Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

3 June 2012

Aku redha Ya Allah...

Entah bila bermulanya rasa sakit ini. Seingat saya pada tahun 2009 lagi saya sudah merasainya. Pada tahun 2011, sakit ini hilang. Sesekali rasa sakit ini hadir dan kemudiannya menghilang. Saya mengabaikannya. Namun semenjak Syawal yang lepas, sakit ini semakin kuat.


Sakit apa? Sakit pinggang. Sakit ini menjalar ke bahagian peha dan ke bahagian tulang belakang. Saya mulai tidak betah duduk lama dan berbaring lama. Waktu tidur, saya akan meletakkan selimut tebal atau bantal di bawah pinggang. Untuk rukuk dan sujud ketika solat merupakan perjuangan yang besar! Saya rukuk dan sujud dengan gerakan yang perlahan dan agak kekok, seolah nenek tua yang sudah uzur. Barulah tahu betapa nikmatnya solat ketika sihat… Alhamdulillah. Apabila sakit ini menyerang, saya akan memandu sendiri untuk ke hospital. Nampaknya saya perlu berdikari selepas ini. saya sudah biasa keseorangan...

Berikhtiar , berdoa dan bertawakal

Saya mencuba rawatan Islam di Darussyifa’.

“Ustaz, saya rasa saya sakit pinggang sebab kurus kot.” terang saya.
Ustaz menjawab dengan lembut “Tak kurus lah…” Hehe.
Saya tersenyum memandang ustaz. Saya kuruslah ustaz! Ustaz bertanya sama ada saya sudah pergi check doktor. Err..belum, lepas ni inshaallah.
Ustaz jampikan air dan suruh saya minum dan mandi. Ustaz pesan baca doa sekian dan sekian. Hasil rawatan di Darussyifa’ ialah sakit pinggang masih tidak hilang.

Saya pun pergilah bertemu pakar orthopedik di sebuah hospital swasta. Maka saya pun dapatlah pengalaman baru iaitu masuk bilik X-ray. Kali pertama X-ray ialah 2010, . Masa tu X-ray tulang rusuk je. Kali ni nak kena X-ray tulang belakang .

erm apa la nasib kali ni...... terkadang terasa give up pon ada.....

No comments:

Post a Comment