Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

30 December 2011


Dalam suram di hati
Mengapa kamu menangis wahai diri.?
Merasakan dunia tak lagi bereti…
Adakah kau meragui kasih Illahi?
Mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu..?

Ku mencari-cari
Meraba-raba dalam gelap hatimu…
Binggung… nanar, dalam ramai…
Tak mengerti, mengapa ini yang harus kau hadapi..

Kau menanti,bilakah akan kau peroleh apa yang kau harapkan..
Merasakan tuhan tak lagi endah padamu…
Tak lagi sudi memandangmu….
Jangan begitu, wahai diri….

Dengarkan apa kata Tuhanmu…
“ Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama mana kau berdoa
dan berharap kepadaKu,Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang
ada pada engkau, dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! Kalau telah
sampai sekalian dosa engkau ke awan langit,kemudian itu, engkau
memohon keampunanKu,nescaya aku ampuni bagi engkau. Hai anak
Adam! Sesungguhnya  kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-
kesalahan sepenuh bumi(ini) , kemudian itu engkau menemui aku,
padahal tiada engkau mempersekutukan aku dengan sesuatu, nescaya
Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi”
( HR Al –Tirmizi )

Wahai diri….
Engkau jiwa yang baik … jiwa yang rindu….
Cuma engkau keliru..
Mengapa masih terus menzalimi dirimu..?
Sedangkan dirimu tak berhak disakiti…
Jasad dan rohmu anugerah terindah dari Illahi..

Maka mengapa tegar dilukai..?
Engkau jiwa besar yang dikasihi Tuhan..
Engkau jiwa hebat berpotensi menyengat..
Engkau jiwa kebal yang lali pada ujian..
Engkau sebenarnya bercita-cita tinggi…


Lalu mengapa memilih untuk terus disakiti..?
Jangan begitu, wahai diri… Sungguh,
Engkau sentiasa punya satu lagi pilihan..
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan..
Kembali berteduh di bawah redup kasih Illahi..

Kembali kepada Dia…
Usah takut, Wahai diri…
Bukankah mereka  bersamamu…
Menyokongmu.. memimpinmu,
Tika kau bertatih di jalan ini…

Yang pasti, engkau tidak sendiri…
Kerana, Masih ada yang menyayangimu.. J 

“ Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka
(orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan
semua (kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka. Tapi Allah
terlah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha
perkasa, maha bijaksana”. (Al-Anfal:63)

Oleh itu, yakinlah dan teguhkanlah derapan langkahmu di jalan ini…
Yakin Allah bersamamu di setiap langkamu…

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman…
(Al-Imran”39)

*sambungan nya akan ku kupas lagi.....

Salam sayang Pok Mie@izham

No comments:

Post a Comment