Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

26 April 2011

AIRMATA LELAKI....



T_T… menangis aku dengar ceramah ni…
betapa dalam kehidupan…
terlalu banyak perkara yang aku terlepas pandang…
sampai membuatkan orang marah dan memaki hamun diri ini…
terlalu banyak perkara yang aku kurang yakin…
sehingga aku menyakiti diri aku…
terlalu banyak perkara yang aku terlalu yakin…
sehingga aku tak merasa penat walaupun berjam2 bekerja tanpa henti…
terlalu banyak perhubungan yang aku khianati…
sehingga aku dibenci…
terlalu banyak perhubungan juga yang aku hargai dan hayati…
sehingga wujud sayang dan toleransi…
aku takut untuk mencari salah orang…
cukup takut untuk mencemburui orang…
paling takut untuk tidak mampu menjaga lidah dan hati…

Dalam Hadis Abu Daud, Rasullah SAW bersabda, “Wahai org yg beriman dgn lisannya namun keimanan itu belum masuk ke dalam hati, berhentilah daripada mengumpat org lain dan mencari-cari keburukan mereka. Sesiapa yg mencari-cari keburukan org, Alllah akn mencari cari keburukannya. Dan sesiapa yg telah dicari keburukannya oleh Allah, maka ia akan dihina di rumahnya sendiri.

Nauzubillah min zalik.

aku harus dan mesti terus untuk berubah menjadi yang terbaik di mata Allah…
kelemahan aku sebesar lautan..
Ya Allah berikah ampunan, hidayah dan inayahmu!

imam al-Ghazali dlm Ihya’ Ulum al-Din berkata,”sering kali manfaat yg kita dpt drpd celaan org yg musuhi kita lebih byk daripada manfaat yg kita dpt drpd teman-teman yg memuji kita”

Ya.pujian itu lebih jauh berbahaya drpd celaan. Ia memang manis,namun mengandungi racun yg boleh merosakkan hati manusia.Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian,semakin hatinya tertutup drpd kebenaran.Pada waktu itu ia tdk akan pernah tersedar drpd kekurangan dirinya apb tergerak utk mengubah dan memperbaikinya.Tanda seseorang sgt hina di mata Allah,Allah membiarkannya tenggelam dlm pujian.


Sebaliknya,celaan mmg pahit namun ia berisi ubat yg akan mengubah hidup kita menjadi sempurna. Syaratnya,kita mesti pandai mengubah celaan itu menjadi pembakar semangat seperti yg dilakukan oleh tokoh2 berjiwa besar. Jika anda memiliki jiwa sebesar mereka, anda pasti melakukan apa yg mereka lakukan..Wallahu a’alam-isu SOLUSI

hidup…
apalah sangat yang ada pada kehidupan dunia…
semuanya sakit, perit dan sengsara…
semuanya menguji iman dan harga diri…
banyak salah dpd betul…

Ya Allah…
ampunilah dosa MOHD IZHAM FAHMI BIN WAHAB
ampunilah dosa2 ROBIAH ABDUL RAHMAN DAN WAHAB BIN TUAN IDRIS (Mama & Abah)
ampuni dosa2 adik-beradik Pokmi:-

  • KHAIRUL IZWAN HISYAM BIN WAHAB
  • NONI IZNI BIN WAHAB
  • MOHD AZLAN BIN WAHAB
  • KHAIRUL PUTRA CASIO BIN WAHAB


terima kasih Ya Allah atas kehidupan yang aku miliki… 

MAHMUDAH & MAZMUMAH.....

Mahmudah( sifat terpuji)  vs Mazmumah (sifat keji)



MAHMUDAH

Taubat

Satu sifat mulia iaitu mahu kembali daripada sikap keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Firman Allah S.W.T yang bererti, ''Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya dia maha Pengampun lagi maha Pengasih,''
( Surah ai-Muzammil 73: 20)


Syarat-syarat Taubat

·         Meningalkan perkara-perkara dosa tersebut
·         Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan
·         Berjanji tidak akan melakukannya lagi
·         Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi
·         mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah luput

Beberapa faedah dan hikmah taubat:

·         Dekat diri kepada Allah.
·         Takwanya semakin meningkat.
·         Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
·         Membersihkan kekotoran di dalam hati.
·         Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
·         Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
·         Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.



