Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

4 January 2013

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

Bismillah wal hamdulillah…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

"Seandainya engkau tahu berapa lagi umurmu yang masih tersisa,
Maka engkau akan melupakan angan-angan panjangmu.
Wahai manusia, dengan kesihatan yang Ku berikan kepadamu,
Engkau kuat untuk mentaati Aku,
Dan dengan Taufik yang Aku anugerahkan kepadamu,
Engkau dapat menunaikan tanggungjawab kepadaKU juga,
Dengan rezeki yang Ku curahkan kepada mu juga,
Engkau kuat berbuat maksiat kepada KU.
Dan dengan kemahuan yang ku berikan kepadamu,
Engkau dapat berkehendak apa yang engkau inginkan
Dan dengan iradahKu engkau mempunyai kemahuan bagi dirimu,
Dan dengan nikmat Ku engkau boleh berdiri, duduk dan pulang;
Dan dengan pemeliharaanKU engkau dapat berpagi pagi dan berpetang-petang,
Dan kerna kurniaanKU engkau hidup, ; dan didalam nikmatKU engkau boleh berpusing,
Dan dengan kesihatan yang KU berikan, engkau dapat berhias,

KEMUDIAN ENGKAU MELUPAKAN AKU DAN MENGINGAT SELAIN KU?...
MENGAPAKAH ENGKAU TIDAK MENUNAIKAN HAK-HAK KU DAN MENSYUKURIKU" 

(dipetik dari pengajaran ke 20) NASIHAT DAN BIMBINGAN HADITH QUDSI IMAM AL-GHAZALI 


Bismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah hari ini ana masih lagi diberi nyawa oleh Allah..untuk meneruskn lagi kehidupan ini. Untuk menunaikan segala tangungjwb yg telah diamahkan olehNya…tanggungjawabku sbg seorang hamba, sbg seorang ummat, sebagai seorang anak. 

Baru-baru ini semasa bekerja di Marang, ana diuji Allah. Bila sakit baru terasa nikmatnya sihat itu. Mmg manusia itu jarang bersyukur, jarang menghargai sesuatu hingga ia hilang dimata..hingga bila nikmat itu ditarik, barulah tersedar dan terasa betapa indahnya nikmat itu. Tidak perlu melihat jauh, hanya lihat pada nikmat gigi yang dberi Allah pada kita. Semasa cukup semua gigi, senang nak makan, senang nak mengunyah…….jarang sekali kita mengucap syukur akan nikmat ini. Tapi, bila udah tua, gigi pun semua dah tiada, nak makan susah..nak kunyah pun tak boleh…bila semua dah tak boleh nak guna, baru terfikir”Alangkah indahnya nikmat bila ada gigi..”. Hurm..begitulah ibaratnya kita semua degan semua nikmat yg dianugerahkan Allah. Kita tak kan pernah mengenal erti syukur selagi nikmat itu belum diambil dari kita. Astaghfirullah hal adzim..... 

Ana menangis mengenangkan diri yang jarang bersyukur. Diri yg selalu alpa bila tidak diuji. Namun ana tidak pernah lupa pada saat ana diserang buah pinggang 1 tahun yg lalu...saat ana merasa semakin hampir dgn kematian..tidak mampu untuk bangun..badan semuanya terasa lelah dn letih...saat itu ana ada terfikir.. “Subhanallah.,.indahnya rasa sihat itu. Selama ni ana rasa sihat tapi tak pernah bersyukur dengan nkmat itu. Terlupa ana bahawa nikmat itu bisa ditarik Allah bila-bila pun yg Dia mahu”. 

Lalu saat itu ana menangis teresak2 kerana malu amat pada-Nya. Sebenarnya selagi kita masih sihat, masih mampu berjalan, mampu berkata-kata, mampu mendengar, mampu bekerja dgn baik.mampu belajar..semuanya itu nikmat yg dipinjam ALLAH untuk kita. Bukan dgn sendirinya kita mampu berdiri dan melakukan semuanya. Kita tidak mungkin melakukan semuanya degn sendiri….semuanya kerana nikmat dan pertolongan Allah yg Maha Penyayang…!!! Tetapi hamba Allah..iaitu kita semua terlalu bongkak walau hanya untuk berterima kasih dn bersyukur padaNya yg Pemberi segala nikmat………….! 

Baru-baru ini semasa karoke di kg tiong ana diserang sakit gastrik. Dah lama rasanya tidak diserang gastrik. Petang tu ana berasa perut agak tidak selesa dan tidak berselera untuk makan. Kebetulan menu ptg itu sup tulang & puyuh goring kunyit. Tetapi lain jadinya, bila maghrib tu dah terasa pedih perut. Selesai solat maghrib, ana minta tolong pada ayah ngah yg kebetulan hendak ke kedai makan utk belikan susu panas. Selalunya bila gastric minum susu boleh kurangkan sikit rasa pedih perut. Tetapi ternyata tidak menjadi. Malam tu lepas solat isyak..apabila program mula berjalan…perut terasa makin pedih dan sakit kepala. Angin dah naik ke kepala..selalunya kalau mcm tu mmg dah teruk. Ana minta panadol pada fasi untuk menghilangkan rasa sakit..tetapi tidak berkesan. Malah lebih sakit kerana ana makan ubat dengan perut yang kosong. Akhirnya pada pukul 1pagi ayah ngah dan mak ngah membawa ana ke Hospital hulu. Pada mulanya ana tidak mahu menyusahkan mereka, tetapi kata ayah ngah jika dibiarkan mmg lagi bahaya. Terima kasih byk2 pada Ayah ngah dan mak ngah yg telah bersusah payah membantu ana. Jazakumullah khairan kathira. 

last2 ana kena tahan di wad kerana gastric ana kritikal, ana tiba2 terbayang pd wajah sahabat karib ana, Arwah fahdil. Dia meninggal kerana kanser perut. Malah sewaktu KBM di kemaman minggu lepas, ada seorg fasi akhwat, Adik Fatimah yg menegur ana. Katanya muka ana mengingtkn dia pada seseorg. Katanya seperti abg fahdil. ana juga punya kwn baik yg telah meninggal bernama fahdil. malah kwn2 juga ramai kata muka ana sama dengan arwah. Rupa2nya kami bercakap ttg org yg sama. Arwah fahdil merupakan abang usrah kpd Fatimah. Subhanallah………… 

Akhir kata…….ku bersyukur dengan nikmat sihat ini ya Allah. Dengan nikmat KEHIDUPAN ini ya Allah. Aku masih bernyawa hingga kini ya Allah..jantung ini masih berdetak ya Allah...syukurku padaMu ya Rabbi kerana masih memberi aku ruang kehidupan untuk aku menunaikan segala amanah yg dipertanggujawabkan padaku. Paling utama tggungjwb sbg khalifah-Mu...............Jadikan kehidupan ini tempat untuk aku menambah sebanyak-banyak amal padaMu..dan jadikan kematianku sebagai istirehat daripada melakukan dosa-dosa. Amiin......... 

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

25 December 2012

Bicara Dengan Izin Allah

Bismillah wal hamdulillah..

Segala puji bagi Allah yang masih menggerakkan tiap denyut nadi ini dengan nikmat iman dan Islam..hanya Allah swt yang Maha Tahu bahawa langkah kaki ini seringkali tersasar dari landasan-Nya..namun ampunan dan kasih-Nya tidak pernah kurang buat diri..

Ya..biar sebanyak mana kali pun kita pernah tersungkur..jatuh..namun jangan pernah putus asa untuk bangun..carilah Allah kembali..kerana Allah swt itu Maha Dekat dalam diri kita…keampunan Allah lebih besar daripada dosa2 kita..

“katakanlah ( wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39;53)

Saat ini, hati dan jiwa sedang mengintai2 ruang & jalan yang boleh memberi kekuatan..tawa di bibir bukanlah gambaran segalanya..bicara yang dilafaz bukanlah bicara hati yang hakiki.. hanya Allah swt jua yang Maha Memahami segalanya.. kadang-kala jalan yang dilalui terasa sukar..hati ini menangis..rasa malu menghimpit diri.. malu untuk meminta & merayu kepada-Nya..hina diri bersalut dosa & noda tiada henti..

Pagi tadi..ustaz berbicara tentang sifat seorang mukmin.. ya Allah.. diri ini ternyata jauh dari-Mu..namun bait2 bicara ustaz seakan memujuk diri.. jangan putus asa dari istighfar.. kadang-kala saat hati & iman diuji-Nya, mahu sahaja diri meminta agar ditarik segala nikmat pancaindera, nikmat perasaan yang pelbagai rasa.. ya..diri ini tidak lagi mahukan apa-apa..andai jiwa tanpa perasaan itu mampu mengembalikan diri ini kepada rabbi..maka biarlah diri ini buta,tuli dan bisu tanpa segalanya..

“Barang siapa bersyukur, sesungguhnya syukurnya itu untuk dirinya sendiri”..(An-Naml;40)

Diri ini belum cukup mengenali makna syukur kepada-Nya yang sebenar.. belum lagi memaknakan rasa syukur yang hakiki ke dalam jiwa…berikan hamba kekuatan Ya Rabbi..pimpin hamba ke jalan yang benar..lunakkan hati hamba hanya untuk mencintai-Mu..cukupkan hamba dengan takdir-Mu..

malam nanti, InsyaAllah..takdir-Nya akan membawa diri ke daerah Tampin bersama-sama amanah iaitu para pelanggan yang harus ana pelihara sebaiknya..mampukah diri menjaga setiap hak Allah dengan sebaiknya?..Allah memberikan pilihan pada setiap bisikan yang hadir..maka pilihlah bisikan yang benar disisi-Nya.. Ya Allah, jadikan langkah kami, perjalanan kami, tiap pergerakan kami..dari awal hingga akhir adalah takdir yang Engkau redhai dan takdir yang engkau berikan kebaikan disisi-Mu...InsyaAllah..Aminn..
Bismillah wal hamdulillah…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Tuhan...Kuatkan aku,
Limdungi ku dari putus asa..
JIKA KU HARUS MATI..
PERTEMUKAN AKU DENGAN-MU..'

