Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

24 December 2012

Mengapa Kita Dipertemukan..?

Bismillah wal hamdulillah…

Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan ini cukup sempurna buat kita sebagai hambaNya yang serba dhaif...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah swt…

Sambil menikmati rezeki yang Allah beri pada petang tadi…terbit pertanyaan daripada seorang sahabat…tersenyum ana pada mulanya… “ agak2nya macam mana jika kita kamu berdua berpisah”…ana sambut soalannya dengan gurauan.. bukan tidak faham akan soalan yang diutarakan tetapi sengaja ana menjawab soalannya sedemikian…

Mungkin menjadi kehairanan bagi sesetengah insan, bagaimana hubungan ini dengan mudah menjadi akrab walaupun ana dan dia langsung tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya..
Untuk persoalan itu…ana pulangkan segalanya kembali kepada Allah SWT…

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sungguh orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)”..( Surah Maryam : 96)..

ana tadabur terjemahan ayat ini bersama dia belahan jiwa…Nurul Azira Embong..Hanya Allah swt yang tahu betapa ketika ini ana merindui dia .. Berapa langkah ana saat bersama dia, banyak mendidik jiwa kerdil ini mengenali Allah dan mengenali kehidupan… Namun, kejauhan daripada dia membuatkan ana iltizam pada diri..ana mahu menjadi peneman & perlindung sebaik nya..Benarlah, untuk insan yang baik, pasti kebaikan Allah sentiasa bersamanya..

Bukankah rasa kasih & sayang itu titipan dari Allah swt..Jika Allah mahu, segalanya boleh terjadi..Buat dia yang ana sayangi..jika ada insan yang bertanya tentang kita.. jawab sahaja sememangnya kita telah ditakdirkan bersama.. dan hanya Allah jualah yang telah mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam hati kita...

Kerana itu jua, Allah jugalah yang berhak untuk mengambil kembali segala rasa kasih sayang yang ada..apapun yang kita milikki hanyalah pinjaman Allah.. pulangkan segalanya pada Allah..

Dalam kita merasa bahagia dengan nikmat yang ada, kita harus bersedia jika Allah mahu menguji kita..namun, jika benar persahabatan itu disandarkan hanya kepada Allah..kita akan merasai kemanisannya walaupun ketika dalam kesukaran..

Dalam bersahabat, sentiasalah memandang kebaikannya..usah diungkit kesilapannya..namun jangan lupa ditegur demi kesejahteraanya, pada hati yang kadang2 terluka, segera kita pulangkan rasa yang ada kepada Allah yang Maha Pencipta..moga kebahagiaan ini mampu kita kongsi bersama..seadanya..secukupnya…

Ya Allah..
Kiranya RasulMu hidup bersahabat, maka kurniakan jua sahabat buat hamba..
Tetapi..
Biarlah sahabat2 yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Sidiq..
Biarlah sahabat2 dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali..

Ya Allah..
Kiranya semua itu tidak layak buat hamba..
Hamba tetap bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini..
Mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah hamba selami..
Mungkin padanya ada apa yang hamba impikan selama ini…
Dan andainya hamba bukan seorang sahabat yang tahu menghargai..
Maka hamba pohon keampunanMu..
Dan kuniakanlah kebahagiaan buat sahabat2 hamba..
Kekalkan kami bersama hingga ke syurga…

No comments:

Post a Comment