Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

28 January 2012

MaAFkaN AkU

Aku ini manusia biasa..punya ati dan perasaan..punya rasa marah,kecewa dan sedih..Namun ku percaya kesakitan ini tak lama..sehingga kini aku tdk mengerti apakah salahku..hanya kerana syak wasangka dan tuduhan tanpa bukti telah mewujudkan pertelingkahan dan menjarakkn hubungan...

Aku mungkin tidak kisah jika aku punca segalanya..tapi di mana keadilan untuk aku??dimana ruang dan peluang utk aku memperbaiki ukhwah ini?Aku tak kisah jika khilafku dijajakan...AKu tak kisah jika keikhlasan dn kebaikan ku atas nama 'UKHWAH' dan persaudaraan dilupakan...

Namun percayalah..Hati sedih melihat jurang yg tlh tercipta..terlalu sedih...Jika kejahatan dibls dgn kejahatan maka itu dendam namanya..Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan itu zalim namanya..Tapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan itu adalah mulia dan terpuji...Tiada niat di hati sebegitu..hanya kerana ingin meluahkan rase yang terpendam selama ini..terlalu sakit utk menanggungnya tanpa ade yang memahami...

Meskipun mungkin selepas ini pertelingkahan yg tlh wujud mengubah segala-galanya...namun ats nama UKHWAH..sepuluh jari kususun mohOn maaf ats keterlanjuran kerana aku tak layak utk 'hadir' dalam hidupmu dan mengguris hati INSAN semuliamu.

~Ukhuwwah....~Lillah...~

Bila sebut pasal ukhuwwah.
Yang aku faham..ialah… suka duka bersama.
Tidak meninggalkan dan tidak ditinggalkan.

Dan setiap ukhuwwah itu..akan diuji. Dan disinilah perlunya ‘lillah’
Ukhuwwah fillah.
Means.. for Allah only.

saling menyayangi keranaNya, saling memberi keranaNya, menegur walau ia menyakitkan, menerima walaupun ianya sukar.
Kerana Allah.

Senang untuk sms sahabat2 kita.. ckp tentang ukhuwwah fillah. Tapi berapa ramai sanggup buktikan?

Bila seorang sahabat kita diuji.. atau kita sendiri diuji..itu bermaksud, kita semua terlibat sama. Dan jika kita terseret secara tidak sengaja.. itulah harga yang perlu dibayar~ kerana kesetiaan kita kepada ukhuwwah.

Dan aku sendiri pernah berjanji.
“dia tidak meninggalkanku ketika aku parah dahulu..Alhamdulillah..begitu juga aku.. Jadi, atas alasan apa perlu aku abaikannya?”




Kemudian.. aku mahu kasihinya lebih dari diriku sendiri. Kerana di situ adanya halawatul iman. Dan aku mahu menyayangi dan bertemunya hanya keranaNya agar kami bisa bersama di syurga nanti dengan naungan syafaatNya~
do we? Lillah? insyaAllah!

untuk mereka yang pernah hadir bersama2 di jalan ini..

Dan kini aku parah lagi..dimana dia???..aku pun tak pasti..masih adakah lagi Ukhuwwah antara kami..dimanakah ukhuwwah lillahi Taala yg selalu diungkapkan???Hanya Allah yang Maha Mengetahui sesuatu yg tlh direncanakan untukku..think positif... =) 


"Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah..amin ya rabbal a'lamin"

Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna...


5Sebab Dari Mu...


1. sy syg awk.
2. sy sunyi jika xde awk..
3. sy resah law 1hari x kacau awak, usik awk..
4. sy sentiasa mengharapkan kedatangan awk.
5. sy akan rindu awk jika awk xde..jadi..jgn mendiamkan la


Assalamualaikum dan selamat pagi..sekarang nie Kole Berang hujan..lebat sangat..rase tak nak bangun dan keluar dari selimut..hehe...tp peluang nie kne ambil..Antara doa yang mustajab dan diperkenankn oleh Allah adalah ketika hujan turun...moga2 doa saya ini diperkenankn oleh Allah..ameen Ya Rabb...^_^

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku..
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu..
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan..



Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb,
supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu..
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya...
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya....
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya...
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya...
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba..
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih..
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis..
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat..
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh kesahnya...
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan selalu ku janji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu..
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan..
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan..

Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu..
Andai Engkau berkehendak lain..
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat..
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku..
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui..
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya..

ameeeeennn Ya Rabb...


mood: Dalam doa saya..sentiasa ada nama awak..dan saya berharap..awak lah 'jodoh' saya suatu hari nanti..moga Allah perkenankn doa saya..ameenn... tp saya tahu awak akan bagi jawapan yang sama....

27 January 2012

~KeTiKa aKu mEnAnGiS...T_T...

Princess......ketahuilah bahawasanya ;

ketika aku menangis,
bukan bererti aku tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang aku perhatikan telah mengaibkanku,

ketika aku menangis,
bukan kerana aku ingin dilihat lemah,
melainkan kerana aku tidak sanggup berpura-pura kuat,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin membuat orang rasa bersalah,
melainkan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang membuat aku sedih,

ketika aku menangis,
jangan lah engkau menganggap aku lemah,
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata ini mengalir....

~Jika tangis ini yg akan redakan luka hati ini berlarutan..maka biarkan aku menangis sendirian...

Ya Rabb..

serabut! rasa nak menjerit keluarkan semua keserabutan nih..
banyak benda yang berlaku dalam 1 masa,
banyak benda yang kena fikir dalam sesaat..
tapi aku still ada Dia.
tak perlu merawat hati yang tak tenang dengan benda2 tak berfaedah.

+++
Kepada Pemilik Hati Setiap Manusia..
Kerana Engkau Maha Mendengar..
Kerana Engkau Maha Memberi..
Kerana Ditanganmu Segala Takdir..
Mudah2an Dengan IzinMu..
Kerana Engkau Tempat Aku Meminta..

Ya-Rabbul Ariffin,
Tuhanku..
Seandainya telah kau takdirkan ikatan UKHWAH ini bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku..
Luput dari ingatan ku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Rabbul Izzati,
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Dan gelap pekat awan..
Agar aku bisa mncari bahagia...
Walaupun tanpa dirinya..

Ya Rabbul Quddus..Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyayanginya...
Aku pohon agar Tuhanku Melenyapkan perasaan ini
Ameen...


***************
Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

~~NaSiHaT ImAm AL-GhAzALi~~

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...

Pasti sudah banyak yang mendengar tentang nasihat Imam Ghazali ini kepada para muridnya.Ana kutip di sini percakapannya untuk merefresh kembali, dan kita sama-sama mengambil hikmahnya:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang “
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


Hikmah:
Perbanyak ibadah sesungguhnya kematian adalah dekat. Pergunakan waktu sebaik mungkin karena kita tidak dapat mengulang masa lalu. Berhati-hati dengan hawa nafsu, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. Tunaikan selalu amanah. Ingat bahwa manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah semata. Dalam kesibukan apapun, jangan tinggalkan solat yang menjadi tiang agama kita. Berhati-hati dengan ucapan kita, karena melalui lidah kita mudah untuk menyinggung dan melukai hati saudara kita sendiri..


Wallahua'lam..

Sumber: Sahabat..
Andai aku tak dapat menjadi pelita malammu,cukuplah aku menjadi kunang-kunang agar malammu terang ::::::::SALAM HATI::::::::: aku terlalu menyintai SENJA.....kerana setiapa kali SENJA hadir,ia hadir bersama senyummu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Saat ini kau dan aku di sini.. Esok,entah siapa yang akan berkelana. Menyusuri dan melanjutkan takdir sendiri.Maka setiap detik...kuingin kita mengisinya dengan erti. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ inilah aku.. hanya segaris senja tanpa erti.. kadang terlihat dan kadang ternampak.. tak bisa menjadi seperti mentari yang menghangatkan.. biasku tak ada warna.. perlahan redup dan hilang dalam kelam.. jangan tanyakan siapa aku.. aku adalah untaian kata tak bermakna.. jiwaku terlukis dibait kata yang kurangkai.. hatiku tercipta ditiap makna syairku ragaku dapat kau rasakan dalam lukisan jiwa didinding hatiku

25 January 2012

""...Bila Dia Bukan Untuk Ku.."""

