bukan kau pinta..
jua tidak bagi aku..
feeling yang kita rasa..
perasaan yang sama..
tidak seperti megi cukup rasa..
tapi rasa kita..
seperti kurang di sana..
perasaan itu..
tidak pedas sperti cili api..
tidak panas seperti lada hitam..
tidak manis seperti madu..
tidak pahit seperti kopi..
seperti apanya rasa itu.
aku tidak tahu..
mengapa harus ditidakkan..
pada hati yang bertanya
kerana..
rasa yang kita kongsi..
aku benci pada rasa
yang aku sendiri tidak dapat
menguntai..
apakah rasa itu,,
Aku Memohon Kepada-Mu
“Wahai pemilik cinta yang hakiki, pandulah kami..bimbinglah kami. Jangan biarkan kami sendiri melayari kehidupan ini. Biarlah kesakitan yang ENGKAU berikan sebagai kaffarah dosa dan silap kami. Sakit yang nampak di mata, jua sakit yang menyelinap ke dalam jiwa. Bantulah kami untuk mensucikan ruh dan hati. Izinkan kami menyintai dengan Cinta dan Kasih yang suci dari-Mu..sesungguhnya cinta, kasih dan sayang kami hanya kerana-Mu, Ya Rabbi.”
Ameen..ameen.
Ameen..ameen.
14 April 2012
Terima Kasih
terima kasih...
ku ucap padamu kerana kau melafazkan
bahawa aku tak sesuai untuk mu...
mungkin aku tidak memiliki ciri2 lelaki idaman mu,,,
aku akur... .
walaupun hatiku begitu inginkan cintamu..
namun aku rasa cukuplah,,
aku tak mampu untuk mendapatkan cintamu
yang sudah pastinya mahal...
tak mampu dinilai...
dan apatah lagi untuk ku ...
seorang insan yang tak pandai mengambil hati...
tidak romantik dan tak pandai membelai hati wanita...
aku pasrah... .
aku berterima kasih kerana sudi menjadi kawan...
aku harap tiada lagi perasaan terhadapmu...
akan ku anggapmu seperti rakan2 lain...
semoga ko berbahagia hendaknya dan harap aku bertemu insan yang memahamiku..
Dan aku lepaskan mu agar dirimu mecari kebahagiaan sendiri....
ku ucap padamu kerana kau melafazkan
bahawa aku tak sesuai untuk mu...
mungkin aku tidak memiliki ciri2 lelaki idaman mu,,,
aku akur... .
walaupun hatiku begitu inginkan cintamu..
namun aku rasa cukuplah,,
aku tak mampu untuk mendapatkan cintamu
yang sudah pastinya mahal...
tak mampu dinilai...
dan apatah lagi untuk ku ...
seorang insan yang tak pandai mengambil hati...
tidak romantik dan tak pandai membelai hati wanita...
aku pasrah... .
aku berterima kasih kerana sudi menjadi kawan...
aku harap tiada lagi perasaan terhadapmu...
akan ku anggapmu seperti rakan2 lain...
semoga ko berbahagia hendaknya dan harap aku bertemu insan yang memahamiku..
Dan aku lepaskan mu agar dirimu mecari kebahagiaan sendiri....
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...duhai hati..duhai hati yang jauh di sana...
Ingin aku ungkapkan seribu kemaafan pada kamu yang ku panggil cinta.
Kerana terbiar lama menyepi..bukan ku abaikan dirimu..namun cita-cita ku
menolak kamu jauh di sudut hati..
selamat datang cinta..dahulu cintaku yang terluka, 5 tahun lalu..
ah, terlalu lama..ada jua bunga-bunga cinta yang tak sempat memekar..
dan akhirnya cinta kamu menangi hati ini dalam masa 2 tahun 3 bulan..
mengubat luka 5 tahun lalu..
duhai hati yang ku tinggalkan..ku tinggalkan dengan kepercayaan
andai hati itu kian alpa..
ingatkan aku..cinta Tuhan itu yang utama..seperti aku menjaga hati kamu..
