Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

24 November 2011

~Hentikanlah Air Matamu~

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”
Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua  itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang  SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment