Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

14 May 2011

Hidup Adalah





Di awal dibuka oleh kelahiran, di akhir ditutup dengan kematian
Hidup bukanlah tentang lahir dan mati, hidup adalah tentang kebaikan
Hidup tak semudah membalikkan telapak tangan dan,
Hidup pun tak sesulit memindahkan gunung salji
Hidup bisa seabadi matahari dan hidup juga bisa sesingkat lilin
Hidup dan mati datang dan pergi silih berganti
Hari ini engkau rugi, esok engkau untung
Hari ini engkau kalah, esok engkau menang
Tapi hidup bukanlah tentang untung dan rugi
Hidup pun bukan tentang menang dan kalah
Hidup adalah tentang kebaikan dan kebaikan
Buatlah satu kebaikan dalam satu hari
Seribu pahala akan menyinari
Buatlah satu doa dalam satu  malam
Seribu sinar akan melindungi
Di awal hati dan niat tergerak, di akhir benih kebaikan tertanam
Di awal penuh pengorbanan, di akhir penuh sukacita
Hiduplah untuk sesama mahkluk hidup
Kebaikan akan hidup bersamamu 
(nukilan pokmie)

12 May 2011

Buat Sang Pecinta Blog Ku......

1. selalu menemani sy...
2. selalu ada tuk saya
3. selalu komen blog sy...
4. selalu buat sy rasa dihargai
5. selalu buat sy tersenyum sorg2
6. selalu bagi nasihat pada sy
7. sebab sy nak berkawan dgn awk
8.sebab sy suka awk
9. sebab sy rasa awk tuk sy..
10. sebab sy nak jupe awk..
11. tapi awk xnak jupe sy...
12. mgkin awk pikir sy main2...
13. sy series.... bukan main2…

            Adakah benar aku sudah terpikat.? Apakah aku sedang dilanda cinta.?
Aku sedikit pun tidak terasa getaran cinta,aku hanya rindu akan lafaz Al-Quran
bukan yang lain. Aku lebih merindui keindahan yang tersimpan dalam ayat itu.
Sungguh pun gambaran nya bermain di kepala,itu hanya pengantar jiwa aku mencari
makna semata2, bukan kerana yang lain. Aku tidak mahu terdampar pada sebuah
pemahaman seperti itu, aku tidak mahu leka dalam suasana ini. Tetapi benarkah dari
semua itu tumbuh sepucuk cinta dihati aku kepada hamba-Nya.? Aku harap tidak kerana
aku telah bersumpah untuk menguburkan apa yang dinamakan CINTA. Meskipun aku
tidak membenci akan adanya cinta,namum cinta telah melukai hati aku sehingga cinta
itu sendiri yang membuatkan aku membencinya. Cinta mebimbing aku untuk membencinya.
Salahkah aku membenci cinta.? Munaffik kah aku bila menafikan adanya cinta dalam hati aku.?
Cinta telah membuat aku cukup dewasa untuk memahaminya.

Tuhan,berdosakah aku apabila mencintai mahkluk-Mu sedalam cinta aku kepada-Mu.?
Salahkah aku mencintai seseorang yang menautkan hatinya pada aku atas nama mengharap rehda-Mu.?
Tuhan,Engkau yang menganugerahkan cinta kepada hamba-Mu. Engkau yang memberikan pelajaran
dan pemahaman kepada kami tentang cinta. Aku memohon… Sekiranya dia pilihan terbaik yang Engkau
kehendaki untuk aku,maka jadikanlah dia pendamping aku buat selama lamanya. Jangan Engkau dirikan
benteng yang akan membentangkan jarak pemisah antara kami. Eratkan kami seperti eratnya nafas dengan roh. Namum jika Engkau berkehendak yang lain, maka berikanlah pengganti yang terbaik bagi
kami dan cukupkan kami dengan rehda-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada Mu,
Telah berjumpa taat pada Mu,
Telah berpadu dalam membela syariat Mu.
Kukuhkanlah ikatan nya Ya Allah
Kekalkanlah cintanya
Tunjukkilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Jangan melarikan diri dari CINTA apabila ia berada di hadapan
kita. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti
kita pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan
kita itu.



