Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

27 January 2012

~KeTiKa aKu mEnAnGiS...T_T...

Princess......ketahuilah bahawasanya ;

ketika aku menangis,
bukan bererti aku tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang aku perhatikan telah mengaibkanku,

ketika aku menangis,
bukan kerana aku ingin dilihat lemah,
melainkan kerana aku tidak sanggup berpura-pura kuat,

ketika aku menangis,
bukan bererti aku ingin membuat orang rasa bersalah,
melainkan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang membuat aku sedih,

ketika aku menangis,
jangan lah engkau menganggap aku lemah,
kerana engkau juga yang menyebabkan air mata ini mengalir....

~Jika tangis ini yg akan redakan luka hati ini berlarutan..maka biarkan aku menangis sendirian...

No comments:

Post a Comment