Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

18 April 2011

KAWAN******

Kawan




kawan....
banggakah kamu dengan jet peribadi
sedangkan masih ada orang yang mencari
harta buang sekarung guni...
kawan...
riakkah kamu dengan ujian Allah
tatkala ada insan yang masih gah menoreh getah
lantaran menampung hidup buat sejengkal dua....
kawan...
sombongkah kamu dengan kejayaan
kerna masih ada tulang empat kerat yang meronta
diminta dibasmi kemiskinannya
kawan...
mana peribadi mulia mu
usah kau takut dan usah kau malu
tunjukkan nilai murni mu
atas nama kalimah Allah dan Rasullah
kerna masih ramai lagi yang bermandi perigi
bercahaya pelita, berdapur kayu api....



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada
waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari
kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan  memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:- 




  1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana meraka suka menyakiti hati jiran tertangga
  2. Meraka yang menyerupai babi. ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  3. Mereka yang perutnya besar seperti unung dan dipenuhi dengan ular dan kala jengking. Ini balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
  5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
  11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
  12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

13 April 2011

KATA HATI AKU>>>>>


Hari ini aku terbaca sebuah artikel..Sedang aku asyik membaca, terasa ada sesuatu yang hangat keluar dari kedua kelopak mata ku..hampir aku tidak menyedari..aku menangis.."Aku Menangis..!!!!!!!" but why??...Sblm ni aku tidak putus2 meminta petunjuk dari Penciptaku,

  Aku Tertanya dalam Hati sendirian "apakah itu adalah suatu ketentuan yang akan membawa suatu sinar  kebahagian dalam hidup aku ataupun suatu ujian Mu Ya Allah untuk aku lebih mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbul Izzati"..Hari berganti hari..tatkala bersama kwn2 ku aku tersenyum,tp senyum itu seakan-akan kosong dan tidak bermkna..

 Harapan yg menggunung hmpir 4 tahun tersemat dalam hati aku..dan ia akan terus tersemat dan akan ku simpan nya dlm hati aku ini smpai..........?..Perasaan pertama yang Allah bagi pd aku yg buat aku "gila"..[bkn cm org yg x betul tu,its like..urmm..its compicated lorr]..ibarat perjalanan kisah hidup aku ni seprti lagu dri penyanyi gio tu..wah...klo dgr je msti x blh tido..suka sorg jer..kehkeh...
Aku tidak putus berdoa wlpn trase sukar utk aku bngun di tengah mlm tatkala semua org lena diulit mimpi masing-masing.Tp itu bkn lah penghalang bg aku untuk berusaha mencari keredaan ilahi..selama ini aku hidup di dunia kepunyaan Allah ni,boleh dikatakan selama 20 tahun aku "tidur"..aku tidak pernah merasa syukur y teramat pada penciptaku sehingga suatu hari tu suatu peristiwa y membuatkan aku terfikir akan kebesaran dan kekuasaan Allah..Subhanallah..

Hari berganti hari,bulan bertukar bulan rmai rakan2,guru-guru ditempat kerja aku memberikan ku semangat utk terus tabah dan sabar ats ujian Allah..itulah y membuatkan semngat aku terus utuh untuk bertahan..

Dan suatu hari aku "Ter" sapa la suatu teman yg sdh lama x bersapa..wahh..hahaha..dia bnyk memberikan ku semngat baru dan harapan..Membuatkan aku lebih yakin pada penciptaku..trsa diriku ini amat tidak berkuasa,tidak bermaya,rasa terlalu kecil..siapalah kita sbg hamba Allah untuk menentang nya..Fuh..kami terus berhubung..Dan mengigngatkan aku kenangan-kenangan dulu-dulu..Dulu mmg ssh nk bertgur sapa wlpn satu sekolah + satu persatuan...aku ni klo ngn budak yang lebih pandai pada aku mmg ssah tuk aku tgur..sb rs malu..hhahaha. =).....begitulah..dan suatu hari terbaca la suatu artikle..terasa lemah sgt..huhhh....
Aku mampu bersabar dan aku berfir sblm tidur..adakah itu suatu petunjuk yg Allah Bagi pd aku..atau mainan perasaan..."yela setan ni mmg suka klo wat2 keliru org ni..urrr"..."..Akhirnya aku buat keputusan..aku harus mencari Cinta Allah terlebih dahulu..itu lebih penting dari segala galanya..apa aku rasa sblm ni adlh mainan perasaan...kot..entah..Mybe la..??..Namun aku lgsg tidak ambil hati..

Apa y aku ingin sampaikan disni..Allah tidak akan mensia-siakan Hambanya yang selalu mengingati PadaNYA + Patuh Pada AgamaNYA + Ikut SuruhanNYA - Tingalkan LaranganNYA = Syurga Lah hadiah nya..Insyallahutaala.....Sesungguhnya Apa yang Allah rancangkan Tuk hambanya itu adlah sebaik2 perancangan sejak azali lg..semalam aku menonton satu forum ni.dan tertarik akan ayat ni..ayat dari surah nur ayat 26 ..


***ISLAM AGAMA KASIH SAYANG***



 "Dan berpagang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.." <Ali-Imran:103>

 bukankah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda.."tidak sempurna iman seseorang kamu selagi mana kamu tidak mencintai sahabat kamu..." benarlah islam itu agama kasih-sayang..

Sahabat ana umpama bintang di malam hari,, mereka adalah teman seperjuangan, pembina semangat dan sebagai petunjuk jalan.. macam orang putus asa bila sesat diwaktu malam, tengok bulan bintang,, rasa damai dan tenang akan datang.. dan mungkin dengan petunjuk bulan bintang mereka akan temui petunjuk jalan... <terasing,, hilal asyraf>


Teringat pula lagu kasih sayang dari kumpulan raihan yang selalu ana dengar sewaktu kecil2 dulu...

kasih-sayang,, itu titi,
kasih-sayang penghubung hati,
kasih-sayang itu tali,
kasih-sayang itu simpati,





Moga ukhwah yang terbina sentiasa di dalam rahmat dan keredaannya.. Uhibbukafillah~


SEPI.......


Ketika sepi menyapa diri,
 Adakah aku bersendiri?
 Kekadang menitis air mata di pipi,
Hatiku tertanya-tanya sendiri,
 Adakah aku menangisi diri sendiri?
 Tiba-tiba ku rasakan damai,
Bila tuhan berikan jawapan,
Bahawa diri sentiasa diperhati,
Kau tidak pernah menyendiri,
 Adanya Ar-Rahman yang sentiasa menemani,
 Ayat al-quran penghibur hati,
 Terpana aku bila mengingati,
 KalamMu Yang Maha Tinggi,

"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.. sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."  <Az-Zumar:53>

 Kini barulah aku sedari,
 bahawa sepi itu tak pernah menghampiri,
 Bila hati ikhlas menyintai Illahi,
 Kerana dialah kekasih abadi..

DIA SAHABAT........


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, dan benci demi Allah.."  <Riwayat Tayalasi,Hakim, Tabarani Fi al-Kabir & al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah & Ibn Nasr>

Memori itu mengigatkan aku,
Pada waktu itu,
Jiwa dan hati kita bersatu,
Gigih bersama menimba ilmu,
Untuk mengejar cinta Yang Satu,
Tika kalamMu membisik rindu,
Hati kami semakin mekar mencintaiMu,

"Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.."   <Ali-Imran:103>

Oh, indahnya persahabatan ini,
Jika kerana Illahi,
Tidak wujud dusta menyakiti,
Musnah segala perasaan dengki,
Sinar semua kepentingan diri,
Hanya redo tuhan dicari,
Moga persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di akhirat nanti....

