Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

13 February 2012

Ku terima dugaan Mu Ya Allah..

Baru balik dari hospital... Dok dalam kete nangis sorang2...

Keputusan urine test still teruk, malah bertambah2 bintangnya.. Urine aku masih pekat, masih teruk sampaikan aku dibekalkan botol besar untuk letak urine aku untuk tempoh 24 jam kat dalam botol tu.. Start from 8 am tomorrow until 8 am a day after. Semata-mata nak tahu aku ni memang kurang minum air or, aku yang bermasalah, means buah pinggang aku yang bermasalah sampai tak dapat nak serap protein dalam badan.

Hari ni gak la aku kena minum air gula. Tak penah2 aku lebih dari paras normal tentiba hari ni.. 9.8.. Ya Allah, mengalir airmata aku. Kalau lebih dia tu kurang dari 8 takpe la, ni sampai hampir 10. Tak tau sebab aku makan gula2 dalam minggu ni banyak sangat or sebab aku kena hemo dari pukul 10 pagi tadi so aku kurang minum sebelum tempoh tu, aku tak tau.. Yang pasti masa tu aku harap sangat keluarga ada kat sisi sama-sama tanggung perit yang aku rasa.. Tapi keluarga aku tak macam orang lain.. diaorg memang tak pedulikan aku..

Sedih jugak, dah 8 bulan, tapi still pegi hospital untuk check up sendiri.. ada tak orang hospital yang bace sini??? Boleh tak beri kelonggaran kat aku untuk aku buat check up. Korang leh tak bayangkan klu aku tentiba pengsan ke sakit ke masa dalam kete on the way pegi ke on the way balik dari hospital ke.. Sedih ok, tapi aku sorok tangisan aku, aku masuk toilet, lepas sume tekanan then baru kuar.

Hari Khamis ni still aku kena jalani ujian BSP.. kena amik darah 3 kali. Patutnya 4 kali, tapi sebab migrain so doktor cakap takpe, just amik darah 2 jam lepas makan, sejam sebelum makan dan 2 jam lepas makan. Dan sumer tu aku kena buat sendiri.. again.. keluarga memamg xpedulikan aku.. Sedih kan??? Nasib ada anak buah dan seseorang kawan aku tu boleh temankan aku, hiburkan duka hati aku.

Ntah la, aku rase sakit kali ni.. Allah beri aku dugaan yang sangat besar.. rase tak tertanggung pun ada.. Bahaya kan bila disyaki lelah even masa jalani Hemo, sebab risiko aku nak dapat lelah tua nanti adalah tinggi. Aku tak tau.. aku rase aku tak kuat. Esok aku akan tuang pose lagi sebab nak kena buat ujian urine 24 jam tu. Klu hemo mesti result aku teruk, then Khamis hemo, sebab nak buat ujian BSP nak tau aku punya tahap lelah..

Ya Allah, dugaan Mu aku terima Ya Allah.. tapi aku mohon, jangan la ada apa2 berlaku pada insan2 yang aku sayang Ya Allah. Berikanlah segala kesakitan kepada aku, aku redha, tapi bukan pada orang2 yang dekat pada ku...



Ok la, dah bercucuran airmata aku taip ni. Sedih, sebab kalau ada penyakit tu, nurse cakap boleh effect mana2 organ dalaman .. Aku tak nak orang yang aku sayang sakit, biarla orang terdekat aku normal macam orang lain. Berila semua sakit tu pada aku, takpe, aku dah cukup besar untuk tanggung semua sakit, tapi bukan pada orang yang selalu ada untukku…..

Kengkawan, please, doakan yang terbaik untuk aku.. Hanya Allah boleh balas jasa korang semua yang doakan keselamatan aku ni.. Thanks friend..

No comments:

Post a Comment