menjaga cinta kamu dengan Allah..jagalah cinta ku dengan Allah..
kerana Allah sahaja yang bisa menjaga cinta kita..
andai hati ini ingin kau pulangkan..
pulangkan dengan sebaiknya..katakan kau sudah miliki hati yang lain..
maka aku terima kembali hati yang telah ku serahkan..
andai hati yang kuberikan terluka..
cuba ubatinya..jika kamu cepat berputus asa..
maka hati itu kelak akan semakin parah dan aku semakin jauh dari kamu yang ku panggilkan cinta..
andai hati itu penuh curiga..
siraminya dengan kejujuran kamu..
kerana hati yang ada padaku akan aku pagari dengan kejujuran..
duhai yang ku panggil cinta..rancangan kita hanya sekadar rancangan...
Allah itu maha pelaksana..andai kau yang ku panggil cinta bukan milikku..
redhalah pada takdir..telah ku ingatkan kan pada kamu rukun iman yang ke-6..
itu takdir kita..andai kita telah berusaha..sedayanya..
duhai yang kupanggil cinta..jagalah iman mu..seperti aku menjaga diriku..
apabila tiba saatnya..segalanya akan menjadi lebih indah di payungi redha dan rahmat Allah..
duhai yang ku panggil cinta..
jarak ini..bukan memisahkan..
tapi ia mendekatkan..
tingkaktkan ilmu agamamu..
aku jua begitu..
terima kasih cinta..kerana hadir..
Saya & Dia
saya dan dia..
saya dan dia..
saya dan dia..
urmm...
entah sampai bila.
entah bagaimana..
saya dan dia..
*sigh*
saya berdoa..
saya dan dia..kekal hingga akhirnya..
akhirnya berpimpin ke syurga..
biar..
biar..
yang hadapan itu kekal rahsia...
yang sekarang masih terjaga...
biar..
biar...
rindu itu tidak terkira..
biar rndu itu pengukur cinta..
tanpa tatapan 2 mata..
jarak bukan penghalang bicara..
kerana persamaan jarak bukan dengan cinta..
tapi rindu yang bertakhta..
pengorbanan yang tidak terkira.
semoga Allah membalas doa..
dengan yang terbaik datang dari-Nya.
kerana kita selaku manusia.
seharusnya pandai membaca..
loretan takdir yang sudah terfakta.
6 April 2012
nAk KaWiN(''_,)
sumpah saya cemburu..bila melihat dinding di laman sesawang..pada mereka yang sudah halal..ahh sayang abang..auu cemburu..pernah bersuara..
"ibu achik mahu kahwin"
laju ibu memotong.."calonnya..?"
"tiada" (sambil menunjuk sengihan kerang busukku)
yang halal itu sentiasa indah..itukan seruan Tuhan..kahwin itu pelengkap agama..asalkan kedua calon nya mempersiap diri dengan ilmu agama..kahwinlah kerana mahu ibadat mu sempurna..bukan nafsu semata..
p/s: agaknya bila aku berpeluang mengupload gambar kad jemputan ku disini..?hehe gatal!
"ibu achik mahu kahwin"
laju ibu memotong.."calonnya..?"
"tiada" (sambil menunjuk sengihan kerang busukku)
yang halal itu sentiasa indah..itukan seruan Tuhan..kahwin itu pelengkap agama..asalkan kedua calon nya mempersiap diri dengan ilmu agama..kahwinlah kerana mahu ibadat mu sempurna..bukan nafsu semata..
p/s: agaknya bila aku berpeluang mengupload gambar kad jemputan ku disini..?hehe gatal!
belanja kahwin,,aaAAaaAAA!!!
selalu sembang pasal budget kahwin..tengah pening-pening dia uat lawok plop...
awak, ustaz azhar kate kawen tu senang je..mudoh..jangan susah kan..
yeke..??
ha`ah..ustaz cakap..ikut kemampuan..kalau tak mampu..kita beli je kueh bakor kat ujung simpang tuh..pastu kita bagi sorang 2..makna kata kita soh diaorg share...yang penting akad nikah yang.....