Ketiadaan cinta itu membuat aku
Mencari dimana kesilapan diri
Cinta dan hatiku Satu
Dan yang satu itu hanya untukmu..

            Apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah merupakan ketentuan Allah SWT. Dia
yang Maha Bijaksana,yang mengaturkan segala urusan di langit dan di bumi. Kita tidak tahu
apa yang telah diaturkan Nya ke atas diri kita,tetapi Allah SWT tidak pernah memzalimi hamba-Nya.
Dia hanya menguji, tetapi itulah kadang2  kita tewas dengan ujian-Nya. Lantas kita tidak rehda dengan
apa yang telah berlaku. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan namum itu tidak bererti cinta
yang datang selepasnya bukan cinta sejati..



Pokmie@Izham Fahmi
Rabu ,11/05/2011, 04:30pagi

Setiap apa yg b’laku ini ada hikmah-Nya yg t’sendiri,mungkin Allah hendak mengingatkan aku
yang keagungan cinta kepada manusia tidak seharusnya melangkaui keagungan cinta t’hadap
pencipta kita. Dia lebih mencintai kita b’banding mahkluk2-Nya yg lain, seburuk2 dan sejahat2 kita
Dia masih mahu menerima taubat kita. Sebaik2 manusia mahukah mereka memaafkan kita.? Maka,
wajarlah kita kembalikan cinta yang teragung itu kepada-Nya.

            Aku lebih takut untuk kehilangan kemanisan cinta ketika menghadap-Nya di dalam sujudku,
daripada  takut  untuk kehilangan kemanisan cinta yang di dambakan pada seorang manusia. Aku bentang
sejadah itu,kemudian memijak hujungnya dengan perlahan2,aku kukuhkan tegak sebagaimana aku kukuhkan keyakinanku terhadap-Nya. Dengan suara yg perlahan tetapi jelas , aku lafazkan takbir sekaligus mengakui kesabaran-Nya yang aku lupakan selama ini. Malam ini aku kembalikan cintaku yang teragung itu kepada yang Hak..

Aku akur dengan nasihat dan panduan yang diberikan oleh kawan2 dan anak buah aku, aku mula
mengubati luka hati aku dengan memperbanyakkan amal ibadat. Bukan lagi sekadar memlaksanakan
yang wajib semata2 tetapi juga amalan sunat. Aku cari dan bina kembali harapan aku terhadap kehidupan
dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran. Dan perlahan2 aku kembali menjadi tenang, perlahan2
juga aku cuba menjalinkan silaturrahim dengan kawan2 yang tidak mahu betegur sapa dengan aku semenjak aku bergaduh dengannya dulu. Aku hubungi semula kawan2 aku demi mengekalkan hubungan
baik kami selama ini,aku kembali menjadi manusia yang hidup jiwanya, aku sudah mampu tersenyum apabila rakan sepekerjaan aku mengusik dan bergurau senda dgn aku. Aku menarik nafas panjang, lega dengan kebenaran kata2 kawan2 dan anak buah aku itu. Banyak lagi nasihat yang aku terima daripada mereka,mereka memahami keadaan diri aku ini…
 “ya allah,damaikanlah hati aku yang lara ini… Ameen Ya Rabb…”

“Tuhan mabukkanlah aku dengan anggur cinta-Mu
Rantaikanlah seerat erat kaki
Keraskanlah seluruh isi diriku kecuali cinta-Mu
Hidupkan lagi diriku
Lapar ku yang membuat maha pada-Mu
Telah membuat ku mengenali erti kehidupan”

“men-update blog ku sambil mendengar ceramah ‘KETENANGAN DALAM HIDUP’ berulang ulang kali…. Jam menunjukkan tepat pada 05:30pagi….

