Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

12 May 2011

Buat Sang Pecinta Blog Ku......

1. selalu menemani sy...
2. selalu ada tuk saya
3. selalu komen blog sy...
4. selalu buat sy rasa dihargai
5. selalu buat sy tersenyum sorg2
6. selalu bagi nasihat pada sy
7. sebab sy nak berkawan dgn awk
8.sebab sy suka awk
9. sebab sy rasa awk tuk sy..
10. sebab sy nak jupe awk..
11. tapi awk xnak jupe sy...
12. mgkin awk pikir sy main2...
13. sy series.... bukan main2…

            Adakah benar aku sudah terpikat.? Apakah aku sedang dilanda cinta.?
Aku sedikit pun tidak terasa getaran cinta,aku hanya rindu akan lafaz Al-Quran
bukan yang lain. Aku lebih merindui keindahan yang tersimpan dalam ayat itu.
Sungguh pun gambaran nya bermain di kepala,itu hanya pengantar jiwa aku mencari
makna semata2, bukan kerana yang lain. Aku tidak mahu terdampar pada sebuah
pemahaman seperti itu, aku tidak mahu leka dalam suasana ini. Tetapi benarkah dari
semua itu tumbuh sepucuk cinta dihati aku kepada hamba-Nya.? Aku harap tidak kerana
aku telah bersumpah untuk menguburkan apa yang dinamakan CINTA. Meskipun aku
tidak membenci akan adanya cinta,namum cinta telah melukai hati aku sehingga cinta
itu sendiri yang membuatkan aku membencinya. Cinta mebimbing aku untuk membencinya.
Salahkah aku membenci cinta.? Munaffik kah aku bila menafikan adanya cinta dalam hati aku.?
Cinta telah membuat aku cukup dewasa untuk memahaminya.

Tuhan,berdosakah aku apabila mencintai mahkluk-Mu sedalam cinta aku kepada-Mu.?
Salahkah aku mencintai seseorang yang menautkan hatinya pada aku atas nama mengharap rehda-Mu.?
Tuhan,Engkau yang menganugerahkan cinta kepada hamba-Mu. Engkau yang memberikan pelajaran
dan pemahaman kepada kami tentang cinta. Aku memohon… Sekiranya dia pilihan terbaik yang Engkau
kehendaki untuk aku,maka jadikanlah dia pendamping aku buat selama lamanya. Jangan Engkau dirikan
benteng yang akan membentangkan jarak pemisah antara kami. Eratkan kami seperti eratnya nafas dengan roh. Namum jika Engkau berkehendak yang lain, maka berikanlah pengganti yang terbaik bagi
kami dan cukupkan kami dengan rehda-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada Mu,
Telah berjumpa taat pada Mu,
Telah berpadu dalam membela syariat Mu.
Kukuhkanlah ikatan nya Ya Allah
Kekalkanlah cintanya
Tunjukkilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Jangan melarikan diri dari CINTA apabila ia berada di hadapan
kita. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti
kita pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan
kita itu.



Ketiadaan cinta itu membuat aku
Mencari dimana kesilapan diri
Cinta dan hatiku Satu
Dan yang satu itu hanya untukmu..

            Apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ketentuan Allah SWT. Dia
yang Maha Bijaksana,yang mengaturkan segala urusan di langit dan di bumi. Kita tidak tahu
apa yang telah diaturkan Nya ke atas diri kita,tetapi Allah SWT tidak pernah memzalimi hamba-Nya.
Dia hanya menguji, tetapi itulah kadang2  kita tewas dengan ujian-Nya. Lantas kita tidak rehda dengan
apa yang telah berlaku. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan namum itu tidak bererti cinta
yang datang selepasnya bukan cinta sejati..



Pokmie@Izham Fahmi
Rabu ,11/05/2011, 04:30pagi

Setiap apa yg b’laku ini ada hikmah-Nya yg t’sendiri,mungkin Allah hendak mengingatkan aku
yang keagungan cinta kepada manusia tidak seharusnya melangkaui keagungan cinta t’hadap
pencipta kita. Dia lebih mencintai kita b’banding mahkluk2-Nya yg lain, seburuk2 dan sejahat2 kita
Dia masih mahu menerima taubat kita. Sebaik2 manusia mahukah mereka memaafkan kita.? Maka,
wajarlah kita kembalikan cinta yang teragung itu kepada-Nya.

            Aku lebih takut untuk kehilangan kemanisan cinta ketika menghadap-Nya di dalam sujudku,
daripada  takut  untuk kehilangan kemanisan cinta yang di dambakan pada seorang manusia. Aku bentang
sejadah itu,kemudian memijak hujungnya dengan perlahan2,aku kukuhkan tegak sebagaimana aku kukuhkan keyakinanku terhadap-Nya. Dengan suara yg perlahan tetapi jelas , aku lafazkan takbir sekaligus mengakui kesabaran-Nya yang aku lupakan selama ini. Malam ini aku kembalikan cintaku yang teragung itu kepada yang Hak..

Aku akur dengan nasihat dan panduan yang diberikan oleh kawan2 dan anak buah aku, aku mula
mengubati luka hati aku dengan memperbanyakkan amal ibadat. Bukan lagi sekadar memlaksanakan
yang wajib semata2 tetapi juga amalan sunat. Aku cari dan bina kembali harapan aku terhadap kehidupan
dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Dan perlahan2 aku kembali menjadi tenang, perlahan2
juga aku cuba menjalinkan silaturrahim dengan kawan2 yang tidak mahu betegur sapa dengan aku semenjak aku bergaduh dengannya dulu. Aku hubungi semula kawan2 aku demi mengekalkan hubungan
baik kami selama ini,aku kembali menjadi manusia yang hidup jiwanya, aku sudah mampu tersenyum apabila rakan sepekerjaan aku mengusik dan bergurau senda dgn aku. Aku menarik nafas panjang, lega dengan kebenaran kata2 kawan2 dan anak buah aku itu. Banyak lagi nasihat yang aku terima daripada mereka,mereka memahami keadaan diri aku ini…
 “ya allah,damaikanlah hati aku yang lara ini… Ameen Ya Rabb…”

“Tuhan mabukkanlah aku dengan anggur cinta-Mu
Rantaikanlah seerat erat kaki
Keraskanlah seluruh isi diriku kecuali cinta-Mu
Hidupkan lagi diriku
Lapar ku yang membuat maha pada-Mu
Telah membuat ku mengenali erti kehidupan”

“men-update blog ku sambil mendengar ceramah ‘KETENANGAN DALAM HIDUP’ berulang ulang kali…. Jam menunjukkan tepat pada 05:30pagi….

9 comments: