Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

14 April 2012

Perasaan itu

bukan kau pinta..
jua tidak bagi aku..

feeling yang kita rasa..
perasaan yang sama..
tidak seperti megi cukup rasa..
tapi rasa kita..
seperti kurang di sana..

perasaan itu..
tidak pedas sperti cili api..
tidak panas seperti lada hitam..
tidak manis seperti madu..
tidak pahit seperti kopi..
seperti apanya rasa itu.
aku tidak tahu..

mengapa harus ditidakkan..
pada hati yang bertanya
kerana..
rasa yang kita kongsi..

aku benci pada rasa
yang aku sendiri tidak dapat
menguntai..
apakah rasa itu,,

No comments:

Post a Comment