Aku Memohon Kepada-Mu

“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.

22 September 2012

Bakal genap 21 tahun =)



hidup ini tidak selalunya indah.. Alhamdulillah, ujian yang turun ini memberikan aku kekuatan untuk lebih memahami dan mendalami diri ini.. 21 tahun bakal digenapkan pada 27 ini.. Minggu depan.. ya..sudah 21 tahun..mungkin itu proses untuk mematangkan lagi segala tindakan.. sungguh usia ini semakin matang...maka diri ini perlu bergerak ke arahnya.. "ibu xnak nnti nak bertunang lama-lama.. cepat sikit nikah tu.."pesan ibuku.. "abang, jangan lama2 sangat.. cepat2 sikit"..usik adikku.. aku hanya mendiamkan diri..kalau mereka sedar kondisi diri ini..mungkin mereka tidak berkata sebegitu. tertekan? tidak, kerana aku yakin dengan pilihan yang aku buat.. aku yakin dengan bakal isteriku yang setia menunggu diriku.. sedikit masa sahaja lagi.. banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya.. aku inginkan rumah, kereta supaya menyenangkan zaujahku... supaya dia selesa berada disampingku..kalau ikutkan hati, ya sekarang juga boleh bernikah.. mampu untuk menyara keduanya..namun keselesaan dan masa bagaimana pula.. seringkali masa untuk diri sendiri diabaikan...

aku sedar bahawa barangkali dirinya terasa kerana melebihkan diri orang lain daripada dirinya.. namun aku mengerti bahawa dia faham bahawa Cinta Selepas Nikah itu adalah yang paling Indah.. sebelum itu, aku ingin menunaikan umrah sebelum mendirikan masjid.. kemudian, ingin sekali menyimpan wang agar dapat pergi menunaikan rukun fardhu yang kelima itu bersama-sama.. itu yang aku sering doakan dan panjatkan.. selesa bersamanya.. senang..dia faham, dia penyabar.. kadangkala diri ini selalu buat xtahu..tp dia mengerti..kalau aku api, dia cuba menjadi air.. kalau dia cuba menjadi api, aku cuba menjadi air.. ini adalah proses untuk saling memahami dan mengerti pasangan..aku yakin , dengan izin Allah, pilihan hati ini adalah tepat..

aku yakin, dia bakal melahirkan jundi2 pejuang yg hebat mengalahkan abah dan umminya.. yg mampu mendidik anak2ku menjadi anak yg soleh.. sudah pandai membaca seusia 3 tahun.. menjadi hafiz dan hafizah.. disegani oleh masyarakat..dan menjadi antara mereka yang berjuang demi Islam.. didikan untuk menjadi anak yang soleh mampu dipikul bersama.. kerana kalau aku sudah tiada, sekurang2nya amalan akan bertambah dengan doa anak yang soleh..  buat bakal zaujahku.........


Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dirimu,
cuma aku mengharapkan bahawa dirimu faham tentang sifat diriku ini,
moga dirimu penyabar,tenang, dan bersama-sama dalam susah dan senang.

Aku hanya manusia yang lemah dan tidaklah sehebat Yusuf yang mampu meruntuhkan nafsunya,
Aku juga bukanlah sehebat Muhammad yang mampu menawan Khadijah,
namun aku berusaha menjadi seperti mereka..
Aku cintakan perjuangan Muhammad... aku kagum dengan persahabatan  Abu Bakar,. aku bangga dengan perjuangan Al Fateh.. aku hormati Kerendahan budi Umar Aziz.. 

moga kita bakal mencorak golongan seperti ini yang mampu membawa panji2 Islam suatu hari nanti..
TAKBIR!!!

p/s: tp syarat dia, mesti kena pandai masak lauk paprik  api dan rendang ayam =)

Ya Allah, titipkanlah rahmatMu kepada si dia dalam berjuang di jalanMu,
Peliharalah dia dari berputus asa..
Tatkala dia lemah,bangkitkanlah dia dengan petunjukMu,
Jadikanlah kegembiraan dan kebahagiaannya hadir dariMu dan keranaMu,
Tatkala dia berasa letih, berikanlah ruang padanya untuk bernafas dengan kasih sayangMu,
Tatkala tiada yang memahami dirinya,
Tunjukkanlah kasih sayangMu kepadanya..
kerana aku yakin,hanya Engkau Ya Allah,
Sebaik-baik pemelihara untukknya..
Amin Ya Allah...

10 September 2012

Harapan Itu


Ya Allah,
Bantulah aku untuk memadam seraut wajah itu. Bukan aku mahu membuang cinta ini, cuma aku ingin mengubah hatiku. Jika benar Engkau memberikan aku cinta ini sebagai satu anugerah, jadikanlah ia satu anugerah yang paling berharga dan mahal dalam kehidupanku. Akan kubiarkan cinta itu terus menguasai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi.

Tetapi bantulah daku untuk membunuh harapan kepadanya. Harapan dan impian yang selalu menyeksakan hidupku. Walau selama ini hatiku selalu membiarkan bayangnya menguasai hatiku seadanya. Biarlah kutinggalkan dalam hati ini. Kini baru kutahu bila aku diuji, aku tidak pernah menyintainya dengan harapan kosong. Baru kusedar bahawa aku juga berharap untuk memilikinya.

Wahai hati,
Sabar & redhalah dengan ujian ini. Tiada faedah dan manfaat mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Mohonlah kepada Allah sahaja, moga diberi hidayah dan perlindungan agar matiku nanti dalam Iman dan Islam. Kerana itu, terlalu banyak ketabahan dan kesengsaraan yang perlu aku lakukan di sini.

Biarlah Engkau terus menguji hati ini, menuntut bukti di atas cinta ini. Engkau mahu menguji adakah benar-benar aku mengasihi-Mu atau lebih menginginkan makhluk yang lemah sepertiku juga. Dan kini, aku perlu buktikan biarpun cinta itu ada atau tidak mahu pergi, aku tetap perlu sujud dan redha dengan rela hati. Aku perlu sujud dengan ikhlas meskipun yang aku inginkan dan harapkan kini terbukti bukan milikku takdirnya. Aku perlu yakini itu!

Kembalilah wahai hatiku!
Kembalilah kepada fitrahmu yang suci murni. Kembalilah dikau ke singgahsana iman yang hakiki. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu mendambakan untuk bersatu dalam bahagia dengan makhluk-Nya. Tidak akan berlaku demikian wahai hatiku! Bukalah lembaran fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdirinya engkau tanpa-Nya. Tidak akan mulia engkau kiranya masih berdiam di sisi makhluk dengan harapan untuk berbahagia di sampingnya. Kerana memang ditentukan, memang tiada kebahagiaan hakiki selain kebahagiaan mencintai-Nya yang tidak pernah lupa memberi, tidak pernah lupa melindungi...

Ya Rahim,
Bersyukurku kepada-Mu, limpah rahmat dan nikmat-Mu. Kau pancarkan nur Iman, Kau pancarkan nur Islam, menerangiku daripada kegelapan. Itulah kurniaan utama, hadirnya dengan hidayah-Mu. Bukan seperti nikmat dunia yang boleh diusahakan untuk mendapatkannya. Kadangkala aku keliru, bersyukur apabila hajat tercapai dan resah serta gelisah bila yang diimpikan tidak terbukti. Bersabarlah hati dengan rintangan mendatang. Mungkin itulah ujian daripada-Mu, imbangilah diriku dengan zikrullah, kenangilah segera dengan kurniaan Ilahi. Moga diriku menjadi golongan yang bersyukur..

Ya Rabbul Jalil,
Kekalkan semua ini kiranya dengan begini aku lebih dekat dan menyedari kewujudan-Mu. Bahawa tidak akan jauh Engkau daripadaku walau sesaat. Mengingati manusia lain, belum tentu mereka akan menyedari dan merasainya. Mereka tidak akan menyedarinya walaupun kucintai mereka dengan setulus hati kecilku ini. Mereka juga tidak akan mampu memahaminya walaupun aku menderita sebegini. Hanya Engkau satu-satunya yang mampu membalas cintaku. Bimbinglah aku untuk terus memberikan cinta ini hanya kepada-Mu. Sesungguhnya Engkaulah teman yang tak akan pergi pada saat gembira dan dukaku..

Penuhilah masaku untuk mengenal-Mu serta mencari hidayah-Mu hingga aku benar-benar menyinyai-Mu tanpa hijab. Bukalah perantara hati ini.. Bukalah hijab hatiku yang bertabir gelap lantaran cinta kepada manusia yang akan musnah! Bukalah tabir hati ini..

Segala puji bagi-Mu Ya Allah Tuhan Semesta Alam. Dengan Asma'-Mu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon sebagai hamba-Mu yang miskin lagi hina. AKu memohon sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya..

Ya Ilahi,
Tempat berlindung dan memohon pertolongan! Lukaku tak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasih-Mu. Kesulitanku tak akan terlerai kecuali dengan rahmat-Mu. Kedukaanku tak akan reda kecuali dengan anugerah-Mu. Kerinduanku tak akan hilang kecuali bertemu dengan-Mu. Wahai akhir pengharapan para pengharap, wahai puncak pencarian para perindu.. Sayangilah daku yang berlidah lemah, beramal kurang. Lindungilah daku di bawah naungan-Mu yang teduh dengan ketenteraman yang panjang. Kepada-Mu aku berserah dan bergantung harap. Ampunilah dosa-dosaku selama ini...

14 August 2012

Tetapkan Aku

Andai bintang di langit itu lebih indah dari bulan dan matahari
kau tetapkanlah hatiku agar aku sentiasa setia menemani dan menanti bulan dan matahari
kerana dikala mentari terbit di timur kau pancarkan kasih sayangmu
dan tatkala senja menyinsing, tirai malam berlabuh sang bulan setia menerangi hidupku, menemani malam-malam ku
kau jadikanlah pelangi itu menjadi warna dan corak kehidupan kami
kau jadikanlah hujan, ribut, dan taufan sekali sekala agar kami mengerti apa itu erti kehidupan, kesabaran, pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang dan cinta yang hakiki yang lahir dari hati
kau tetapkanlah pesona dirinya dalam hatiku dan mataku agar aku sentiasa melihat dan merasa dialah kehidupanku, kegembiraanku, kebahagiaanku, kepercayaanku, dan pemilik hatiku
kau tetapkanlah agar bulan dan matahari tak mengkhianati siang dan malam, sama seperti dirinya
kau jauhkanlah aku dari pesona yang lain, agar hati aku teguh dan tetap di sisi hatinya.

kau jagalah hatiku agar hati aku hanya setia pada hatinya, mataku hanya setia memandangnya, tanganku sentiasa mengenggam tangannya, kaki ku hanya setia mengiringi langkahnya, mulutku hanya setia bersuara dengannya, telinga ku hanya setia mendengar suaranya, jantungku hanya setia berdegup memanggil namanya, fikiranku hanya setia mengingati dirinya, doaku sentiasa mengiringi dirinya dan jiwaku selalu hanya untuk dirinya

kerana hatiku tiada lagi ruang untuk insan-insan yang lain
kerana hatiku telah dipenuhi cintanya
kerana hidupku telah kau serikan dengan cinta , kasih dan sayang mu..
sesungguhnya tiada tarikh luput cinta aku padanya...

Ya Allah, Tabahkanlah Hati Ku




MoOd : jIwA KoSoNg, sEdEy
LoCaTiOn : PaNtAi KeLuLuT, mArAnG...


Ya Allah..Kau sedang menguji aku...aku tahu..aku perlu kuat hadapi ujian dariMu..ada hikmah disebalik semua ini.. Ya Allah,tabahkanlah hati aku dalam menghadapi semua ini..terlalu berat bg aku utk menghadapinya...ap yg telah berlaku,hanya keampunan dariMu yg dapat kupohon..hanya kemaafan yg dpt disebut pd yg telah aku lakukan kesilapan...

..."Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan.Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian"...

aku harus bertenang, bersabar dan aku sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.


InsyaAllah...amin..

12 August 2012

ALHAMDULILLAH.. :)

ALHAMDULILLAH..aku bersyukur sangat2 kpd Ilahi kerana sekarang ni aku menjadi seorang yang lebih baik..insyaALLAH..dugaan-dugaan yang Engkau berikan padaku rupa-rupanya tersembunyi sang hikmah disebaliknya..setelah pahit jerih aku menempuhi saat-saat diduga olehMu,akhirnya aku menjadi seorang yang lebih bersabar,tabah dan bertaqwa padaMu ya ALLAH..insyaALLAH..aku menjadi lebih tenang bila disampingMU ya ALLAH..aku sungguh tenang..sehinggakan ketika aku beribadah padaMu,aku merasakan fikiran aku kosong..segala masalah-masalah duniawi aku semuanya bagaikan hilang seketika..

Jika ALLAH datangkan kesedaran kepada kita,dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang perempuan/lelaki..sesungguhnya itu bermakna ALLAH mahu ambil hati kita untuk dijagaNya..hmm..insyaALLAH..aku sangat2 berharap ya ALLAH,Engkau ambil hati aku untuk Kau jaga..supaya aku tidak lagi terpesong jauh dari ajaran agama Engkau iaitu agama ISLAM...


sekali lagi aku tersangat-sangat bersyukur pd ALLAH..sebab segala perbuatan aku sekarang ni..semuanya cenderung untuk mendekatkan diriku pada Nya..ALHAMDULILLAH..aku harap aku akan kekal begini sampai aku menghembuskan nafas terakhir aku..aku berharap aku akan pergi dalam ketaqwaan dan beriman pada ALLAH..insyaALLAH..amin...

hmmm....
sekarang ni kita dah tempuhi separuh daripada RAMADHAN AL MUBARAK..aku berharap segala amalan2 kita yang telah kita lakukan di bulan ini,semuanya dirahmati,diberkati dan diterimaNya..semoga kita lebih kuat beribadah kepada ALLAH untuk separuh lg RAMADHAN AL MUBARAK..insyaALLAH..aku nak bagitau korang ckit leh??huhu..bukan nk jd ustaz tp nak kongsi la ckit ilmu aku..sesungguhnya gunalah peluang bertemu dengan RAMADHAN sebaik2 mungkin..sbb kita tak tahu sama ada kita akan bertemu lagi atau tak dengan RAMADHAN yang seterusnya..sedangkan di bulan ni tersirat seribu sejuta fadhilat..insyaALLAH..di bulan ni,ALLAH akan makbulkan doa-doa hamba2Nya yang ikhlas berdoa..so,untuk pelajar2 gunalah peluang untuk berdoa sebanyak2nya kpdNya di bulan ini untuk berjaya dalam pelajaran..lagi2 kalau doa kita terkena pada malam LAILA AL-QADAR..huh..mmg doa kita akan dimakbulkan..insyaALLAH..hmm..untuk memohon agar doa-doa kita dimakbulkan..kita mestilah buat amar makruf dan jangan sesekali mendekati kemungkaran..di bulan ni di samping kita menjaga makan dan minum kita..kita mestilah menjaga tingkah laku kita,mata kita,lidah kita,dan hati kita...


maksudnya :



jaga tingkah laku : kita jangan sesekali melakukan perkara2 yang ditegah oleh agama dan perkara2 yang sia2.. bg perempuan dan laki janganlah nk gedik2 sgt..sesungguhnya gedik2 tu blh mdatangkan kita melakukan pkara2 yang sia2..huhu..gedik ckit2 dh laa untuk hiburkan hati..




 jaga mata : kita janganlah memandang atau melihat benda2 yang dilarang oleh agama..contohnya,melihat aurat perempuan bagi lelaki dan melihat aurat lelaki bg perempuan..terutamanya wanita2,jagalah aurat anda sebagaimana anda menjaga maruah anda..sebab aurat adalah sebahagian drpd maruah anda...tutuplah aurat anda betol2 supaya tak dpt dilihat oleh orang yang bukan muhrim anda..peringatan ! berpakaian ketat walaupun dh menutup semua aurat msih lagi dianggap tidak menutup aurat..sebab ianya masih lagi dpt menaikkan nafsu shahwat org yang melihat..kadang2 aku xpaham..apa guna pakai tudung tp pakai baju short sleeves..haaaaaaaaaaiiyyaaa.. ! sama je mcm xpkai tudung,sbb aurat msih lagi terpampang..cyezly aku xska perempuan yang mcm tu..dan aku xska perempuan yang ska pakai bju2 adik i mean bju2 yg ketat..aku plik la kan,mereka suka pakai bju2 ketat..dah tu time nak duduk bju tu msti naik ckit..pastu nak tarik2 plak..menyusahkan je tarik2 balik..sapa suh pakai bju ketat kan..ee..pelik2..huhu..kan bgs pakai bju2 yang labuh2..tak perlu lg nak tarik sana sini..korang tgk ni..











jaga lidah : kita janganlah sesekali berbohong dengan orang dan jangan bercakap bnda2 yang sia2..cne ag nk explain ey..cm tu je la..huhu..haa...dan jangan la suka umpat orang..terutama kaum2 hawa ni..huhu..sikit2 kaum hawa kan..tak laahh..kaum adam pon sama..


jaga hati : jaga hati kita supaya sentiasa ingat padaNya...sesungguhnya ALLAH amat menyukai orang yang sentiasa ingat padaNya..insyaALLAH,ALLAH akan bantu kita sekiranya kita dalam kesusahan jika kita sentiasa ingat padaNya..



huhu..cukuplah ustaz tak bertauliah ni bertazkirah..sekiranya kita dapat menjaga bnda2 tu di bulan RAMADHAN AL MUBARAK ni..insyaALLAH,kita akan mendapat keberkatan dan kerahmatan hidup daripadaNYA..


jap2..hehe..aku harap aku pos bnda ni takde yang cakap aku prasan alim ke ape ke...ni tulus dari hati aku..at least aku mengajak org untuk buat kebaikan..kan???huhu...jadi,aku harap semua orang yang baca blog aku ni..semua berfikir sejenak..adakah aku dh gunakan sebaik2 mungkin peluang bertemu RAMADHAN kali ini???tanya diri anda ok???nasihat2 aku bukan untuk seseorang tetapi untuk semua termasuk aku skali..apa yang kurang datangnya daripada aku sendiri dan apa yang lebih tu semuanya adalah kelebihanNYA..insyaALLAH..hmm..ustaz dh ngntok laa..hehe..dh pkl 2 pagi ni..dh laa...assalamualaikum.. :)

26 July 2012

-: Ya Allah, Jika Dia Untukku... :-


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum...

..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...

Alhamdulillah, sampai juga di bilik sendiri... setelah kali ke-3 aku menginap di klinik bertaraf "hotel lima bintang", sungguh tenang sekali setiap kali bermalam disitu, dengan ditemani airmata yang setia di kala susahku, senangku, sakitku, sedihku dan gembiraku... Hanya Allah sahaja yang dapat mengetahui keperitan yang dialami terhadapku selama ini...

Aku sangat berterima kasih pada si dia yang sentiasa di sisiku selama aku sakit... aku harap dia di sisiku selama-lamanya, aku terlalu sayang dia... dan aku berdoa agar hubungan ini kekal ke akhir, harapanku kasihnya padaku xberubah setelah kita berjauhan nanti...

Awak, maafkan saya telah meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan saya terhadap awak...
maafkan saya atas nota pesanan ringkas yang saya kirim tadi, atas pemikiran yang negatif dan tidak seimbang, saya tidak tahu mengapa selepas saya pulang dari klinik tadi saya rasa sedih, saya rasa awak xsayangkan saya lagi, saya terfikir hati awak pada orang lain... Ya Allah, berikan aku keampunan jika silap dalam berfikir... saya keliru awak...

Awak, saya terlalu sayangkan awak... tapi kita xtahu perjalanan kita akan datang bagaimana keadaannya... saya terlalu takut untuk kehilangan awak... maafkan saya 

Awak, adalah wanita yang paling baik untuk saya, awaklah yang saya harapkan, awaklah yang saya impikan... Alhamdulillah, Allah telah temukan saya dengan awak... tapi, saya xpasti apakah awak akan saya miliki...

Awak, ya... kita kena berserah pada Allah kerana hanya dia yang lebih tahu yang Maha Halus Perancangannya...namun, mohon saya diberi keyakinan bahawa hati awak tetap untuk saya selamanya sehingga awak yakin dan bersedia untuk saya...

Saya sayang awak kerana Allah, jujurnya sayang saya pada awak setia sampai bila-bila, saya ingin awak tahu itu..

Maafkan saya... saya sayang awak, saya xmahu kehilangan awak...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


....awak, hanya DOA sahaja yang menyatukan kasih sayang kita....
...Moga sayalah dalam DOA awak...

22 July 2012

Angin....Sampaikan Salam Rinduku Padanya...


Malam ini aku memikirkanmu lagi,
nafasku menjadi sesak,
jantungku berdegup kencang,
nadiku berlagu sepi,
Jiwaku kosong,
mataku kabur kerana air mata yang mengalir sayu...

Ingin sekali rasanya aku menjerit di puncak gunung,
melaungkan betapa dalamnya rinduku padamu,
melaungkan begitu gilanya cintaku padamu,
agar kamu tahu bagaimana tersiksanya,
memendamkan perasaan bertahun lamanya...

Wahai angin...bantulah aku,
sampaikanlah salam rinduku padanya,
yang tidak pernah terucapkan,
agar dia tahu aku merinduinya di sini...

Wahai sang burung...tolonglah aku,
berkicaulah dengan merdu,
supaya dia mengerti bait-bait cinta,
yang sudah tersusun indah untuknya...

Wahai hujan,aku berharap,
turunlah dengan gerimis,
agar dia tahu betapa sunyinya aku di sini,
tanpanya...

Wahai pelangi,mintaku,
bersinarlah setelah hujan lebat berlalu,
supaya dia tahu sesungguhnya aku di sini,
masih berharap dihatinya...

Ya Allah,
aku memohon,aku merayu,aku bersujud padamu,
jatuhkanlah hatinya padaku,
agar aku akan menjadi sesuatu yang halal baginya,
agar aku bisa melewati waktu-waktu yang tersisa kini dengannya,

Ya Allah,
sekiranya dia bukan tercipta untukku,
jauhkanlah aku dengannya,
agar aku tidak terus membuang waktu yang amat suntuk ini,
untuk terus berharap...

Ya Allah,
sekiranya waktuku telah habis,
aku mohon padaMu,
tolonglah simpan rahsia ini sebaik-baiknya,
kerana hanya ENGKAU sahaja yang tahu,
rahsia yang paling indah seumur hidupku...

Duhai pujaan hatiku sayang,
mungkin kamu tidak pernah akan tahu sajak ini dicoret khas buatmu,
cuma satu yang aku mahu kamu mengerti,
kamu terlalu sempurna untuk aku dekati,
maafkan andai aku tidak sempurna,
tetapi mengertilah kamui kesayanganku,
sesungguhnya rasa cinta ini aku sendiri tidak mungkin mencegahnya...

