Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

16 March 2012

Kurang Sihat

Lambat keluar n3 hari ni..sbb semalam x sihat. Kalo tak awal2 lagi dah draft semalam.. Hari ni pon x sihat. Ni tunggu ziela datang amik nak g hospital. Nasib baik skarang ni dah ok skit walaupun still sakit2 lagi. Masa kat umah petang kelmarin dah start sakit kepala. Tapi x kuat lagi. Bila semalam tu..hbs tangan n kuku dah jadi biru.. dengan sesak nafasnyer. Dengan sakit kepala y amat. Memang x tahan. Tapi x nak ke spital, sbb kalo pegi, confirm warded. Tido pon dalam keadaan terduduk, sebab sakit nak bernafas+sesak nafas. Lepas makan ubat, terus tak sedar.. Sedar2 pagi tadi nak bangun mandi.. tp xleh nak bangun sebab berpusing habis. Badan rasa berat. Kalo boleh bangun, walaupun sakit2, saya tetap akan keluar. Tapi tadi memang x daya sgt. Paling x suka bila sakit.. tapi betul la kata Arill... setiap hari kt melalui kesakitan tu akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. Syukur..kerana menjadi pilihan-Nya.Amin. 

gambo lama b4 sakit dulu

Untuk diri saya... moga cepat2 baik yer.. Kesian kat toki & yg lain2 :-( .. Tapi itulah, semua org x nak sakit. Sakit tu.. kalo nak datang sekelip mata jer.. Adakalanya tanpa kita sedari. Jadi, mereka yang sihat.. hargai kesihatan anda. Sesungguhnya.. KESIHATAN ITU SYURGA DUNIA. Dan bagi mereka yang sakit & turut berjuang dalam meneruskan kehidupan ni.. redha la ianya. Sesungguhnya ianya juga satu anugerah untuk kita. Semuanya bersebab..hanya Allah swt yg mengetahuinya. Pasti ada hikmahnya.. Dan.. sakit juga menjadikan kita insan yang begitu kuat & tabah & tidak lemah  jika kita redha. Insyallah...

Buat kawan2 semua.. saya ucapkan jutaan terima kasih kerana selalu ada saat saya terjatuh. Setiap penulisan ini bukanlah untuk meraih simpati atau apa.. Melainkan meluahkan segalanya yang ada dari hati & untuk tatapan kawan2 t'sayang. Dan saya mohon maaf sebab sekarang ni saya kurang sihat untk post n3 yg lain..

No comments:

Post a Comment