Bismillah wal hamdulillah..
Segala puji bagi
Allah yang masih menggerakkan tiap denyut nadi ini dengan nikmat iman dan
Islam..hanya Allah swt yang Maha Tahu bahawa langkah kaki ini seringkali
tersasar dari landasan-Nya..namun ampunan dan kasih-Nya tidak pernah kurang
buat diri..
Ya..biar sebanyak
mana kali pun kita pernah tersungkur..jatuh..namun jangan pernah putus asa
untuk bangun..carilah Allah kembali..kerana Allah swt itu Maha Dekat dalam diri
kita…keampunan Allah lebih besar daripada dosa2 kita..
“katakanlah ( wahai
Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah swt, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39;53)
Saat ini, hati dan
jiwa sedang mengintai2 ruang & jalan yang boleh memberi kekuatan..tawa di
bibir bukanlah gambaran segalanya..bicara yang dilafaz bukanlah bicara hati
yang hakiki.. hanya Allah swt jua yang Maha Memahami segalanya.. kadang-kala
jalan yang dilalui terasa sukar..hati ini menangis..rasa malu menghimpit diri..
malu untuk meminta & merayu kepada-Nya..hina diri bersalut dosa & noda
tiada henti..
Pagi tadi..ustaz
berbicara tentang sifat seorang mukmin.. ya Allah.. diri ini ternyata jauh
dari-Mu..namun bait2 bicara ustaz seakan memujuk diri.. jangan putus asa dari
istighfar.. kadang-kala saat hati & iman diuji-Nya, mahu sahaja diri
meminta agar ditarik segala nikmat pancaindera, nikmat perasaan yang pelbagai
rasa.. ya..diri ini tidak lagi mahukan apa-apa..andai jiwa tanpa perasaan itu
mampu mengembalikan diri ini kepada rabbi..maka biarlah diri ini buta,tuli dan
bisu tanpa segalanya..
“Barang siapa
bersyukur, sesungguhnya syukurnya itu untuk dirinya sendiri”..(An-Naml;40)
Diri ini belum cukup
mengenali makna syukur kepada-Nya yang sebenar.. belum lagi memaknakan rasa
syukur yang hakiki ke dalam jiwa…berikan hamba kekuatan Ya Rabbi..pimpin hamba
ke jalan yang benar..lunakkan hati hamba hanya untuk mencintai-Mu..cukupkan
hamba dengan takdir-Mu..
malam nanti,
InsyaAllah..takdir-Nya akan membawa diri ke daerah Tampin bersama-sama amanah
iaitu para pelanggan yang harus ana pelihara sebaiknya..mampukah diri menjaga
setiap hak Allah dengan sebaiknya?..Allah memberikan pilihan pada setiap
bisikan yang hadir..maka pilihlah bisikan yang benar disisi-Nya.. Ya Allah,
jadikan langkah kami, perjalanan kami, tiap pergerakan kami..dari awal hingga
akhir adalah takdir yang Engkau redhai dan takdir yang engkau berikan kebaikan
disisi-Mu...InsyaAllah..Aminn..
No comments:
Post a Comment