Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

4 December 2011

3 Jenis hati

Bismillahirrahmannirrahim...

Hati terbahagi kepada 3 iaitu:
  1. Hati yang hidup
  2. Hati yang sakit
  3. Hati yang mati

"Oiii...manusia...engkau memang tak reti jaga aku. Aku hati tau....aku sakit dah ni..tak reti faham bahasa ke...sakit ni...ubatlah....aku nak ubat.."

Apabila kita merasa berat untuk melakukan amal dan mula merasa enak melakukan dosa dan tidak melakukan tuntutan Islam, kita berada pada tahap di mana hati kita merasa sakit.

"engkau jahat manusia...engkau tak bagi aku ubat....aku dah nazak dah nie...engkau tahu tak aku ni hati kamu...dah nazak sangat...engkau tak ubat hati aku nie...."

Apabila kita dah tak ingat mana dosa mana yang tidak...semua hentam komo je....mulalah hati kita makin lama makin malap perjalanannya, makin kusam akhirnya...hati kita berada tahap hati sudah mati. Waktu ni, memang tidak dapat buat apa-apa dah. Ini bermakna, Allah dah mengelamkan hati kita...dah tak terima cahaya-Nya kan...MasyaAllah..mintak-mintak dijauhkan....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)

No comments:

Post a Comment