MAZMUMAH

Pemarah

PENYAKIT yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti itu jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (siapa hendak dekat kalau asyik nak marah sahaja)

Ia bererti marah  yang bukan menyeru ke arah kebaikan atau menegah daripada kemungkaran. Sifat pemarah yang terpuji adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran seperti marah apabila Islam dihina.

Manakala sifat pemarah yang tercela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak didasari sebarang sebab yang benar.

Orang yang bersifat marah yang tercela ini perlu bertaubat dan bermujahadah untuk meninggalkannya. LATIHLAH DIRI supaya tidak marah orang sebaliknya banyak memuji orang lain.

Sumber: USTAZ ZAINUDDIN 

LELAKI MANJE...? EMMMMM

Friday, April 22, 2011 9:09 PM


Apakah definisi lelaki manja sebenarnya?

1. Lelaki yang suka peluk dan cium pipi ibu ayah?
Ini bukan lelaki manja. Ini anak mithali yang tidak segan untuk menunjukkan ketaatan seorang anak.

2. Lelaki yang suka menangis?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang sensitif. Perasaannya mudah tersentuh. Tengok juga pada sebab menangis. Jika kena pada tempatnya, bukanlah satu kesalahan.

3. Lelaki yang suka belai kucing?
Ini bukan lelaki manja. Ini lelaki pencinta haiwan. Lihat saja Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang berperibadi hebat.

4. Lelaki yang goyah dalam buat keputusan?
Ini bukan lelaki manja. Ini adalah tidak tetap pendirian atau mudah dipengaruhi. Tetapi adakah ini sikap yang tidak baik. Bagaimana jika anda didatangi individu yang 'terlebih tetap pendirian'. Jika A katanya, maka A. Jika B, B jadinya. Tidak terbuka pada sebarang perbincangan. Sakit juga.

5. Lelaki yang geli dengan ulat?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi itu normal. Ramai saja lelaki yang geli dengan cicak, lipas mahupun kumbang. Bezanya, lihat pada reaksi mereka. Jika mereka mengelak penuh gagah, tidak ada masalah. Tetapi jika mereka jerit 'auw', jangan dilayan sangat.

6. Lelaki yang tidak biasa buat kerja lelaki?
Ini bukan lelaki manja. Lelaki sebegini dahagakan ilmu. Jadi, daripada menuduhnya sebagai manja -- lebih baik dikongsikan apa yang tidak diketahuinya.

7. Lelaki yang suka minta bantuan orang lain?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang tidak pandai berdikari.

8. Lelaki yang suka merengek?
Ini bukan lelaki manja. Tengok juga pada rengekannya. Kalau mengada-ngada sangat, elok 'dibasuh' secara bijaksana.

9. Lelaki yang jalan berlenggang lenggok kerana dibuat-buat?
Ini bukan lelaki manja. Err, ini lelaki ... Jika dia jalan begitu kerana sakit, cubalah untuk fahami. Tetapi jika dia berlenggang lenggok dengan sengaja, elok dihantar ke kem tentera untuk dibuat sedikit 'pengubahsuaian'.

10. Lelaki yang main teddy bear?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang suka bantal busuk. Mungkin juga dia menggantikan bantal goleknya dengan patung beruang. Husnu dzon (berbaik sangka) itu penting (boleh ke?)

SEKALONG DOA....!











































Ya Allah

Jadikanlah aku hambaMu
Yang berkejaran mendapatkan redhaMu
Jadikanlah aku hambaMu
Yang istiqamah menyusuli sunnah RasulMu
Jadikanlah aku hambaMu
Yang soleh/solehah dalam melaksanakan perintahMu
Jadikanlah aku hambaMu

Yang dinaungi perlindunganMu
Jadikanlah aku hambaMu
Yang merendah diri dihadapan ketinggianMu
Berkatilah segala nikmat yang telah Engkau curahkan agar diriku dalam nikmat kesyukuran terhadapMu
Degupan jantungku, aliran darahku segala yang Engkau titikan padaku
Kuserahkan hanya untukMu. Rabbiku

Ameen.............