Sekadar Ingin Berkongsi - BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA SERING LUPAKAN

Assalamualaikum...
rasa macam agak lama tak update blog.. 
bukannya apa.. sangat sangat malas kalau internet tu slow macam siput.. 
entah ape ape la streamyx ni.. 
nak suruh orang guna Unifi kot.. 
hmmmm... 
malas la Pokmie... 

tak kesah la.. 
petang ni Pokmie rasa nak update dan share sesuatu yang menarik buat kita bersama.. 


Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon kepada Allah SWT di dalam solat kita. Tetapi sayangnya tidak semua di antara kita memohon tanpa memahami maksud setiap perkataan di dalam solat. Kita hanya sekadar menyebut dibibir tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Apa kata, mulai saat ini, kita mula menghayati ketika kita DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD semasa di dalam solat.. 







Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..

10 May 2011

di mana saja kamu berada… ini luahanku…

aku bukan gatal…
aku bukan cacat…
aku juga tidak sewel…

JODOH???aku kaku… aku keliru…
perasaan apakah yang tiba2 hadir????
mimpi apakah yang PENUH cerita????

aku tak tahu…
yang pasti, aku yakin dengan dalam-dalam bahawa jodoh itu sangt hampir…
aku yakin dan percaya pada perasaan ini…
aku bukan merapu dan memperdaya diri…
tapi, ini yang aku rasakan…
aku tidak mencari jodoh pada awalnya…
aku duduk diam2…
aku masih bersuka-ria…
aku sibuk bermain dan berhibur dengan teman…
aku bergelak ketawa dan merasa amat amatlah selesa…
sampai satu malam…
aku bermimpi aku di dalam masjid…
aku menangis teresak-esak…aku menangis deras…
dalam berpakaian baju melayu dan memegang senaskah al-quran dan duduk di atas tikar sejadah…
bibirku hanya mengucap
astaghfirullah! allah… allah… allahu Akbar!
berpeluh-peluh aku dalam mimpi itu…
bila bangun… aku memang berpeluh2…
hati aku gundah gulana…
jiwaku sedih dan merana…
aku terus bertekad…
walauapapun terjadi…
walau tiada teman untuk menyertai…
aku wajib beriktikaf di masjid…
aku wajib pergi mencari apakah yang tersirat..
aku pergi ke masjid kuala berang sendirian…
tanpa teman…
seperti gambaran mimpi..
azan maghrib berkumandang…
aku menangis teresak2…memegang quran… tetapi, aku tak membacanya lagi… lidahku kelu…
aku takut…aku tak faham…ini aku dalam mimpi…kerana tidak faham ini… aku telah beristighfar dan menyebut allah.. allah… allah… allahu akbar! aku mohon sambungkan mimpi itu… aku nak tau… kenapa aku macam ni? apa yang aku cari? apa yang Allah nak aku lakukan?

sesak dada…
pecah jantung…
aku tak faham apa…
esok malam… dalam mimpi… aku tak nampak gambar tapi hanya mendengar suara seorang perempuan…“sabarlah… lengkapkan dirimu… aku akan datang menemanimu…”
suara itu sangatlah menyenangkan…
rasa berbunga-bunga…
rasa bahagia…
orang mungkin kata aku gila…
aku ntah apa2…
ke mana2 aku pergi aku mula mencari…

adakah disini jodohku?
adakah aku jumpa jodohku di masjid?
adakah aku jumpa jodohku di dalam bas?
adakah aku berjumpa jodohku di hospital?
adakah aku berjumpa jodohku di UiTM?
adakah jodohku orang yang aku tak kenal?
adakah jodohku orang yang aku kenal?
Adakah jodohku kenalan di internet?
siapa dia?
kat mana dia?
macam mana nak jumpa dia?

aku tau rimas orang mendengar luahan aku yang takde kesudahan ini…
lemas orang melihat aku mencari yang tak pasti…
pelik orang membaca apa yang aku rasa…
tapi, T_T inilah yang aku rasa…
aku rasa jodoh itu dekat sangat2 dengan diri aku…
terlalu dekat sangat memanggil aku…
ntah bila akan berjumpa…
sang isteri … kalau kau mendengar dengan hati kecilmu…

aku akan bersabar menunggu kamu…
aku seakan-akan mengenalimu dalam dalam…
aku akan persiapkan diriku….
aku akan mendekatkan diriku pada Allah yang berkuasa…

di mana sahaja kamu sang isteri…
aku mendoakan kamu juga tenang…
tidak gundah gulana seperti aku…
aku mendoakan kamu gigih, gagah dan tidak gentar menjalani hidup…
aku mendoakan kamu beriman, dan beramal soleh…
aku mendoakan kamu selamat…
aku mendoakan kamu tenang dan bahagia…
aku doakan kamu sihat dan sejahtera…
aku rindu ingin berjumpa kamu…
begitu besar kuasa Allah….
aku prejudis dengan orang agama…
akhirnya aku sendiri mahu jadi orang beragama…
dalam pencarian…
Allah temukan aku dengan orang2 yang mencari kehidupan…
aku memilih tajuk thesis spiritual intelligence yang membuatkan aku mula mengenali diriku dan aku mula mendekatkan diriku dengan tuhanku…
aku diberi mimpi masjid dalam keadaan keliru dan kaku…
aku dihadirkan dengan suara…
ya… suara yang aku cukup2 mahu tahu siapakah tuannya…

aku bertanya pada mak yah dan ayah pa…
aku bertanya pada kawan2 yang berpengalaman…
aku bertanya pada ustaz…
aku bertanya pada cikgu…
kata mereka… dekat dah JODOH MIE!


YA ALLAH…
APAKAH SEMUA INI?
APAKAH YANG CUBA DISAMPAIKAN?
ADAKAH INI PINTU TAUBAT YANG KAU HANTARKAN PADAKU???
AKU SESAK DAN SENGSARA MEMIKIRKAN DOSA YANG BERTIMBUN-TIMBUN…
TERFIKIR DALAM2.. NIKMAT APA LAGI YANG TELAH AKU DUSTAKAN????
SEBURUK2 AKU DAN SEBANYAK MANA DERHAKA AKU PADAMU YA ALLAH…
KAU MASIH DAN BERTERUSAN CAMPAKKAN KASIH SAYANG MU DALAM BENTUK YANG TERLALU HALUS…
AKU TERGAMAM…
AKU TAK BERSEDIA…
SUNGGUH!!!
SAKIT PERASAAN INI…
SAKIT BILA RASA BERDOSA!!!
KAU HADIRKAN AKU RASA BAHAGIA JUGA MENANTI JODOH YANG NTAH SIAPA…

aku rasa kau dekat dengan aku…
dan aku yakin aku kenal kamu…
pencinta agama sama sepertiku…
mungkin kau rasakan juga apa aku rasakan…
aku tak mahu cepat berjumpa denganmu…
aku doa, kita berjumpa dalam keadaan kedua2nya bersedia…
aku yakin…
dalam tempoh dan proses yang Allah jalankan ke atas kita berdua…
kita pasti akan berjumpa!
aku rindukan kamu…
semoga bakal isteri ku itu kuat semangat juangnya…
dan juga merindui aku seorang sebagai peneman hidupnya…
seorang yang setia menanti jodoh yang diberi Allah sang pencipta…
aku tahu dan percaya… jodohku itu wujud..
kerana dalam mimpiku… suaramu itu menyenangkan aku untuk mendekatkan diri dengan Allah…
suaramu itu tidak memaksa aku…
moga kamu seorang yang sangat sangat sangat memahami diri ini…
salam kasih dan sayang buat bakal isteriku…
dan salam cinta tanpa sempadan buat yang

MAHA MENGETAHUI, MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG!
YA RABB, JANGAN BERHENTI MEMBERI AKU PETUNJUK DAN HIDAYAH MU!