~Kadang-kadang rase keliru dengan perasaan sendiri..sayangkah aku?? rindukah aku??!!..adakah ini cinta?? adakah dia jodohku?? atau aku hanya bertepuk sebelah tangan... arghhh..susahnya untuk memahami dan membaca hati orang yang kita sayang.. Akhirnya..kita serahkan segala-galanya pada yang MAHA MENGETAHUI..moga hati ini akan lebih tenang....T___T

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku..
Bila dia bukan jodohku...
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya...
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku...

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya..
Bila ini belum saatnya..
Jarakkan kami...
Pisahkan kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia...
Agar kami tak mengundang murkaMU...
Agar kami dapat lebih menjaga hati...
Dan
Bila doaku didengari..
Bila permintaanku KAU kabulkan..
Bila masa membina jarak yang memisahkan..
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan..
Bila kami semakin jauh...
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu...

Ya Allah,
Bila itu terjadi...
Yakinkan aku...
Bahawa doaku didengari..
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku..hambamu..
Bantulah aku menjalani hari..
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan...
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan...
Agar dapat ku pujuk hati..
“kerana ALLAH lebih tahu…”

~Khas Buatmu...~

Akhi/Ukhti...
ketika senyummu tak terbalas,
Allah telah menghitung manisnya senyummu...
Saat sapaanmu tak terjawab,
Allah tak lupa berapa kata yang kau ucapkan...
Saat ajakanmu dalam kebaikan tak dipenuhi,
lelahmu tak kan tertinggal di catat Roqib-Nya...
Ketika kau menangis atas perihnya perjuangan,
Allah tak pernah lalai menghitung berapa titis air matamu...
Ketika mereka lari meninggalkanmu,
Allah tak pernah lalai menyertaimu...

Hatiku seperti buku,
di halaman pertama kutulis nama Allah..
kerana tempat ku serahkan hidup dan matiku..

di halaman kedua ku tulis nama orang tuaku..
kerena tanpa mereka aku tidak akan ada di dunia ini...

lalu ku buka halaman tengah..
ku tulis nama orang-orang yang pernah menyakitiku..
kerana bahagian tengah mudah disobek dan dibuang...

Di halaman terakhir ku tulis namamu Saudara/i ku..
kerana kita akan menjadi sahabat yang takkan pernah ku lupakan sampai akhir cerita buku kehidupanku,
dan tidak akan ku lupa dalam catatan hidupku sebagai hujjahku di hadapan Allah...

Bismillah..Buatmu akhi..
Ambillah secebis ketabahan ADAM, secangkir keluhuran YUSUF, selautan ilmu SAIDINA ALI dan sekudus taqwa NABI MUHAMMAD S.A.W...
Ya Allah,
Muliakan saudariku ini semulia KHADIJAH, selembut FATIMAH, seanggun AISYAH, secantik ZULAIKHA... Lengkapkanlah jalannya, mudahkanlah urusannya... Amien...

"Sunyi tak bererti hilang..diam tak berarti lupa..kerana diantara kita ada UKHUWAH teriring doa untuk saudara2ku....

SEMOGA ALLAH MELINDUNGIMU".

UkHWah.. BeNCi & CiNTa

Orang kata, "indahnya ukhuwah itu.."
Ditambah pula..
"..andai bertemu & berpisah kerana Allah"
Aku berfikir..indah benarkah ia?

Tika hati terluka lara
saat benci menguasai sukma
sejuta kebaikan lalu ditelan maya
satu kesalahan mu menjadi sisa

Ukhuwah kita ini kerana apa?
hati kita ini kurniaan siapa?
kata-kata mu juga dari mulut siapa?
adakah dgn pinjaman ini niatmu sengaja
?

