Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

26 April 2011

MAHMUDAH & MAZMUMAH.....

Mahmudah( sifat terpuji)  vs Mazmumah (sifat keji)



MAHMUDAH

Taubat

Satu sifat mulia iaitu mahu kembali daripada sikap keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Firman Allah S.W.T yang bererti, ''Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya dia maha Pengampun lagi maha Pengasih,''
( Surah ai-Muzammil 73: 20)


Syarat-syarat Taubat

·         Meningalkan perkara-perkara dosa tersebut
·         Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan
·         Berjanji tidak akan melakukannya lagi
·         Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi
·         mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah luput

Beberapa faedah dan hikmah taubat:

·         Dekat diri kepada Allah.
·         Takwanya semakin meningkat.
·         Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
·         Membersihkan kekotoran di dalam hati.
·         Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
·         Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
·         Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.



MAZMUMAH

Pemarah

PENYAKIT yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti itu jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (siapa hendak dekat kalau asyik nak marah sahaja)

Ia bererti marah  yang bukan menyeru ke arah kebaikan atau menegah daripada kemungkaran. Sifat pemarah yang terpuji adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran seperti marah apabila Islam dihina.

Manakala sifat pemarah yang tercela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak didasari sebarang sebab yang benar.

Orang yang bersifat marah yang tercela ini perlu bertaubat dan bermujahadah untuk meninggalkannya. LATIHLAH DIRI supaya tidak marah orang sebaliknya banyak memuji orang lain.

Sumber: USTAZ ZAINUDDIN 

No comments:

Post a Comment