Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

7 April 2011

KAHWIN ATAU NIKAH......

PERTANYAAN DARI KAWAN2

"Mie bila mu nak kahwin nye...? orang lain sudah belaka dah.....!!
tersentap aku kejap...... haks6.....

berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti segala tuntutannya.
berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bg yg mengetahui rahsia2nya.
berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya,bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.


jodoh usah terlalu dirisaukan,tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai.
memang jodoh itu disembunyikan dari pengetahuan untuk menguji ketaqwaan hamba2-Nya.


dengan iman yg lemah ini ku buat mendaki keredhaanMu..
dalam usia ini harus ku gali ilmu Mu..
jauhkan aku dari maksiat, sesungguhnya maksiat itu memuntahkan ilmu..
maksiat itu mematikan hati..

semoga Allah memelihara hati ini dari godaan syaitan dan dikurnia kekuatan dalam mengharungi hiruk pikuk duniawi.

"tiada rasa susah pada hati yang saling berkasih sayang"

No comments:

Post a Comment