9 May 2011

betullah, semua dalam hidup ni adalah pinjaman Tuhan


















Ya Allah, satu demi satu kau duga diri ni…

kenapa?

daripada hati, perasaan, dan badan…
semua pun kau uji aku….
berat sangat ujian ni…
aku terduduk dengan penuh tangisan
satu demi satu rasa bahagia dan tenang ini dirampas dengan sentap…
peringatan dalam bentuk apakah ini Ya Rabb???
kenapa aku yang dipilih untuk melalui jalan berliku???

KENAPA AKU???

sumpah, aku merasa sakit sangat dengan ujian Mu..
aku tak ada sebab untuk marah dengan tuhan…
aku tak ada sebab untuk mengeluh panjang…
aku tak ada sebab untuk marahkan orang lain…
tapi, aku sendiri mengalirkan air mata derita…
aku sendiri rasa pedih tak terkata…

pok mie, kau pasti boleh!
pok mie, kau jangan mengalah!
pok mie, kau mesti kuat!
pok mie, kau jangan lemah!

hidup ni kan pinjaman tuhan…
kekasih pinjaman tuhan…
keluarga pinjaman tuhan…
semua sekali adalah pinjaman tuhan yang paling indah…
bila tiba masa, pok mie harus pulangkan yang bukan hak…
sebab hakikatnya, pok mie tak punya apa2..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. [al-Anbiya:35]

jangan panjang angan2…
jangan besar impian…
jangan terlalu cinta dan sayang…
nanti, pasti kecewa…
dan pok mie jangan berhenti berharap pada kasih sayang Allah…
jangan berhenti mendoakan semua orang yang membuat kebaikan pada hidup pok mie…
jangan berhenti memaafkan yang menyakiti pok mie…
jangan berhenti meminta maaf…
sebab yana takde apa…
pok mie makhluk Allah yang sangat biasa…

“I’m not fighting to get “better,” I’m fighting to get “back” … the thing i’ve been missing all this time: myself.”
I long for one day, just one to be happy, truely happy and smile a real smile
Not because I’ve been drinking,
Not because I haven’t slept in days
But because I’m finally at peace
I have found that peace and now I smile for no reason at all. As some my say I am on a “pink cloud”, and I ain’t letting it go.


-Izham Fahmi @ Pokmie

what happen to LOVE?

post kali ni aku bukan nak cerita pasal emosi cinta…
tapi, memang nak cerita pon…
sejak awal lagi sudah aku mengingatkan diri aku bahawa cinta itu boleh datang dan pergi…
tak perlu nak menghukum diri atau orang yang dah pergi tinggalkan diri…
aku percaya proses datang dan pergi memang hakikat yang Allah dah susun dalam hidup supaya aku belajar…

belajar untuk apa?

bukan untuk mengeluh…
bukan untuk menerjah…
bukan untuk mencaci…
tetapi untuk aku menilai diri dan pengalaman sebagai satu pelajaran indah dalam hidup…

tadi aku baru cakap pada wawa, kirun dan sazwan…
rasa nak menangis bila fikir sepanjang 22 tahun ni aku berjaya membesar dan mengharungi hidup…macam2 dugaan yang datang tapi, aku masih bejaya membesar dan hidup…
ntah macam mana aku berjuang pun aku tak taula…
walaupun aku pelik dan suka bermaen n hyperaktif…
bak kata orang dulu2 macam berok kena belacan…
huru hara gak la rasa… tapi aku masih survive dan bernafas dan meneruskan perjuangan dalam apa pun bentuk cerita dan derita dan bahagia
tak lama lagi 27 september ni aku 23 tahun
aku kagum dan bangga berkenalan dengan setiap manusia yang pernah hadir dalam hidup ni…
terutama insan2 yang pernah bertakhta sebagai kekasih hati & teman setia…
dengan penuh rasa terima kasih dan rasa rendah diri saya berikan tabik hormat…
terima kasih sebab menjadi insan yang baik buat diri ni sepanjang perkenalan…
tak pernah pula terlintas rasa menyesal…
sebab itu kan aturan Allah…
jangan la pula cakap sebab berpisah sebab aku terlalu baik hati…
aku tak baik sangat pun ok…
apabila merasakan cinta manusia, kadang2 terlupa wujudnya cinta paling agung iaitu cinta Allah…

