Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

31 March 2012

gembirakan jiwamu dengan ujian dariNya

"ALLAH Maha Besar dan segala puji bagi ALLAH dengan sebanyaknya. Maha Suci ALLAH sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanNya dan aku dari golongan muslim."


Alhamdulillah...alhamdulillah. Masih diberi nafas, kerehatan, keselamatan, dan kegembiraan. Sedang ada yang lain diuji, ditarik nafas, diselubungi kesibukan kerja dan duka. Bersyukurlah, walau apapun nikmat dan ujian yang kita peroleh, tetap kurnia dariNya.

"...dan bahawa kurnia itu ada di tangan ALLAH, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar."
[al-Hadid : 29]

Adakalanya kita merasa ujian yang diterima itu berat. Menjadikan hidup terasa sempit. Menyakitkan dan pahit. Tetapi ketahuilah, di sebalik ujian itu besar hikmahnya. Kalau tidak ada ujian di dalam hidup, nafsu dalam diri manusia akan dibiarkan subur. Kerana nafsu hanya suka kepada kesenangan, keseronokan, gembira, mewah dan harta.

Sekali berlaku sesuatu ujian, nafsu akan terasa sakit. Kerana itu kita turut merasa sakit dengannya. Tapi ketika itulah sebenarnya kita sedang bertarung dengan nafsu kita. Sekiranya kita berjaya kita akan berjaya menundukkannya, dan kita akan dapat menerima dan melalui ujian itu dengan redha dan sabar. Nafsu akan menjadi lemah, keimanan akan bertambah. Itulah hikmah besar di sebalik ujian yang Allah kurniakan.

DIA ingin kita segera kembali dan sentiasa dekat denganNya...

Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka.

Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka.

Sekalipun kita bertaubat, tapi ia tidak menjamin bahawa taubat kita itu diterima. Mungkin sahaja taubat kita tidak mencukupi syarat. Kita tidak bersungguh-sungguh. Kita tidak benar-benar menyesali perbuatan kita. Bagi diri ini sendiri, sukar untuk melakukan taubat yang benar-benar sempurna. Kerana diri ini lemah, masih juga terlambung dengan tipu daya iblis dan dunia. -.-"

Tapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa...
sekiranya kita sabar dan redha...

SeAndaiNya Aku SuAmI Mu...


