Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

3 February 2012

♥ Duhai Mata yang sedang Menangis ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sungguh bertuah aku masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanku.
Benar, tangisanku itu tak mampu mengembalikan masa laluku.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanku.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangku untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,

“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah...
(Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)




No comments:

Post a Comment