Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

20 April 2011

SEKILAS MASA BERLALU....

Sekilas masa berlau... ungkapan Ustaz Din kepada ku..
hah ni cite nye yang aku kata akan di postkan dalam blog ni buat
teman2 facebook ku.....


Kisah kita yang terlupa

Sabda Nabi S.A.W: akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:
Kasih mereka kepada hidup ? lupa mereka kepada mati
Kasih mereka kepada harta ? lupa mereka kepada hisab
Kasih mereka kepada mahligai ? lupa mereka kepada kubur
Kasih mereka kepada dunia ? lupa mereka kepada akhirat
Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada iman
bahagi:
hartanya untuk warisnya.
Nyawanya untuk Malaikal Maut
dagingnya untuk ulat-ulat
tulangnya untuk tanah
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya

Antara Musuh Iblis
1. orang yang beramal dengan ilmunya
2. orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran
3. orang yang azan untuk sembahyang fardhu
4. orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim
5. orang muda yang taat kepada Allah
6. orang yang penyayang
7. orang yang menjaga makan minumnya (yang halal)
8. orang yang suka sembahyang berjemaah
9. orang yang suka bertahajjud di tengah malam
10. orang yang sentiasa mengekalkan wudhuk
11. orang yang murah hati suka bersedekah
12. orang yang menjaga tuturkata dan akhlaknya
13. orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
14. orang yang menjaga waktu solatnya

kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,Ibadatku,hidupku,matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

Tazkirah Jumaat: Saling mengingati
Jangan Bercakap ketika Azan dilaungkan
Assalamualaikum wbt.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati
ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu
pasti Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak
Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk
mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..
amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI
R.A.; Wahai Ali,
bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t
Wang RM 50 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa
ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan
ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan
berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.


Doa
Salam..
Sahabat2, doa2 ini mungkin mudah dibaca, ttp jarang pula diamalkan. Mungkin ia
boleh ditampalkan ditempat2 yang sesuai dan dapat diamalkan. Insya Allah..
Firman Allah S.W.T. :
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur dalam beribadat dan berdoa
kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina" (QS 40: 10).
"Sesungguhnya Allah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat
kukuh" (QS adz-Dzariyat: 58).
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya hampa dan tidak sungguh-sungguh" (HR Turmudzi dan al-Hakim).

No comments:

Post a Comment