…. dan dimalam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat.
Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahduan malam itu kita berdoa dan  munajat kesyukuran tanda bermulanya kehidupan baru dua susuk tubuh kita yang sama cinta dan cita untuk membina madrasah dakwah yang akan diisi dengan cinta dan api perjuangan.
Alangkah indah malam ini puteriku!
Setelah kita lalui onak dan sembilu jalan serta menahan perasaan rindu sebelumnya, akhirnya kebenaran cinta itu diizinkan Allah dan di raikan bagai mempelai langit yang ditaburi bintang yang menebar ketenangan dan kedamaian.
Bintang bintang itu seolah olah  menggoyangkan pelupuk matanya agar tenggelam dan membiarkan kita berdua berkongsi alam semesta ini. Mematri rindu dan berkongsi kesyaduan kasih yang telah terperam lama dihati kita.
Akan ku kucup ubun ubunmu puteriku mengambil sunnah Nabiku dan ku letakkan telapak tangan ku di ubun kepala mu lantas aku berdoa agar dikau akan jadi bidadari dan peneman hidupku dalam perjuangan ini.
Aku bisikan pada Allah semuga Dia memberikan sakinah warahmah dalam bahtera perjuangan kita.
Aku tak tahu, apakah perasaanmu tika itu?
Tapi akan kulafazkan perkataan yang selama ini kusembunyikan dari mu bahawa ” Aku mencintaimu“.
Mencintaimu sebelum engkau mengenal aku.
Puteriku,
….akan ku renung matamu sepuasnya dikejernihan wajahmu yang bagai salju itu,  dan akan ku minta bai’ah dari mu, supaya kau taatkan aku selagimana aku taatkan Allah.
Akan ku minta darimu agar kau bantu aku dalam kelemahan dan kedaifanku.
Akan ku minta janji dari mu agar kau sentiasa bersama ku dijalan dakwah ini. Didalam perjuangan ini dalam susah dan senang.
Akan ku minta janjimu agar kita dapat melaksanakan taklif rabbani ini bersama tanpa ada mujadalah dikemudian hari.
Puteriku,
aku berjanji pada mu dengan nama Allah bahawa aku akan menjagamu sekudratku.
Akan ku jalankan tanggungjawabku sedayaku.
Dan akan kucurahkan sepenuhnya kasih sayangku padamu seikhlasnya agar kau dapat rasai betapa  manisnya cintaku yang akan aku baja bersamaku.
Puteriku,
Akan ku isi malam ini dengan bercerita denganmu tentang diri ku.
Kehidupan lalu ku.
Perjuanganku sebelumnya!
Harapan ku agar kau mengerti bahawa aku bukan sahaja milikmu tapi milik umat ini.
Dikemudian hari, aku tidak mahu ada kekhilafan antara ini yang akan membuka ruang ruang syaitan untuk berkongsi cinta dan merobohkan kasih sayang kita.
Puteriku,
akan kuceritakan juga kelemahan kelemahan ku sejujurnya pada mu kerana saat ini kau adalah sebahagian dari jasad dan jiwaku.
Berkewajipan bagi ku menutup aib aib mu.
Membantu mu dalam memperbaiki kualiti syaksiyahku.
Akan ku sembunyikan kelebihan kelebihan ku agar engkau dapat rasa syukur memiliki aku dan agar aku tidak bersifat riya’ dan sum’ah denganmu.
Puteriku,
akan ku minta kau menceritakan perihal dirimu.
kemahuanmu dan cita citamu terhadap diriku.
Supaya aku dapat menyempurnakan hajat hajat mu, cita citamu agar kasih sayang ini mewangi selalu …
Puteriku,
akan kuceritakan padamu impianku untuk melahirkan rijal rijal dari rahimmu yang akan mewarisi darah perjuangan kita supaya apa yang telah kita lalui ini tidak akan putus selamanya …
Puteriku,
ketahuilah bahawa aku bukan sahaja ingin hidup dan menongkah badai dakwah dan bahtera rumahtangga bersamamu didunia ini sahaja tetapi aku ingin hidup bersamamu diAkhirat.
Dialam abadi menghirup aroma syurga, bermandi embun embun kasturi, bermain burung burung hijau meneguk rahmat Allah dan berpelukan bersama melihat wajah Allah yang teramat nikmat itu seperti yang telah dijanjikan bagi setiap hambaNya yang berjuang diatas jalannya …
Itulah janjiku puteriku, seandainya aku suamimu!
Pastinya aku akan terus sabar menantimu dengan penuh keresahan. Takut takdir sekali lagi menguji aku …..
dan sekiranya takdir meragut cinta ku …dan penantian mengkhianati aku,
aku juga akan terus bersabar dan terus berjalan menyusuri perjuangan yang  masih panjang  ini sekalipun aku kempunan untuk memilikimu yang amat aku cinta. Cinta yang datang melalui ruh dan dakwah ini kerana Allah semata. Dan aku tahu sebagai manusia aku akan kecewa. Teramat kecewa pabila kamu dimiliki oleh selain aku.
Sesungguhnya aku pasrah puteri ku,
meski pun hatiku tidak keruan kerana takut kehilanganmu namun akidah ku mengajarku untuk bertawakkal pada Tuhan ku dan kiranya kita tidak ditakdirkan aku amat mengharapkan bidadari ku diakhirat nanti akan merupakan wajahnya seperti wajahmu. Wajah yang putih kejernihan itu sebagai pengantimu!
Memang aku amat teruja untuk menikmati kelembutan wajahmu!
Wajah perjuangan yang telah meragut  hati ku biarpun tidak pernah sekaliipun kita bertemu didunia ini melainkan aku selalu memimpikan mu dalam tidurku dan wajahmu yang sarat dengan lelah perjuangan itulah yang telah membuatkan aku terkulai lemah lalu tersungkur dipintu cintamu!


28 March 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥




CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM 


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

Cerita KITA....


Ya Allah

Engkau yg Maha tahu Segalnya…

Bila kehadiranku mengganggu hatinya…

Tidak membawa kebaikan padanya…

Maka pisahkanlah kami biarpun terluka…

Bila aku tak layak dan bukan terbaik untuknya..

Maka kau jauhkan aku darinya…

Bila bukan aku yg tertulis untuk melengkapkan

Separuh dari agamanya…

Maka jarakkanlah kami agar tidak timbul rasa yg mengundang kecewa..

Bila aku bukan yg terbaik..

Bukan yg tertulis dalm takdir

Dan bila dia berhak yg lebih baik

Maka jarakkan kami n pisahkan kami……(^_^)

Ya Allah..