@#$%^&&**(()!!!!
okeh..awak kawen ngan orang lain ye..byebye..saya nak carik lain ni..hehehhe.....
awak, ustaz azhar kate kawen tu senang je..mudoh..jangan susah kan..
yeke..??
ha`ah..ustaz cakap..ikut kemampuan..kalau tak mampu..kita beli je kueh bakor kat ujung simpang tuh..pastu kita bagi sorang 2..makna kata kita soh diaorg share...yang penting akad nikah yang.....
@#$%^&&**(()!!!!
okeh..awak kawen ngan orang lain ye..byebye..saya nak carik lain ni..hehehhe.....
Puteri Hati
untuk kamu yang disayangi..
untuk kamu yang amat disayangi..maafkan saya..
maafkan saya kerana asyik menyakiti.
maafkan saya kerana kurang memahami..
maafkan saya kerana hadir di hati..
untuk kamu yang amat saya sayangi..
rindunya saya ibarat buih di lautan..
cintanya saya seluas langit terapung..
sayangnya saya tiada kiraan...
kasihnya saya pada Puteri..
untuk Puteri hatiku.
semoga kamu dan saya dalam limpahan kasih Nya..
saya sayang kamu kerana Allah..
untuk kamu yang amat disayangi..maafkan saya..
maafkan saya kerana asyik menyakiti.
maafkan saya kerana kurang memahami..
maafkan saya kerana hadir di hati..
untuk kamu yang amat saya sayangi..
rindunya saya ibarat buih di lautan..
cintanya saya seluas langit terapung..
sayangnya saya tiada kiraan...
kasihnya saya pada Puteri..
untuk Puteri hatiku.
semoga kamu dan saya dalam limpahan kasih Nya..
saya sayang kamu kerana Allah..
4 April 2012
i Miss you ;(
Langit tak selalunya cerah. Hidup tak
selalu indah. itulah lumrah kehidupan.
Harini pertama kali yang aku lakukan adalah
perkara biasa aku buat iaitu View Profile FB dia. Sebenarnya aku nak tahu
sangat khabar dia , Aku Nak tanya dia dah makan ke belom, Aku nak cakap dekat
dia yang aku rindukan dia sangat-sangat tapi aku tak mampu. Aku takut
kegembiraan aku akan dibalas dengan kesedihan.
Aku hanya mampu melihatnya dari jauh.
Setiap masa aku rindukan dia. setiap detik aku
teringatkan ucapan i miss
You dari bibir dia. Aku tak kuat.
Aku mencuba untuk menjadi seorang yang tabah
dan redha dengan Takdir tapi aku tak sekuat atok aku yang mampu
mengharungi kehidupan tanpa cinta dari insan yang bernama wanita,
Hatiku semakin tertanya-tanya, adakah dia maseh menyanyangi diriku . Hatiku semakin meronta-ronta...... Aku bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba ... T_T
Hatiku semakin tertanya-tanya, adakah dia maseh menyanyangi diriku . Hatiku semakin meronta-ronta...... Aku bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba ... T_T
Saya selalu mengingati
setiap kenangan yang kita ciptakan
saya sangat merindui
diri awak walaupun awak tidak merindui diri saya
saya selalu mencintai
diri awak sepenuh hati saya
saya selalu teringat
akan diri awak
tapi saya tahu saya
bukanlah pilihan hati awak
maafkan diri saya
kerana saya bukanlah yang terbaik dan sempurna di mata awak
saya tidak akan
menganggu kehidupan awak lagi
saya tidak akan muncul
dihadapan awak lagi
saya tidak akan
menyusahkan diri awak lagi
saya tidak akan
membuatkan awak bosan dengan saya lagi.
Maafkan atas segala
kesalahan saya
Maafkan saya kerana
menyimpan angan-angan hidup bersama awak.