Mudahnya menutur maaf
mudah juga memberi maaf
bila hati sudah redha memaaf
tapi masih berbekas, walau sudah memaaf..

sepertinya sakit benar..
sepertinya tidak merelakan..

Ku renung dalam2 ayat itu..
"bencilah kesalahannya,
tapi jangan kau benci orangnya."


Mampukah aku?
berbuat begitu pada saudaraku, keluargaku,
temanku,sahabatku & pada setiap yg ku cinta?
Saat mereka 'ter' khilaf,
adakah kemaafanku redha mengiringi kesalahan mereka?

tapi, demi sebuah ukhuwah & cinta
akan aku perjuangkan
kerana Allah yang menjadi saksinya

kerana pada setiap diri itu
yang ku benci hanya khilafnya
tetap cinta pada pelakunya
yang ku sakit hanya pada katanya
tetap sayang pada pelakunya


Ku lihat kata2 As-Syafi'i
"Aku mencintai orang2 soleh.."

diteruskan dengan titisan jernih air mata
"..meski aku bukan dari bahagian mereka,
dan aku membenci para pemaksiatNya,
meski aku tak berbeza dari mereka.."


Insan hebat berkata begitu
namun, aku ingin menjadi lebih hebat
kerana Allah yang menjadi saksinya
dalam tiap ikatan ukhuwah kita

"kerana tiap yang beriman itu tetaplah rembulan,
memiliki sisi yang kelam
yang tak pernah ingin dilihat sesiapa pun,
maka cukuplah bagiku memandang sang bulan
pada sisi indah yang menghadap ke bumi.."

Indahnya pada selalu memberi..
Indahnya pada sesekali merasai..
Kedua itu adalah saling..
bukanlah asing2..
seperti sang rembulan
yang kadang harus menggerhanai matahari..

Maafkanlah..
Leraikanlah..
Redhailah..
hidup ini terlalu singkat utk membenci..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~BeRcUti YeA??...bEStNyE....~

"perkara yang paling aku kesali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah"
~Ibn Mas'ud r.a~


apa khabar sahabat2 yang sekarang tenang dalam tempoh bercuti? relax atau busy? masa dihargaikah? atau terus terleka...? apapun, sama-samalah kita menghargai masa yang diberikan.. 1 minggu, bukanlah lama.. sekarang hanya tinggal sisa 2 hari sahaja...
apapun, rancanglah apa yang ingin dilakukan pada tahun hadapan.. "tanggungjawab melebihi waktu yang ada..."
selamat bercuti ya.. hargailah masa lapang sebelum datang masa sempit..

dan renungilah ;

Dalam jauhnya sebuah perjalanan...
Allah amanahkan kita sebuah perjuangan...terimalah dengan penuh keikhlasan,
kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan, kadang-kadang cemerlang gagal dicapai,
namun apa yg perlu kita yakini....itulah ujian ALLAH,Yang Maha Mentadbir sekalian alam. Semoga ALLAH ketuk pintu hati, agar terus bersandar kepada-Nya...smoga terus thabat dalam perjuangan....


moga esokku lebih baik dari hari ini..amin..

HATI DAN AKAL BERBICARA TENTANG CINTA~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi...



Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam!

....Tegas hati....

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..T_____T

20 January 2012

BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN

Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain...Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan...

Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan...

Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
***********************************************************

Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah...Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita...

Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”

Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga...

Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati... Sedangkan itu semua adalah salah kita...

Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…

Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa...Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan...

Sebaliknya, berharaplah pada Allah...Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita...Tak cepat, lambat.. Kalau bukan di sini, InsyaAllah di akhirat nanti Allah balas.
Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana...Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan...

Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda...

Percayalah...Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya...Sedangkan semua itu bukan salah mereka...Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain...Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal...

 Ada kaitan ke dengan gambar nie??..terpulang pada anda untuk mentafsirknnya..
hehe...

