Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

18 March 2011

Meraih Cinta Ilahi


بسم الله الر حمن الر حيم

Salamu alaikum….
Alhamdulillah, masih lagi mendapat rahmat, masih lagi dapat menghirup udara, masih lagi diberi peluang untuk beribadah padanya… Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan besar kita Rasulullah saw kerana, dengan perjuangan bersama para sahabat serta ahli keluarga baginda, kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM… Alhamdulillah..

Hari ramai remaja yang ingin bercinta… ana ingin berkongsi dengan antum tentang cinta..
Cinta itu itu fitrah atau perasaan semula jadi dalam diri seseorang.. Cinta itu melibatkan perasaan jiwa, ketenangan, pengharapan dan sebagainya… Sifat bagi cinta itu sama seperti hati, boleh berubah-ubah dalam situasi, masa dan umur.
Tanda-tanda bagi hadir rasa cinta:-
-suka bila mendengar namanya
-suka apa yang dia suka
-suka duduk, berjalan berbual dengannya Dalam percintaan ini pasti ada ujian dan dugaan yang datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Cinta ini juga adalah menyambung zuriat dan menerusan kehidupan manusia dan mempunyai ikatan yang kukuh dalam menyatukan ummat manusia Islam telah mengariskan beberapa bahagian tentang cinta
~cinta yang agung
~cinta pertengahan
~cinta yang hina

Cinta_Yang _Agung…
Cinta agung, tiadda cinta selain Cinta pada Allah dan rasulnya, dan tidak ada yang lebih selain cinta pada Allah dan rasulnya. Sebagaimana firman Allah swt:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [٩:٢٤]

Maksudnya:
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Nah!!!setelah antum baca dalil diatas.. pasti antum cinta yang manakah paling agungkan??Allah adalah pemilik alam semesta ini dan DIA-lah yang mencipta semua makhluk yang ada di langit dan di bumi. Sekarang kita sudah sepatutnya mencari cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, cinta yang tiada seribu penyesalan dan seharusnya kita serahkan segala cinta kita hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin.
Ana ingin berkongsi satu kisah…

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”. Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu”. Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”. Sungguh.. hanya sebesar Jarrah sahaja sudah cukup untuk pemuda itu.. bagaimana dengan kita?? Cukupkah kita dengan sebesar Jarrah, atau masih belum dapat lagi… Mari sama-sama kita usaha untuk mendapatkannya… insyaAllah..

Bagi seseorang yang telah mendapat merasai halawatul iman yang sebenar, mereka akan tertarik dengan sepenuh hatinya untuk mencintai Allah swt dan RasulNya. Lantaran Keimanan dan keyakinan kita pada kasih sayang Allah swt dan keyakinan kita pada janji-janji seorang mukmin jua mencintai jihad untuk menegakkan Deen Allah swt dan menegakkan kalimah tauhid di muka bumi.

Cinta_Pertengahan…
Cinta pertengahan adalah berbunganya satu perasaan di dalam hati dan emosi jiwa yang lahir daripada seorang insan dan mengikatnya satu ikatan bersama orang yang dikasihinya dengan ikatan Aqidah, yang akan menghasilkan satu ikatan yang erat dengan apa yang dicintai dengan cara yang diredhai Allah swt. Sebab apa cinta ini dipanggil Cinta Pertengahan, kerana ia adalah cinta selepas Allah dan RasulNya dan Jihad dijalanNya Jika ikatan Aqidah tidak ada dalam percintaan sepasangan suami isteri, maka zuriat yang dilahirkan tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna. Hubungan anak dan ibu bapa tidakakan erat jika ia hanya untuk kepentingan tertentu jika tidak diisikan dengan Aqidah kepada Allah. Ukhwah Islamiyyah tidak akan terbangun, tidak menghiasi perkembangan dan pembangunan masyarakat jika tanpa iktan Aqidah. Dimanakah kita letakkan cinta pada Allah swt dan RasulNya dan Jihad di jalan Nya sebgai perkara utama atau kita meletakkan kecintaan kita kepada yang lain sesuai dengan keutamaan tersebut. Jika kita tidak mengikatkan cinta dengan Aqidah Islamiyyah kelak akan jatuh kepada Cinta Yang Hina.

Cinta_Yang_Hina…
Cinta ini adalah cinta yang serendah-rendahnya dan hina yang mematikan nilai-nilai kemanusiaan seseorang insan. Cinta yang boleh membawa kepada bertuhankan manusia dan makhluk di muka bumi, mencintai kepada musuh-musuh Allah. Selain daripada itu juga, ia juga termasuk dalam menurut kemahuan hawa nafsu di samping ghairah melakukan perkara-perkara yang hina dan keji. Bahkan tunduk dan patuh pada hawa nafsu serta berbangga dengan diri sendiri dan mementingkan diri. Justeru itu juga, ia mengutamakan segala-galanya selain daripada Allah swt dan RasulNya
Dimanakah kita letakkan cinta yang hina, adakah dihadapan atau dibelakang… fikir-fikirkanlah, dan setakat mana kita mengambil Neraca Allah dalam urusan dan setakat mana kita mengabaikan Kekuasaan dan Pengawasan Allah. Bila seseorang mempunyai 3 perkara ini maka ia telah memiliki kemanisan iman, Allah dan RasulNya lebih dia cintai dari yang lain, 2 orang yang berkasih saying kerana Allah dan dia benci untuk kembali semula kepada kekufuran selepas Allah beri hidayah padanya sepertimana dia benci dicampakan ke dalam api neraka. ana mengajak diri ana dan antum untuk sama-sama kita memperbaiki diri kita, dimanakah tahap cinta kita kepada Allah swt dan cinta kita kepada Rasulullah yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada diri ana dan kelemahan ana sendiri, mohon maaf atas segala khilaf ana..

No comments:

Post a Comment