Jauhkanlah aku dari tipu daya dunia..

“Barangsiapa yg HANYA berTAWAKKAL kpd ALLAH, Maka ALLAH cukup Baginya”

CUKUPkanlah aku dengan HANYA cintakan kpdaMU..YA ALLAH

Alihkan mata dan keinginanku kepada Cintakan PerJuangan Terhadap Agamamu ..

Semoga Hati2 yg lemah ini,..sentiasa istiqamah dlm perjuangan menuju REDHAMU..

Allah~





detik terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa..
tergores bagai lukisan..

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati..
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah..
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...





Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia



----------------


Anugerah cinta pertama yang tak akan disia-siakan,
Kerana cinta itu sukar untuk dijaga,,..
Namun kita harus berusaha untuk menjaga CINTA yang telah dikurniakan
oleh ALLAH S.W.T. kepada kita.


ingat sebelum kita dipertemukan cinta kita bersama manusia,
kita perlu tingkatkan CINTA kita kepada Allah S.W.T. terlebih dahulu,..
Apabila Cinta kita kepada Allah, telah menjadi cinta yang AGUNG,
baru lah kita boleh semai perasaan cinta kita sesama manusia..
Biarlah Cinta Kita Kekal Di Dunia & Akhirat kelak
bersama orang ynag kita SAYANG ..


Andai kata dia pergi sebelummu…

Sibuk-sibukkanlah dirimu,
Beribadatlah..
Sehingga engkau letih untuk bersedih…
Gembirakanlah hatimu dengan mengembirakan org lain.

Carilah peluang kebaikan dan kebaikan yg bertaburan.

Apabila sesekali kesedihan dtg tanpa diundang…

Berwudu’lah dan bacalah Al Quran.Dirikanlah solat..

sesungguhnya solat itu satu kerehatan.



Begitulah setiap kali Rasulullah saw..bila te…rasa gundah…

diadukan kesedihan nya kepada Allah Rabbul Jalill…

andai kata dia pergi sebelummu…


Bisikkan kedlm hatimu yg paling dlm…
Dia bukan milikku…
Dan aku pun bukan miliknya…
Pemilik segala adalah Al khaliq…
Dialah pemilik dan Penguasa atas segala2nya…
Pada kita hanya amanah.Sampai masanya terpaksa diserah.



Jangan ada rasa memiliki.Bila terasa sepi..

jangan katakan ..” Aku Sepi “..tapi katakan ”

Padaku Sentiasa Ada Pemerhati…”..

Pasti jiwamu akan tenang nanti..


Semoga kita semua sentiasa dlm Rahmat jagaanNYA

USAH Salahkan Mereka


Dengan nama Allah yg maha Pengasih lagi maha Penyayang..
ku mulakan coretan pendik ini buat diri ini yg mudah terjatuh dikala angin yang bertalu tiupannya..


"Butakanlah matamu terhadap selainNYA sehingga engkau tidak melihat apa2 selainNYA- tiada sesuatu yg wujud, tidak ada kerugian, tidak ada keuntungan, tidak ada anugerah, dan tidak ada penahanan atas anugerah." -Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

"Butakanlah matamu terhadap selainNYA"...Hal seperti ini memang tidak mudah bagi kebanyakkan orang. ttp setidak-tidaknya setiap org perlu menyedari bahawa di sebalik PELBAGAI HAL yang dialaminya, ada ketentuan daripada tuhannya.

'' Pelbagai hal " yg dimaksudkan apabila masalah yg dibawa oleh orang sekeliling , singgah dalam hidup kita.

Mereka itu tidak salah. Mereka itu hanya menjalankan tugas; mereka membawa pesanan dan memberi 'hadiah' untuk menguatkan dan menjadikan hidup kita berwarna. Terima sahaja dengan senyuman dan cubalah belajar sesuatu daripada hal itu.

kerana Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya pasti berhikmah. Cuma pengetahuan kita sahaja yg terbatas dan kita tidak selalu mengetahui hikmah disebalik pebagai kesusahan hidup yang kita alami.




bersyukurlah pada orang yang menyakiti kamu,

kerana dia lah yang mengajar mu ketabahan

bersyukurlah pada orang yang mengabaikan kamu,

kerana dia juga yang memupuk mu untuk berdikari

bersyukurlah pada yang sentiasa cuba menjatuhkan kamu,

kerana dia yang memperhebatkan lagi kemampuan mu

bersyukurlah pada yang menyiksa kamu,

kerana dia yang memguji mu erti kesabaran

teruskan terSENYUM "_"

