Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

3 April 2012

Melihat Guna Mata Hati

habis madu sepah dibuang lebih kurang la maksudnya dengan "sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tak berguna lagi"

sedihnya aku seharian pikirkan menda ni. kalau ikutkan bukan sehari, tapi dah berhari-hari menda ni yang asyik aku pikir. sampai kadang-kadang nak tidur pun terbawak-bawak menda sama, buat aku serba tak kena nak lena. hari ini rasa nak pecah kepala ni. dengan makan sikit, worst! aku rasa aku dah makin teruk dengan ragam manusia yang tak reti hargai orang. waktu dia susah kehadiran kita dihargai, tapi bila dah senang, yang dulu-dulu dia terus lupa dah. keluarkan kata-kata yang buat aku "speechless"

speechless. tu jelah aku boleh kata. aku mengaku aku tak pandai berbahas. aku kurang mantap dari segi percakapan macam sesetengah orang yang bisa melawan balik, menegakkan apa yang dia rasa betul, membetulkan apa je kesalahan orang orang cuba tala kan kat dia. berani. aku solute orang macam tu. tapi aku? tak sekuat tu. aku memang lantang bercakap dengan orang tertentu, tapi dengan golongan tertentu yang lain aku seakan-akan terkunci mulut untuk bersuara lantang. arghh. apa nak jadi ni fira. asyik kau je pendam perasaan. kalau kau berada di pihak yang benar, bersuaralah, berpijak lah di bumi yang nyata!

hmm. aku tak kuat. aku tak kuat bila berhadapan dengan orang yang asyik mencari kesalahan tanpa sedikit pun memikirkan kebaikan yang pernah orang tu buat dulu-dulu. teruk sangat orang tu kau nak hukum dia macam tu??

ya Allah, kuatkan aku menghadapi semua ni. aku tak bersuara bukan kerana aku pengecut sangat. cuma tanda SayanG padanya. bukakan hatinya supaya dia boleh lihat yang nyata, bukan hanya dengan mata, tapi dengan 'mata hati'. amin

No comments:

Post a Comment