Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

15 June 2011

RINTIHAN SEORANG HAMBA...


Ya ALLAH Ya Tuhanku...

Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Ya ALLAH, sebagai tanda kasih sayang-Mu kpd hamba-Mu ini, Engkau telah memberikan sebanyak2 nikmat yg tdk t'hingga buat diriku, keluargaku & mereka2 yg berada di sekitarku..sesungguhnya aku amat b'syukur atas kurniaan-Mu itu Ya ALLAH...ALHAMDULILLAH, sebesar2 pujian hanya buat-Mu Ya ALLAH...

Ya ALLAH, Ya Tuhanku...pada masa yg sama Engkau berikan aku nikmat kehidupan duniawi ini, pada ketika itu jualah Engkau hadirkan dugaan yg padaku tdk mampu utk aku tanggungnya..aku ini hanyalah manusia yg lemah..Ya ALLAH, sungguh besar dugaan yg perlu aku tempuhi sebagai tanda KEIMANAN & KECINTAAN ku terhadap-Mu...

Namun Ya ALLAH, aku percaya bahawa sekecil atau sebesar mana sekalipun dugaan yg Engkau hadirkan dalam hidupku, saat itu Engkau telah lorongkan jalan buat diriku menempuhinya..Ya ALLAH, aku percaya Engkau tdk akan memberikan dugaan yg tdk mampu utk aku hadapinya & sesungguhnya setiap dugaan yg Engkau berikan b'sesuaian dgn daya upaya setiap hamba-Mu Ya ALLAH...SUBHANALLAH...


Ya ALLAH, Ya Tuhanku...tiada apa yg aku harapkan dari-Mu melainkan Engkau suburkan KEIMANAN & rasa CINTAku terhadap-Mu..kurniakanlah kpdku kebahagiaan yg b'panjangan & b'kekalan, kesihatan yg baik supaya aku dapat m'jalankan tanggungjawabku kepada-Mu dgn sempurna & seterusnya berbakti buat kedua org tuaku..limpahkanlah rezeki buat diriku & damaikanlah jiwa2 setiap insan yg mencintai-Mu Ya ALLAH...Ya ALLAH, sesungguhnya tiada satu kuasa pun yg dapat menandingi kekuasaan-Mu sebagai pemilik duniawi ini...ALLAHUAKHBAR...


~~AMIN YA RABB~~

7 June 2011

hati ini, Rindu.


Rindu.
pade kebahagiaan dan ketenangan bila bersama meraka.
pada kasih sayang yang ada
Jauh,
dari pandangan mata,
namun dekat dalam hati yang sering menyeru,
dan sesungguhnya aku Rindu,
pada mereka berdua,
yang memahamiku dari pandangan berbeza.
oh ALLAH, aku rindu.
kerana kami jauh,
jagakan mereka untuk aku.
kerana mereka jua duniaku.
dan kumahukan mereka juga untuk akhiratku.
kerana mereka,
ku ingin kesyurga bersama.
dan aku masih rindu.


Saya Rindu.
maka ALLAH, panjangkan umurku walau sehari, dan ampunkan dosaku untuk setiap saat ku didunia, agar dapat ku bertemu mereka didunia, dan disyurga sana.
Ameeen ALLAH humma ameen.


Buat Saudaraku dan Sahabatku

Ya Allah, aku terlalu rindukan seseorang..

Actually, waktu POKMIE tapi ni, POKMIE dah tergerak nak balik dah, tp bila fikirkan jln kat federal highway tu jam..terbantut lak nak balik..apa pun, apa yg ada kat dlm kepala POKMIE ni..entah lah..mcm2 ada..tp yg pasti POKMIE terlalu merindukan seseorang tu..tak tahu kenapa dia tiba2 dtg...actually POKMIE dah cuba utk melupakan dia..tp lagi kita paksa diri kita utk melupakannye..lagi itu lah dia dtg..arghhhh!!!

Ya Allah, KAU kuatkan lah hatiku..KAU teguhkan lah iman ku..KAU bantulah aku yg dalam kejahilan ini..semoga KAU bukakan ruang keinsafan buat ku..semoga KAU lahirkan perasaaan cinta yang suci buat ku..semoga KAU lindungi diriku dari kejahatan..semoga KAU menjadikan aku diantara insan2 yang KAU sayang
i..am



DIRIKU SEMPURNA DISISI MU

6 June 2011

Dugaan Sakit Ini................




ALLAHUAKBAR..
dugaan..
dugaan sakit hadir..

"Tidaklah orang muslim ditimpa cubaan berupaya panyakit atau lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR.Bukhari Muslim)

sejak kebelakangan ini banyak sakit yang hadir..
ALHAMDULILLAH..
sungguh aku jauhi keluhan..
kerana sedar yang ianya berlaku bagi menggugurkan dosa2 yang lalu..
ALLAH..
TERIMA KASIH YA ALLAH
AKU REDHA..

aku berharap segala dosaku terhapus YA RABBI sebelum ajal menjemputku..
akan tersirat banyak hikmah yang ALLAH hadirkan utk setiap yang berlaku..
ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH juga ku panjatkan kepada YA RABBI..
secara perlahan2 diri ini mula memikirkan makanan yang elok untuk tubuh badan..
KERANA~AMANAH~
AMANAH KEPADA DIRI
INSYALLAH..

dan banyak perkara yang diri ini fikirkan dlm melakukan sesuatu..
perlu berakhlak tinggi..
perlu merendah diri..
melakukan perbuatan baik dan menjaga adab walau di tempat tiada orang sekalipun..
perlu latih lidah utk mengucapkan salam kpd sahabat2,memulakan sesuatu dgn BISMILLAH, zikrullah, selawat..
terima teguran dgn senyuman..
elakkan berbahas sesuatu yg tidak perlu..
menegur dan berkata2 dgn kata2 yg elok di dengar..
erm..byk lg nk ubah..
ALLAH..
INSYALLAH..
KUATKANLAH HATIKU INI YA RABB

Perlukah Update Blog?