Maafkan diri saya
sekali lagi
Thanks My Princess
Kenapa aku perlu bersedih buat orang yang tak pernah memerlukan diriku.. kenapa harus aku merindui orang yang tak merindui diri ini.. Aku menyedari, dia yang memilih jalan ini . dia yang memilih jalan untuk aku tidak berhubung dengannya terus. dia remove Fesbuk aku.. Kali ini dia dah berjaya menyakiti hati aku sepenuhnya.terima kasih yer sebab datang dan pergi dalam hidup saya yer . Terima kasih sebab lukakan hati saya.Tuhan maha adil. saya doakan kebahagiaan awak.. selamat tinggal awak. saya akan pergi jauh dari awak buat selamanya atas kemahuan awak. T_T
Insan terluka T_T
Coretan hari selasa
Sunyi nye hidup ni bila tak berteman kan. Kadang-kadang jeles tengok orang bahagia. Sangat cemburu ok. Tapi mungkin ini takdir. Betul cakap orang , Kita Seharusnya mengejar Cinta Allah kerana itu adalah cinta abadi.
Pelik ok Kenapa princess aku mulai menjauhkan diri dari aku, Entah la, bila dia takde macam ni, aku mulai merindui princess aku. mungkinkah dia tak selesa dengan cara aku. Kita tak bole memaksa orang menerima dan berkawan dengan kita kan. dats rite !!
Tapi aku nak princess aku tahu, aku sangat memerlukan dia, dia la tempat aku meluahkan perasaan dan dia jugak lah selalu mengbahagiakan aku disaat aku sedang bersedih walaupun suka nyakat aku. huhu Tapi Aku tahu disebalik kegembiraan dan keceriaan dirinya sebenarnya dia bersedih dan memendam rasa. Dia seorang yang kuat. Dia tak pernah tunjuk kesedihan dia dekat orang ramai.. Aku teringin nak jadi se Tabah dia tapi kenapa aku tak boleh. :( Esok aku akan menjejakkan kaki ke Hospital lagi.
Coretan Terakhir buatmu yang ku sayangi
Hati ini sering sedih, mata ini sering menangis mengenangkan nasib diri.. Mengapa Diriku sering disakiti. sedangkan aku mencuba menjadi yang terbaik,aku inginkan kebahagiaan seperti orang lain.. Kenapa harus aku yang lalui semua ini..Kini aku sedar aku mencintai seseorang yang bukan milikku.. aku hanyalah orang ketiga. Aku tak sepatutnya meneruskan lagi perjalanan hidup denganmu kerana selagi kita bersama kita akan terus menyakiti semua orang disekeliling kita.....kini aku sedar mencintai tak semestinya memiliki, aku harus melepaskanmu walaupun berat, mungkin 1 hari nanti aku akan berjumpa insan yang lebih baik darimu.. Akan ku simpan kenangan bersamamu, dan takkan ku hapuskan dari ingatanku. Moga hidupmu kini lebih bahagia dengan orang yang Kau sayang walaupun kau bahagia bukan dengan aku. Mungkin inilah suratan kita, kau bukanlah jodohku. Akan ku pergi jauh darimu kerana ingin merawat kelukaan dihati.. Dan takkan Aku ganggu lagi kebahgiaan milik kamu berdua....mungkin aku boleh melarikan diri darimu tapi cintamu masih mekar bersamaku.. Doakan kebahagiaan Abi yer Umi.. mungkin ni jalan takdir Abi.. Selamat Tinggal Cinta hati saya..saya cintakan awak walaupun adalah milik orang... Aku sentiasa merindui senyuman mu dan luahan-luahan darimu.
3 April 2012
Melihat Guna Mata Hati
habis madu sepah dibuang lebih kurang la maksudnya dengan "sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tak berguna lagi"
sedihnya aku seharian pikirkan menda ni. kalau ikutkan bukan sehari, tapi dah berhari-hari menda ni yang asyik aku pikir. sampai kadang-kadang nak tidur pun terbawak-bawak menda sama, buat aku serba tak kena nak lena. hari ini rasa nak pecah kepala ni. dengan makan sikit, worst! aku rasa aku dah makin teruk dengan ragam manusia yang tak reti hargai orang. waktu dia susah kehadiran kita dihargai, tapi bila dah senang, yang dulu-dulu dia terus lupa dah. keluarkan kata-kata yang buat aku "speechless"
speechless. tu jelah aku boleh kata. aku mengaku aku tak pandai berbahas. aku kurang mantap dari segi percakapan macam sesetengah orang yang bisa melawan balik, menegakkan apa yang dia rasa betul, membetulkan apa je kesalahan orang orang cuba tala kan kat dia. berani. aku solute orang macam tu. tapi aku? tak sekuat tu. aku memang lantang bercakap dengan orang tertentu, tapi dengan golongan tertentu yang lain aku seakan-akan terkunci mulut untuk bersuara lantang. arghh. apa nak jadi ni fira. asyik kau je pendam perasaan. kalau kau berada di pihak yang benar, bersuaralah, berpijak lah di bumi yang nyata!
hmm. aku tak kuat. aku tak kuat bila berhadapan dengan orang yang asyik mencari kesalahan tanpa sedikit pun memikirkan kebaikan yang pernah orang tu buat dulu-dulu. teruk sangat orang tu kau nak hukum dia macam tu??
sedihnya aku seharian pikirkan menda ni. kalau ikutkan bukan sehari, tapi dah berhari-hari menda ni yang asyik aku pikir. sampai kadang-kadang nak tidur pun terbawak-bawak menda sama, buat aku serba tak kena nak lena. hari ini rasa nak pecah kepala ni. dengan makan sikit, worst! aku rasa aku dah makin teruk dengan ragam manusia yang tak reti hargai orang. waktu dia susah kehadiran kita dihargai, tapi bila dah senang, yang dulu-dulu dia terus lupa dah. keluarkan kata-kata yang buat aku "speechless"
speechless. tu jelah aku boleh kata. aku mengaku aku tak pandai berbahas. aku kurang mantap dari segi percakapan macam sesetengah orang yang bisa melawan balik, menegakkan apa yang dia rasa betul, membetulkan apa je kesalahan orang orang cuba tala kan kat dia. berani. aku solute orang macam tu. tapi aku? tak sekuat tu. aku memang lantang bercakap dengan orang tertentu, tapi dengan golongan tertentu yang lain aku seakan-akan terkunci mulut untuk bersuara lantang. arghh. apa nak jadi ni fira. asyik kau je pendam perasaan. kalau kau berada di pihak yang benar, bersuaralah, berpijak lah di bumi yang nyata!
hmm. aku tak kuat. aku tak kuat bila berhadapan dengan orang yang asyik mencari kesalahan tanpa sedikit pun memikirkan kebaikan yang pernah orang tu buat dulu-dulu. teruk sangat orang tu kau nak hukum dia macam tu??
ya Allah, kuatkan aku menghadapi semua ni. aku tak bersuara bukan kerana aku pengecut sangat. cuma tanda SayanG padanya. bukakan hatinya supaya dia boleh lihat yang nyata, bukan hanya dengan mata, tapi dengan 'mata hati'. amin
Pergi
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Boleh tak kalo saya saja yang:
Pergi.
Jauh.
Sejauh yang mungkin.
Sampai kesedihan itu tak terkejar untuk mengejar saya.
Dan saya tak kan sedih lagi.
Mungkin.
Malam ini
Saya sendiri tak paham..kenapa setiap malam saya rasa macam ni
Bukan malam ni je saya rasa sedih
Kesedihan ni sentiasa menyelubungi hidup saya
Bila sedih..
Saya pikir macam-macam
Walau saya juga punya/dapat menda yang orang lain tak ada, hati saya tetap rasa sedih
Saya rasa kosong
Saya perlu sesuatu untuk memenuhi hati ini
Walau saya selalu share dengan orang yang saya percaya, dengan orang yang saya sayang
Tapi tetap..masih tidak memahami
Saya tak dapat kepuasan itu
Saya kosong
Saya gagal?
