap spt Kakak atau Ibu Aku sendiri dan aku hormati..

Tanye Kak Na ke??atau..salah hantar ni??

Tanye Kak Na lah..

Baik..
Aku terus menaip.. untuk membalas..

......................................................................................................

Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnye kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu…Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang…


Mempermainkan hati orang..bukanlah sesuatu yang baik..sebab itu..kite kene berhati-hati dalam memberi harapan..Tapi,penyelesaiannya disini sebenarnya hanya satu..dan manusia pun banyak kecewa krn yang satu ini..iaitu..kita selalu menyandarkan harapan kita lebih kepada makhluk tapi kurang pada pencipta-Nya..Bukankah ALLAH yang memegang hati-hati kita..dan DIA juga yang bisa membolak-balikkan hati..kalau benar kita yakin pada apa yang Allah taqdirkan..maka bersabarlah..dan ikhlaskanlah hati..

………………………………………………………………………………………………………

Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya tiada duka untukmu..
Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya musibah dunia tiada buatmu..
Kelmarin Allah membantumu..Percayalah..hari ini..dan selamanya Allah tetap membantumu..
Jadilah hamba yang paling bahagia disisi Allah..krn Allah sentiasa lakukan yang terbaik pada hamba-Nya..
………………………………………………………………………………………………………..
“ Kak Na…saya masih tak kuat lagi..saya rasa nak menangis..

“Mif ..kalau awak rasa nak menangis..nangislah sepuas-puasnya..andai dgn menangis awak rasa dpt melegakan hati awak…nangislah..insyaallah..awak akan rasa lega..

Adakalanya kita perlu menangis..
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Dan adakalanya kita perlu ketawa..
Agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu..
Kerana dia yang menabahkan kamu..
Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu..
Kerana dia yang memupuk kamu berdikari..
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu..
Kerana dia orang yang memperhebatkan kemampuan kamu..
Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu..
Kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu..

“ Td dia ada mesej yg menyakitkan  Kak Na....saya masih tak dpt lupekan mesej tu…

“Mif…ikhlaskah awak pada die??apakah awak menyayanginya krn Allah??

"jika ya!maka cinta itu harus dgn hati yang ikhlas..biarlah dia..doakan die bahagia…kadang2..cinta itu menuntut pada pengorbanan..saya tak lihat die berniat untuk memepermainkan..tapi,kondisi dia sebagai wanita  yang berkeinginan untuk ukhwah.."
"sabar..sabar..sabarlah..dekatkan diri pada Allah…Bacalah Surah Ar-Rahman..bacalah Al-Fatihah..sedekahkan pada roh awak..dan klu awak mahu sedekahkan juga pada roh die..buatlah solat taubat..mohon keampunan pada Allah..buatlah solat hajat..mohon kekuatan pd Allah..buatlah solat istikharah..mohon petunjuk dari Allah ats segala y berlaku..dan moga diberi ketenangan hati..

Aku melihat sahabatku itu menaip sesuatu di dalam handphonenye..
“Apa tadi Kak Na??”
“Ikhlas..sabar..buat solat hajat..istikharah…”

Aku mendengar bait-bait yang keluar dari mulutnye…

(Hati kecilku berbisik…Ya Allah..aku g salin apa yang Kak Na cakap.. kak na nmpk kesungguhan dlm hati Aku untuk melupakan segala yang berlaku…kuatkanlah hati sahabatku ya Allah..)

Sakit..memang sakit jika dipermainkan..tapi,sabarlah dan anggaplah ia sebagai ujian..redholah atas segala yang Allah taqdirkan..inilah antra sebab knpe aku selalu smpikan pada sahabat2 dan adik2 halaqahku..spye jgn menyandar hrpn pd manusia..sandarlah segalanya pada Allah..kita tak tahu apa yang berlaku pada esok hari..hanya Dia Yang Maha Tahu..
andai kita sandarkan kasih dan sayang kpd manusia…maka akan terbinalah kasih sayang yang hanya akan bisa tumbuh jika bermesej setiap hari..jika bertelefon berjam-jam lamenye..jika keluar dating bersama..akan lahirlah golonga lelaki yang sanggup berhabis wang hanye krn cinta dan kasihnya pada kekasihnya..krn kita takut nanti die lari..nak pancing hati..sbb nanti..kalu tak buat mcm tu..nanti takde rasa kasih dan sayang..
Saudara-saudaraku..