*********************
Kini,saya hidup lebih tenang dan tenteram...Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang...Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya...Saya yakin hanya Allah saja yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya.. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia…. =D

Berkecil hati juga dikira berdosa???!!...

Berkecil hati juga adalah dosa??

bace lahh... :)

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?Then I asked my Ustaz what’s that mean...

Ustaz: Jika seseorang hina kita, dia berdosa..Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia,kita juga berdosa..Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..

Izham: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?.

Ustaz: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah..

Izham: *blur

Ustaz: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah..Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia..Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan..Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Izham: Ooooooo.. Ook..

Ustaz: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu” dan sebagainya..Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain..“Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Izham: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


*****************

alhamdulillah , aku pon baru tau tentang benda ni, brdosa rupanya mrajuk tak tentu hala ni, subhanallah...Peribadi Kita Maruah Kita.....♥

mood: sampaikan kebaikan walaupun satu ayat ..sebarkan ...
selamat beramal .............=) 

Aku menyayangimumu kerana Allah

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu..
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah..
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh..
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu..
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu..
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu..
Ketika aku menjaga rahsiamu..
Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan,

Dan..

jika Allah yang memintaku untuk menyayangimu sekali lagi,
Aku pasti akan melakukannya...dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah,
Puteriku, apa kau juga “menyayangikuku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap dan semoga semuanya hanya kerana Allah..
Amin..

"JaNgAn SaNgKa-SaNgKa"

Entri ini hadir tatkala hati dirundung duka..kecewa..

kenapa?

kecewa dengan sikap manusia yang suka berburuk sangka. Mungkin kali ini aku yang menjadi 'mangsa'..tak mengapa..mungkin Allah nak uji UKHWAH kami..mungkin juga ini balasan dosa-dosa aku yang pernah berburuk sangka..Ampunkan aku Ya Allah.

" Dua perkara,tiada sesutu pun yang lebih utama daripadanya, iaitu: menyangka baik terhadap Allah taala, dan menyangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara lagi,tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya, iaitu: menyangka buruk terhadap Allah Ta'ala dan menyangka buruk terhadap hamba-hamba Allah"

Apakah dia buruk sangka?


Buruk sangka ialah anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya,semuanya tidak baik, padahal anda boleh menganggap kesemuanya baik.

orang masam, dikata sombong.



orang tertawa, dikata cintakan dunia

orang selalu menangis, dikata manja

orang itu mungkin..

masam kerana teringatkan dosanya
ketawa kerana ingin bergembira seketika
menangis kerana penyesalan atas segala dosanya

suka ke kita kalau orang buruk sangka pada kita?tentu tidak.

jauhi buruk sangka.kalau berdoa pun kita diminta untuk bersangka baik dan yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

jadi,sangka la yang baik2- baik.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

husnudzhon...nampak mudah,buat payah..

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ


ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Marilah berbaik sangka. Kita mulakan dengan diri kita dulu.Entri ini pastinya ditulis bukan untuk anda sahaja,pastinya untuk diriku juga.

banyakkan baik sangka..

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12
)

sebahagian dari isi di dalam ini diambil dari tulisan ustaz zaharuddin.Moga Allah memberi kebaikan yang banyak buatnya...buat anda...juga buat diriku..

teruskan bersangka baik
.

~DaUn YaNg JaTuh TiDaK aKaN mEmBenCi AnGiN..~


“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia.. tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya..Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza,saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya,kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya,saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya.

Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya.Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

~ Salam Ukhwah..~


Angin...
Jika kau berhembus lembut melaluinya.. katakan padanya.. aku temannya selamanya..

Air..
Jika kau mengalir melintasinya.. beritahulah padanya.. aku memohon maaf atas segalanya...

Burung...
Jika kau terbang melintasinya.. sampaikan kataku ini kepadanya ..