BUAT ORANG MUDA >>>>



Punya cerita duka,
Punya cerita luka,
Itulah namanya arca manusia
Punya hati suka,
namun sakit saat terluka,
Itulah namanya jiwa manusia
Mengukir saat bahagia,
menancap waktu sengsara,
Itulah takdir cinta yang Esa
Takdir itu mana mungkin menzalimi
Tetapi itu TARBIYYAH ILLAHI
Suka duka,sengsara bahagia,
Nikmat Tuhan buat sang hamba,
Cuma manusia harus celik menilainya
Buat orang muda,
acara kamu masih menunggu pencaknya,
walau terkadang salah bicara,
Namun dia tetap cinta,
Walau terkadang sasar gayanya,
Dia tetap menunggu dirimu berbicara,
Bicara cinta hanya antara kamu dan Dia,
Bicara cinta yang agung yang pasti tiada tara-Nya
Berbahagialah orang muda,
Yang pasti tahu datang dan perginya,
Hanya disisi Tuhan yang Esa

25 April 2011

SABAR ITU INDAH...



Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir

Hitungkanlah laut kesyukuran
Dipinggir pantai bebatuan
Semailah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus dari Allah

Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat menambahkan pahala
Bingkisan kasih dari yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!

24 April 2011

Nasib Badan.....

Kessakitan melanda lagi diri ku, adui hai nk bernafas pon payah....
uwaaaa..... adui ape nak jadi ni....Esok  benyak kerja kene wat
tapi aku xsehat lagi,alangkah indah jika aku seperti hamba-Mu yang
lain. yang bisa menikmati pemberian Mu....

lama dah xupdate blog kesayangan aku nih.... haks8..
selama 3 hari di dungun aku xsempat nak pegang laptop
pon,sesibuk je memanjang.. tp kepuahan ya amat bila
program bermula di PSMZA.. haks7 nasib baik Ustaz
din follow up... balik2 semalam demam melandai dan 
ubat2 ku pon sudah habis..... 

aku bersyukur kerana aku mempunyai atok dan kawan2....
yang bisa menjaga aku dan menjaga atok aku..
bila lah masa itu akan sampai.? at least kawan2 masih ada
boleh wat aku enjoy tp seballik gembira itu ada duka.....



CUBA KAU INGATI

Cuba kau ingati masa dulu-dulu
Kita pernah berjanji bersama-sama ku
Kini engkau mungkiri lafaz cinta yang suci
Telah kau tinggal pergi hidup tak berguna lagi

Dikau pergi mencari mimpi baru
Seindah pelangi luas awan biru
Kebahagiaan dicari tempat di tuju
Kebiasaan di hati cinta yang satu
Cinta yang satu…

Engkaulah pujaan buat penawar duka
Rindu siang dan malam kini tak kunjung tiba
Bagai laut tenang dan pilu rasa kecewa
Senyum dalam tangisan kau berpura-pura
Berpura-pura…

Tidak tertahan aku menunggu
Kasih sayang ku pada diri mu
Sekiranya ada yang lain seribu
Tidakkan sama engkau yang satu
Engkau yang satu…

Betapa terasa pahit bagai hempedu
Dilamun asmara cinta bersama lagu
Tiada lagi cahaya mendung awan kelabu
Pandai memutar kata janji hanyalah palsu
Hanyalah palsu…

Bulan dan bintang di langit biru
Rumput di bumi indah selalu
Janji setia tetap begitu
Suka dan duka basah berlaku….

TIP MENEGUHKAN IMAN



    * BERSYUKUR apabila mendapat nikmat.
    * SABAR apabila mendapat kesulitan.
    * BERTAWAKAL apabila mempunyai perencanaan
    * IKHLAS dalam segala amal perbuatan
    * JANGAN BIARKAN HATI larut dalam kesedihan
    * JANGAN MENYESAL atas sesuatu kegagalan
    * JANGAN PUTUS ASA dalam menghadapi kesulitan
    * JANGAN HASAD DAN IRI HATI atas kejayaan orang lain
    * JANGAN SOMBONG sekiranya memperoleh kejayaan
    * JANGAN TAMAK kepada harta
    * JANGAN GOYAH dengan fitnah
    * JAUHKAN DIRI daripada dosa-dosa yang besar
    * JANGAN MEMBIASAKAN DIRI melakukan dosa-dosa kecil
    * BANYAK BERKUNJUNG ke rumah Allah (masjid)
    * LAKUKAN SOLAT FARDU PADA AWALWAKTU dan berjemaah di Masjid
    * PERBANYAKKAN ZIKIR DAN DOA kepada Allah
    * JANGAN RASA TAKUT kecuali hanya kepada Allah
    * CINTAILAH SESEORANG dengan tidak berlebih-lebihan
    * BERSATU PADULAH kerana Allah dan berpisahlah hanya kerana-Nya


