Bismillah.
hadir sebuah perasaan yang berkelip-kelip seperti bintang.
menyapa rasa ingin memiliki,
menyapa juga rasa ingin mempunyai.
perlukah rasa ini?
atau ia sekadar rindu?
atau sekadar nafsu cemburu?
di peringkat umur yang 2 dekad lebih ini,
ku mahu satu kehadiran baru.
malangnya Tuhan belum mengizinkan.
sedangkan untuk dikurniakan seorang mukmin yang mukhlis untuk hati dhoif ini masih belum pasti.
berjodohkah lagi aku?
semuanya masih belum tentu.
gambaran wajah si kecil yang sering hadir menyapa kesunyian terlalu memilukan.
acapkali tenang, acapkali juga bergenang.
satu hari nanti, pasti. . .
bertabahlah hati ~
No comments:
Post a Comment