kerana
Yang Satu
Dua batang kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul batu disatukan dengan simen.
Dua hati disatukan dengan apa..?
Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah
disatukan. Jika dua hati mengingati Yang Satu, pasti mudah kedua-
duanya bersatu. Begitulah dua hati hawa dan adam, akan mudah
bersatu apabila iman dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah
Tetapi jika di hati sama-sama ada Allah, pendamaian akan mudah
menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Tidak ada
dendam memanjang. Masam Cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Jika ditanya kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cintakan
Pasangannya.?
Maka jawabnya,siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan
pasangannya. Jadi janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak
mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu
agar mencintai Yang Esa. Jika kita bersama sama cintakan Yang Maha Kekal,
pasti cinta akan berkekalan..
“VIRUS” Iman.
Jika paku boleh berkarat, Simen boleh retak, maka begitulah iman,
boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “Virunya”. Virus iman ialah ego
(takabbur). Jangan ada takabbur, cinta pasti hancur. Orang takabbur berasa
dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta.?
Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang
lebih bersih. Dengan bersentuhan, kedua-duanya saling membersihkan. Tetapi
“tangan” yang ego, tidak mahu bersentuhan. Konon nya takut dikotorkan oleh
tangan yang lain!
Berfikir..!!!!
Apabila ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah.
Kekadang hati kedeua-duanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku
dan dia ada cinta.? Mengapa terasa semakin jarak. Apa yang perlu aku dan dia lakukan
dan dia ada cinta.? Mengapa terasa semakin jarak. Apa yang perlu aku dan dia lakukan
Untuk menyemarakkan semula rasa cinta?
Soryy u all MIF xde ending lg…. nt smbung lg ye…..

No comments:
Post a Comment