Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

23 December 2011

Ketika bersendirian…..

Pada ketika yang sama MIF mengeluh dalam
bersendirian pada malam hari,tp tiada siapa yang
Mendengar keluhan hati dan nasib diri ni…



                Di sana sini ada tangan-tangan yang
menadah meminta kepada Pencipta yang
Maha Agung.
                “Ya Allah,kurniakanlah aku Kejayaan
dalam perjalanan hidup aku pada tahun baru
yang akan menjelang. Agar kelak aku dapat
berbakti untuk agama, bangsa dan tanah airku ini.”
                “Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar ,
berikan aku kesihatan agar dengannya aku dapat
berusaha mencari sesuap nasi. Seterusnya aku
dapat memberikan kebahagaian kepada sesiapa
yang mengenali ku.”
                Wahai Zat Yang Maha Kaya, kurniakanlah
aku rezeki yang melimpah ruah agar aku dengannya
aku tidak meminta-minta kepada selain-Mu. Juga
aku dapat berkongsi bahagia dengan orang susah
dan golongan yang memerlukan di sekelilingku.”
                “Ya Allah, Izinkanlah dia sebagai pasangan
hidupku,agar kami dapat membina keluarga bahagia
berpaksikan ‘mawaddah wa rahmah. Keluarga sakinah
yang dapat meneruskan generasi soleh untuk hari akan
datang.”

MIF tidak tahu apa yang bermain di kepala ini, apa lagi yang perlu teruskan
untuk kehidupan ini sedangkan MIF masih berduka kerana Kehidupan…..
Jika pertalian keluarga sudah tidak ada lagi MIF sudah putuskan Pertalian ..
1 bulan terasa begitu teruk nya diri MIF.. tapi masih ada yang tidak memahami..
Katanya MIF dah berubah tp hakikatnya tidak..  Mif masih Terkejut dgn berita darinya…
Tp ternyatalah itu hanyalah gurauan…. 

No comments:

Post a Comment