Dah lama tak bukak Blog ni...
Rasa bagaikan usang ditelan zaman..
Rasanya, perlukah update blog?
Manakah lebih baik?
Update Facebook?
Update Blog?
Sengaja mencari ruang masa terbuang memikirkan benda yang pelik-pelik...

Kepahitan dan Keperitan Hidup yang Sukar Dilupakan..

Sengaja saya melakarkan sesuatu pada ketika ini agar dapatlah dikongsi ilmu yang ada,walaupun ia tidak bernilai kepada anda....

Tetapi, ketahuilah bahawa diri ini tetap akan berusaha mencoretkan sesuatu di sini untuk memenuhi azam di dalam diri. Pastilah azam ini semata-mata mengharap redha dari NYA, agar kelak adalah cahaya NYA menyuluh perjalanan hidup ini.

Pastilah juga mengharap agar kehidupan yang dilalui ini tidaklah sia-sia...


“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali ….. yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr)
Dari itu, izinkanlah saya mencoretkan apa-apa berkaitan Kenangan Pahit atau Perit yang amat sukar Anda lupakan. Sememangnya perkara yang amat menyakitkan sukar untuk dilupakan, apatah lagi parut luka itu masih kelihatan. Itu sememangnya lumrah di dalam kehidupan.

Siapa yang boleh melupakan setiap kepahitan dan kegagalan di dalam kehidupan? kalau ada, saya menganggap dialah manusia yang istimewa.

Hakikatnya, memang sukar melupakan sesuatu yang amat pahit di dalam kehidupan ini, tetapi ketahuilah saudaraku bahawa semua yang pahit dan perit itu adalah antara ujian-ujian kehidupan yang sememangnya harus kita lalui. Itulah antara hikmah kehidupan yang harus kita pelajari...

Mengapa?

Kerana kepahitan dan keperitan itulah yang akan mengajar kita tentang gambaran neraka NYA. Sebab itulah kita harus merasai sedikit keperitan dan kepahitan semasa kehidupan ini, agar kita mengetahui sedikit tentang Ilmu-Ilmu NYA yang tersembunyi.

Dan harus juga diketahui bahawa di sebalik neraka pastilah akan ada syurga NYA. Syurga merupakan sesuatu yang amat manis gambarannya kerana DIA yang menciptakan kehidupan ini sememangnya telah menjelaskan bahawa di situlah terletaknya segala kemanisan pengakhiran kehidupan.

Dari itu, sukalah saya mengatakan bahawa kesemua ujian pahit atau ujian perit yang dilalui semasa kehidupan ini haruslah dilalui dengan tabah. Apatah lagi seandainya diiringi doa memohon bantuan dan pertolongan NYA, agar kelak mendapat bimbingan dari NYA di dalam menghadapi segalan kepahitan dan keperitan hidup ini.

Sekurang-kurangnya dengan usaha sedemikian, berkemungkinan akan adalah iringan redha dari NYA semasa kita berusaha untuk melepasi ujian kehidupan ini. Memang redhaNYA itu amat penting di dalam kita melalui kehidupan ini kerana itulah matlamat mengapa kita di sini. Di sini..., di dunia ini.

Seandainya Anda masih tidak mengerti mengenainya, pastilah Anda akan tetap terasa kepahitan dan keperitan di dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan ini. Mengapa berlaku begitu? kerana Anda masih merasakan betapa pahit dan perit nya kehidupan yang sedang Anda lalui di dunia ini.

Untuk Se2orang yg Tak Dpt Kumiliki

bukan waktu dan tempat yang salah tapi pilihan yang terlalu awal … tak pernah kusesali walau terlambat berjumpa aku bersyukur karena pernah bertemu dan jatuh hati padamu dan memberikan seluruh hatiku untukmu. Dan saat itulah hidupku terasa begitu bermakna, indah dan membahagiakan.. kau bagaikan matahari yang datang kala aku merasa gelap kau bagaikan mata air yang ditemukan kala aku merasa kehausan dan kau berikan semua tanpa menuntut kau bagaikan sepasang mata yang dapat menuntunku dalam berjalan dan memberikan warna warna indah dalam kehidupan kau membuat diriku dapat menikmati hari hari yang indah aku ingin dirimu menemaninku untuk melangkah kembali bila kau sudah terlepas dari ikatan aku akan menantimu bila kau memutuskan untuk melepaskan masa lalu aku akan menemanimu tapi bila kau tetap dengan ikatanmu .. aku mengerti dan menghargaimu cinta tak selalu harus dimiliki tapi bahagia pernah memiliki cinta dan aku dapat merasakan karenamu.