Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

22 November 2011

MENGUNGKAP SAYANG

Usah malu melafaz kasih..
Usah segan mengungkap sayang..
Usah simpan bicara rindu..

Kerna sampai tikanya..tika kita sudah tidak sempat melafazkannya krn kelewatan kita yang hanya seminit cuma..ia pergi..tanpa tahu bahawa kita menyayanginya..

Ungkapkan kasih..lafazkan sayang..bicarakan rindu..agar dia tahu..kita menyayanginya..kita merinduinya..

MENGUNGKAP SAYANG SESAMA MANUSIA

Bila kita cakap tentang mengungkap sayang,rindu,cinta atau yang seumpama dengannya..ia lebih sinonim dengan kaum Hawa..masakan tidak..bukankah Allah jadikan kaum Hawa itu punya 9nafsu..kaum yang begitu gemar bermain dengan hati dan persaan berbanding lelaki yang mungkin agar sukar untuk kita dengar mereka mengungkap kata-kata sayang tersebut..tapi,tak bermakna mereka tidak tahu mengungkap sayang..cuma cara mereka mengungkapnya yang berbeza..

Berbicara tentang mengungkap sayang ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..kisah yang berlaku di zaman Rasulallah SAW..

Tersebut alkisah dimana pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu kepada Rasulallah SAW akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain..Rasulallah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya..sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian..Lantas Rasulallah pun berkata..”Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya”
Saudara-saudaraku,

Kisah di atas Aku kira sudah cukup untuk kalian memahami akan perlunya untuk kita mengungkap sayang pada orang yang kita sayangi..Tapi ingat saudara-saudaraku..kata-kata sayang yang dimaksudkan ini bukanlah kata-kata sayang antara pria dan gadis yang hangat bercinta..tetapi kata-kata sayang yang halal untuk diungkapkan..antara sahbat dengan sahbat...iaitu lelaki dengan lelaki..atau perempuan dengan perempuan..kata-kata2 sayang kepada mak atau ayah mahupun ahli keluarga..atau kata-kata sayang dan cinta antara suami isteri..

Setiap orang punya caranya yang tersendiri dalam mengungkap sayang...ada yang mengungkapkannya menggunakan lidah..dengan kata-kata yang indah..ada yangmenzahirkanya dengan tindak tanduk atau tingkah laku..dan ada juga yang mengungkapkan sayang melalui doa yang tidak putus..tanpa pengetahuan orang yang dia doakan..cukup hanya Allah yang tahu..demikianlah antara cara manusia mengungkap sayang..

MENGUNGKAP SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH

Bagaimanakah cara untuk mengungkapkan rasa cinta pada Rasuallah??Bukankah baginda sudah wafat??
Ya!Baginda telah lama wafat..tapi,belum wafat dalam hati orang-orang yang beriman..perjuangan baginda dan para sahabat masih dirasai hingga ke hari ini..ya!nikmat Islam yang dirasai hampir kebanyakan penduduk dunia..krn ketabahan baginda dan para sahabat dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam inilah kita bisa merasai nikmatnya kini..nikmat menjadi seorang muslim..

Tanpa melihat wajah..mungkinkah sayang atau cinta itu ada??Mungkinkah ada rindu??

Ya!rindu itu ada bagi mereka yang punya iman dalam hatinya..sekalipun baginda telah wafat..tetapi banyak cara yang boleh kita lakukan dalam mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada baginda iaitu dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda mahupun dengan mengikuti sunnahnya..

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:”Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku,melebihi cintanya kepada anaknya,kepada bapanya dan kepada manusia semuanya

Di dalam syarah An-Nawawi,I :219 ada menerangkan bahawa cinta atau kasih sayang(mahabbah) itu boleh dikategorikan kepada 3macam iaitu

1- Cinta kerana hormat dan mengagungkan seperti cinta anak kepada ibu bapanya
2- Cinta kerana kasih sayang seperti cinta ibu bapa kepada anak-anaknya
3- Cinta kerana kesedaran bahawa cinta itu sesuatu yang baik(istihsan)
Maka cinta kepada Nabi SAW meliputi ketiga-tiganya bahkan lebih mendalam darinya....
........................................................................................................
Demikianlah yang dapat AKu kongsi dalam membicarakan soalMENGUNGKAP SAYANG’..
Sebagai penutupnya,janganlah kita menjadi seseorang yang terlalu kedekut dalam mengungkap sayang..dan janganlah pula kita mentafsir ungkapan sayang itu hanya sekadar dengan kata-kata..kerna sayang itu juga bisa diungkap dengan tingkah laku..dan sayang itu tetap sayang sekalipun tidak diungkapkan..

No comments:

Post a Comment