Andai itulah makna kasih dan sayang dalam hati kita..maka jangan pelik bilamana kita melihat ramai yang tertonggeng dan tergolek krn kecewa..krn kekurangan kasih sayang..
Selagimana belum bernikah..maka die bukan sape2 kita..sandarkan segalanya pada Allah..Even sudah berkawin sekalipun..cinta dan kasih suami isteri itu juga harus disandarkan pada Allah..krn Allah pemilik segala hati..dia yang memberi rasa kasih dan cinta..die juga yang bisa men ghilangkan..tapi cinta dan kasih yang ditunjangkan dgn rasa kasih dan cinta kpd Allah..takkan pernah luntur..takkan pernah berubah..krn cinta dia krn Allah..”

“Saya suka duduk dengan Kak Na..rasa macam nak tinggal kat sini je..Kak Na bercakap dan memberi penyelesaian dari aspek agama..

"Mif..setiap apa yang berlaku dlm hidup kita..maka itu adalah perancangan Allah..andai kita memahami akan hakikat ini..kepada siapalah utk kita berbalik..melainkan pada DIA.."
"Saya rasa cemburu bila dia bandingkan saya dengan orang itu..bahagia je dgn Cikgu tu….."
"Astaghfirullahalazim Mif..itukah matlamat awak??..matlamat awak xjelas Mif..awak xtahu apa makna cinta dan perkahwinan...maka Kak Na tak pelik andai Allah menguji awak dgn sume ni..."(ya!aku menjumpai punca permasalahan..)
"Untuk soal gayut2 kat telefon..awak tahu Mif…bila sy tgk org gayut kat handphone berjam-jam lamenye..melembut2kan suara berckp dgn psgn..ym sehingga pukul 3,4 pagi..saya pasti akan menangis Mif…”
“kenapa???”

“Entah..Kak Na rasa sedih..Kak Na kasihan pada perempuan itu..dan kasihan pada lelaki itu..betapa lelaki dan perempuan yang sedang bergayut itu..benar2 dlm kesesatan yang amat nyata..diselubungi dgn nafsu..dan syaitan melonjak2 kegirangan..Kak Na kasihan pada lelaki itu..lemah krn perempuan..dan Kak Na kasihan pd perempuan itu..krn menjadi perempuan y melemahkan lelaki..”

"Mif..banyak lelaki lemah krn perempuan..tapi,janganlah krn wanita  menjadi penyebab untuk kamu jatuh..tapi yang mmberi kekuatan utk mereka…krn seorang isteri itu adalah sayap kiri suaminya..andai kita yakin untuk die menjadi suami kita..atau si lelaki yakin..utk wanita itu menjadi isterinya..maka kita pasti tidak mahu bakal suami atau bakal isteri kita lemah atau mandapat dosa krn kita..carilah cinta yang mendekatkan kamu dan pasanganmu kpd Allah..bukan yang menjauhkan kamu dari Allah..

“entahlah Mif..Kak Na ni..ada enam orang adik2 lelaki kat rumah..sepertimana Kak Na jaga adik-adik Kak Na..spt itu jugaklah Kak Na tak suka melihat lelaki yang lemah krn perempuan..

“Kak Na tak b’ckp dlm telefon dgn lelaki??”
“Tak..krn itu sbnrnye prinsip Kak Na..dan Kak Na tak izinkan lelaki telefon Kak Na pd benda2 yang mengarut..melainkan dgn ada tujuan atau atas sebab keje atau sesuatu urusan..

“perempuan itu lemah Mif..tapi,kelemahan perempuan itulah kekuatannya...dan byk lelaki tersungkur krn kelemahan prmpuan yang satu ini..”

