Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

4 April 2012

i Miss you ;(


Langit tak selalunya cerah.  Hidup tak selalu indah. itulah lumrah kehidupan.

Harini pertama kali yang aku lakukan adalah perkara biasa aku buat iaitu View Profile FB dia. Sebenarnya aku nak tahu sangat khabar dia , Aku Nak tanya dia dah makan ke belom, Aku nak cakap dekat dia yang aku rindukan dia sangat-sangat tapi aku tak mampu. Aku takut kegembiraan aku akan dibalas dengan kesedihan.
Aku hanya mampu melihatnya dari jauh. 

Setiap masa aku rindukan dia. setiap detik aku teringatkan ucapan i miss You dari bibir dia. Aku tak kuat.
Aku mencuba untuk menjadi seorang yang tabah dan redha dengan Takdir tapi  aku tak sekuat atok aku yang mampu mengharungi kehidupan tanpa cinta dari insan yang bernama wanita,

Hatiku semakin tertanya-tanya, adakah dia maseh menyanyangi diriku . Hatiku semakin meronta-ronta...... Aku bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba ...    T_T

Saya selalu mengingati setiap kenangan yang kita ciptakan
saya sangat merindui diri awak walaupun awak tidak merindui diri saya
saya selalu mencintai diri awak sepenuh hati saya
saya selalu teringat akan diri awak
tapi saya tahu saya bukanlah pilihan hati awak
maafkan diri saya kerana saya bukanlah yang terbaik dan sempurna di mata awak
saya tidak akan menganggu kehidupan awak lagi
saya tidak akan muncul dihadapan awak lagi
saya tidak akan menyusahkan diri awak lagi
saya tidak akan membuatkan awak bosan dengan saya lagi.
Maafkan atas segala  kesalahan saya
Maafkan saya kerana menyimpan angan-angan hidup bersama awak. 
Maafkan diri saya sekali lagi

No comments:

Post a Comment