DUGAAN INI>>>>>>>



Beratnya ku rasa dugaan ini,
Ya Allah, kau sentiasa menguji,
Mampukah ku memikul ujian ini?
 Dengan rasa kehambaan diri? 
Dengan penuh bersangka baik denganMu Illahi,
Malah semakin ku jalani, apa yang ku perolehi?
Hanya derita, demi derita menanti,
Namun aku akui, kasihMu tak bertepi,
Terlintas di hati ini kalamMu yang suci,

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannyan, dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.." <Al-Baqarah:286)

Sedarlah aku bahawa,
Dugaan itu tanda cintaNya,
Kutersenyum sendiri bila mengingati,
 FirmanMu yang Maha Tinggi,

 "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." <Asy-Syarh:6>

 Mungkin dijalan derita ini,
 Ada bahgia menanti..

MATA HATI....

Bila mata hati membuka tabir tirai sebuah kehidupan manusiawi. Tiada siapa merenungnya ke dalam jiwa nur iman firdausi lakaran sentuhan firman dari KasihNya.



Pabila saat itu,
Mata memandang kebesaran ilahi,
Akal berfikir dengan kerenah manusiawi,
Kepala mendongak mencari-cari,
Mulut menutur kalam bicara dari ilahi,
Lidah membicarakan tentang pahala dan dosa,
Tangan mencoret pena kurniaan dari ilahi,
Hati yang bersarang mengungkap ceritera maknawi,
Perut merungkai segala bersedap-sedapan,
Kaki menghayun langkah menuju makrifatullah.

Sebuah janji telah terpateri dari pemilik diri bahawa tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Seusai mata melebar pada sebuah pentas penghidupan untuk memenuhi bekalan yang akan berseteru langkahnya kepada sebuah kota yang kekal abadi. Gemerlapan dalam gapaian seorang insan mentadabbur tentangNya. Sungguh 'lucky' insan itu melebar jalurkan dalam pentas scenario perjalanannya. Gerakan pentas itu semakin terisi dengan kesedapan seperti di alami oleh perut. Tetapi, sekalian manusia itu perlu sentiasa mengisi terus menerus agar tidak gersang meliputi dalam nur iman daripada gelombang anasir yang bercanggah dengan aturan yang telah ditetapkan dariNya. Memohonlah dariNya agar terpelihara santunan iman di segenap sanubari. Dalam gerakan sanubari rindukan cinta dariNya bersemi di hati agar menjadi insan yang lebih matang menghadapi hidup dengan naungan cintaNya melekat di nur iman bercahaya kemilauan.
Jika saat itu telah tiba,tiada lagi hati yang gundah.Merangkap tanda syukur pada ilahi betapa besar nikmat yang telah di berikan. Di ceritakan oleh ceritera kalam dariNya, berdoalah kepadaKu, berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu.

Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan kami Telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),
(QS:alhijr:16)

Mata hati iman melihat keindahan yang ada di langit dan di bumi. Bagi orang-orang yang memandang dan berfikir dengan setiap ciptaan dariNya pasti akan merasai dengan tanda syukur segala nikmat yang telah di berikan.

Merenungi langit seolah-olah melihat kekuasaan Allah ketika berlakunya isra' mikraj kepada Nabiyullah s.a.w, Subhanallah!

Memandang tanah seolah-olah melihat kejadian manusia pada asalnya dari sari pati tanah kepada diri yang merasa betapa kerdilnya diri, Alhamdulillah!

Menapak diri pada bumi seolah-olah mengabdikan diri kepadaNya andai hari esok sudah tiada lenyap di telan bumi, Lailaahaillallah!

Merindukan hirupan angin seolah-olah mendapat merasai hembusan nafas kepada sebuah kehidupan yang berdamping di singgah sana yang sementara, Allahuakbar!

Meresapi pada siang hari yang terik mentari melaksanakan fardhu ain dan kifayah semata-mata tuntutan sebagai khalifah di muka bumi, Syukurilah!

Mentadabbur pada malam hari dengan melihat kerlipan gugusan bintang yang indah bertemu denganNya dalam dakapan rindu dan semata-mata mengharap redhaNya. Astaghfirullah!

Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (QS:al-imran:5)

Maha suci Allah, tidak ada pun yang tersembunyi dari pandanganNya melainkan hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.Subhanallah.Walaupun diri kita menyorok di segenap penjuru hingga ke hujung dunia, Dia mengetahui segala-galanya apa yang telah engkau telah perbuat.

Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur)[ketika peperangan badar berlaku]. Segolongan berperang di jalan
Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan
bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.
( QS : al-imran :13)

Ada sebuah kisah yang ingin diceritakan jika manusia itu tidak melihat dengan mata hati. Kisah ini mungkin masih ada yang berlaku pada zaman era globalisasi pada zaman ini mungkin ada yang marah, tetapi ingat jika kita asyik terus menerus memarahi, ianya sia-sia. Kita ada mata, kita ada hati, bukalah dengan mata hati. Ikuti kisah ini, sebagai madah hati untuk pelajaran. Buka mata,sedarlah, sedarlah dengan mata hati sebagai manusia biasa yang tak pernah lpeas dari membuat kesilapan


Mata Hati
Manusia seringkali alpha,
Dengan mengecapi dunia,
Sehingga di depan mata,
Ia terlepas dari memandang.
Mata hati,
Berikan jalan,
Dalam singgahsana ini,
Untuk tiraian tasbih.
Mata hati,
Tunjukkan perjalanannya,
Mata melihat dengan hati,
Dan hati melihat dengan mata.
Ku buka sinar ruh,
Untuk gapaian mata hati,
Bersama santunan firman dan sunnahnya,
Yang di kecap sebagai seorang hamba ilahi.
Bertuturlah dalam hidup,
Dengan serpihan manusiawi,
Agar terasa nikmat sebagai seorang insan,
Yang hidup di bumi yang makin uzur ini.

Sebelum terlena di buai dari kegersangan hati yang angkuh. Jangan kita lupa, kita ini dari sari pati mani yang paling jijik dan busuk hinggalah kita di lahirkan di dunia dengan sebersih-bersih putih nan kain kapas yang suci. Dalam hidup, kita perlu ada toleransi dan peka dengan keadaan sekeliling dan dengan orang yang terdekat dengan kita. Usah digembleng dengan emosi, kita jua yang bakal menyesal kemudian hari. Ku titipkan sebuah kisah ini sebagai iktibar dalam hidup dan jangan lupa, Allah melihat kita segala- galanya tak tertinggal sedikit pun walau kita bersembunyi dariNya.Dari hadith arbai’en an-Nabawiyyah (yang ke 18) yang di susun oleh Imam Nawawi ini di titip sebagai penutup bingkisan dalam mata hati, Bertaqwalah di Mana pun Kau Berada.
Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal ra., Rasulullah saw.bersabda, “bertaqwalah kamu kepada Allah di manapun kamu berada, iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan niscaya ia dapat menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.”(HR Tirmidzi. Ia berkata, “Hadits hasan dalam kitab lainnya dikatakan, hadits hasan sahih.”).

kedatangan yang dirindui selama ini....
berbulan lamanya dinantikan....
pada saat akhirnya bertemu jua........

12 April 2011

IKHTILAT IKHWAH & AKHAWAT, BAGAIMANA DENGAN KITA..?

Dengan Lafaz Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari tu Aku janji nak cerita pasal Ikhtilat kan.Ok after research punya research.cari punya gali..Rasanya dah boleh nak publish kan kot..Sebab aku bimbang jugak apa yang aku taip ni tak betul apa yang dimaksudkan dengan Ikhtilat Ikhwah & Akhawat ni..Tapi bila difikirkan tak mengapa la..Andai ada tersilap tu aku mintak komen dan betulkan apa yang silap.

Jadi Apa maksud Ikhtilat Ikhwah & Akhawat ini, Bagaimana Dengan Kita ?



Persoalan mungkin, ikhtilat antara IKHWAH dan AKHAWAT, bagaimana dengan kita? Terkadang aku berfikir sendiri, wajarkah isu ini dibangkitkan atau aku akan hanya dikata orang sebagai ketinggalan. Aku sedar ramai yang telah pun tahu dan faham benar akan persoalan ini namun otak aku tetap berkeras mahu membekaskan tulisan atas tajuk ni. Harapan aku hanyalah satu, sebagai satu perkongsian. 

