Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

3 May 2011

JADI ORANG BAIK...?


















pernah tak korang rasa…
ada ke orang baik-baik dalam dunia?

aku pernah…

tapi…

mmmmmmm
lepas berfikir panjang…
sebenarnya bertanyakan betul ke ada orang baik?
kenapa orang menjadikan aku bercelaru?
kenapa aku tak tenang?
salah siapakah?
mengapakah?
dari manakah datang tidak tenang ini?
apakah puncanya?

hanya orang yang pernah buat jahat, tau wujudnya jahat…
hanya orang yang pernah gila, tau maksudnya gila…
hanya orang yang curang tahu dan faham erti curang…
hanya orang yang pernah menyakiti diri tau apa itu maksud menyakiti diri…
hanya orang yang pernah tengok benda lucah tau apa maksud lucah…
hanya orang yang pernah dianiaya tau maksud dianiaya…
hanya orang yang berdosa tau apa maksud tidak tenang…

kalau orang2 di atas cerita pada orang2 yang baik2…
mesti mereka tanya, ooo wujud rupanya orang macam ni…
tak pun, dasyat masyarakat zaman ni…
tak pun, takutnya nak hidup masa sekarang ni…
tak pun, rendahnya tahap iman orang zaman skang ni…

tapi,
ingatlah… 
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi dia tak ubah diri nya sendiri…
selagi orang2 soleh dan solehah itu belum diuji, belum pasti kebaikan yang dimiliki…

siapa pemilik nyawa? Allah!
siapa pemilik hati? Allah!
siapa pemilik tubuh? Allah!
siapa pemilik cinta? Allah!
siapa pemilik perasaan? Allah!

99 nama Allah! smuanya yang maha berkuasa!

takkan yang maha pengasih dan penyayang mahu membinasakan hamba2nya…
kita selalu buruk sangka dengan yang mencipta…
kita selalu mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan…
mengapa mahu menuntut sesuatu yang sangat hebat dan berkuasa dalam kejayaan dan kebahagiaan…
mengapa meminta-minta itu dan ini pada Allah?
mengapa mengadu domba pada Allah?
sedangkan dosa, maksiat dan perkara mungkar jadi aktiviti di muka bumi milik ALlah!

dimana kemaluan?
dimana letaknya maruah dan rasa hormat pada tuhan?
sedangkan dengan manusia kita malu meminta itu dan ini…
tapi, dengan Allah dengan selamba dan senang hati meminta-minta sesuatu yang kita rasa kita mahu dan kita berkehendak…
rendahnya syukur itu…
rendahnya martabat hamba…

tetapi, Allah itu maha mengetahui…
maha bijaksana…
maha pengasih dan penyayang…
maha pengampun…

mintalah dengan nama Allah….
mintalah dengan sopan santun…
mintalah dengan taubat dan insaf…
mintalah dengan ikhlas dan ihsan…


bukan mudah jadi orang baik…
diuji dengan hebat…
dicuci jiwanya dpd cintakan dunia…
di beri ilham yang menyentap lena tidurnya…

itulah dunia…
neraka buat orang2 beriman..
dunia kaburkan mata dengan realiti dan hakikat diri…
jangan berhenti mencari…
carilah kehidupan dan kajilah kehidupan…
pasti akan berjumpa MAKNA…
DAN MENGENAL TUHAN YANG MAHA ESA! 

No comments:

Post a Comment