Rahsia Kita berdua... Princess Hatiku....

21 July 2012

.. ToLonG BeriTaHu Si Dia...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
.Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya….
.Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

20 July 2012

RAMADHAN SEORANG

Bismillahirrahmanirrahim
Rabbi Yassir Wala Tu'assir Watammim Bilkhairi Yaa Arhamarrahimin




Alhamdulillah bulan Ramadan telah mula menjelma. Esok kita pakat-pakat berpuasa ya. Syukur saya masih diberi peluang oleh Allah untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan mulia pada tahun ini dan juga insyaAllah untuk tahun-tahun selepasnya. 


Malam ini malam pertama solat terawih. Saya akan pergi ke surau atau masjid sebab saya keseorangan di rumah sewa tanpa sape-sape. jika saya tidak ke masjid atau surau berdekatan. Jadi, saya hanya buat solat terawih dan witir di rumah. Saya harap atok saya cepat balik. Sudah 3minggu saya keseorangan di rumah. Oh esok sahur seorang diri lah nampaknya!


Bila tiba bulan puasa ni, rindu rasa nak bertadarus dengan kawan2 Madrasah Ar Rahmaniah, khalifah2 Sri Al Hafeez.Setiap hari masa rehat dipenuhi dengan tadarus. Muka mereka lesu dan kepenatan akibat berpuasa, namun masih gagah menyebut ayat2 suci Al Quran. Subhanallah, indahnya kalam Allah kan? Sedikit pun lidah dan bibir tidak merasa puas untuk menyebutnya, walaupun dah berkali-kali khatam. Bila mula balik dari juzuk pertama, seolah-olah pertama kali membacanya. Rindu kalian!


Doakan saya terus diberi kekuatan olehNya untuk mencuci hati yang keras dan kotor ini..huhuhu..


********


Nota Ramadan: Juzuk2 yang akan dibaca oleh peserta saya akan cuba letak di sini dan email sekali pagi esok atau sebelah malamnya. Tengah edit sikit. InsyaAllah

10 July 2012

.. MENEGUR TANDA SAYANG ..


.. Assalamulaikum ..


.. Bismillah ..


.. Sebenarnya posting ni ditujukan kepada yang terasa.. dan juga ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan.. bukanlah untuk mengaibkan mana2 individu cuma merasa tanggungjawab sesama islam.. biar pun saya sendiri tidak sejauh dan tinggi iman nya.. tapi tidak pulak saya ingin melihat dikeliling saya hanyut kerna menggunakan nafsu dalam setiap perbuatan nya..


.. Mungkin telah diterapkan dalam diri mereka bahawa "kubur kita lain2".." perlu ke engkau sibuk dengan apa yang aku buat".. "perlukah engkau mencampuri urusanku".. BETUL.. siapa lah saya untuk menegur anda.. tapi berdosa lah saya andai saya sendiri telah melihat sendiri perbuatan yang kurang elok itu didepan mata dengan menutup mulut tanpa berbicara atau menegur.. mungkin tidak kuat hati ini untuk meluahkan tapi andai anda membaca posting ini diharapkan anda memahami lah.. menegur tanda nya kami sayang kan anda. kami tidak sanggup melihat anda terus menerus mengaibkan diri dihadapan yang tidak layak melihatnya.. sedarlah anda kami benar2 menyayangi anda..


.. Perbuatan anda akan menyebabkan kami juga seakan2 bersubahat membiarkan anda teruskan dengan perbuatan yang sebegitu.. pandangan maksiat yang ada didepan mata ini juga memberi kesan kepada kami.. apa guna nya kami menunaikan solat 5 waktu tapi pahala nya kami tidak dapat hanya kerana perbuatan anda.. sedarlah anti kami hanya minta hormati lah kami sebagai kawan seagama dengan mu.. hormatilah kami sebagai teman seislam dengan mu..


.. ingin juga kami menegur.. tunaikan lah kewajipan yang wajib bagimu.. andai anda malu dengan kami.. kami lagi malu dengan perbuatan anda.. bukan malu yang sepatutnya anda fikirkan tapi takutkan lah akan pencipta kita.. ALLAH S.W.T sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita.. berdosa lah kami kerna hanya mampu memandang dan membiarkan sahaja.. bukan lah kami diam tanda kami membiarkan sahaja perbuatan anda.. tapi hati ini sudah cukup sakit dan takut apa kah yang akan kami jawab dialam sana nanti kerna tidak menegur anda..


..diharapkan kalau anda membaca posting ini.. kami minta hormati lah kami.. kami takut untuk menjawab diakhirat sana kelak.. telah kami mula kan dengan hati untuk berbicara.. tapi nampaknya tiada kesan pada anda.. kami mulakan dengan lisan ini.. dan kami harapkan anda faham.. kalau masih tidak juga berkesan akan kami guna kan perbuatan untuk menyedarkan anda.. maafkan lah andai bingkisan melukakan hati mana2 pihak.. menegur tandanya kami sayang...

sATu kISAh pERcINtAAn yANG mENArIk...



Dalam satu kisah percintaan yang menarik...Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Isteri : Mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangidan menyintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?Bagaimana abang boleh katakan abang sayangkan dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkan sebabnya?

Suami : Betul,abang tak boleh terangkan sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang menyintai sayang...

Isteri : Sebabnya kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi.Namunbegitu abang tidak boleh menerangkan kepada saya sebab mengapa abang menyayangi dan mencintai saya.


Si suami menarik nafas panjang dan berkata..."Baiklah...Abang menyintai sayang sebab sayang cantik...mempunyai suara merdu...penyayang...dan mengingati abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta abang bersama sayang...!


"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Nemun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.Surat itu diletakkan di sebelah kiri katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi...


"Sayang...jika disebabkan suara aku menyintaimu...sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintai...Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu...Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau melangkah??Tidak!!!Oleh itu aku tidak boleh menyintaimu...Jika cinta memerlukan sebabnya,seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!!