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

''posing maut'' huhuhu

Alhamdulillah,dengan izin Allah..Pada hari ini,aku dapat soat isyak berjemaah di masjid..Walaupun ada ketika,aku lupa dan lalai namun Dia setia sebagai pengingatku..THANK YOU ALLAH..Habis solat subuh,aku balik ke rumah...suasana gelap sepanjang jalan..jam baru pukul 8.20 mlm..''apa khabar yang kat rumah tu,dah solat isyak belum''...bicara aku dalam hati...Sampai kat rumah,suasana sunyi..hati sebak entah kenapa..Mungkinkah lagu tadi...Muhasabah cinta tajuknya...Setiap liriknya macam lagu itu dibuat untuk aku..HAMBA YANG HINA..cuba untuk menjadi perindu Illahi...

Diri ini...penat dalam mengharungi dunia..ada kala lupa,gembira,takut,marah,sedih dan pelbagai lagi..Tapi hanya Allah yang tahu..Tujuan aku untuk hidup..'JANGAN PUTUS ASA,BUAT APA YANG MAMPU'--pesan dari seorang ibu angkat dunia dan akhirat...Tapi aku bukan malaikat..yang hidupnya hanya untuk ALLAH semata..aku tak mampu...jauh sekali..setiap hari..aku mohon pada ALLAH,kuatkan aku dalam apa jua keadaan..jangan biar aku jauh..jangan biarkan aku putus asa..Aku takut kalau ALLAH marah pada aku..MAAFKAN AKU YA ALLAH~~

Kematian...itu adalah pasti...setiap orang akan merasai mati..termasuk diri ini...Namun,aku mengaku..aku belum bersedia..Aku belum merasa diri layak menikmati syurga...Tak layak..belum cukup baik...dalam setiap doaku padaNYA..'Ya Allah andai pada masa depan aku akan buat dosa yang banyak sehingga Engkau murka padaku,maka Engkau matikan aku pada masa kini'...Harapan hamba yang hina ini,ANDAI DIRI DITAKDIRKAN MATI HARI INI..MOGA DIPERTEMUKAN DENGAN PEMILIK NYAWAKU..AMINN~

Dia.... My Baby Boooo

Bismillah wal hamdulillah...

Bicara hati tentang Dia... 

Ketika jauh dari keluarga, dialah sebagai penggantinya.
Dia yang baik bagaikan orang tua,
yang tak pernah bosan untuk mengingatkan aku, jika aku salah dan lupa.
Terkadang dia seperti saudara, tempat curah hati dan berbagi cerita.
dia juga laksana guru, yang selalu ada ketika aku tak tahu. Namun, terkadang,dia seperti anak kecil yang manja, Perlu dibimbing dan dibina, agar tumbuh dewasa, sehingga mampu dan bisa,.. menimati hidup di dunia serta memetik buah hikmah disebaliknya...

Aku dan Dia..Adalah sepasang sahabat yang akrab......Selalu mengisi dan melengkapi.. Kekurangan teman tak perlu dicaci..tetapi diperbaiki... begitulah prinsip hidup yang mereka sepakati.....

“ternyata menunggu itu salah satu cara melatih kesabaran.Hehe”
“betul, betul.. Disebalik apa yg terjadi, pasti ada hikmah yg tersembunyi.”


24 December 2012

Mengapa Kita Dipertemukan..?

Bismillah wal hamdulillah…

Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna buat kita sebagai hambaNya yang serba dhaif...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah swt…

Sambil menikmati rezeki yang Allah beri pada petang tadi…terbit pertanyaan daripada seorang sahabat…tersenyum ana pada mulanya… “ agak2nya macam mana jika kita kamu berdua berpisah”…ana sambut soalannya dengan gurauan.. bukan tidak faham akan soalan yang diutarakan tetapi sengaja ana menjawab soalannya sedemikian…

Mungkin menjadi kehairanan bagi sesetengah insan, bagaimana hubungan ini dengan mudah menjadi akrab walaupun ana dan dia langsung tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya..
Untuk persoalan itu…ana pulangkan segalanya kembali kepada Allah SWT…

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sungguh orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)”..( Surah Maryam : 96)..

ana tadabur terjemahan ayat ini bersama dia belahan jiwa…Nurul Azira Embong..Hanya Allah swt yang tahu betapa ketika ini ana merindui dia .. Berapa langkah ana saat bersama dia, banyak mendidik jiwa kerdil ini mengenali Allah dan mengenali kehidupan… Namun, kejauhan daripada dia membuatkan ana iltizam pada diri..ana mahu menjadi peneman & perlindung sebaik nya..Benarlah, untuk insan yang baik, pasti kebaikan Allah sentiasa bersamanya..

Bukankah rasa kasih & sayang itu titipan dari Allah swt..Jika Allah mahu, segalanya boleh terjadi..Buat dia yang ana sayangi..jika ada insan yang bertanya tentang kita.. jawab sahaja sememangnya kita telah ditakdirkan bersama.. dan hanya Allah jualah yang telah mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kita...

