Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

28 March 2012

USAH Salahkan Mereka


Dengan nama Allah yg maha Pengasih lagi maha Penyayang..
ku mulakan coretan pendik ini buat diri ini yg mudah terjatuh dikala angin yang bertalu tiupannya..


"Butakanlah matamu terhadap selainNYA sehingga engkau tidak melihat apa2 selainNYA- tiada sesuatu yg wujud, tidak ada kerugian, tidak ada keuntungan, tidak ada anugerah, dan tidak ada penahanan atas anugerah." -Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

"Butakanlah matamu terhadap selainNYA"...Hal seperti ini memang tidak mudah bagi kebanyakkan orang. ttp setidak-tidaknya setiap org perlu menyedari bahawa di sebalik PELBAGAI HAL yang dialaminya, ada ketentuan daripada tuhannya.

'' Pelbagai hal " yg dimaksudkan apabila masalah yg dibawa oleh orang sekeliling , singgah dalam hidup kita.

Mereka itu tidak salah. Mereka itu hanya menjalankan tugas; mereka membawa pesanan dan memberi 'hadiah' untuk menguatkan dan menjadikan hidup kita berwarna. Terima sahaja dengan senyuman dan cubalah belajar sesuatu daripada hal itu.

kerana Allah tidak jadikan sesuatu dengan sia-sia. Semuanya pasti berhikmah. Cuma pengetahuan kita sahaja yg terbatas dan kita tidak selalu mengetahui hikmah disebalik pebagai kesusahan hidup yang kita alami.




bersyukurlah pada orang yang menyakiti kamu,

kerana dia lah yang mengajar mu ketabahan

bersyukurlah pada orang yang mengabaikan kamu,

kerana dia juga yang memupuk mu untuk berdikari

bersyukurlah pada yang sentiasa cuba menjatuhkan kamu,

kerana dia yang memperhebatkan lagi kemampuan mu

bersyukurlah pada yang menyiksa kamu,

kerana dia yang memguji mu erti kesabaran

teruskan terSENYUM "_"

No comments:

Post a Comment