Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

16 March 2012

Awak,Saya Enggan Menangis lagi


Awak
Tubir mata itu semakin digenangi
Air mata tidak berhenti
Terus mengalir di pipi
Saya kesat ke tepi

Awak
Saya relakan hati disakiti
Saya relakan air mata yang tidak berhenti
Saya relakan segalanya dengan harapan awk  akan kembali pulang ke sisi

Awak
Saya sudah tidak tahu mahu buat apa
Saya sudah rasa serba tidak kena
Hati sebak setiap kali awak mendiamkan diri
Saya usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira
Dengan harapan semuanya kembali sediakala seperti biasa

Awak
Saya sudah tidak kenal diri
Saya sudah tidak hiraukan kesihatan diri
Saya sudah tidak kisahkan penampilan peribadi
Hidup saya bergolak kini
Pecahnya jiwa dan hati
Saya sedang usaha ubati lagi

Awak sendiri tahu saya kesunyian
Awak sendiri tahu saya kesepian
Awak sendiri tahu saya keseorangan
Awak sendiri tahu saya hanya ada awak sebagai teman
Tapi,awak tetap buat saya dalam kesakitan

Awak
Saya tidak akan menyalahkan
Bukan awak yang saya tunding jari atau tangan
Saya pilih sendiri untuk tanggung penyesalan
Walaupun saya sendiri mulakan pertengkaran
Cuma saya enggan jelas akan keadaan
Kerana itu bakal menyakitkan awak

Awak
Saya bersandar di katil dan renung dinding lagi
Telefon sentiasa di tangan kiri
Tangan kanan menyesat air mata yang membasahi
Kepala saya suadah berpusing hingga saya tidak mampu berdiri
Mata membengkak hingga sya malu sendiri
Tapi celakanya air  mata tidak mahu berhenti
Sakit saya menusuk ke ulu hati

Awak
Saya seperti enggan percaya
Awak berubah sekelip mata
Kurangs eminit, awak hilang begitu sahaja
Tidak muncul walaupun saya merayu bagai orang gila
Saya terpinga-pinga
Tidak tahu apa salahnya
Terkapar-kapar mencari jawapan bagi yakinkan diri ini dari semua  sementara

Awak
Saya rasa kasihan dengan diri sendiri
Setiap hari saya perlu dipaksa untuk kekal berdiri
Lakonan atas dunia perlu diteruskan supaya saya tidak mati
Pentas tersedia dan dia hanya perlu menari
Walaupun cerah,terang,dia masih sepi
Tarian tetap diatur,walaupun air mata mengalir pipi
Senyuman tetap di ukir walaupun sakitnya hati
Saya perlu kuat demi mendapatkan awak kembali muncul disini..

Awak
Awak boleh ambil masa hingga infiniti
Saya tetap akan berusaha mencari
Kembalikan awak ke sisi
Saya tetap akan menanti
Walaupun ia lebih kepada membunuh diri
Mengabaikan diri hingga hampir mati
Asalkan awk kembali

Awak
Saya tahu betapa saya sayangkan awak
Saya tahu betapa saya cintakan awak
Saya tahu betapa saya mahukan awak
Saya jelas segalanya dan rasa layak….

Awak
Saya mohon awak kembali
Walaupun sebentar ke sisi
Cukup untuk saya kesat air mata di pipi
Cukup untuk saya gembira sedikit lagi
Cukup untuk saya lupakan kesakitan diri
Cukup untuk saya kekal berdiri

Awak
Bolehkah permintaan itu di penuhi
Mengabulkan permintaan saya ini
Saya menanti
Setiap malam,sepanjang hari
Kerana saya enggan menangis lagi


No comments:

Post a Comment