“Kita kena ada matlamat yang jelas Mif..disitu letaknya kematangan kita dlm berfikir..Sebagai sorang lelaki contohnya..kita harus tetapkan mtlmt yang jelas mahu menjadi sorang suamii krn Allah..dan bagi wanita  juga begitu andai mahu menjadi sorang isteri..jadilah sorang isteri krn Allah..apakah keinginan yang ada dlm hati kita bile berkawin??kita pasti nak anak sendiri kan?nak anak yang soleh dan solehah..yang boleh mendoakan kita..dan kalau Kak Na..Kak Na nak lahirkan zuriat yang menjadi pejuang utk Islam..tapi, apakah sume ni akan tercapai Mif..andai zuriat kita itu lahir dari benih ibu dan ayahnya yang lalai dgn cinta nafsu..lahir dari cinta terlarang..lahir dari cinta ibu dan ayahnya yang bergelumung dgn dosa dan kemaksiatan??

"Ok..Mif  faham..cinta kerana Allah itu..harus dgn hati yang ikhlas.."

"Bukan sekadar ikhlas Mif..tapi cinta yang terjaga..cinta yang meletakkan Allah teratas dlm setiap perlakuannya..cinta yang terlindung dari maksiat dan dosa.."

"Tapi..bisakah manusia hari ini menjaganya.."
"Tidak..andai kedua-duanya tidak benar-benar kuat.."
"Tidak..andai kedua-duanya tidak benar-benar memahami Islam.."
"Tidak..andai ia tidak hadir dgn keimanan dan ketaqwaan..
"Tidak..andai kedua-duanya tidak tahu matlamat yang jelas utk berkawin.."

……………………………………………………………………………………………………
Maka kerana itulah...manusia hari ini ramai yang kecewa krn merasakan diri dan hatinya dipermainkan???Dan
kerana itu jugalah lahir golongan yang tidak rasa berdosa saat die mempermainkan hati orang..

MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??

Tiada kekecewaan dalam hal ini..yang ada hanyalah tawakal..yang ada hanyalah sandaran pada Allah..yg ada.. hanyalah keyakinan pada apa yang Allah taqdirkan..

Muhasabah kembali diri kamu..apakah kasih yang kamu bina itu terjaga atau tidak??halal atau haram??diselubungi dgn nafsu atau terjaga??menyebabkan kamu lalai dlm solat ataupun tidak??mendekatkan diri kamu kpd Allah atau menjauhkan..
Andai ya!kamu lalai..maksiat..tak terjaga..nafsu..zina..zina mata..hati..tangan..kaki..maka bersyukurlah..mungkin ujian itu Allah anugerahkan kpd kamu krn Allah ingin menyedarkan diri kamu supaya kembali padanya..dan merenung dosa dan kesilapan kamu yang lalu..

p/s: segala apa yang aku kongsikan disini adalah sebgai renungan kite bersama..bukan utk mengaibkan sape2..ia cukup sekdar cerita buat pengajaran kite bersama..krn ini adalah realiti yang berlaku dlm kehidupan kita sekarang..waallahualam..

Terima Kasih Ibu Rosnina…..

DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita




Salam to all readers


See.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.. ^_^



Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya.. Amin





nota kaki:

menaip entry ni sambil lap air mata..
T_T



16 November 2011

Cinta Itu

~
Dlm Hidupku, Aku Belajar Bagaimana utk syg, utk senyum, utk b'cinta, utk jujur, utk mjdi penyayang, tp aku tak pernah belajar bgimana utk.....
-MELUPAKANMU~ (",) ...WaNiTa MeLaYu TeRaKHIR..........kdg2 bercinta itu indahkan? seronok rasanya bila dikasihi dan disayangi..seperti kata seorang sahabat........


Andai Kata percaturan Cinta tu letaknya ditangan Manusia pasti semua org memilih tuk sentiasa berada dlm BEST CASE dan bukannya dlm WORSE CASE xkira la anda BI,BBI, & C, Kita tetap manusia yg mempunyai perasaan,POKMIE Yakin setiap percintaan itu ada pengalaman dan pengajaran.. jangan sesali andai cinta itu gagal menuju destinasi yg diimpikan..kerana kegagalan umpama satu anak tangga utk melangkah ke destinasi sebenar yang telah ALLAH Janjikan.