Mungkin. Gagal untuk segalanya yang saya nak.
Ya Allah, adakah dugaanMu ini tanda Kau kasihkan aku?
Aku bukan mengeluh. Cuma aku hamba lemah..tak terdaya aku..
..atau mungkin..Allah sedang berbicara dengan aku?
Kuatku aku Ya Allah..aku pohon.
Berikan 'sinar' itu Ya Allah. Ku nanti..
;'(
Bukan malam ni je saya rasa sedih
Kesedihan ni sentiasa menyelubungi hidup saya
Bila sedih..
Saya pikir macam-macam
Walau saya juga punya/dapat menda yang orang lain tak ada, hati saya tetap rasa sedih
Saya rasa kosong
Saya perlu sesuatu untuk memenuhi hati ini
Walau saya selalu share dengan orang yang saya percaya, dengan orang yang saya sayang
Tapi tetap..masih tidak memahami
Saya tak dapat kepuasan itu
Saya kosong
Saya gagal?
Mungkin. Gagal untuk segalanya yang saya nak.
Ya Allah, adakah dugaanMu ini tanda Kau kasihkan aku?
Aku bukan mengeluh. Cuma aku hamba lemah..tak terdaya aku..
..atau mungkin..Allah sedang berbicara dengan aku?
Kuatku aku Ya Allah..aku pohon.
Berikan 'sinar' itu Ya Allah. Ku nanti..
;'(
Ada Apa Dalam Hati
Dalam hati kita nie ada ape?
dalam hati kita ni pn sebenarnya x de papepn...
cume kita ada perasaan yg selalu dikaitkan dengan hati..
siapa yg tahu hati kita?
kita sorang je yg tahu akan hati kita...
kadang2 kita sendiri pn bole keliru dengan hati dan perasaan kita..
suke ke tak suke, mahu ke tak mahu, marah ke sayang, benci ke rindu..
kalau kita benci, x semestinya kita benci....
kalau kita sedih.. kita sorg je yg tahu kita sedih...
klu kita rasa org tu malu.. tp kadang2 org tu sikit pn x malu..
aku suke cerita pasal hati,
coz aku rasa dalam dunia nie aku hanya ada satu hati
yg tiada rahsia antara aku dan dia (hati)
yg tiada rahsia antara aku dan dia (hati)
Allah yg membantu aku tuk mengukir jalan hidup ku...
suke duka, pahit manis...
suke duka, pahit manis...
bile aku merenung jalan hidup ku,
aku yakin Allah telah memberi corak buat hidup ku,
aku yakin Allah telah memberi corak buat hidup ku,
dan aku sebagai hambanya hanya menambah corak2 kecil
sama ada ia menjadi indah atau hodoh..
sama ada ia menjadi indah atau hodoh..
terima kasih hati ku,
kerana kau menjadi teman dalam hidup ku, pahit manis kita kongsi bersama..
rindu dendam, tawa dan tangis juga kita bersama..
hingga cukup hayat ku dibumi Allah ini, kita akan tinggal ia bersama...
terimakasih juga hati, kerana menjadi hati yg begitu lembut bagi diriku..
menjadi hati yg keras bile tetap dgn keputusan, kerana aku tahu,Allah hanya kurniakan
hanya yg terbaik buat hamba2nya... kerana aku dan hati hanyalah satu...
2 April 2012
Coretan Buat Bakal Isteriku
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yg hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kpdnya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar sheikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” (Surah An-Nuur: 26)
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma
akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
Dariku, Bakal Suamimu.
Nukilan: Musafir MIF...
31 March 2012
gembirakan jiwamu dengan ujian dariNya
"ALLAH Maha Besar dan segala puji bagi ALLAH dengan sebanyaknya. Maha Suci ALLAH sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanNya dan aku dari golongan muslim."
Alhamdulillah...alhamdulillah. Masih diberi nafas, kerehatan, keselamatan, dan kegembiraan. Sedang ada yang lain diuji, ditarik nafas, diselubungi kesibukan kerja dan duka. Bersyukurlah, walau apapun nikmat dan ujian yang kita peroleh, tetap kurnia dariNya.
"...dan bahawa kurnia itu ada di tangan ALLAH, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar."
[al-Hadid : 29]
Adakalanya kita merasa ujian yang diterima itu berat. Menjadikan hidup terasa sempit. Menyakitkan dan pahit. Tetapi ketahuilah, di sebalik ujian itu besar hikmahnya. Kalau tidak ada ujian di dalam hidup, nafsu dalam diri manusia akan dibiarkan subur. Kerana nafsu hanya suka kepada kesenangan, keseronokan, gembira, mewah dan harta.
Sekali berlaku sesuatu ujian, nafsu akan terasa sakit. Kerana itu kita turut merasa sakit dengannya. Tapi ketika itulah sebenarnya kita sedang bertarung dengan nafsu kita. Sekiranya kita berjaya kita akan berjaya menundukkannya, dan kita akan dapat menerima dan melalui ujian itu dengan redha dan sabar. Nafsu akan menjadi lemah, keimanan akan bertambah. Itulah hikmah besar di sebalik ujian yang Allah kurniakan.
DIA ingin kita segera kembali dan sentiasa dekat denganNya...
Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka.
Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka.
Sekalipun kita bertaubat, tapi ia tidak menjamin bahawa taubat kita itu diterima. Mungkin sahaja taubat kita tidak mencukupi syarat. Kita tidak bersungguh-sungguh. Kita tidak benar-benar menyesali perbuatan kita. Bagi diri ini sendiri, sukar untuk melakukan taubat yang benar-benar sempurna. Kerana diri ini lemah, masih juga terlambung dengan tipu daya iblis dan dunia. -.-"
Tapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa...sekiranya kita sabar dan redha...
SeAndaiNya Aku SuAmI Mu...
…. dan dimalam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat.
Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahduan malam itu kita berdoa dan munajat kesyukuran tanda bermulanya kehidupan baru dua susuk tubuh kita yang sama cinta dan cita untuk membina madrasah dakwah yang akan diisi dengan cinta dan api perjuangan.
Alangkah indah malam ini puteriku!
Setelah kita lalui onak dan sembilu jalan serta menahan perasaan rindu sebelumnya, akhirnya kebenaran cinta itu diizinkan Allah dan di raikan bagai mempelai langit yang ditaburi bintang yang menebar ketenangan dan kedamaian.
Bintang bintang itu seolah olah menggoyangkan pelupuk matanya agar tenggelam dan membiarkan kita berdua berkongsi alam semesta ini. Mematri rindu dan berkongsi kesyaduan kasih yang telah terperam lama dihati kita.
Akan ku kucup ubun ubunmu puteriku mengambil sunnah Nabiku dan ku letakkan telapak tangan ku di ubun kepala mu lantas aku berdoa agar dikau akan jadi bidadari dan peneman hidupku dalam perjuangan ini.
Aku bisikan pada Allah semuga Dia memberikan sakinah warahmah dalam bahtera perjuangan kita.
Aku tak tahu, apakah perasaanmu tika itu?
Tapi akan kulafazkan perkataan yang selama ini kusembunyikan dari mu bahawa ” Aku mencintaimu“.
Mencintaimu sebelum engkau mengenal aku.
Puteriku,
….akan ku renung matamu sepuasnya dikejernihan wajahmu yang bagai salju itu, dan akan ku minta bai’ah dari mu, supaya kau taatkan aku selagimana aku taatkan Allah.
Akan ku minta darimu agar kau bantu aku dalam kelemahan dan kedaifanku.
Akan ku minta janji dari mu agar kau sentiasa bersama ku dijalan dakwah ini. Didalam perjuangan ini dalam susah dan senang.