peringatan besar buatku…
walaupun 2x gagal bercinta…
tapi, Allah tak pernah tinggalkan aku sendirian…
kasih sayang Allah sentiasa menemani aku…
rasa bertuah sebab selalu mendapat peringatan tuhan…
dalam sihat atau sakit…
dalam bahagia atau sedih…
dan dalam apapun bencana dan usaha…
Allah sentiasa ada memberikan ilham…

walaupun mohd izham fahmi bin wahab ini sekadar picisan…

lepas ni, aku tutup pintu hati buat apa jenis cinta sekalipun…
aku nak kejar cita2…
aku nak selesaikan zaman muda aku dengan ilmu…
sungguh cinta menyakitkan…
tetapi ia terapi hati paling indah…
maka, aku upgrade weapon hati aku dpd mengenal cinta 3x ganda lepas ni…
aku rasa bertuah mengenal dan merasa cinta…
syukran ya rabb......

4 May 2011

Hukum Memfitnah Orang..

Fitnah dilarang Allah swt, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2): 191"… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ."

Kenapa lebih kejam dari pembunuhan? Sebab, fitnah sama dengan melakukancharacter assassination atau pembunuhan karakter seseorang.
Dalam menghadapi fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial.
QS al-Nuµr (24), "Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu." Wallahu ‘alam bissawab.

Manusia suka memfitnah kerana :

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.

Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.SUka-suka.
ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.
Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....
Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.

Wallahua'lam.

terima kasih.

selamat membaca dan fikirkan....

Doa ku untuk mu…

Doa ku untuk mu…
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..




Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……



Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.



Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.



Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.
Assalammualaikum…



“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab

3 May 2011

hahahaha dah dapat jawapan jodoh


selepas beborak dgn ayah, mak yah n ayah pa pasal jodoh…
mak yah cerita pengalaman jodoh…
ayah pa pon cerita pengalaman jodoh…
ayah pun cerita pengalaman jodoh…
saya DAH MENDAPAT JAWAPAN!

 
jeng jeng jeng…
JAWAPANNYA IALAH.. JODOH ITU MEMANG TAKDE JAWAPAN…



hihihi
lepas dengar cerita org berpengalaman baru la rasa aku tak cacat n normal macam org lain…
biasalah lolaki tetibe gatal pk jodoh…
skang ni nak kejar cecite dulu…
n bebakti kat ayah…
jadi super hero la kira,…
kelakar la tgk respond org bila aku confuse pasal jodoh…
hahahahahahaha
memangla confuse…
ntah apa2 je wujudkan pekataan jodoh..
huh!


ke aku memang pelik???
errrr….

Allah Maha Mengetahui…
tutup buku jodoh…
nak buat quotation pulak..

jangan nakal2 ye semua…
salam sayang dpd saya…
pokmie!

MESTI TAU!


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
-cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
-bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan 

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca “la i’la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
-Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
-Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
-Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
-Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
-Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
-Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa 

MESTI BERSANGKA BAIK!



HIDUP? 
semua orang hidup…
semua orang bernafas…
semua orang berkehendak yang terbaik…

dulu aku selalu cakap aku bukan budak baik…
sebab aku percaya apa orang cakap pada aku…
kenapa mesti rasa Allah ciptakan manusia jahat…
tukan doa untuk diri sendiri…
na’izubillahiminzalik!

