Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

13 May 2012

Ya Allah..

Ya Allah,
jauhkan lah aku dari menghampiri maksiat,
jauhkan lah aku dari melakukan maksiat terhadapMu
jauhkan lah aku dari melakukan ape jenis maksiat pun

Ya Allah,
jauhkan lah aku dari menghampiri zina,
jauhkan lah aku dari melakukan zina,
zina dalam bentuk apa sekalipun

Ya Allah,
sekiranya aku mendekatkan pasanganku kepada maksiat dan zina
walau dalam bentuk apa sekalipun,
jauhkan lah hati kami
putuskanlah sambungan antara kami,
temukan lah dia dengan pasangan yang mendekatkan dia kepada Mu,
dan buka kan lah pintu taubat dan penyesalan dalam hatiku

Ya Allah,
sekiranya pasanganku mendekatkan aku kepada maksiat dan zina,
walau dalam bentuk apa sekalipun,
putuskan lah sambungan perasaan antara kami,
balikkan lah hati kami dari menyukai perbuatan tersebut,
temukanlah aku dengan pasangan yang mendekatkan aku kepada Mu,
dan buka kan lah pintu taubat dan penyesalan dalam hatinya

Ya Allah,
Tuhan yang menjadikan hati hati manusia,
jadikan lah rindu kami hanya untuk Mu,
untuk nabi muhammad S.A.W,
untuk kedua ibu bapa kami,
untuk diri kami,
dan untuk orang yang telah dijadikan pasangan kami nanti

Ya Allah,
jauhkan lah aku, pasanganku dan ahli keluargaku dari golongan golongan yang menafikan Mu,
peliharalah hati kami dan iman kami,
supaya kami tergolong dalam orang orang yang Kau cintai.


p/s : aku dosa banyak sangat.. zina, maksiat, semua berlaku sebelah sebelah je.. nak tukar environment.. nak tukar diri.. dalam hal macam ni.. rasanya tak bole slow slow. apsal lah dalam hal iman dan islam.. orang nak buat slow slow.. agaknya time nak cabut nyawa mtk extra time kot.. mm..

1 comment:

  1. Subhanaallah..
    Semoga dipermudahkan segala urusanmu untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.. Ingatlah, kesilapan tetap kesilapan. "Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri..."..:)

    ReplyDelete