Al-Quran

Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatikuDengan wudu’,
Aku kau sentuhdalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku….
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu…pagi-pagi….surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu..

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t....

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…Dan akhirnya…..kubur yang setia menunggu mu…………
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu….
Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….


20 April 2011

SEKILAS MASA BERLALU....

Sekilas masa berlau... ungkapan Ustaz Din kepada ku..
hah ni cite nye yang aku kata akan di postkan dalam blog ni buat
teman2 facebook ku.....


Kisah kita yang terlupa

Sabda Nabi S.A.W: akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:
Kasih mereka kepada hidup ? lupa mereka kepada mati
Kasih mereka kepada harta ? lupa mereka kepada hisab
Kasih mereka kepada mahligai ? lupa mereka kepada kubur
Kasih mereka kepada dunia ? lupa mereka kepada akhirat
Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada iman
bahagi:
hartanya untuk warisnya.
Nyawanya untuk Malaikal Maut
dagingnya untuk ulat-ulat
tulangnya untuk tanah
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

Antara Musuh Iblis
1. orang yang beramal dengan ilmunya
2. orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran
3. orang yang azan untuk sembahyang fardhu
4. orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim
5. orang muda yang taat kepada Allah
6. orang yang penyayang
7. orang yang menjaga makan minumnya (yang halal)
8. orang yang suka sembahyang berjemaah
9. orang yang suka bertahajjud di tengah malam
10. orang yang sentiasa mengekalkan wudhuk
11. orang yang murah hati suka bersedekah
12. orang yang menjaga tuturkata dan akhlaknya
13. orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
14. orang yang menjaga waktu solatnya

kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,Ibadatku,hidupku,matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

Tazkirah Jumaat: Saling mengingati
Jangan Bercakap ketika Azan dilaungkan
Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati
ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu
pasti Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak
Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..
amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI
R.A.; Wahai Ali,
bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t
Wang RM 50 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa
ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan
ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan
berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.


Doa
Salam..
Sahabat2, doa2 ini mungkin mudah dibaca, ttp jarang pula diamalkan. Mungkin ia
boleh ditampalkan ditempat2 yang sesuai dan dapat diamalkan. Insya Allah..
Firman Allah S.W.T. :
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur dalam beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina" (QS 40: 10).
"Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat
kukuh" (QS adz-Dzariyat: 58).
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya hampa dan tidak sungguh-sungguh" (HR Turmudzi dan al-Hakim).

18 April 2011

5 DI DUNIA & 5 DI AKHIRAT



Haiwan: diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat
malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah.
Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.

Untuk mengatasi nafsu:
hendaklah melawan nafsu dari bertindak semua-muanya
hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.
Hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara
jahanam yang mencabar.
Minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.

Kepentingan bersedekah
Bersedekah
Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan
..menolak bala dan memanjangkan umur.
..harta yang halal akan diampunkan dosanya, dilepaskan dari neraka dan masuk ke
syurga
* Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita
Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-
kadang datang kepadamu itu bukan manusia ??.

Sedekah ada 10 kepujian ? 5 di dunia dan 5 di akhirat

5 DI DUNIA
MENCUCIKAN HARTA
MENCUCIKAN BADANNYA
MENOLAK BALA DAN PENYAKIT
MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN MENGGEMBIRAKAN ORANG MUKMIN (AMALAN 
YANG SANGAT MULIA)
BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA

5 DI AKHIRAT
dinaungkan dia dari panas akhirat
ringan hisabnya
berat timbangan amalannya
mudah melalui titian siratulmustakim
bertambah darjatnya di dalam syurga