Seseorang lelaki mahupun wanita itu hendaklah apabila telah cukup ilmu dan fahamnya tentang agama Islam,  haruslah menjaga dan memastikan dirinya jauh daripada ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat mahupun tidak kurang juga yang mendakwa sebagai rakan chatting atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai
 'Platonik'

Hubungan Cinta

Pada hakikatnya mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah nafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama akad. Selalu sangat kita dengar ungkapan
 'i love u' atau yang lebih islamik sikit mengungkapkan kalimah cinta dengan 'Ana uhibbuka/ki fillah'.

Ungkapan pertama mungkin hasil didikan barat dan aku yakin ramai dikalangan kita samada islamic student mahupun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini.

Namun aku gusar bila terkadang mendengar ungkapan yang disaran oleh Nabi SAW digunakan dlm menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah islamiah disalah gunakan. 
 

Unjuran nabi agar perkataan 'Ana uhubbuka/ki fillahdigunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah islamiah disemarakkan kerana irtibat dengan ribatan iman dan Islam adalah kemuncak hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan.
Tapikan hari ini aku melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa gahirah cinta antara lain jantina.

Pepatah arab ada menyebut ;

Mula-mula salaing pandang memandang, kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata "Hai assalamualaiku, boleh berkenalan" dan akhirnya temu-janji dibuat.

Platonik

Hubungan jenis ini sebenarnya lagi bahaya kerana sifatnya yang tersembunyi dan terselindung disebalik istilah hubungan kawan, adik angkat dan abang/kakak angkat atau apa jua hubungan yang langsung tidak melibatkan perasaan cinta pada awalnya.

Sejak sekian lama aku memerhati  berkenaan dengan hubungan ini hinggalah akhirnya aku menjumpai istilah yang membezakannya dengan hubungan cinta biasa. Kesimpulan yang aku jumpa menunjukkan bahawa hubungan ini juga adalah tidak syarie dalam Islam. Islam amat menitik beratkan soal hubungan ikhtilah antara lelaki dan perempuan sebagai langkah ikhtiat agar kelangsungan ummah tidak dicelarukan.Susah untuk faham sebenarnya..

Dalam Maqasid Syariyyah ada disebutkan antara 5 kewajipan manusia yang seharusnya dijaga dan diberi perhatian adalah menjaga nasab dan keturunan. Justeru mana mungkin lelaki dan perempuan yang diharamkan oleh agama untuk berikhtilat dalam erti kata samada berhubung rapat penuh nafsu atau persahabatan dan ber'angkat' kononya langsung tiada rasa cinta dihalalkan oleh selera dan nafsu kita. Bukankan hidup bertunjangkan syariat dan agama adalah selamat dan yang pasti akan membawa bahagia di dunia dan di akhirat.

Pelanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.


Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampi
‘warak berbungkus’.Fahamkan maksud aku..huhu.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-kedai makan, berjalan berdua malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Adoi., Namun apapun alasannya,menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita. 

Aku Melihat masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'jangan jaga tepi kain orang'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Tidak lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

Petikan ini aku ambil dari salah satu buku

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang." 

Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah maksiat.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan
Harap faham la yer apa yang dimaksudkan itu yer.

4. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

5. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

6. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :
a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30) 
c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".

e. Rasulullah SAW. bersabda,


"Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu". (HR Ahmad)
f. "... maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya..." (Al Ahzab: 32)

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Nah, masuk akal jika kita katakan perempuan yang dilebihkan oleh Allah dalam soal menjaga maruah dan harga diri sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan masalah ini. Namun ini tidak bermakna lelaki boleh berbuat sesuka hati. Selaku lelaki yang sifatnya dikuatkan oleh Allah dalam segala hal, sepatutnya tidak terjerlus ke lembah becak kemaksiatan.

Jadilah lelaki yang mampu membela dan memimpin kaum Hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini.

p/s : sedikit sebanyak ia memang berlaku dlm hidup kita.Berusaha lah untuk menjadikan hari ini lebih baik hari esok.sebab aku pun rasa macam terbias je.bukan sedikit tapi banyak tu..hrp ia bermanfaat buat kita semua..