Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala
Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw... Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya kepada Allah kita
sandarkan segala rasa hati.. Hanya kepada Allah kita luahkan segalanya. Kerana
pada saat walaupun seluruh dunia & segala isinya mampu mendengar, memahami
dan mengerti tentang kita, ianya tetap tidak dapat mengatasi besar dan hebatnya
kasih sayang Allah kepada kita sebagai hamba yang lemah..
Dengan
izin Allah, jari jemari ini pantas menaipkan butiran bicara yang tersimpan jauh
di lubuk hati.. Cuba memandang sisa-sisa kehidupan yang dilalui lewat
kebelakangan ini sebagai suatu momen yang terindah..sebagai satu saat yang
sentiasa membahagiakan..sebagai satu detik yang tidak pernah ada padanya
kelukaan, kesakitan, penderitaan.. segalanya bahagia..kerana segalanya dari ALLAH
SWT..
Cuba
membina kekuatan, kerana kekuatan itu jua dari ALLAH swt.. membina saat-saat
yang bahagia beerti kita perlu berasa bahagia dengan ALLAH swt..mana mungkin
bahagia dirasai, jika hati dan jiwa tidak ikhlas menerima takdirNya sepenuh
hati... Senyumlah pada insan disekeliling..bahagiakanlah mereka yang hampir
dengan kita.. selagi mampu lakukanlah kebaikan..jangan jemu membahagiakan
mereka yang memerlukannya..kelak kita akan lebih bahagia.. bahagia kerana kasih
sayang dan rahmat Rabbi dikongsi bersama dengan insan lain walaupun pada ketika
dan saat itu kita sangat memerlukannya..
Dalam
rezeki yang kita dapat, kita atur sebaiknya..kita rancang kegunaannya,
belanjawannya.. tiba2 ada insan lain perlukan pertolongan kita..bantulah jika
dia benar2 memerlukannya..kongsilah rezeki itu.. Allah pasti mencukupkan kita..
Jangan risau perjalanan seterusnya.. itulah urusan jual beli kita dengan
ALLAH.. dan ALLAH tidak akan pernah merugikan kita..
Dalam
banyak perkara yang kita rancang, ada sahaja yang tidak kena.. ada sahaja insan
yang menyakitkan hati kita..menggagalkan rancangan kita.. apa daya ketika
itu..? ALLAH... hidup ini kadang-kala dirasakan tidak adil..kita tidak
bersalah, namun kita jua yang dituduh bersalah, kita yang berusaha orang lain
juga yang mendapat nama, orang lain rehatnya lebih, kita jua yang bekerja lebih
masanya.. "kenapa aku, tiada orang lain ker?"..dalam hal ini
janganlah memaksa diri mencari keadilan yang mutlak.. kita akan terseksa
apabila kita mahukan segalanya mengikut perancangan kita.. Jiwa akan gundah,
resah.. Tingkah laku menunjukkan pemberontakan.. ada sahaja yang tidak kena
pada takdirNya.. Ya ALLAH....
Maka
jiwa cuba membalas kejahatan dengan kejahatan.. Nah, biar dirasakan adil apa
yang aku rasa.. kita marah perbuatan baik kita tidak diberi ganjaran
sewajarnya.. kita sedih mengenagkan insan lain yang lebih bahagia dari
kita..kita cemburu pada kejayaan insan lain.. ALLAH.. benar.. kadang-kala
segalanya dirasakan tidak adil..
namun..adakah
keadilan yang mutlak dalam kehidupan ini..?
sedangkan
keadilan mutlak itu milik ALLAH swt...
Perkongsian bicara daripada
Ustaz Pahrol..
Jangan mencari keadilan yang
mutlak di dunia ini.. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah
yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan pada ALLAH. Jika bahagia yang
dicari, tetapi derita yang diberi..terimalah. Bahagialah dengan derita itu...
Ya
ALLAH.. sungguh kadang-kala hamba tidak mampu.. bicara hamba banyak mengadunya
pada manusia.. Luruskan langkah hamba dalam mencari erti jiwa yang benar-benar
redha dengan takdirMU.. Terimalah, dan fahamilah kehidupan ini dengan merasakan
segalanya adalah dari ALLAH swt.. ya.. dunia ini tempat berpenat..berpenat
dengan ujian dan mehnah dariNya..kerana di akhirat nanti kita akan berehat
dengan tenang, aman dan damai setelah melalui kembara kehidupan yang mencabar
ini.. itupun jika kita benar2 redha dengan takdirNya..bahagia pada setiap
pemberianNya...
No comments:
Post a Comment