Aku masih mencintaimu dari dulu,kini dan selamanya...Dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terindah di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.Namun begitu ia boleh dirasai di dalam hati..."


"HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK ADAM...DEKAT DI HATI UNTUK DISAYANGI...DEKAT DENGAN TANGAN UNTUK DILINDUNGI...BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIAGUNGI...DAN BUKAN DARI TAPAK KAKI UNTUK DIHINAKAN..."

.. Life is so MeaningFul.. My new Entries....

Bismillah..

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama tak update blog ni.. Tonite i just need write sumthing even nobody will ever see it.. Sebelum ni saya ada membuat janji tapi janji tu saya tidak dapat tunaikan.. I have ever promised sumone, but the last time I knew it was too difficult and I only did a half of my promise... I said sori for everything what i say, what i promise to.. .


But I realize right now..I cannod promise to sumeone if I cannod do it. tapi kadang2 kita fikir kita boleh buat.. tapi bila sampai masa.. buat kita berfikir samada boleh atau tidak we continue with our promises.. saya dah minta maaf pada insan tersebut tetapi masih ada rasa bersalah.. even he/she forgive me.. but now.. its make me be more consider if i need give a promise.. ok. Lupa kan pasal ni... Yang penting saya sayang kan mereka...

Pejam celik.. sekejap dah bulan 9.. 2bulan lg deeply special to me..  29 September i was born.. but dunt worry i wouldnt telling u the detail.. heee.. Tapi tu la.. usia semakin meningkat.. Dah banyak yang saya lalui.. dan apa yang saya lalui itu sebagai pengajaran dan asam garam kehidupan.. Alhamdullilah sehingga ke hari ini saya masih bernafas dan menikmati ciptaan ALLAH..


"Times are a changging"..perseverance new chapter.. Yup..it was just getting too be more motivation more better ..more focus.. I am hoping to focus on what i set for beginning on this year n next year.. pray n archieve what i list in my target.. dan sentiasa berada di landasan yang betul.. the more important i know ALLAH Is always with me...Well i am in love with the most wonderful person in this whole world..my family angkat esp my ibu.."shes angel".. my tokki.. my makcik..my friend.. also my car.. heee..
Sebenarnya ada ketidakpuasan hati yang terbeku sebenarnya..I really dont like the person who loves to be angry or hit sumeone because the other makes the mistake. WE ARE NOT THE RIGHT PERSON. Dont think that we are perfect person.. that we cannod make mistakes.. Kita manusia.. manusia tidak sempurna.. setiap orang akan membuat kesalahan dan kesalahan itu sepatutnya diperbaiki bukannya dengan menyalahkan orang lain atas kesalahan kita..

I see my environment... I meet some person and I really dont like. When he meets sumeone that he dont like.. when the person does a mistake.. he wants to make a problem.. like as ABUSING or the worst way..HIT... Actually the mistake is very small..but because he thinks that he is the right person.. so he exploit opportunity to abuse the person who makes a mistake.. Kesian orang tu diaibkan.. tak patut betul!!..Mentang2 lah ada kuasa.. tapi ingat kuasa yang diberikan sepatutnya di gunakan di jalan yang betul.. bukan menyalahgunakan!!..

Please dont hit sumeone if you want the other understand you. How can someone understand us if we dont want to understand the other people??... Think about that.. Lu fikir la sendiri!!!...

Ok lah.. rasanya tidak perlulah saya taip panjang2.. dah macam luahan perasaan je.. hehehe.. anyway.. life should be more intresting if we know how to make intresting and useful.. worthy.. full of happiness..happy time.. hargai apa yang kita ada.. sentiasa senyum..


I really need to take lessons. I learn better with just me.. because age become older n older.. dan maut tidak kira muda atau tua..penuhi lah hidup dengan perkara yang bermakna dan ingat jangan terpesong ke landasan yang salah.. sentiasa mengingatiNYA.. insyaALLAH hidup akan lebih bahagia...

9 July 2012

.. Ku SeRaHKan SeGaLaNya DeNgaN TakDir ALLAH S.W.T ..

BisMiLLaH..

AssaLaMuaLaiKum...

SegaLa Usaha telah dibuat.. Segala perancangan telah dilaksanakan..dan sekarang hanya menunggu keputusan..Perancangan ku tidak sehebat perancangan Mu.. Ya ALLAH ku serahkan segala dengan Takdir Mu.. Andai dia yang terbaik untukku.. Engkau Permudahkan.. Andai dia Bukan Untukku.. Redhakan Hati kami dengan ketentuan Mu..

Sehebat-hebat Perancangan... Adalah perancangan Mu Ya ALLAH.. Doa dan usaha telah Ku buat.. Hanya Tawakal dengan Ketentuan Mu.. Walau apa Pun takdir Mu untuk Ku.. Ku terima.. Tidak ku harap pada Usaha.. tapi ku harap pada RedhaMu..

Pada Kamu..Maafkan aku andai diri ini tidak sempurna.. Tapi InsyaALLAH akan aku usahakan menjadi yang terbaik.. Didik diri ku menjadi yang sempurna di mata Kamu.. Biarlah aku kurang dari paras rupa.. tapi tingkatkan Imanku dengan didikan mu.. Tidak kuharap dilimpah dengan Berlian dan Permata.. cukuplah sekadar Kasih sayang yang ikhlas dari kamu.. Cukuplah sedikit Pujian penghargaan menjadi Bakal Suami mu Kelak..

Mungkin diri Ini Lemah.. kadang-kadang tidak mampu untuk menerima tekanan.. Tapi andai ada kekasaran.. Tegur supaya aku sedar.. sekali lagi.. Seribu kemaafan andai diri ini tidak sempurna..