Kerana itu jua, Allah jugalah yang berhak untuk mengambil kembali segala rasa kasih sayang yang ada..apapun yang kita milikki hanyalah pinjaman Allah.. pulangkan segalanya pada Allah..

Dalam kita merasa bahagia dengan nikmat yang ada, kita harus bersedia jika Allah mahu menguji kita..namun, jika benar persahabatan itu disandarkan hanya kepada Allah..kita akan merasai kemanisannya walaupun ketika dalam kesukaran..

Dalam bersahabat, sentiasalah memandang kebaikannya..usah diungkit kesilapannya..namun jangan lupa ditegur demi kesejahteraanya, pada hati yang kadang2 terluka, segera kita pulangkan rasa yang ada kepada Allah yang Maha Pencipta..moga kebahagiaan ini mampu kita kongsi bersama..seadanya..secukupnya…

Ya Allah..
Kiranya RasulMu hidup bersahabat, maka kurniakan jua sahabat buat hamba..
Tetapi..
Biarlah sahabat2 yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Sidiq..
Biarlah sahabat2 dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali..

Ya Allah..
Kiranya semua itu tidak layak buat hamba..
Hamba tetap bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..
Mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah hamba selami..
Mungkin padanya ada apa yang hamba impikan selama ini…
Dan andainya hamba bukan seorang sahabat yang tahu menghargai..
Maka hamba pohon keampunanMu..
Dan kuniakanlah kebahagiaan buat sahabat2 hamba..
Kekalkan kami bersama hingga ke syurga…

Diri Akur Belum Cukup Sabar




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Salih bin Muhammad meriwayatkan dari sanadnya dari Anas bin Malik r.a berkata : Nabi Saw bersabda : “memukul paha ketika ada musibah itu dapat mengguggurkan pahala, dan sabar itu pada pukulan pertama, dan besarnya pahala menurut besarnya musibah dan siapa yang membaca Inna lillahi wa inna liahi raaji’uun sesudah musibah itu maka Allah swt akan memperbahrui pahalanya sebagaimana pada saat berlaku musibah itu…”

Usai subuh, tubuh terasa cukup lemah..hati tidak kuat untuk mengatakan diri mesti ke tempat kerja..begitulah Allah swt menguji bicara setiap hamba-Nya..hanya sedikit kesakitan, diri sudah banyak keluhan..dan akhirnya, hampir separuh dari detik waktu pada hari ini dilalui tanpa melakukan apa2 di rumah. hati sedikit terubat dengan pujukan seorang sahabat.. “Allah nak beri mu rehat”….

Diri akur..sabar belum cukup kuat dalam diri..bicara banyak keluhan..dan akhirnya, dengan ditemani sahabat yang dikasihi,langkah kaki ini tiba juga di hospital hulu terengganu.. nekad ke hospital, tidak mahu kesakitan kecil ini membuatkan diri berasa seperti orang yang terlalu sakit..

teringat bicara seorang sahabat.. “ ikhtiar itu pakaian Rasulullah saw dan tawakal itu pula jiwa Rasulullah saw”.. berbekalkan kalimah itu, hati membulatkan tekad, menguatkan langkah..tidak mahu diri menjadi asbab dengan amanah banyak yang tertangguh..

Moga setiap perkara yang berlaku ada nilaian di sisi Allah.. Ampuni hamba kerana tidak cukup kuat untuk menerima setiap takdir-Mu dengan jiwa yang lapang....

Keadilan Dalam Sebuah Kehidupan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw... Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..

Dengan izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh di lubuk hati.. Cuba memandang sisa-sisa kehidupan yang dilalui lewat kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH SWT..

Cuba membina kekuatan, kerana kekuatan itu jua dari ALLAH swt.. membina saat-saat yang bahagia beerti kita perlu berasa bahagia dengan ALLAH swt..mana mungkin bahagia dirasai, jika hati dan jiwa tidak ikhlas menerima takdirNya sepenuh hati... Senyumlah pada insan disekeliling..bahagiakanlah mereka yang hampir dengan kita.. selagi mampu lakukanlah kebaikan..jangan jemu membahagiakan mereka yang memerlukannya..kelak kita akan lebih bahagia.. bahagia kerana kasih sayang dan rahmat Rabbi dikongsi bersama dengan insan lain walaupun pada ketika dan saat itu kita sangat memerlukannya..

Dalam rezeki yang kita dapat, kita atur sebaiknya..kita rancang kegunaannya, belanjawannya.. tiba2 ada insan lain perlukan pertolongan kita..bantulah jika dia benar2 memerlukannya..kongsilah rezeki itu.. Allah pasti mencukupkan kita.. Jangan risau perjalanan seterusnya.. itulah urusan jual beli kita dengan ALLAH.. dan ALLAH tidak akan pernah merugikan kita..

Dalam banyak perkara yang kita rancang, ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja insan yang menyakitkan hati kita..menggagalkan rancangan kita.. apa daya ketika itu..? ALLAH... hidup ini kadang-kala dirasakan tidak adil..kita tidak bersalah, namun kita jua yang dituduh bersalah, kita yang berusaha orang lain juga yang mendapat nama, orang lain rehatnya lebih, kita jua yang bekerja lebih masanya.. "kenapa aku, tiada orang lain ker?"..dalam hal ini janganlah memaksa diri mencari keadilan yang mutlak.. kita akan terseksa apabila kita mahukan segalanya mengikut perancangan kita.. Jiwa akan gundah, resah.. Tingkah laku menunjukkan pemberontakan.. ada sahaja yang tidak kena pada takdirNya.. Ya ALLAH....