”kita dipertemukan lewat takdir Tuhan, kita bersama atas kasih persaudaraan.. kita dipisahkan kerana batas waktu seharian.. namun kasih kita subur berpanjangan.. doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam satu jambangan.. malah harumannya tersebar istimewa buat seorang insan.. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan..”


Salam sayang kutitipkan buatmu yang jauh dimata..tapi sentiasa dekat dihati...Meski jauh dibatasi jarak dan waktu.. ingatan buatmu tetap bertamu... kadangkala sunyi dari berita..namun tidak bermakna dilupakan..mungkin silap diri ini kerana tidak begitu memahami erti fitrah persaudaraan.. maaf atas segala kelemahan diri..

semoga kita di antara hamba yang dinaungi syafaat Allah di akhirat kelak... semoga ianya kerana ketulusan pada sebuah persaudaraan....

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud ;
Teman-teman karib pada hari itu, saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa...


Sejambak kasih buatmu...

Dila..terima kasih di atas segalanya!

Aku disisi tidak mungkin menghilangkan resah hidupmu..aku disisi juga tidak selamanye diperlukan.. tapi sebagai seorang insan yang pernah mengenali dan menyayangimu.. aku pasti bersamamu dalam setiap kepayahan.. dalam setiap kedukaan..dalam setiap mehnah kehidupan..ayuh, timba ilmu sedalam mungkin.. dan berbakti pada kampung halaman.. =)

diri ini begitu mengingatimu..mengenali mu lewat takdir yang lalu..sangat bermakna dan tak mungkin dilupakan..masih segar detik-detik ukhwah yang terjalin..

ermm...mengenalimu juga memberi sejuta rasa buat diri ini.. sedih, kecewa., marah, gembira.. namun, mengenalimu dapat kurasai nikmat kasih sayang Tuhan...

Dila.. kenangilah saat memori yang kita lakarkan suatu masa dahulu..

Andai satu hari nanti kita terpisah..
biarlah MAUT penyebabnya..
bukan kerana SENGKETA..
bukan kerana FITNAH..
bukan kerana BERMUSUHAN..
bukan juga kerana JARAK DAN MASA...
kerana UKHWAH kita tiada gantinya..
biarlah kekal hingga ke SYURGA..
Insya Allah...

**********

Ya Allah,
Jadikanlah hati-hati kami setenang air..
Rindukanlah hati-hati kami pada syurga nan abadi..
Jauhkanlah hati-hati kami dari badai ombak kesesatan..
Agar saat hari kami bertemu Mu Ya Ilahi..
Lisan kami basah menyebut..
Kalimah syahadah...

Wahai Pemilik Nyawaku,
Baruku sedar..indah nikmat UKHWAH itu...
Tak pandai aku bsyukur..
Kini kuharapkn cintaMu..
Ampuni khilaf & silap selama ni Ya Ilahi..
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
Pada saat ujian dan dugaan datang bertubi-tubi menimpaku..
Aku terkapar lemas bersimpuh di hadapanMu..
Memohon ampun dan belas kasihMu padaku..
Agar Kau hentikan semua yang menimpa diriku....
Kerana aku takut tidak kan mampu lagi menahannya...
Tuhan..
Kuatkn aku...Lindungiku dari putus asa...
Jika kuharus mati..pertemukan aku dgnMu..
Ameen Ya Rabbal A’lamin..


Disaat ini..mekar ingatan melayang buat insan yang ku kasihi…saat ini, rindu kian mengasak jiwa...


Benarlah... jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi UKHWAH yang dihulurkan.. 

~ Rahmat di sebalik ujian~


Perasaan apakah ini…?
Aku benci untuk ada perasaan sebegini. Tidakkk!!!

Tapi.. benci lagi aku pada orang yang memecah belahkan ukhwah.

Sekarang...Time to see..siapa kawan, siapa lawan. Siapa ada, siapa takdak, siapa senang, siapa susah. Kan?

Kenapa ya tiba2 aku cakap hal ni. Huuhh..malas nak bagitahu.