Ya ALLAH.. ku mohon semoga Engkau permudahkan urusan ini.. Engkau berikan Lah Kami petunjuk bahawa kami Halal untuk bersama.. Engkau JagaLah Kelakuan Kami supaya tidak Memilih kerana Nafsu.. Redhakan Hati Kami andai bukan Takdir kami bersama.. :'(

3 June 2012

Aku redha Ya Allah...

Entah bila bermulanya rasa sakit ini. Seingat saya pada tahun 2009 lagi saya sudah merasainya. Pada tahun 2011, sakit ini hilang. Sesekali rasa sakit ini hadir dan kemudiannya menghilang. Saya mengabaikannya. Namun semenjak Syawal yang lepas, sakit ini semakin kuat.


Sakit apa? Sakit pinggang. Sakit ini menjalar ke bahagian peha dan ke bahagian tulang belakang. Saya mulai tidak betah duduk lama dan berbaring lama. Waktu tidur, saya akan meletakkan selimut tebal atau bantal di bawah pinggang. Untuk rukuk dan sujud ketika solat merupakan perjuangan yang besar! Saya rukuk dan sujud dengan gerakan yang perlahan dan agak kekok, seolah nenek tua yang sudah uzur. Barulah tahu betapa nikmatnya solat ketika sihat… Alhamdulillah. Apabila sakit ini menyerang, saya akan memandu sendiri untuk ke hospital. Nampaknya saya perlu berdikari selepas ini. saya sudah biasa keseorangan...

Berikhtiar , berdoa dan bertawakal

Saya mencuba rawatan Islam di Darussyifa’.

“Ustaz, saya rasa saya sakit pinggang sebab kurus kot.” terang saya.
Ustaz menjawab dengan lembut “Tak kurus lah…” Hehe.
Saya tersenyum memandang ustaz. Saya kuruslah ustaz! Ustaz bertanya sama ada saya sudah pergi check doktor. Err..belum, lepas ni inshaallah.
Ustaz jampikan air dan suruh saya minum dan mandi. Ustaz pesan baca doa sekian dan sekian. Hasil rawatan di Darussyifa’ ialah sakit pinggang masih tidak hilang.

Saya pun pergilah bertemu pakar orthopedik di sebuah hospital swasta. Maka saya pun dapatlah pengalaman baru iaitu masuk bilik X-ray. Kali pertama X-ray ialah 2010, . Masa tu X-ray tulang rusuk je. Kali ni nak kena X-ray tulang belakang .

erm apa la nasib kali ni...... terkadang terasa give up pon ada.....

Seorang iTu Sepi

Sekejap je da bulan mei kan..makin lame,makin tak terasa masa yang berlalu.. 
Celik pejam tido mengumpat,tau2 je nati da hbis tahun..tau2 je nanti, 
kubur pon dah merayu2 panggil Pokmie..

Hurmm..sekali lagi terdengar leteran yg suruh Pokmie kawen.. 
Terima kasih sebab risaukan Pokmie..sape kata tak nak kawen..
nak kawen,tapi xde orang nak! Haha.

Sape nak kawen dgn Pokmie ni! Haha. Sudi tak berkongsi kelemahan dan keburukan Pokmie?

Penat la hidup sensorang ni.. Sume nak kene buat sendiri.. Sunyi je kan..

Bukan mudah hidup berdua..sume kena dgn izin.. Maka,bersyukurlah dengan kehidupan sekarang..

Nota : kehidupan masa lalu perlu dijadikan pengalaman dan pengajaran utk masa hadapan yang paling bahagia.

2 June 2012

Dalam Sujudku...

masa ni ambe tengah penat
penat bermain dengan perasaan....
xtau lah... nak tulis   nape.... smpai font 
tulisan kucar bojeng... aduhh3....

Jika ia baik untukku, untuk agamaku, untuk kehidupanku, kehidupan sekarang, kehidupan yang akan datang, baik untuk duniaku, baik pula untuk akhiratku, baik untuk keluargaku, maka dekatkanlah untukku, mudahkanlah jalan ku...tapi jika ia tidak baik untukku, untuk agamaku, untuk kehidupanku, kehidupan sekarang, kehidupan yang akan datang, tidak baik untuk duniaku, tidak baik pula untuk akhiratku, tidak baik untuk keluargaku, maka jauhkanlah aku daripadanya, hapuslah rasa yang mulai tumbuh di hati-hati ku, hapuslah ia dari pandanganku dari hatiku.

Jika ia bukan jodohku, bukan namanya yang tertulis dalam kitabku, maka jauhkanlah ia dariku, tapi jika ia jodohku, ia yang namanya tertulis dalam kitabku, maka dekatkanlah dgnku
Hati ini rapuh ya Allah, Engkau mengetahuinya dengan jelas..
Jangan biarkan hati ini hancur lagi dalam cinta yang sia-sia
Jangan biarkan aku terjerumus dalam perbuatan yang sia-sia

Perbuatan yang tidak Engkau redhai

Aku ingin mencintai sekali lagi saja
Mencintai seseorang karena Allah
Dia benar-2 yang mencintaiku karena Allah
Yang bisa menjadi imamku, guruku, sahabatku, suamiku, ayahku, pembimbingku,

Dia yang akan kujadikan dewa di dunia karena cintaku kepada Allah
Dia yang akan kulayani, kurawat karena cintaku pada Allah
Dia yang akan kuletakkan di atas kepalaku karena Allah
Pertemukanlah aku dengan sosok yang mencintaiku karena Allah
Ya Allah berikanlah aku keikhlasan dalam menerima dan menjalani setiap ketetapanmu


JAGALAH HATIKU YA ALLAH


Ya Allah Yang Maha Pengasih, Jadikanlah hitam ke putih tuk tentramnya hatiku...
Bantulah aku mengatasi hatiku
Janganlah Engkau jerumuskan aku setelah Engkau beri petunjuk

AMIN”

MATA HATI...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang haqiqi
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah..

