Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

6 November 2011

Akhirnyaa Aku Mengerti.... Aku rehda.....

Assalamualaikum.

YeaH! alhamdulillah,
akhirnya selesai juga aku baca buku 'Ya Allah aku jatuh cinta' tulisan Borhan Sodiq,

Nak ceritakan sedikit sinopsis pasal buku ni.

"Mengelola cinta tanpa diselubungi dosa"

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat kelak,
"Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku?
Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain
naungan-Ku"
(Sahih Muslim)

Bab satu,
"Cinta, menyapa sesiapa saja"

Dalam bab ini menceritakan tentang cinta akan menyapa sesiapa saja.
Sesiapa saja akan jattuh cinta,
tak kira sebaik mana pun orang itu,
dia tetap memiliki rasa cinta. Sebab, cinta ialah fitrah.


Bab ini juga menceritakan tentang kesempurnaan yang Allah
ciptakan kepada manusia dan hati yang diberi fungsi untuk merasa.
Dan dengan keajaiban yang Allah ciptakan ini,
hati ini boleh membuat mata menangis dan bibir tersenyum.
Di hati inilah perasaan cinta itu hadir.
Dan dalam bab ini juga menceritakan tentang orang yang paling
Rasulullah S.A.W cintai iaitu Aishah.


"Apakah saya telah jatuh cinta?"

Dalam bab ini pula meneritakan tanda2 jatuh cinta. Xperlu
ceritalah kan sebab semua orang tau contohnya macam berdebar2,
kalau nak tidur teringat2, suka termenung, rindu, ext.
Tapi semua ini perlukan kawalan.

"Ya Allah Aku Jatuh Cinta"

Dalam bab ini menceritakan tentang seorang tua yang jatuh cinta dengan
seorang gadis. Dan cinta hadir melalui berbagai cara,
contohnya melalui internet.

"Berkahwin merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah S.W.T.
Di dalam Al Quran ada disebutkan perkahwinan sebagai Mistaqan Ghaliza
(perjanjian yang sangat berat).
Dan setiap jalan yang menuju Mistaqan Ghaliza dimuliakan
oleh Allah S.W.T.
Islam memberikan penghormatan yang suci kepada niat
dan ikhtiar untuk berkahwin"

Dalam bab ini juga ada menyatakan jika belum bersedia
lebih baik rasa itu dipendam.
Dan bila sudah bersedia teruskan dengan ikatan perkahwinan.

" Ada tiga golongan manusia yang Allah berhak menolong
mereka, iaitu seorang pejuang di jalan Allah. Seorang hamba
yang menebus dirinya supaya merdeka. Dan seorang
yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya "

(H.R. Ahmad, Nasa'I, Tirmizi)

No comments:

Post a Comment