Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

9 May 2011

what happen to LOVE?

post kali ni aku bukan nak cerita pasal emosi cinta…
tapi, memang nak cerita pon…
sejak awal lagi sudah aku mengingatkan diri aku bahawa cinta itu boleh datang dan pergi…
tak perlu nak menghukum diri atau orang yang dah pergi tinggalkan diri…
aku percaya proses datang dan pergi memang hakikat yang Allah dah susun dalam hidup supaya aku belajar…

belajar untuk apa?

bukan untuk mengeluh…
bukan untuk menerjah…
bukan untuk mencaci…
tetapi untuk aku menilai diri dan pengalaman sebagai satu pelajaran indah dalam hidup…

tadi aku baru cakap pada wawa, kirun dan sazwan…
rasa nak menangis bila fikir sepanjang 22 tahun ni aku berjaya membesar dan mengharungi hidup…macam2 dugaan yang datang tapi, aku masih bejaya membesar dan hidup…
ntah macam mana aku berjuang pun aku tak taula…
walaupun aku pelik dan suka bermaen n hyperaktif…
bak kata orang dulu2 macam berok kena belacan…
huru hara gak la rasa… tapi aku masih survive dan bernafas dan meneruskan perjuangan dalam apa pun bentuk cerita dan derita dan bahagia
tak lama lagi 27 september ni aku 23 tahun
aku kagum dan bangga berkenalan dengan setiap manusia yang pernah hadir dalam hidup ni…
terutama insan2 yang pernah bertakhta sebagai kekasih hati & teman setia…
dengan penuh rasa terima kasih dan rasa rendah diri saya berikan tabik hormat…
terima kasih sebab menjadi insan yang baik buat diri ni sepanjang perkenalan…
tak pernah pula terlintas rasa menyesal…
sebab itu kan aturan Allah…
jangan la pula cakap sebab berpisah sebab aku terlalu baik hati…
aku tak baik sangat pun ok…
apabila merasakan cinta manusia, kadang2 terlupa wujudnya cinta paling agung iaitu cinta Allah…

peringatan besar buatku…
walaupun 2x gagal bercinta…
tapi, Allah tak pernah tinggalkan aku sendirian…
kasih sayang Allah sentiasa menemani aku…
rasa bertuah sebab selalu mendapat peringatan tuhan…
dalam sihat atau sakit…
dalam bahagia atau sedih…
dan dalam apapun bencana dan usaha…
Allah sentiasa ada memberikan ilham…

walaupun mohd izham fahmi bin wahab ini sekadar picisan…

lepas ni, aku tutup pintu hati buat apa jenis cinta sekalipun…
aku nak kejar cita2…
aku nak selesaikan zaman muda aku dengan ilmu…
sungguh cinta menyakitkan…
tetapi ia terapi hati paling indah…
maka, aku upgrade weapon hati aku dpd mengenal cinta 3x ganda lepas ni…
aku rasa bertuah mengenal dan merasa cinta…
syukran ya rabb......

6 comments:

  1. tersentuh ati bace nie...sesungguhnya cinta itu amt mnyakitkn..huhu

    ReplyDelete
  2. erm... tersentuh ke...... ? pokmie menaip sambil
    jatuhkan airmata.... apa yang pokmie alami dulu.... pengalaman mengajar kita mencari......

    ReplyDelete