kepada dia,
saya menggunakan 'latop' merah bagai anda untuk meng 'update' entri ini.
istimewalah untuk anda,
saya lakarkan sedikit gurindam moden khas dan istimewa buat anda.
Rasa itu,
mungkin pernah berlari-lari anak mencari sebuah jawaban.
Rasa itu,
mungkin pernah melompat-lompat meninjau sebuah kepastian.
Rasa itu,
mungkin pernah merangkak-rangkak menunggu takdir menghadiahkan kebahagiaan.
Dendaman rasa yang kita sama-sama kongsi sejak 6 tahun dulu bukan mudah,
Bukan untukku dan bukan untukkmu.
Aku mungkin sabar,
namun kau penyabar,
Aku mungkin risau,
Kau lebih risau,
Aku mungkin jujur,
Kau lebih jujur.
Aku mungkin menghargai,
Kau lebih menghargai.
Terima kasih atas kesetiaan itu.
Terima kasih atas kesabaran itu
Terima kasih kerana mendekatkan ku lebih padaNYA,
Terima kasih kerana selalu membimbing psikologi hatiku.
Terima ksih kerana selalu ada masa untuk membimbangi segala masalah hidupku.
Terima kasih kerana selain sahabat, kau seperti abang buatku,
yang tak lekang dengan tasbih, tahmid dan tahlil semasa membimbingku.
Terima kasih untuk rasa dihargai ini.
Memujimu bukanlah bertujuan untuk mencantumkan riak dan takabbur,
sekadar berkongsi rasa dan menzahirkan jujurku.
Menterjemahkan kekaguman hati juga bukanlah untuk mengangkatmu lebih dari Maha Pencipta,
Lalu terimalah ungkapan jujur ini agar aku rasa lega untuk menjernihkan apa yang harus kau fahami.
Haza min fadli rabbi.
You are indeed the the most adorable person i'd ever met :)
Rambang je nulis nye... ade org speaking sgt td...
ahaks but im happy with him... DILA....
No comments:
Post a Comment