Moga Allah sentiasa memberikan rasa cinta itu agar tumbuh segar dalam hati....

Memang Hati ini Milik Dia...sampai Bila2

Seronokkan Jatuh Cinta?



Hati ini mmg milik kamu, Cinta ini dan Jiwa ini Milik kamu. Asal kamu tahu...

KAMU ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI KU....

Bila Hati Mula Berbisik

Berbicara soal cinta yang tak mampu diluahkan....Kesian pada kawan2 yang terpaksa memendam rasa....Tapi PokMie cuba menyelami perasaan itu...memang sakit...

PADA SI DIA...

"Ada ucapan yang sukar utk dizahirkan melalui perkataan...Tapi ada kalanya lebih elok memendam rasa dari diluahkan mengundang Sengketa diJiwa yang tak berkesudahan...

Andai ungkapan " Aku Sememangnya Ada Menyimpan Kasih Padamu, aku lafazkan

tetapi,... Cuma Zahir Tak mampu utk Terucap,

kerna aku tidak mahu engkau Terus Mengharap pada sesuatu yang tak mungkin akan berlaku.....

dan ingin aku nyatakan padamu

"Aku TERPAKSA KUBURKAN WALAUPUN KASIHKU ADA"

AKU SAYANG KAMU.....

PokMie'

15 November 2011

Namun Masih


Kau telah, melukakan hatiku. .
Kau telah, menduakan harapanku. .
Kau telah, membuat itu dan ini. .
Yang aku tak suka. .
Yang aku benci. .
Kau memang, kurang memahami. .
Kau memang, memberi alasan. .
kadang-kadang, aku bosan. .
tapi kau insan, cinta pada Tuhan. .


Namun masihku sayang. . 
Ku percayakan mu.
Namun masihku rindu. .
Ku maafkan kamu.
Walaupun, kau masih belum mengerti namun ku pasti..
kau akan berubah. .


كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ
وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Kau istimewa, jika kau silap. .
Tapi kau mahu berubah. .

z a h i r nya sekalung rasa

kepada dia,
saya menggunakan 'latop' merah bagai anda untuk meng 'update' entri ini.
istimewalah untuk anda,
saya lakarkan sedikit gurindam moden khas dan istimewa buat anda.

Rasa itu,
mungkin pernah berlari-lari anak mencari sebuah jawaban.
Rasa itu,
mungkin pernah melompat-lompat meninjau sebuah kepastian.
Rasa itu,
mungkin pernah merangkak-rangkak menunggu takdir menghadiahkan kebahagiaan.

Dendaman rasa yang kita sama-sama kongsi sejak 6 tahun dulu bukan mudah,
Bukan untukku dan bukan untukkmu.
Aku mungkin sabar,
namun kau penyabar,
Aku mungkin risau,
Kau lebih risau,
Aku mungkin jujur,
Kau lebih jujur.
Aku mungkin menghargai,
Kau lebih menghargai.

Terima kasih atas kesetiaan itu.
Terima kasih atas kesabaran itu
Terima kasih kerana mendekatkan ku lebih padaNYA,
Terima kasih kerana selalu membimbing psikologi hatiku.
Terima ksih kerana selalu ada masa untuk membimbangi segala masalah hidupku.
Terima kasih kerana selain sahabat, kau seperti abang buatku,
yang tak lekang dengan tasbih, tahmid dan tahlil semasa membimbingku.
Terima kasih untuk rasa dihargai ini.

Memujimu bukanlah bertujuan untuk mencantumkan riak dan takabbur,
sekadar berkongsi rasa dan menzahirkan jujurku.
Menterjemahkan kekaguman hati juga bukanlah untuk mengangkatmu lebih dari Maha Pencipta,
Lalu terimalah ungkapan jujur ini agar aku rasa lega untuk menjernihkan apa yang harus kau fahami.

Haza min fadli rabbi.
You are indeed the the most adorable person i'd ever met :)


Rambang je nulis nye... ade org speaking sgt td...
ahaks but im happy with him... DILA....