Lucu betul dengan manusia...sedih pun ye jgk..Alasan yang tak logik. Tapi lagi sakit ati dengan sikap korang...tuduh-tuduh xde bukti..apa nie?????
Oh..rupanya aku sedar..
Dan aku perlu tahu………itu sebahagian ujian..ade rahmat yang tersembunyi..

Berhati2lah dengan semua makhluk.
Berharaplah pada Allah yang satu. Tiada dua. Tidak mengecewakan.


Kata seorang sahabat,

Jika ditakdirkan aku begitu, Mungkin ini juga pernah terangkum dalam doa aku yang kini baru dimakbulkan..

Jika aku tiada pilihan untuk memilih, yakinlah pada Allah jua segala pengharapan..

Jika aku berasa disisihkan yakinlah bahawa aku adalah insan pilihan yang diuji sedemikian..

Tidak berlakunya sesuatu itu dengan sia-sia...
Husnu zhon with Allah~

***

Oi sekalian manusia, jangan main2 dengan aku ea…aku bukan insan yang lemah..So, don’t play2 with me aa…

Kalau setakat nak uji kesabaran aku di mana… just wait n see… kesabaran aku tidak berpenghujung. Amin..

Kalau setakat nak tengok sejauh mana aku mampu bertahan.. relax dulu. Just want to say.. that I’m mujahid. I’m strongest one...Insya Allah..

-end of post-

~Maafkan Aku..~


Aku tidak pandai menegur yang silap..
Aku tidak bijak menasihati yang lalai..
Aku tidak bisa mencegah yang mungkar..
Aku juga tidak mampu menjadi yang terbaik..
Aku cuma tahu terjah saja!

Di sebabkan itu,
Ada jiwa yang sakit kerana teguranku...
Ada hati yang parah kerana nasihatku...
Ada mata yang menangis kerana terjahanku..
Ada perasaan yang terluka kerana tindakanku..
Maafkan aku..

Aku tidak pandai menyusun kata yang melembutkan hati..
Aku tidak bijak menulis kalam yang menyedapkan mata..
Aku tidak bisa memujuk dengan tindakanku..
Maafkan aku..

Kadang-kadang aku terlalu mengharapkan kesempurnaan..
tanpa memikirkan kekurangan yang ada padaku...

Sakitmu,

Parahmu,

Tangismu,

Biar aku tanggung !

Aku cuma minta kamu jangan menilai aku..
Hentikan menilai aku!
Aku khuatir nilaian buruk kamu sama dengan nilaian ALLAH terhadapku,
Aku lebih khuatir nilaian baik kamu tidak sama dengan nilaian ALLAH terhadapku,


Ku mohon,
Tegurlah aku jika aku mulai sombong..
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh..
Tegurlah aku jika aku mulai salah...
kerana..
Aku masih sangat perlukan seseorang seperti KAMU..
Hari ini..
Esok..
dan Selamanya..

Ku mohon..
Jangan menilai aku sebaliknya doakan aku.

Doakan aku dan maafkan aku...

Princess.......

~Dilupakan????...~


Telah ku terbiasa begini..
pabila diperlu akan dihubungi..
tp jika tidak..
akan di lupakan..
tidak di endahkan..
tidak dihiraukan...
seolah-olah tidak pernah dikenali..
akhirnya..
di tinggalkan..

...akan tetapi..
tidak ku kecewa..
krn ini adat hidup di dunia..
yg hakikat nye sementara..
dan ingatan manusia tidak kekal lame..
sering lupa sesame mereka..
dan alpa bhawa dunia ini tidak lama..
sesungguhnya akhirat mnanti bila2 mase..
yg kekal abadi utk selama2nya..

18 January 2012

WaRkAh tErAkHiR bUaTmU..

Aku hanya seorang HAMBA...yang menyulam seribu mimpi di awangan...yang mengutip lautan pengalaman sebagai bekalan untuk hari esok...yang dewasa dengan titik ranjau kehidupan...yang terkadang kuat setegar karang...yang merintih, mengeluh tapi air mata ku sujud di kaki NYA tempat mengadu.....


