Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

4 April 2011

Kata-kata hikmah untuk renungan Mujahidah

Jika kita mencintai seseorang ,
Biarkan dia pergi seketika..
Andai dia kembali …
Itu maknanya cinta nya tulus suci dan tidak berpaling lagi…
Maka si kekasih tidak rugi apa-apa …
Barangkali takdir jodoh telah usai…
Percayalah sesungguhnya jodoh kerja Allah manakala cinta itu kerja manusia….
Perjuangan menuntut ilmu…
Bukanlah suatu perkara yang mudah…
Ia menuntut kesabaran dan pengorbanan…
Ia jua menuntut kepada displin dan rasa syukur yang tinggi..
Kejayaan tidak mungkin dapat diraih ….
Tanpa usaha yang gigih dan focus yang berterusan …
Iltizam dan istiqamah adalah jawapan yang terbaik….
Selamat maju jaya wahai mujahidah duniawi wa ukhrawi…
Igat kita perlu memaafkan diri kita kerna kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri…….
Wahai diri kau telah mencuba tetapi masih belum berjaya .
aku akan mencuba lagi untuk menunaikan janji……
Insya allah……
Jangan pandang rendah terhadap keupayaan diri
Sebenarnya kita lebih kuat daripada kia jangkakan….
Ini kerna kita belum menggunakan sepenuhnya tenaga,kepandaian dan bakat,yang kita miliki
Jadi jangan mengalah wahai mujahidah….
Ketahuilah bahawa kehidupan ini penuh dengan perjanjian ….
Allah sendiri menegaskan bahawa dia sesekali tidak menungkiri janji….
Sesungguhnya orang yang soleh dan solehah dijanjikan syurga ..
Manakala orang-orang yang derhaka dengan perintahnya dijanjikan neraka…
Jadikan hakikat ini satu pendorong dalam diri sendiri untuk mengotakan janji yang kita lakukan….
Insya allah….moga Allah mempermudahkan jihad mu wahai mujahidah
Jagalah Allah…nescaya Dia akan menjaga mu
Jagalah Allah…nescaya engkau akan mendapati-Nya ada dihadapan mu…
Apabila kamu inginkan sesuatu …maka mintalah pada-Nya….
Jika memerlukan pertolongan maka minta lah kepada-Nya….
Andai dikumpulkan seluruh umat untuk memberi manfaat kepadamu…
Tidak akan dapat menfaat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah telah tetap kan….Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkan mu…
Mereka tidak akan dapat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan keatasmu…Pena telah diangkat dan lembaran telah kering…..

No comments:

Post a Comment