Maka jiwa cuba membalas kejahatan dengan kejahatan.. Nah, biar dirasakan adil apa yang aku rasa.. kita marah perbuatan baik kita tidak diberi ganjaran sewajarnya.. kita sedih mengenagkan insan lain yang lebih bahagia dari kita..kita cemburu pada kejayaan insan lain.. ALLAH.. benar.. kadang-kala segalanya dirasakan tidak adil..

namun..adakah keadilan yang mutlak dalam kehidupan ini..?

sedangkan keadilan mutlak itu milik ALLAH swt... 

Perkongsian bicara daripada Ustaz Pahrol..
Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini.. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan pada ALLAH. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi..terimalah. Bahagialah dengan derita itu...

Ya ALLAH.. sungguh kadang-kala hamba tidak mampu.. bicara hamba banyak mengadunya pada manusia.. Luruskan langkah hamba dalam mencari erti jiwa yang benar-benar redha dengan takdirMU.. Terimalah, dan fahamilah kehidupan ini dengan merasakan segalanya adalah dari ALLAH swt.. ya.. dunia ini tempat berpenat..berpenat dengan ujian dan mehnah dariNya..kerana di akhirat nanti kita akan berehat dengan tenang, aman dan damai setelah melalui kembara kehidupan yang mencabar ini.. itupun jika kita benar2 redha dengan takdirNya..bahagia pada setiap pemberianNya...


24 October 2012

seorang hamba Allah yang masih menuntut ilmu-Nya yg Maha Luas, namun masih tercari2 sinar hidayah dan petunjuk Allah tatkala diri terkulai dgn keasyikan dunia..semoga dgn setiap coretan di sini dpt mengingatkn diri yg lalai agar sntiasa mengingati Sang Pencipta yakni Allah swt.."aku hadir dari air yang lemah, aku hadir dari tanah yang kotor dan hina, tanpa Allah siapalah aku..."

Mungkin Telah Sampai Masanya.....

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah... masih diberi sedikit masa dengan sedikit kudrat yang ada serta nikmat bernafas sekalipun sakit yg menimpa diri.. bukan kerana Allah S.W.T menzalimi hamba-hambaNYA tetapi kita sendiri sbg hambaNYA yg menzalimi diri sendiri..
sedikit perkongsian sekalipun terasa seolah-olah tdk berapa lama lagi kudrat yg ada ini bakal menemui penghujungnya..mungkin sudah cukup kata Allah, engkau menumpang di muka BumiKU ini kini tiba masanya engkau datang kepadaKU membawa apa yg telah engkau laksanakan sepanjang keberadaan engkau di Bumi.. Allah.. 


Firman Allah yang bermaksud:

“Dansungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah beritagembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

"Aku bertaubat dengan sebenar2 taubat Ya Allah.. KAU saksikanlah agar aku dapat kembali kepadaMU dalam keadaan ENGKAU Redha Ya Allah.."

idaman setiap insan...

mungkin ini post yang terakhir kalinya.. maaf dipinta kepada sesiapa yang mengenali secara langsung, mengenali secara dekat, kenal scr jauh, kenal scr tdk langsung dan sbgainya hrp dapat memaafkan sgala kesilapan, kesalahan dan sbgainya.. blog ini mungkin akan diambil alih oleh seseorang suatu saat yang pasti nanti.. Hanya Allah dan sabar menemani diri saat menanggung hiba dan sakit sendiri agar mudah2an berolah ganjaran di akhirat nanti...

Terima Kasih Pada KAWAN2 yang pernah saya kenali semasa 
"KURSUS KEJURULATIHAN BELIA (TOT) ZON TIMUR BIL 1/2012"
walau dalam masa yang singkat saya dapat mengenali KAWAN2 yang ikhlas....
Moga bertemu lagi,kalau bukan di bumi ALLAH,InsyAllah Di Akhirat nt.....


Bukan 
hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga 
dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud:
“Apabila
meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya:
Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah
berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia
memuji-Mu dan mengucapkan istirja’. Allah berfirman: Binalah untuk
hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama ‘Rumah Pujian’.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Wassalam...

.. Luahan hati...

.. Bismillah..

.. Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama tak tulis kat blog ni.. tp sebenarnya ada beban dalam diri ini yang rasanya tak dapat nak simpan lagi.. jadi kan blog ini untuk luahkan apa yang terpendam.. this is my second posting for this year after 1 month tak update blog..

kenapa ya?.. manusia ini sentiasa rasa serong kepada insan lain sedangkan orang yang dipandang serong tu tak pernah pun mengganggu ketenteraman hidup dia.. inikan pulak merampas hak orang lain.. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang ALLAH S.W.T beri.. tidak salah kalu kita menggunakan kelebihan yang ada pada kita untuk tugas atau kehidupan seharian kita.. itukan boleh menjadi pendorong kepada kejayaan.

