Entri ini hadir tatkala hati dirundung duka..kecewa..
kenapa?
kecewa
dengan sikap manusia yang suka berburuk sangka. Mungkin kali ini aku
yang menjadi 'mangsa'..tak mengapa..mungkin Allah nak uji UKHWAH
kami..mungkin juga ini balasan dosa-dosa aku yang pernah berburuk
sangka..Ampunkan aku Ya Allah.
" Dua perkara,tiada sesutu pun
yang lebih utama daripadanya, iaitu: menyangka baik terhadap Allah
taala, dan menyangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara
lagi,tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya, iaitu: menyangka
buruk terhadap Allah Ta'ala dan menyangka buruk terhadap hamba-hamba
Allah"
Apakah dia buruk sangka?
Buruk
sangka ialah anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain
yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya,semuanya tidak baik, padahal
anda boleh menganggap kesemuanya baik.
orang masam, dikata sombong.
orang tertawa, dikata cintakan dunia
orang selalu menangis, dikata manja
orang itu mungkin..
masam kerana teringatkan dosanya
ketawa kerana ingin bergembira seketika
menangis kerana penyesalan atas segala dosanya
suka ke kita kalau orang buruk sangka pada kita?tentu tidak.
jauhi buruk sangka.kalau berdoa pun kita diminta untuk bersangka baik dan yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.
jadi,sangka la yang baik2- baik.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak
ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang
ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan
yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan
dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang
ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan
aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku
tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia
memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia
diriku kufur dan berbuat buruk
husnudzhon...nampak mudah,buat payah..
Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ
ertinya
: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah
al-Hujurat, ayat 12]
Marilah
berbaik sangka. Kita mulakan dengan diri kita dulu.Entri ini pastinya
ditulis bukan untuk anda sahaja,pastinya untuk diriku juga.
banyakkan baik sangka..
Mengapa
di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan
mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa
tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur :
12 )
sebahagian
dari isi di dalam ini diambil dari tulisan ustaz zaharuddin.Moga Allah
memberi kebaikan yang banyak buatnya...buat anda...juga buat diriku..
teruskan bersangka baik.
No comments:
Post a Comment