YA ALLAH..SUCIKAN HATIKU..BERSIHKAN JIWAKU..CUKUPLAH HATI INI HANYA UNTUKMU..KERNA HANYA ENGKAU YANG MAHA TAHU AKAN HATIKU..

note to self

Assalamualaikum..

Kena banyak membaca..

Kena baca mengingat...

Jangan lupe bayar hutang..

Jangan membazir duit gaji..

Mula simpan semula..

Jangan beli barang pkai duit membe atau orang lain.. x mampu buat cara tak mampu..

Jangan lupe cinta Allah dan rasul dan  ayah..

Jangan bercinta atau ada perasaan dekat bukan mahram.. takut hati lalai..

Jangan berangan sangat..

Jangan nak tengok mende tak elok..

Jangan mudah nak marah..

Jangan marah..

Jangan marah..

Jangan marah...

Simpan hati cuma untuk Allah dan rasul n sepatutnya..

Oh jangan merepek berlebihan..

Bai..

pesanan ustaz

assalamualaikum..


Aktiviti pagi tadi.. Ialah melepak dgn seorang sahabat yang dah selalu sgt jumpa.. Tp pertemuan tu jadi seronok.. Sebab bagi aku.. Setiap bait bait kata yang keluar dari mulut dia ialah berkenaan kebaikan.. Dari semua segi.. Dari semua aspek..


Pagi tadi.. Dalam soal hati perasaan..




dikatanya : seorang lelaki yang soleh pun ingin bercinta...tetapi.. Lelaki yang soleh mesti memperjuangkan cinta yang dia ada supaya menjadi halal.. Selagi tak halal.. Tegas lah dalam berjuang.. Dan cari lah wanita yang,membenarkan perjuangan tersebut berlaku.. Kalau perempuan tu tak nak lelaki tersebut berjuang ke arah yang halal.. Di ajak juga melakukan maksiat.. Didik lah dengan kata kata penuh hikmah... Tunjukkan kebaikan dan ketaatan kepada Allah.. Kalau tak nak jugak.. Istikharahlah kepada Allah.. kalau tak nak jugak.. tinggalkan lah dia semoga menjadi pengajaran kepada diri sendiri.. dan pengajaran kepada diri dia.. 

Tapi kalau lelaki tersebut sendiri tak nak berjuang.. sila jangan bercinta.. sebab cinta yang halal itu hanya untuk orang yang berpenat lelah berusaha untuk mendapatkannya.. dengan cara yang Allah suka.. kalau tetap nak dapatkan cinta tanpa yang halal.. tanpa berjuang untuk ke arah halal..kelak mesti binasa pasangan tersebut.. sebab cuma keluarga yang ada nilai islam dan iman aje yang lepas untuk ke syurga..


Lepas tu.. aku tanya.. kenapa pengajaran kepada diri sendiri pun kena?


Dia cuma senyap dan terus ke masjid...


Aku respek dia sebab dia sangat sangat suka kan keadaan dia walau cmne pun Allah bagi.. tak pernah aku dgr keluhan keluar dari mulut dia..




P/s : ni catatan dalam diari lame aku.. tahun 2009.. lepas habis sekolah..aku dah tak jumpa dia dah.. dengar cite dia da kembali jumpa Allah.. entah lah..

plan 2012/2013

Assalamualaikum..

2012
1) nak kena habiskan belajar
2) kumpul duit slow slow supaya dapat beli kereta idaman hujung tahun ni/awal tahun depan.
3) nak kena hidupkan hati balik.. belajar balik segala ilmu Allah yang aku tinggalkan.. dah 21 tahun woi.. hidup macam banyak maksiat dari amal kebajikan je.. dem~
4) nak start plan untuk business sendiri
5) kumpul duit untuk nikah 2014
6) kena jauhkan diri dari zina.. sekecil kecil zina.. sampai la sebesar besar zina..

2013
1) makin banyak nak belajar ilmu agama.. nak buang dunia dari hati.. nak masukkan akhirat pulak
2) kalau ada jodoh rasa macam nak bertunang.. erm....
3) nak kena kukuhkan business..
4) makin kena jauhkan diri dari zina..
5) kena siap sedia nak tanggung dosa orang lain.. peh.. berat punya keje.. sebab tu nak kena didik @ cari bakal isteri yang boleh bagi aku sejuk.. yang jauh dari dosa tu mustahil la.. at least tak bagi aku berat belah kiri banyak sangat..

p/s : ini plan aje.. kalau jadi lah.. haha.. tapi harap 99% jadi.. malas lah.. kehidupan lepas lepas sebelum ni bagi aku kesilapan.. tapi aku sangat bersyukur sebab aku melalui semua kesilapan kesilapan tu semua.. sebab Allah bagi aku lalui kesilapan kesilapan tu supaya aku makin bukak mata aku ni.. supaya aku tak jadi bodoh sampai mati..

p/s : buat masa sekarang.. aku telah memilih Allah dan Rasul dulu untuk di isi di dalam hati.. maafkan aku.. mungkin terpaksa mengeraskan diri dan memberi layanan yang sama seperti kawan kawan lain.. memilih untuk memperjuangkan cinta terhadap Allah dan Rasulullah.. andainya kamu merasakan aku ini kolot.. dan tidak dapat menerima pilihan aku.. maafkan aku.. semoga hati kamu juga dilembutkan.. untuk lebih menyintai Allah dan rasul .. buang aku dari hatimu.. gantikan dengan Allah dan rasul.. ucapan rindu itu untuk Allah dan Rasul.. bagi aku , aku terpaksa buat macam ni.. kalau tak.. sampai bila nak kehidupan macam sebelum sebelum ni je.. sabarlah.. sabarlah.. dan banyak berdoa..

p/s : jodoh itu milik Allah.. cinta itu milik Allah.. cuma Dia mengetahui masa hadapan..