Aku Memohon Kepada-Mu
“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.
Ameen..ameen.
4 April 2012
Coretan Terakhir buatmu yang ku sayangi
Hati ini sering sedih, mata ini sering menangis mengenangkan nasib diri.. Mengapa Diriku sering disakiti. sedangkan aku mencuba menjadi yang terbaik,aku inginkan kebahagiaan seperti orang lain.. Kenapa harus aku yang lalui semua ini..Kini aku sedar aku mencintai seseorang yang bukan milikku.. aku hanyalah orang ketiga. Aku tak sepatutnya meneruskan lagi perjalanan hidup denganmu kerana selagi kita bersama kita akan terus menyakiti semua orang disekeliling kita.....kini aku sedar mencintai tak semestinya memiliki, aku harus melepaskanmu walaupun berat, mungkin 1 hari nanti aku akan berjumpa insan yang lebih baik darimu.. Akan ku simpan kenangan bersamamu, dan takkan ku hapuskan dari ingatanku. Moga hidupmu kini lebih bahagia dengan orang yang Kau sayang walaupun kau bahagia bukan dengan aku. Mungkin inilah suratan kita, kau bukanlah jodohku. Akan ku pergi jauh darimu kerana ingin merawat kelukaan dihati.. Dan takkan Aku ganggu lagi kebahgiaan milik kamu berdua....mungkin aku boleh melarikan diri darimu tapi cintamu masih mekar bersamaku.. Doakan kebahagiaan Abi yer Umi.. mungkin ni jalan takdir Abi.. Selamat Tinggal Cinta hati saya..saya cintakan awak walaupun adalah milik orang... Aku sentiasa merindui senyuman mu dan luahan-luahan darimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment