بسم الله الرحمن الرحيم
Begitu malas rasanya nak update blog ni.. padahal idea datang mencurah-curah.terutama waktu pagi buta.. waktu orang tengah sibuk tidur peluk bantal.. ligat betul otak ni mengarang tah macam-macam cerita yang aku lihat kat dalam surat khabar dan dari pemerhatian aku sendiri. cuma malas nak taip kat computer ni.aishh.. apa la nak jadi dengan aku ni..
urm..ok2.. untuk entry kali, idea tu datang setelah menonton cerita di tv.. situasi orang tu sama seperti dunia realiti yang sering terjadi pada orang sekarang. kelakar plak rasa cerita tu.. ha..sape yang nak tahu jalan ceritanya bolehlah tanya aku sendiri ye..malas pulak nak ceritakan disini..kui3 :p cuma kat sini aku nak kongsikan satu benda yang aku dapat dari kpala.. hehe
Apabila seorang lelaki tu benar-benar jatuh cinta dan setia pada seorang wanita dengan penuh harapan dan iklas,perubahan sikapnya berubah dengan jelas. Hati seorang lelaki yang selama ini keras macam batu tiba-tiba bertukar menjadi lembut seperti sutera, pada masa inilah hati mereka begitu sensitif dan mudah tersentuh sehingga mampu menitiskan air mata sekiranya dilukai atau dikhianati, kerana jika wanita itu adalah orang yang amat diperlukan dan melengkapi hidupnya sudah tentu dia sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Namun kaum wanita janganlah pula mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang selama ini dilakukan oleh kaum lelaki untuk mu.sekiranya kamu menyedari seorang lelaki itu sentiasa bersungguh-sunguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak tersilap pilih teman hidup.situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan keatas kamu tetapi atas dasar cinta yang sebenar.
Dia boleh jadi lucu tapi begitulah hakikatnya apabila seorang lelaki itu berperangai tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu. (mengade betul) Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hati nya melayannya lebih dari orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Jangan kamu sangka manjanya itu mengada-ngada, bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap macho nya kepada seorang lelaki yang berperawatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi saja.. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang akan datang membantu mu adalah seorang lelaki itu, tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah..beruntungnya.. Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaanya.. xD
Kadang-kadang si dia akan kerap mengeluarkan kata-kata yang sama seperti " Ingat saya lagi?" , "saya suka orang macam awak" dan lain-lain, sebab itulah kalimah yang sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, kebanyakan mereka takan membuang masa kepada kamu sekiranya kamu tidak memberi layanan lebih dari sebagai seorang teman biasa.. mereka sangup menunggu sebarang keputusan oleh kamu kerana ingin melihat sejauh mana pandangan mu terhadapnya, jadi jangan lah terlalu menyembunyikan diri sehingga dia terus menunggu untuk mendengar khbar berita dari mu.

No comments:
Post a Comment