Akan ku minta janjimu agar kita dapat melaksanakan taklif rabbani ini bersama tanpa ada mujadalah dikemudian hari.
Puteriku,
aku berjanji pada mu dengan nama Allah bahawa aku akan menjagamu sekudratku.
Akan ku jalankan tanggungjawabku sedayaku.
Dan akan kucurahkan sepenuhnya kasih sayangku padamu seikhlasnya agar kau dapat rasai betapa manisnya cintaku yang akan aku baja bersamaku.
Puteriku,
Akan ku isi malam ini dengan bercerita denganmu tentang diri ku.
Kehidupan lalu ku.
Perjuanganku sebelumnya!
Harapan ku agar kau mengerti bahawa aku bukan sahaja milikmu tapi milik umat ini.
Dikemudian hari, aku tidak mahu ada kekhilafan antara ini yang akan membuka ruang ruang syaitan untuk berkongsi cinta dan merobohkan kasih sayang kita.
Puteriku,
akan kuceritakan juga kelemahan kelemahan ku sejujurnya pada mu kerana saat ini kau adalah sebahagian dari jasad dan jiwaku.
Berkewajipan bagi ku menutup aib aib mu.
Membantu mu dalam memperbaiki kualiti syaksiyahku.
Akan ku sembunyikan kelebihan kelebihan ku agar engkau dapat rasa syukur memiliki aku dan agar aku tidak bersifat riya’ dan sum’ah denganmu.
Puteriku,
akan ku minta kau menceritakan perihal dirimu.
kemahuanmu dan cita citamu terhadap diriku.
Supaya aku dapat menyempurnakan hajat hajat mu, cita citamu agar kasih sayang ini mewangi selalu …
Puteriku,
akan kuceritakan padamu impianku untuk melahirkan rijal rijal dari rahimmu yang akan mewarisi darah perjuangan kita supaya apa yang telah kita lalui ini tidak akan putus selamanya …
Puteriku,
ketahuilah bahawa aku bukan sahaja ingin hidup dan menongkah badai dakwah dan bahtera rumahtangga bersamamu didunia ini sahaja tetapi aku ingin hidup bersamamu diAkhirat.
Dialam abadi menghirup aroma syurga, bermandi embun embun kasturi, bermain burung burung hijau meneguk rahmat Allah dan berpelukan bersama melihat wajah Allah yang teramat nikmat itu seperti yang telah dijanjikan bagi setiap hambaNya yang berjuang diatas jalannya …
Itulah janjiku puteriku, seandainya aku suamimu!
Pastinya aku akan terus sabar menantimu dengan penuh keresahan. Takut takdir sekali lagi menguji aku …..
dan sekiranya takdir meragut cinta ku …dan penantian mengkhianati aku,
aku juga akan terus bersabar dan terus berjalan menyusuri perjuangan yang masih panjang ini sekalipun aku kempunan untuk memilikimu yang amat aku cinta. Cinta yang datang melalui ruh dan dakwah ini kerana Allah semata. Dan aku tahu sebagai manusia aku akan kecewa. Teramat kecewa pabila kamu dimiliki oleh selain aku.
Sesungguhnya aku pasrah puteri ku,
meski pun hatiku tidak keruan kerana takut kehilanganmu namun akidah ku mengajarku untuk bertawakkal pada Tuhan ku dan kiranya kita tidak ditakdirkan aku amat mengharapkan bidadari ku diakhirat nanti akan merupakan wajahnya seperti wajahmu. Wajah yang putih kejernihan itu sebagai pengantimu!
Memang aku amat teruja untuk menikmati kelembutan wajahmu!
Wajah perjuangan yang telah meragut hati ku biarpun tidak pernah sekaliipun kita bertemu didunia ini melainkan aku selalu memimpikan mu dalam tidurku dan wajahmu yang sarat dengan lelah perjuangan itulah yang telah membuatkan aku terkulai lemah lalu tersungkur dipintu cintamu!
Subscribe to:
Posts (Atom)