Tiada manusia yang tidak suka dipuji tapi pujian itu bukanlah satu yang patut dibanggakan.. kerana didalam kelebihan masih banyak kekurangan yang patut diperbaiki.. janganlah menjadi kan ianya sebagai bahan umpatan atau untuk menunjukkan sifat dengki sesama sendiri.. lihatlah diri sendiri dan perbaharui lah kelemahan diri itu sendiri dan jadikan kejayaan seseorang itu sebagai pendorong untuk kita maju.. usaha lah dahulu barulah paham kenapa kita perlu sentiasa bersifat menerima dan memberi..

Perlukah kita sesama manusia bersifat dengki sesama sendiri.. kan lebih baik kita bersatu untuk memantapkan lagi apa yang kita usahakan.. janganlah memandang serong atau curiga terhadap orang lain hanya kerana sifat ketidakpuasan yang ada dalam diri.. jangan biarkan hidup kita berprasangka kat orang lain.. think positive...

Hidup ni sementara, dan sementara ini lah yang patut kita penuhi dengan perkara2 yang mendatangkan faedah, pahala dan juga keredhaan dr ALLAH S.W.T.. Fikir lah demi kebaikan diri sendiri, jangan fikirkan keburukan orang hanya kerana orang tu cuba buat yang terbaik dalam hidup dia.. dan tolong jangan mereka cerita yang boleh mendatangkan fitnah.. dosa nya sama dengan membunuh.. mahu ke anda menjadi pembunuh kepada teman seislam anda??.. fikirlah...
..wassalam..

Ujian Hidup

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

"Bila susah ingat Allah, bila senang lupa Allah.." perkataan yang selalu sangat ustaz2 cakapkan...

"Bila susah hati cari masjid, bila gembira tak pulak ke masjid..nak mencari ketenangan katanya.." (itulah ana) kerana bg ana duduk di masjid seolah2:
1) berada jauh dari ramai orang kebanyakan
2) lupa seketika segala hal2 dunia
3) dapat beruzlah seolah2 dekat dengan Allah..
4) segala perbuatan dan perlakuan terjaga
5) dan banyak lagi..tak dapat digambarkan indahnya berada di dalam masjid..

(sekarang pun sedang meng'update' blog kat dlaam masjid..) suka betul dengan masjid ni rasa macam taknak balik2 dah... teringat juga masa ana bekerja kat masjid dulu, selama setahun rasa banyak sgt ilmu dan manfaat bila kerja kat masjid ni..sekarang dah lain...
jauh dari masjid bahkan ana berada di tengah2 kelompok manusiawi.. T_T
inilah ujian hidup, semakin kita diuji semakin tinggi darjat di sisi Allah...
tapi ana manusia kerdil yang hina, yang diberi amanah yang besar oleh Allah untuk digalas..Ya Allah, jika gunung uhud pun x sanggup pikul amanah yang Allah berikan apalagi kita manusia kedil ni(terfikir sejenak...)

inilah ujian hidup buat ana..."apakah manusia itu mengira bahawa Kami akan membiarkan saja mereka mengatakan 'kami telah beriman' sedang mereka belum lagi diuji.. " (A-Ankabut: 2-3)

ketika ana beruzlah bermuhasabah diri di dalam masjid, ayat ini yang selalu bermain di dalam fikiran.. Ya, apakah ana fikir ana senang2 ja hebat bercakap kat orang lain bahawa ana ni orang yg ikut perintah Allah (beriman la senang ckp), pegi ke masjid, pegi majlis ilmu, berpakaian ala-ala ustaz sedangkan dalam hati RIAK, SOMBONG, BONGKAK, ANGKUH, MERASA HEBAT dan macam2 lagi la perasaan yang mazmumah..Na'uzubillah ya Allah....T_T

Makanya, Allah timpakan ujian kpd ana untuk ana sedar kembali...mujur Allah berikan ujian kerana ujian Allah menandakan bahawa ana masih lgi dipandang Allah... Allah sekali2 tidak membiarkan ana terus lalai dgn perasaan RIAK dan lain2 tersebut..tapi terus sja Allah timpkan ujian agar sedar..kalau tak, pasti ana telah jauh dan terus jauh dari pengampunan Allah...

MINGGU UJIAN....~
Ya Allah, minggu ni dn bulan ni mmg segalanya ujian hidup buat ana..
ujian yang Allah nak uji sabar tak sabar dan bagaimana ana nk laksanakan kerja yang bertmbun2 dalam masa 24jam...Ya Allah, cukup sakit Ya Allah..baru ana tau macam mana susahnya hidup bila Allah tarik keberkatan masa... (tak perlulah ana tuliskan senarai ujian2 tersebut..yang psti cukup banyak.....tapi bagaimana sifat sabar dan bagaimana kita mengambil ujian tersebut sbg BALA atau RAHMAT dari Allah, kita yang tentukan..tak mmpu dan tak snggup dituliskan takut2 timbul perasaan RIAK..Na'uzubillah.. T_T)
semoga aku TABAH ya Allah...agar aku berada dlm golongan MUQARRABIN dan bersamaku MUQARRABIN...~

Monolog Aku

Ya Allah,
Bantulah aku untuk memadam seraut wajah itu. Bukan aku mahu membuang cinta ini, cuma aku ingin mengubah hatiku. Jika benar Engkau memberikan aku cinta ini sebagai satu anugerah, jadikanlah ia satu anugerah yang paling berharga dan mahal dalam kehidupanku. Akan kubiarkan cinta itu terus menguasai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi.

