Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

22 September 2012

Bakal genap 21 tahun =)



hidup ini tidak selalunya indah.. Alhamdulillah, ujian yang turun ini memberikan aku kekuatan untuk lebih memahami dan mendalami diri ini.. 21 tahun bakal digenapkan pada 27 ini.. Minggu depan.. ya..sudah 21 tahun..mungkin itu proses untuk mematangkan lagi segala tindakan.. sungguh usia ini semakin matang...maka diri ini perlu bergerak ke arahnya.. "ibu xnak nnti nak bertunang lama-lama.. cepat sikit nikah tu.."pesan ibuku.. "abang, jangan lama2 sangat.. cepat2 sikit"..usik adikku.. aku hanya mendiamkan diri..kalau mereka sedar kondisi diri ini..mungkin mereka tidak berkata sebegitu. tertekan? tidak, kerana aku yakin dengan pilihan yang aku buat.. aku yakin dengan bakal isteriku yang setia menunggu diriku.. sedikit masa sahaja lagi.. banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya.. aku inginkan rumah, kereta supaya menyenangkan zaujahku... supaya dia selesa berada disampingku..kalau ikutkan hati, ya sekarang juga boleh bernikah.. mampu untuk menyara keduanya..namun keselesaan dan masa bagaimana pula.. seringkali masa untuk diri sendiri diabaikan...

aku sedar bahawa barangkali dirinya terasa kerana melebihkan diri orang lain daripada dirinya.. namun aku mengerti bahawa dia faham bahawa Cinta Selepas Nikah itu adalah yang paling Indah.. sebelum itu, aku ingin menunaikan umrah sebelum mendirikan masjid.. kemudian, ingin sekali menyimpan wang agar dapat pergi menunaikan rukun fardhu yang kelima itu bersama-sama.. itu yang aku sering doakan dan panjatkan.. selesa bersamanya.. senang..dia faham, dia penyabar.. kadangkala diri ini selalu buat xtahu..tp dia mengerti..kalau aku api, dia cuba menjadi air.. kalau dia cuba menjadi api, aku cuba menjadi air.. ini adalah proses untuk saling memahami dan mengerti pasangan..aku yakin , dengan izin Allah, pilihan hati ini adalah tepat..

aku yakin, dia bakal melahirkan jundi2 pejuang yg hebat mengalahkan abah dan umminya.. yg mampu mendidik anak2ku menjadi anak yg soleh.. sudah pandai membaca seusia 3 tahun.. menjadi hafiz dan hafizah.. disegani oleh masyarakat..dan menjadi antara mereka yang berjuang demi Islam.. didikan untuk menjadi anak yang soleh mampu dipikul bersama.. kerana kalau aku sudah tiada, sekurang2nya amalan akan bertambah dengan doa anak yang soleh..  buat bakal zaujahku.........


Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dirimu,
cuma aku mengharapkan bahawa dirimu faham tentang sifat diriku ini,
moga dirimu penyabar,tenang, dan bersama-sama dalam susah dan senang.

Aku hanya manusia yang lemah dan tidaklah sehebat Yusuf yang mampu meruntuhkan nafsunya,
Aku juga bukanlah sehebat Muhammad yang mampu menawan Khadijah,
namun aku berusaha menjadi seperti mereka..
Aku cintakan perjuangan Muhammad... aku kagum dengan persahabatan  Abu Bakar,. aku bangga dengan perjuangan Al Fateh.. aku hormati Kerendahan budi Umar Aziz.. 

moga kita bakal mencorak golongan seperti ini yang mampu membawa panji2 Islam suatu hari nanti..
TAKBIR!!!

p/s: tp syarat dia, mesti kena pandai masak lauk paprik  api dan rendang ayam =)

Ya Allah, titipkanlah rahmatMu kepada si dia dalam berjuang di jalanMu,
Peliharalah dia dari berputus asa..
Tatkala dia lemah,bangkitkanlah dia dengan petunjukMu,
Jadikanlah kegembiraan dan kebahagiaannya hadir dariMu dan keranaMu,
Tatkala dia berasa letih, berikanlah ruang padanya untuk bernafas dengan kasih sayangMu,
Tatkala tiada yang memahami dirinya,
Tunjukkanlah kasih sayangMu kepadanya..
kerana aku yakin,hanya Engkau Ya Allah,
Sebaik-baik pemelihara untukknya..
Amin Ya Allah...

10 September 2012

Harapan Itu


Ya Allah,
Bantulah aku untuk memadam seraut wajah itu. Bukan aku mahu membuang cinta ini, cuma aku ingin mengubah hatiku. Jika benar Engkau memberikan aku cinta ini sebagai satu anugerah, jadikanlah ia satu anugerah yang paling berharga dan mahal dalam kehidupanku. Akan kubiarkan cinta itu terus menguasai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi.

Tetapi bantulah daku untuk membunuh harapan kepadanya. Harapan dan impian yang selalu menyeksakan hidupku. Walau selama ini hatiku selalu membiarkan bayangnya menguasai hatiku seadanya. Biarlah kutinggalkan dalam hati ini. Kini baru kutahu bila aku diuji, aku tidak pernah menyintainya dengan harapan kosong. Baru kusedar bahawa aku juga berharap untuk memilikinya.

Wahai hati,
Sabar & redhalah dengan ujian ini. Tiada faedah dan manfaat mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Mohonlah kepada Allah sahaja, moga diberi hidayah dan perlindungan agar matiku nanti dalam Iman dan Islam. Kerana itu, terlalu banyak ketabahan dan kesengsaraan yang perlu aku lakukan di sini.

Biarlah Engkau terus menguji hati ini, menuntut bukti di atas cinta ini. Engkau mahu menguji adakah benar-benar aku mengasihi-Mu atau lebih menginginkan makhluk yang lemah sepertiku juga. Dan kini, aku perlu buktikan biarpun cinta itu ada atau tidak mahu pergi, aku tetap perlu sujud dan redha dengan rela hati. Aku perlu sujud dengan ikhlas meskipun yang aku inginkan dan harapkan kini terbukti bukan milikku takdirnya. Aku perlu yakini itu!

Kembalilah wahai hatiku!
Kembalilah kepada fitrahmu yang suci murni. Kembalilah dikau ke singgahsana iman yang hakiki. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu mendambakan untuk bersatu dalam bahagia dengan makhluk-Nya. Tidak akan berlaku demikian wahai hatiku! Bukalah lembaran fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdirinya engkau tanpa-Nya. Tidak akan mulia engkau kiranya masih berdiam di sisi makhluk dengan harapan untuk berbahagia di sampingnya. Kerana memang ditentukan, memang tiada kebahagiaan hakiki selain kebahagiaan mencintai-Nya yang tidak pernah lupa memberi, tidak pernah lupa melindungi...

Ya Rahim,
Bersyukurku kepada-Mu, limpah rahmat dan nikmat-Mu. Kau pancarkan nur Iman, Kau pancarkan nur Islam, menerangiku daripada kegelapan. Itulah kurniaan utama, hadirnya dengan hidayah-Mu. Bukan seperti nikmat dunia yang boleh diusahakan untuk mendapatkannya. Kadangkala aku keliru, bersyukur apabila hajat tercapai dan resah serta gelisah bila yang diimpikan tidak terbukti. Bersabarlah hati dengan rintangan mendatang. Mungkin itulah ujian daripada-Mu, imbangilah diriku dengan zikrullah, kenangilah segera dengan kurniaan Ilahi. Moga diriku menjadi golongan yang bersyukur..

Ya Rabbul Jalil,
Kekalkan semua ini kiranya dengan begini aku lebih dekat dan menyedari kewujudan-Mu. Bahawa tidak akan jauh Engkau daripadaku walau sesaat. Mengingati manusia lain, belum tentu mereka akan menyedari dan merasainya. Mereka tidak akan menyedarinya walaupun kucintai mereka dengan setulus hati kecilku ini. Mereka juga tidak akan mampu memahaminya walaupun aku menderita sebegini. Hanya Engkau satu-satunya yang mampu membalas cintaku. Bimbinglah aku untuk terus memberikan cinta ini hanya kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah teman yang tak akan pergi pada saat gembira dan dukaku..

Penuhilah masaku untuk mengenal-Mu serta mencari hidayah-Mu hingga aku benar-benar menyinyai-Mu tanpa hijab. Bukalah perantara hati ini.. Bukalah hijab hatiku yang bertabir gelap lantaran cinta kepada manusia yang akan musnah! Bukalah tabir hati ini..

Segala puji bagi-Mu Ya Allah Tuhan Semesta Alam. Dengan Asma'-Mu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon sebagai hamba-Mu yang miskin lagi hina. AKu memohon sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya..

Ya Ilahi,
Tempat berlindung dan memohon pertolongan! Lukaku tak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasih-Mu. Kesulitanku tak akan terlerai kecuali dengan rahmat-Mu. Kedukaanku tak akan reda kecuali dengan anugerah-Mu. Kerinduanku tak akan hilang kecuali bertemu dengan-Mu. Wahai akhir pengharapan para pengharap, wahai puncak pencarian para perindu.. Sayangilah daku yang berlidah lemah, beramal kurang. Lindungilah daku di bawah naungan-Mu yang teduh dengan ketenteraman yang panjang. Kepada-Mu aku berserah dan bergantung harap. Ampunilah dosa-dosaku selama ini...