yang pasti nya anda seorang je tahu bagai mana keadaan MIF...
terima kasih kerana wat MIF tersenyum walaupun seketika, indah nya
hidup ni kan. tengah hari tadi MIF kene tipu oleh seorang wanita.. tapi xpe lah
MIF dh lupakan semua tu.. Orang boleh kata apa saja pada MIF kerana diaorang
tak pernah tahu perkara sebenar... dan buat seorang lagi terima kasih kerana berterus terang..
ada kalanya orang selalu nampak kesilapan diri ni,mgkin aku buta untuk meneliti sesuatu..
pandangan.....
Semalam g hospital hulu terengganu, nak melangkah masuk pon dah laju je jantung
aku berdenyut , perasaan apa la yang aku rasakan pada saat itu... tiba2 nampak la pintu yg selalu aku
buka,ada la yang tegur stiap minggu jupa muka kamu je...... aku pun menjawab 'Muka ambe hensem kan
ahaks perasan nye la aku ni...
huhu, dapat ubat baru lak semalam.... doktor suh refer di HUSM kubang kriang,
dah la angin aku tak baik semalam,kesian doktor tu kene marah dgn pesakit...
rasanya dah makin teruk je bunyi nya....
family pon tak pernah amik tahu pasal anak sendiri..
itu mmg menyedihkan aku.... tp aku xkisah... hidup mati aku bukan
kerananya,mmg hati ni sakit tp erm apa la yg nk dipikirkan..
tggu je mati.....
Andai aku mati sekarang . .
Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?
Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti Atokku
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangMu
Ya Rabb . .
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku.
Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku
yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati,
bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa,
yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku jadikan diam sebagai benteng diri,
dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku tetap pada pendirian ini,
pada kesabaran yang sudah semestinya.
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah . .
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi
yang telah merenggut kelapangan dari hidupku ini. .
Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa-dosaku
Aku memohon berilah kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amala ibadahku
p/s: Kematian satu kepastian..daripadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku kembali..ya ILAHI..
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..



No comments:
Post a Comment