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur



Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

21 March 2012

Teman Sejati.. :'(

Pohon cinta seindah pelangi
Menjadi rimbunan teduhan asmara
Mahligai rinduku pun terbina
Kaulah bidadari hingga akhir nanti


Alan bagaikan merestui
Kasih wangian kasturi
Embun menitiskan simpati
Pengorbanan Suci Teman Sejati


Tiada terbalas luhur budi
Walau segunung baiduri
Engkaulah penawar yang azali
Walau racun bisa yang menguji kemuliaanmu


Takku biar airmatamu mengalir
Kerana cemburu kau tersalah sangka
Maafkan andainya ku mengasari
Tiada terniat untuk melukai


Andainya bisa kuzahirkan
Mekar bunga yang di taman
Pasti ku taburkan untukmu
Seharumnya cinta yang kau beri Teman Sejati..... :'(

16 March 2012

Awak,Saya Enggan Menangis lagi


Awak
Tubir mata itu semakin digenangi
Air mata tidak berhenti
Terus mengalir di pipi
Saya kesat ke tepi

Awak
Saya relakan hati disakiti
Saya relakan air mata yang tidak berhenti
Saya relakan segalanya dengan harapan awk  akan kembali pulang ke sisi

Awak
Saya sudah tidak tahu mahu buat apa
Saya sudah rasa serba tidak kena
Hati sebak setiap kali awak mendiamkan diri
Saya usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira
Dengan harapan semuanya kembali sediakala seperti biasa

Awak
Saya sudah tidak kenal diri
Saya sudah tidak hiraukan kesihatan diri
Saya sudah tidak kisahkan penampilan peribadi
Hidup saya bergolak kini
Pecahnya jiwa dan hati
Saya sedang usaha ubati lagi

Awak sendiri tahu saya kesunyian
Awak sendiri tahu saya kesepian
Awak sendiri tahu saya keseorangan
Awak sendiri tahu saya hanya ada awak sebagai teman
Tapi,awak tetap buat saya dalam kesakitan

Awak
Saya tidak akan menyalahkan
Bukan awak yang saya tunding jari atau tangan
Saya pilih sendiri untuk tanggung penyesalan
Walaupun saya sendiri mulakan pertengkaran
Cuma saya enggan jelas akan keadaan
Kerana itu bakal menyakitkan awak

Awak
Saya bersandar di katil dan renung dinding lagi
Telefon sentiasa di tangan kiri
Tangan kanan menyesat air mata yang membasahi
Kepala saya suadah berpusing hingga saya tidak mampu berdiri
Mata membengkak hingga sya malu sendiri
Tapi celakanya air  mata tidak mahu berhenti
Sakit saya menusuk ke ulu hati

Awak
Saya seperti enggan percaya
Awak berubah sekelip mata
Kurangs eminit, awak hilang begitu sahaja
Tidak muncul walaupun saya merayu bagai orang gila
Saya terpinga-pinga
Tidak tahu apa salahnya
Terkapar-kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini dari semua  sementara

Awak
Saya rasa kasihan dengan diri sendiri
Setiap hari saya perlu dipaksa untuk kekal berdiri
Lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya saya tidak mati
Pentas tersedia dan dia hanya perlu menari
Walaupun cerah,terang,dia masih sepi
Tarian tetap diatur,walaupun air mata mengalir pipi
Senyuman tetap di ukir walaupun sakitnya hati
Saya perlu kuat demi mendapatkan awak kembali muncul disini..

Awak
Awak boleh ambil masa hingga infiniti
Saya tetap akan berusaha mencari
Kembalikan awak ke sisi
Saya tetap akan menanti
Walaupun ia lebih kepada membunuh diri
Mengabaikan diri hingga hampir mati
Asalkan awk kembali

Awak
Saya tahu betapa saya sayangkan awak
Saya tahu betapa saya cintakan awak
Saya tahu betapa saya mahukan awak
Saya jelas segalanya dan rasa layak….

Awak
Saya mohon awak kembali
Walaupun sebentar ke sisi
Cukup untuk saya kesat air mata di pipi
Cukup untuk saya gembira sedikit lagi
Cukup untuk saya lupakan kesakitan diri
Cukup untuk saya kekal berdiri

Awak
Bolehkah permintaan itu di penuhi
Mengabulkan permintaan saya ini
Saya menanti
Setiap malam,sepanjang hari
Kerana saya enggan menangis lagi