aku dulu2 selalu cakap aku tak suka orang yang hipokrit…
sedangkan aku hipokrit…
kenapa aku mesti fikir ada orang hipokrit…
tu kan doa aku untuk orang yang aku kenal dan jumpa…
na’uzubillahi minzalik…

dulu2 aku selalu cakap budak agama je tapi slalu gak wat maksiat…
tapi, aku sendiri budak agama n banyak je perangai buruk aku penah buat…
kenapa aku mesti lafazkan semua ni…
tu juga doa aku untuk orang2 agama…
na’uzubillahiminzalik…
dulu2 aku selalu cakap hidup susah ni stress sebab penat…
tapi, aku sendiri yang fikir negatif bila hidup susah…
kenapa mesti cakap penat dan stress…
aku yang doakan kehidupan jadi macam ni…
na’uzubillahiminzalik…

dulu aku selalu cakap susah nak jadi orang yang taat pada agama dan tuhan…
tapi, benda2 ntah apa2 senang pula aku nak buat…
kenapa mesti fikir jadi solehah susah…
aku yang berprasangka buruk pada diri aku sendiri…
na’uzubillahiminzalik..

betapa sebuah kehidupan itu mengajar aku untuk berfikir…
betapa penting untuk aku berjumpa lebih ramai para ilmuan untuk mengenali dan mendalami kehebatan sebuah kehidupan…
betapa penting untuk aku berubah menjadi manusia yang lebih berperasaan sopan kepada setiap takdir yang Allah berikan pada hidup aku…
betapa wajib untuk aku menyayangi semua manusia tak kira lelaki dan perempuan mengikut batasan agama tanpa meletakkan rasa prejudis dalam perhubungan…
betapa adilnya setiap dugaan yang berlaku ke atas hidup sebagai satu tapak untuk menjadi manusia yang berjiwa, beramal dan berjaya…
walau macam manapun peritnya kehidupan…
harus bersangka baik dengan Allah…
hidup ini pemberiannya…
pasangan hidup juga pemberiannya…
kejayaan dalam hidup hadiah dpd Allah…
kebahagiaan dan ketenangan juga adalah hasil doa dan hati yang selalu berprasangka baik dengan apa2 pun yang berlaku dalam hidup…
aku rasa setelah lama masa yang aku ambil untuk berfikir…
fikir sedalam-dalamnya rahsia hidup aku…
aku semakin terharu dengan setiap satu yang Allah hadirkan buat diriku…
di tarik kekasih hati untuk mendekatkan aku kepada kasih sayang Allah…

aku yakin Allah akan gantikan semua yang Allah pinjamkan dengan sesuatu yang jauh lebih baik…
aku memilih untuk hidup dengan bersangka baik dengan diri aku…
aku yakin aku pasti berjaya…
aku yakin aku akan kurus dan jelita…
aku yakin yang aku akan menjadi lelaki soleh yang lembut sangat2… haks9
aku yakin bakal suami aku pasti berjaya…(semoga aku jumpa wanita yang solehah dan taat pada agama dan penuh kasih dan sayang.ameen)

aku yakin bakal anak2 aku pasti berjaya…
aku yakin makayah aku juga pasti berjaya…
aku yakin adik bradik aku; iwan, noni , lan n adik juga pasti berjaya…
aku yakin kawan2 aku juga pasti berjaya…
aku yakin keluarga aku pasti berjaya…
aku yakin umat Islam pasti berjaya…


I PUT A STOP ON NEGATIVE THINKING!
FIKIR YANG BAIK2 KERANA APA YANG KITA FIKIRKAN ADALAH DOA UNTUK KEHIDUPAN YANG KITA LALUI…

JADI ORANG BAIK...?


















pernah tak korang rasa…
ada ke orang baik-baik dalam dunia?

aku pernah…

tapi…

mmmmmmm
lepas berfikir panjang…
sebenarnya bertanyakan betul ke ada orang baik?
kenapa orang menjadikan aku bercelaru?
kenapa aku tak tenang?
salah siapakah?
mengapakah?
dari manakah datang tidak tenang ini?
apakah puncanya?