Tetapi bantulah daku untuk membunuh harapan kepadanya. Harapan dan impian yang selalu menyeksakan hisupku. Walau selama ini hatiku selalu membiarkan bayangnya menguasai hatiku seadanya. Biarlah kutinggalkan dalam hati ini. Kini baru kutahu bila aku diuji, aku tidak pernah menyintainya dengan harapan kosong. Baru kusedar bahawa aku juga berharap untuk memilikinya.

Wahai hati,
Sabar & redhalah dengan ujian ini. Tiada faedah dan manfaat mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Mohonlah kepada Allah sahaja, moga diberi hidayah dan perlindungan agar matiku nanti dalam Iman dan Islam. Kerana itu, terlalu banyak ketabahan dan kesengsaraan yang perlu aku lakukan di sini.

Biarlah Engkau terus menguji hati ini, menuntut bukti di atas cinta ini. Engkau mahu menguji adakah benar-benar aku mengasihi-Mu atau lebih menginginkan makhluk yang lemah sepertiku juga. Dan kini, aku perlu buktikan biarpun cinta itu ada atau tidak mahu pergi, aku tetap perlu sujud dan redha dengan rela hati. Aku perlu sujud dengan ikhlas meskipun yang aku inginkan dan harapkan kini terbukti bukan milikku takdirnya. Aku perlu yakini itu!

Kembalilah wahai hatiku!
Kembalilah kepada fitrahmu yang suci murni. Kembalilah dikau ke singgahsana iman yang hakiki. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu mendambakan untuk bersatu dalam bahagia dengan makhluk-Nya. Tidak akan berlaku demikian wahai hatiku! Bukalah lembaran fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdirinya engkau tanpa-Nya. Tidak akan mulia engkau kiranya masih berdiam di sisi makhluk dengan harapan untuk berbahagia di sampingnya. Kerana memang ditentukan, memang tiada kebahagiaan hakiki selain kebahagiaan mencintai-Nya yang tidak pernah lupa memberi, tidak pernah lupa melindungi...

Ya Rahim,
Bersyukurku kepada-Mu, limpah rahmat dan nikmat-Mu. Kau pancarkan nur Iman, Kau pancarkan nur Islam, menerangiku daripada kegelapan. Itulah kurniaan utama, hadirnya dengan hidayah-Mu. Bukan seperti nikmat dunia yang boleh diusahakan untuk mendapatkannya. Kadangkala aku keliru, bersyukur apabila hajat tercapai dan resah serta gelisah bila yang diimpikan tidak terbukti. Bersabarlah hati dengan rintangan mendatang. Mungkin itulah ujian daripada-Mu, imbangilah diriku dengan zikrullah, kenangilah segera dengan kurniaan Ilahi. Moga diriku menjadi golongan yang bersyukur..


Ya Rabbul Jalil,
Kekalkan semua ini kiranya dengan begini aku lebih dekat dan menyedari kewujudan-Mu. Bahawa tidak akan jauh Engkau daripadaku walau sesaat. Mengingati manusia lain, belum tentu mereka akan menyedari dan merasainya. Mereka tidak akan menyedarinya walaupun kucintai mereka dengan setulus hati kecilku ini. Mereka juga tidak akan mampu memahaminya walaupun aku menderita sebegini. Hanya Engkau satu-satunya yang mampu membalas cintaku. Bimbinglah aku untuk terus memberikan cinta ini hanya kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah teman yang tak akan pergi pada saat gembira dan dukaku..

Penuhilah masaku untuk mengenal-Mu serta mencari hidayah-Mu hingga aku benar-benar menyinyai-Mu tanpa hijab. Bukalah perantara hati ini.. Bukalah hijab hatiku yang bertabir gelap lantaran cinta kepada manusia yang akan musnah! Bukalah tabir hati ini..

Segala puji bagi-Mu Ya Allah Tuhan Semesta Alam. Dengan Asma'-Mu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon sebagai hamba-Mu yang miskin lagi hina. AKu memohon sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya..

Ya Ilahi,
Tempat berlindung dan memohon pertolongan! Lukaku tak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasih-Mu. Kesulitanku tak akan terlerai kecuali dengan rahmat-Mu. Kedukaanku tak akan reda kecuali dengan anugerah-Mu. Kerinduanku tak akan hilang kecuali bertemu dengan-Mu. Wahai akhir pengharapan para pengharap, wahai puncak pencarian para perindu.. Sayangilah daku yang berlidah lemah, beramal kurang. Lindungilah daku di bawah naungan-Mu yang teduh dengan ketenteraman yang panjang. Kepada-Mu aku berserah dan bergantung harap. Ampunilah dosa-dosaku selama ini...

mana kek aku?