Dila, sejauhmana pun indah UKHWAH kita, dunia ini tetap hanya pinjaman...
Kau hadir, menyinari, kemudian pabila tiba masanya kau tetap pergi.

Benarlah sabda junjungan, supaya kita mencintai sesuatu sekadarnya kerana suatu hari nanti kita akan membencinya.

Terkadang pahit rasanya. Kini, segalanya berbeza. Kita bersama hanya dalam keadaan fizikal. Tetapi 'jiwa' dan 'roh' kebersamaan yang sebenar itu sudah hilang. Pokmie juga tertanya-tanya mengapa. Mungkin ini ujian Allah buat UKHWAH kita. Syaitan juga giat menambah perencah-perencah mazmumah. Sangka buruk, tidak puas hati, amarah, benci, kecewa, terluka, sakit hati. Allah, bertambahlah retak hubungan kita.

Namun, apalah lagi nikmat yang membuatkanku aku terlalu bersyukur selain hadiah 'UKHWAH' yang Allah kurniakan ini..

Dila,demi Zat yang jiwaku berada dalam tanganNya.KamuuUlah yang mengingatkanku kepada pencipta,Kamulah yang mengingatkanku tentang pahala dan dosa,kamulah yang membantuku menjaga ibadahku, kamulah yang membantuku mencintai Tuhan lebih daripada segalanya, kamulah yang mengingatkanku selalu supaya aku menyerahkan pergantunganku segalanya kepadaNya,kamulah yang mengingatkanku bahawa pokmie ini seorang hamba.

Dila, demi Allah yang kehidupanku berada dalam genggamanNya. Kamulah yang mengajarku tentang indahnya persahabatan, kamulah yang memimpin tanganku tika aku bertatih melalui denai perjuangan, kamulah yang mengajarkanku untuk memenuhi masaku dengan beribadah kepadaNya.

Pokmie lebih redha jika yang tinggal bersamaku hanya kenangan kita. Kerana jika saat ini kamu bersamaku, saat akan datang kamu akan pergi juga. Tika itu sudah tentu pokmie menangisi kehilangan kamu dengan tangisan air mata. Tahukah kamu bahawa perpisahan itu memeritkan?

Tidak mengapalah jika kamu hanya tinggalkan bersamaku kenangan kita. Agar jika pokmie rindu, akan kusingkap semua layar kenangan yang telah kita cipta.


Pokmie ingin sekali menatap wajahmu seperti dulu, rindu semangat kamu, rindu tawa kamu, rindu tangismu, rindu senyummu.


Pokmie rindu kemesraan kita, berkongsi suka dan duka, bersama bercerita tentang hati dan masalah kehidupan, rindu muhasabah kita, rindu rehlah kita, rindu untuk makan bersama, rindu segalanya.

Dila, terima kasih atas 'kenangan' yang kamu berikan. Sekurang-kurangnya walau kamu tiada di sisi, namun 'pelangi' dan 'matahari' yang kamu hadiahkan ini mampu buatkan pokmie tersenyum dalam kepahitan mengharungi perjuangan.


Dila, terima kasih atas untaian doa yang kamu kalungkan. Walau tidak ada lagi tangan yang mengusapkan tangisan, bahu yang meringankan beban, senyuman yang meredakan kegelisahan, tawa yang mententeramkan, kata-kata semangat yang mententeramkan. Tidak mengapalah. Bukan itu hakikatnya harapan persaudaraan. Hanya doa darimu yang menjadi penguatku, walau kita tidak seperti dulu.


Dila, berdoalah agar kita bisa bersama-sama berteduh di bawah naungan yang Maha Esa. Kerana Kekasih Agung Kita, Rasulullah s.a.w sudah menjanjikan. 'Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah' akan bisa berteduh di bawah naunganNya.

'Ibrah Dari Kehidupan......
Cuba mengingati tika dulu....
Pokmie @ Permata Biru

Princess..kamu tetap dalam hati, selamanya.

Ikhlas Menyayangimu,

Pokmie...