hanya orang yang pernah buat jahat, tau wujudnya jahat…
hanya orang yang pernah gila, tau maksudnya gila…
hanya orang yang curang tahu dan faham erti curang…
hanya orang yang pernah menyakiti diri tau apa itu maksud menyakiti diri…
hanya orang yang pernah tengok benda lucah tau apa maksud lucah…
hanya orang yang pernah dianiaya tau maksud dianiaya…
hanya orang yang berdosa tau apa maksud tidak tenang…

kalau orang2 di atas cerita pada orang2 yang baik2…
mesti mereka tanya, ooo wujud rupanya orang macam ni…
tak pun, dasyat masyarakat zaman ni…
tak pun, takutnya nak hidup masa sekarang ni…
tak pun, rendahnya tahap iman orang zaman skang ni…

tapi,
ingatlah… 
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi dia tak ubah diri nya sendiri…
selagi orang2 soleh dan solehah itu belum diuji, belum pasti kebaikan yang dimiliki…

siapa pemilik nyawa? Allah!
siapa pemilik hati? Allah!
siapa pemilik tubuh? Allah!
siapa pemilik cinta? Allah!
siapa pemilik perasaan? Allah!

99 nama Allah! smuanya yang maha berkuasa!

takkan yang maha pengasih dan penyayang mahu membinasakan hamba2nya…
kita selalu buruk sangka dengan yang mencipta…
kita selalu mengabaikan tanggungjawab dan kewajipan…
mengapa mahu menuntut sesuatu yang sangat hebat dan berkuasa dalam kejayaan dan kebahagiaan…
mengapa meminta-minta itu dan ini pada Allah?
mengapa mengadu domba pada Allah?
sedangkan dosa, maksiat dan perkara mungkar jadi aktiviti di muka bumi milik ALlah!

dimana kemaluan?
dimana letaknya maruah dan rasa hormat pada tuhan?
sedangkan dengan manusia kita malu meminta itu dan ini…
tapi, dengan Allah dengan selamba dan senang hati meminta-minta sesuatu yang kita rasa kita mahu dan kita berkehendak…
rendahnya syukur itu…
rendahnya martabat hamba…

tetapi, Allah itu maha mengetahui…
maha bijaksana…
maha pengasih dan penyayang…
maha pengampun…

mintalah dengan nama Allah….
mintalah dengan sopan santun…
mintalah dengan taubat dan insaf…
mintalah dengan ikhlas dan ihsan…


bukan mudah jadi orang baik…
diuji dengan hebat…
dicuci jiwanya dpd cintakan dunia…
di beri ilham yang menyentap lena tidurnya…

itulah dunia…
neraka buat orang2 beriman..
dunia kaburkan mata dengan realiti dan hakikat diri…
jangan berhenti mencari…
carilah kehidupan dan kajilah kehidupan…
pasti akan berjumpa MAKNA…
DAN MENGENAL TUHAN YANG MAHA ESA! 

2 May 2011

TERUK NYA AKU.....!!!!

Teruk sangatkah aku ni...?

Kepercayaan yang tidak pernah ada dalam diri seseorang
hingga bertanyakan apa yang tidak sepatutnya ditanya
sedangkan seseorang itu telah lama mengenali aku....
kata tokki "orang memang selalu berpandangan buruk
terhadap kita". Teruk2 aku pandai membezakan yang mana
halal dan yang mana haram tetapi kamu tergamak.... tergamakk......

Kini aku tertanya tanya sama ada aku ni sape...... maknanya xda
persaudaraan daripada kita sehingga kamu berkata macam itu membuatkan
aku menangis sepanjang malam sehingga mereka : tokki,mak bedah, mak yah ,
ayah pa dan yg lain2 tertanya tanya sape yang berkata macam 2 pada aku...

ye mungkin aku terukkkkk.!!!
ye mungkin aku jahatttttttt.!!!
ye mungkin aku ni hinaaaa.!!!

Tapi aku boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk....
aku mula rasa aku hampakan diri sendiri.... kalau lah arwah wan ada....
aku mgkin tiada disini ...... mgkin berada disana.....

Kawan2 pon lupa sape aku........

mafkan aku kawan2.... aku tidak sanggup lagi.....