'happy birthday.. dan beberapa potong ayat... " yes! Ibu org pertama yg wish... aku melihat handphoneku.. erk? org pertama? xjuga.. tgk di fb? org pertama? xjuga.. kalau sms, dia org ketiga..klu kt fb pun org ketiga.. haha.. apalah ibu ni..tp dialah org PERTAMA yg wish smpai 3 kali..haha.. "the sweetest time of the moment is when u pray after solah because u r talking to the ONE who loves u most.." =) salah satu sms yg ku terima dari seseorang.. Alhamdulillah. 21 tahun.. semakin besar,matang dan dekat dengan kematian! xsuka dgr? pedulikan kerana itu memang hakikat...

22 September 2012

Bakal genap 21 tahun =)



hidup ini tidak selalunya indah.. Alhamdulillah, ujian yang turun ini memberikan aku kekuatan untuk lebih memahami dan mendalami diri ini.. 21 tahun bakal digenapkan pada 27 ini.. Minggu depan.. ya..sudah 21 tahun..mungkin itu proses untuk mematangkan lagi segala tindakan.. sungguh usia ini semakin matang...maka diri ini perlu bergerak ke arahnya.. "ibu xnak nnti nak bertunang lama-lama.. cepat sikit nikah tu.."pesan ibuku.. "abang, jangan lama2 sangat.. cepat2 sikit"..usik adikku.. aku hanya mendiamkan diri..kalau mereka sedar kondisi diri ini..mungkin mereka tidak berkata sebegitu. tertekan? tidak, kerana aku yakin dengan pilihan yang aku buat.. aku yakin dengan bakal isteriku yang setia menunggu diriku.. sedikit masa sahaja lagi.. banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya.. aku inginkan rumah, kereta supaya menyenangkan zaujahku... supaya dia selesa berada disampingku..kalau ikutkan hati, ya sekarang juga boleh bernikah.. mampu untuk menyara keduanya..namun keselesaan dan masa bagaimana pula.. seringkali masa untuk diri sendiri diabaikan...

aku sedar bahawa barangkali dirinya terasa kerana melebihkan diri orang lain daripada dirinya.. namun aku mengerti bahawa dia faham bahawa Cinta Selepas Nikah itu adalah yang paling Indah.. sebelum itu, aku ingin menunaikan umrah sebelum mendirikan masjid.. kemudian, ingin sekali menyimpan wang agar dapat pergi menunaikan rukun fardhu yang kelima itu bersama-sama.. itu yang aku sering doakan dan panjatkan.. selesa bersamanya.. senang..dia faham, dia penyabar.. kadangkala diri ini selalu buat xtahu..tp dia mengerti..kalau aku api, dia cuba menjadi air.. kalau dia cuba menjadi api, aku cuba menjadi air.. ini adalah proses untuk saling memahami dan mengerti pasangan..aku yakin , dengan izin Allah, pilihan hati ini adalah tepat..

aku yakin, dia bakal melahirkan jundi2 pejuang yg hebat mengalahkan abah dan umminya.. yg mampu mendidik anak2ku menjadi anak yg soleh.. sudah pandai membaca seusia 3 tahun.. menjadi hafiz dan hafizah.. disegani oleh masyarakat..dan menjadi antara mereka yang berjuang demi Islam.. didikan untuk menjadi anak yang soleh mampu dipikul bersama.. kerana kalau aku sudah tiada, sekurang2nya amalan akan bertambah dengan doa anak yang soleh..  buat bakal zaujahku.........


Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dirimu,
cuma aku mengharapkan bahawa dirimu faham tentang sifat diriku ini,
moga dirimu penyabar,tenang, dan bersama-sama dalam susah dan senang.

Aku hanya manusia yang lemah dan tidaklah sehebat Yusuf yang mampu meruntuhkan nafsunya,
Aku juga bukanlah sehebat Muhammad yang mampu menawan Khadijah,
namun aku berusaha menjadi seperti mereka..
Aku cintakan perjuangan Muhammad... aku kagum dengan persahabatan  Abu Bakar,. aku bangga dengan perjuangan Al Fateh.. aku hormati Kerendahan budi Umar Aziz.. 

moga kita bakal mencorak golongan seperti ini yang mampu membawa panji2 Islam suatu hari nanti..
TAKBIR!!!

p/s: tp syarat dia, mesti kena pandai masak lauk paprik  api dan rendang ayam =)

Ya Allah, titipkanlah rahmatMu kepada si dia dalam berjuang di jalanMu,
Peliharalah dia dari berputus asa..
Tatkala dia lemah,bangkitkanlah dia dengan petunjukMu,
Jadikanlah kegembiraan dan kebahagiaannya hadir dariMu dan keranaMu,
Tatkala dia berasa letih, berikanlah ruang padanya untuk bernafas dengan kasih sayangMu,
Tatkala tiada yang memahami dirinya,
Tunjukkanlah kasih sayangMu kepadanya..
kerana aku yakin,hanya Engkau Ya Allah,
Sebaik-baik pemelihara untukknya..
Amin Ya Allah...