Dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG..
Cerita ini dapat menjadi contoh tentang hubungkait antara masalah dan rasa sakit, serta kesedaran akan adanya masalah dan rasa sakit tersebut.
Semua anak akan menangis ketika mereka berasa sakit atau berasa tidak selesa. Tetapi, bagaimana jika anak tersebut tidak memiliki rasa sakit? Ya, ini merupakan hal yang nyata. Cerita ini berkenaan dengan seorang anak gadis di Amerika Syarikat yg lahir tanpa rasa sakit. Dia tidak memiliki saraf rasa sakit. Terlepas daripada penyakit ganjil yang diterimanya itu, gadis kecil ini hidup normal sebagaimana anak2 yg lain.
Orang tua gadis tersebut pada awalnya tidak mengetahui penyakit anaknya, hingga pada suatu hari mereka mendapati anak tersebut menjolok-jolok matanya yang gatal hingga berdarah, sementara dia sama sekali tidak menangis.
Matanya menjadi buta gara-gara kejadian itu. Setelah itu barulah ibu bapanya mengetahui penyakit yang dideritai anaknya, dan mereka terpaksa mengenakan kaca mata khusus pada si anak untuk melindungi matanya.
ketika gigi anak tersebut mulai tumbuh dan ibu bapanya sedang lengah, anak itu menggigit jari tangannya sendiri hingga hancur. Anak itu berasa selesa dengan apa yang dilakukannya, kerana dia sama sekali tidak berasa sakit, dan dia juga belum menyedari bahaya daripada tindakannya.
Sejak itu ibu bapanya terpaksa memutuskan untuk mencabut seluruh gigi anak itu. Mereka khuatir suatu ketika anak itu akan menggigit lidahnya sendiri sampai hancur. Keadaan anak gadis itu mahu tidak mahu membuatkan ibu bapanya haris mengawasi aktiviti anaknya setiap masa, kerana kalau tidak, anak itu akan melakukan hal yang membahayakan dirinya tanpa dia sendiri menyedarinya.
Gadis kecil tersebut agaknya menderita penyakit yang disebut CIPA (congental insensitivity to pain with anhidrosis). Penyakit ini juga dideritai oleh seorang budak lelaki bernama Roberto Salazar( 9 tahun). Robertotidak berasa sakit, tidak berasa suhu panas dan dingin, dan tidak mengeluarkan peluh. Ibu bapanya juga menanggalkan seluruh gigi Roberto. Hal ini terpaksa mereka lakukan setelah Roberto, tanpa menyedari dan berasakan apa yg sedang dilakukannya, mengunyah dan merosakkan sebahagian lidah dan bibir bawahnya. Bagaimanapun, Roberto merupakan anak yang sangat lincah dan cergas. Dia hidup dan beraktiviti seperti kanak-kanak lain. yang membezakan dia dengan kanak-kanak lain hanya kenyataan bahawa dia tidak dapat berasakan sakit seperti yg dirasakan manusia pada umumnya.
Kisah-kisah di atas juga memberikan satu palajaran bagi kita, iaitu tentang besarnya nikmat rasa sakit yang allah berikan.
oleh kerana itu, kalau kita mengahadapi masalah dan berasa sakit kerananya, maka BERSYUKURLAH!
kerna itu ertinya kita masih hidup secara normal dan dapat berasakan apa yg dirasakan orang lain.
kisah di atas juga menjelaskan pada kita bahawa ketika anak-anak tersebut tidak mengetahui , dan tidak berasakan, bahaya dan rasa sakit yang disebabkan oleh perbuatan mereka, maka mereka tidak memberikan tindak balas yang biasanya diberikan oleh kanak-kanak lain. Mereka menggigitidah dan jari hingga luka dan rosak. ini merupakan hal yang berbahaya dan menyakitkan. Nmaun mereka tidak mengetahui tentang bahayanya dan mereka juga tidak tahu apa itu rasa sakit. Kerananya mereka tidak bertindak balas terhadap kejadian itu dengan menangis atau menjerit kesakitan.
Bersyukurla, andai kita mampu menangis bila sakit..
tidak ALLAH jadikan sesuatu dengan SIA-SIA..
No comments:
Post a Comment